iklan

Sunday, June 2, 2013

Erin Malik disenangi adik-adik





MELIHAT perkembangan pelakon yang sudah mula dikenali sejak dari usia kanak-kanak tidak dapat dinafikan dia memang seorang yang berbakat. Berbeza dari pelakon remaja lain, pengalaman mengajar Erin Malek untuk sentiasa bersedia, memberi peluang buat dirinya mengagak permainan industri kini.

Tidak terlewat untuk bertanyakan hentaman beberapa pihak terhadap
foto percutiannya baru-baru ini yang dianggap kurang sopan berbanding adiknya yang sudah bertudung, nampaknya Erin sudah bersedia untuk memberi jawapan dari pihaknya.

"Saya memang dah agak hal ini akan menjadi isu sejak awal-awal lagi kerana adik-adik saya telah bertudung.
"Sebagai kakak, jujur saya katakan sangat senang dengan penampilan mereka. Bukannya saya tidak langsung menghormati mereka kerana saya tahu jika mahu keluar bersama, saya akan pastikan baju yang dipilih tidak terlalu menjolok mata, " katanya yang kini menjalani penggambaran filem Cinderella, arahan Ahmad Idham.

Menafikan Afiqah dan Aqila sedikit malu dengan penampilannya, menurut Erin sebagai kakak, dia sentiasa dihormati.

"Mungkin mereka sudah bertudung, namun tidak pernah mereka menyatakan yang mereka malu dengan saya.

"Siapa tahu suatu hari nanti hati saya juga terbuka untuk memakai tudung," katanya yang ditemui pada tayangan perdana filem lakonannya Lari bersama aktor terkenal tanah air Aaron Aziz di Subang, Selangor baru-baru ini.

Memberitahu sedang berkawan rapat dengan seseorang kini, bagi Erin buat masa ini kerjaya sebagai pelakon akan diutamaka.

Membuka sedikit rahsia pengenalan dengan teman itu, menurut Erin pada mulanya, lelaki yang dikenali sebagai Walid itu langsung tidak tahu dia seorang pelakon.

"Saya memang sedang berkawan rapat dengan Walid. Namun, buat masa ini kami belum merancang apa-apa.

"Masing-masing juga sibuk. Buat masa ini saya akan memegang kata ibu untuk memberi tumpuan buat satu pekerjaan dalam satu-satu masa," katanya yang mungkin akan menyambung pengajian di dalam bidang pengarahan.

LinkWithin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved KorpustanpaSempadan.blogspot.com

Powered By Korpus tanpa Sempadan
.