iklan

Sunday, June 2, 2013

Shahz Jaszle akan lebih berhati-hati



Hits: Apa sebenarnya yang telah berlaku pada malam kejadian?

Shahz: Saya sebenarnya kalau boleh tidak mahu memberi sebarang komen tentang perkara ini kerana tidak mahu ia menganggu proses siasatan.

Tetapi apa yang saya boleh katakan, saya merasakan diri saya sebenarnya tidak bersalah dan merasakan ini satu perangkap.

Hits: Maksud Shahz ada orang yang cuba memasang perangkap?

Shahz: Apa yang boleh saya katakan bahawa saya sebenarnya telah diperangkap oleh seseorang untuk terlibat dengan kes khalwat.

Lagipun, semasa kejadian, saya
bukannya duduk berdua-duaan dalam rumah itu, sebaliknya terdapat lima orang lain ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat serbuan.

Hits: Bagaimana dengan penerimaan tunang Shahz?

Shahz: Hubungan saya dengan dia masih baik sehingga kini.
Berita yang mengatakan bahawa dia yang mengikat jamin saya sebenarnya tidak benar. Dia mengetahui tentang perkara ini sekitar waktu tengah hari selepas berita ini keluar di media.
Selepas itu dia menghubungi saya tetapi ketika itu saya cakap pada dia yang saya belum sedia untuk memberi penjelasan melalui telefon.

Namun, setelah saya memberitahu perkara sebenar apa yang telah berlaku kepadanya, dia memahami dan tidak meletakkan hukuman terus kepada saya.

Hits: Penerimaan keluarga kedua-dua belah pihak termasuk keluarga tunang pula bagaimana?

Shahz: Selepas saya diikat jamin, terus perjumpaan keluarga diadakan melibatkan kedua-dua belah pihak keluarga.

Setelah mendengar penjelasan yang diberikan, barulah mereka tahu perkara sebenar yang telah berlaku kepada saya.

Malah, keluarga saya sebenarnya lebih faham dengan perangai saya yang sebenarnya tidak berapa gemar untuk bersosial.

Hits: Ada yang mengatakan bahawa tunang Shahz seperti lurus bendul kerana masih mempercayai Shahz, komen Shahz?

Shahz: Orang tidak kenal siapa dia sebenarnya. Orang nampak dia sebenarnya seperti seorang yang lemah lembut, tetapi sebenarnya amat pintar.

Bagi saya, dia seorang yang matang dalam mengambil tindakan dan saya sangat bersyukur memiliki seorang tunang sepertinya.

Dia lebih mengenali siapa saya sebenarnya. Ada peminat-peminat saya yang terus menghentam saya bila terlibat dengan kes ini, tetapi Wani (Redzwani Puteri) yang sentiasa berada di belakang saya.

Tipulah kalau saya cakap tunang saya ini tidak sensitif, emosi atau sebagainya, tetapi bagi saya, dia tahu mengendali perkara-perkara ini dan dia sangat tenang.

Hits: Tidak terlintaskah di fikiran untuk mempercepatkan proses perkahwinan?

Shahz: Sebenarnya kami dah rancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini dan ia sudah dirancang lebih awal sebenarnya.

Untuk percepatkan itu juga perlukan rancangan. Lagipun saya sekarang ini sedang mencari duit untuk melangsungkan perkahwinan.

Wani juga sekarang masih lagi belajar, jadi banyak perkara yang perlu diambil kira dan perlu dibawa berbincang.

Buat masa sekarang, belum ada apa-apa lagi perbincangan untuk mempercepatkan perkahwinan.

Hits: Pengajaran buat Shahz setelah ditimpa dengan perkara ini?

Shahz: Perkara ini memberi pengajaran buat saya untuk sentiasa menjaga tingkah laku.
Kita tidak tahu siapa yang berada di sekeliling kita dan sesiapa sahaja boleh memasang perangkap kepada kita.
Sebab itu selepas ini saya lebih berhati-hati dalam tindak-tanduk saya.

Lagipun seperti saya, sudah bertunang, pastinya perkara seperti ini sebenarnya bukan sahaja melibatkan keluarga saya, tetapi juga melibatkan keluarga tunang saya.

Sumber : Utusan

LinkWithin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved KorpustanpaSempadan.blogspot.com

Powered By Korpus tanpa Sempadan
.