iklan

Sunday, June 2, 2013

Yatt 'tidak mengharap'




PELAKON Yatt Hamzah tidak mengharapkan kemenangan. Dia yang dicalon bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk Anugerah Tribute P.Ramlee menganggap terlibat di dalam sebuah karya yang ada kaitan dengan seniman itu, sudah memadai. Baginya segala keputusan akan diterima dengan hati yang terbuka memandangkan 19 lagi pelakon yang tercalon di dalam kategori yang sama cukup hebat di matanya.

"Mungkin kalau tercalon apa-apa sahaja sebelum ini saya
sedikit berharap untuk memang, namun kali ini sudah tercalon juga sudah memadai.

"Bukan anugerah yang cuba dibuktikan tetapi nilai lakonan saya yang diharap mampu membawa kebaikan kepada penonton," katanya.

Majlis Anugerah Tribute P. Ramlee buat julung kalinya diadakan ini bakal berlangsung pada 7 Jun depan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Tidak melihat ini sebagai persaingan, bagi Yatt jika dia mengungguli kategori tersebut ia hanya akan menganggap kemenangan itu merupakan satu rezeki buat dirinya.

"Kalau ditanya soal perasaan, saya sendiri tidak dapat nyatakan perasaan saya kini.
"Sepanjang berlakon saya lebih mencari kepuasan, bukan sekadar pengiktirafan di sini yang menjadi tujuannya, kerana kita tahu perjalanan itu masih panjang," katanya.

Tetap gembira dengan pencalonan terbabit, bagi Yatt sungguhpun dia tidak pernah menerima apa-apa pengiktirafan sepanjang berkarya, dia percaya Anugerah Tribute P.Ramlee mempunyai kekuatannya tersendiri.

"Melihat nama P.Ramlee kita sendiri dapat merasai semangat yang cuba disampaikan melalui anugerah ini.

"Harapan saya hanya satu agar anugerah ini dapat mengangkat jiwa perjuangan sebenar anak seni di negara ini didalam meneruskan apa yang dimulakan legenda tersohor itu," katanya.

Bercerita mengenai wataknya di dalam drama Jodoh Kita, arahan Ismail Yaacob ini, menurut Yatt apa yang tidak mungkin dilupakan dirinya adalah melalui watak tersebut ia sedikit sebanyak menyumbang kepada perubahannya kini.

"Kalau nak diikutkan wataknya antara yang dekat dengan saya, namun ada sesuatu yang menyebabkan saya terus merasai getarannya.

"Dalam drama tersebut saya membawakan watak bertudung, yang ketika itu saya masih belum bertudung. Mungkin melalui watak-watak sebegini sedikit sebanyak ia mula mencuri hati saya untuk terus bertudung.

Sibuk dengan dunia lakonan, pelakon ini juga tidak melepaskan peluang mencuba satu lagi bidang baharu di dalam mempelbagaikan kebolehannya.

"Sebenarnya saya sudah memulakan perniagaan fesyen pakaian muslimah dan tudung, Suci By Yatt Hamzah. Saya akan membuka busana sendiri pada 1 Jun nanti di bangunan Mara, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur," katanya.



Sumber : Utusan

LinkWithin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved KorpustanpaSempadan.blogspot.com

Powered By Korpus tanpa Sempadan
.