iklan

Sunday, June 2, 2013

Siwon [SUPER JUNIOR] Suka Layan Peminat




SETIAP hari kita melihat anggota Super Junior, Choi Siwon dalam iklan LINE di kaca televisyen. Pasti ramai pengguna LINE yang mengambil kesempatan untuk bersembang dengannya.

Jelas Siwon, biarpun dia dikenali ramai namun jauh di sudut hati pemuda itu adalah seorang yang pemalu meskipun bersembang tanpa melihat wajah.

“Setiap kali bersembang dengan peminat menerusi LINE, saya gemar menggunakan
logo pelekat untuk menggambarkan perasaan saya ketika itu dan ternyata ia membantu saya menyatakan apa yang tersirat di hati.

“Selain bersembang dengan peminat, saya juga gemar bermain permainan LINE hinggakan menjadi ketagih dengan permainan seperti Line Pop dan Line Jelly," katanya menjawab soalan pemberita menerusi e-mel.

Katanya, biarpun sibuk dengan tugasan harian, dia tidak pernah lupa untuk mengemas kini statusnya setiap hari tanpa mengira masa dan tempat.

Menurut Siwon, dia gemar berkongsi cerita dengan peminat tentang tempat yang dilawati terutamanya di luar negara dan makanan yang baharu.

“Sejak saya menggunakan perkhidmatan ini, tak tahulah berapa ramai peminat yang bersembang dengan saya dan dari negara mana. Bagi saya yang penting talian ini mendekatkan saya dengan peminat daripada pelbagai negara.

“Saya juga dapat belajar bahasa asing kerana adanya kemudahan terjemahan di situ, jadi tidak ada masalah untuk saya berkomunikasi dengan peminat dalam bahasa asing," jelasnya.

Bercerita lanjut tentang pengalamannya menjalani penggambaran iklan LINE di Malaysia, Siwon berkata, dia seronok kerana dapat berkenalan dengan semua krew terlibat.

Siwon yang gemar menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan berkata, jika diberi kesempatan dia ingin mencuba pelbagai watak.

“Saya tidak mahu terikat pada satu karakter sahaja. Kalau boleh saya nak lakonkan watak yang orang tidak jangka kerana watak sebegitu mencabar kredibiliti saya sebagai pelakon.

“Selain itu, saya juga mahu melakonkan watak yang dapat memberi motivasi kepada orang lain apabila mereka menonton drama tersebut. Cara itu memberi ruang pada saya untuk berbakti kepada orang lain," katanya penuh harapan.

LinkWithin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved KorpustanpaSempadan.blogspot.com

Powered By Korpus tanpa Sempadan
.