iklan

Thursday, February 27, 2014

TIADA DIKAU. TIADA MAKNA

TIADA DIKAU. TIADA MAKNA

Aku merenung sayu kotak-kotak yang telah disusun kemas. Esok atau lusa pekerjapapa akan membantu aku memindahkannya ke rumah baru kami. Sebenarnya kalau boleh aku tidak mahu berpindah dari apartment ini. Banyak kenangan indah, memori suka duka yang terakam di segenap ruang. Airmata aku pasti mengalir setiap hari jika aku dibiarkan bersendirian. Nasib baik ada ummi yang setia menemani aku, Naufal dan Najwa jika tidak aku sendiri tidak tahu apa akan jadi pada kami bertiga.
Bayangan Najah sentiasa hadir di mataku. Kelibatnya ke sana dan ke mari menjadi mainan di ekor mata. Bau badannya juga sentiasa menghambat hidungku. Malah haruman yang selalui dipakainya masih berbaki di botol. Tiada satu pun barang milik Najah beralih dari tempatnya. Mungkin barang-barang itu akan menjadi yang terakhir yang akan ku masukkan ke dalam kotak.

Kotak kecil warna biru lembut yang terletak di meja konsol itu menarik perhatian ku entah untuk ke berapa kali. Aku tidak lagi menyentuhnya sejak kali pertama ianya diserahkan kepadaku. Melihat muka hadapannya sahaja bisa buat aku menangis dan menangis. Aku gagahkan diri untuk membuka kotak itu hari ini, kertas pembalut warna putih yang menyelimuti buku itu aku selak dengan kemas sebelum aku mengeluarkannya. Aku tabahkan hati lalu aku baca jurnal untuk sekali lagi. Aku baca catatan di dalamnya. Sebuah nota ringkas dari seorang kekasih yang sekian lama mendiami hatiku.

20 Ogos 99

Hari ini aku berkenalan dengan seorang gadis dari daerah yang sama di negeri kelahiranku tetapi di bumi penjajah ini jua tempat kami bertemu. Natasha Ameera, nama yang indah seindah raut wajahnya. Matanya bundar, kulitnya kuning langsat, rambutnya yang lurus panjang melepasi bahu dan suaranya sungguh manja. Sayangnya dia tak punya nombor telefon yang boleh aku hubungi. Itu tidak menjadi masalah, aku boleh mendapatkannya dengan mudah.

Natasha Ameera, hadirlah dalam mimpi ku nanti. Mama, Najah dah jatuh cinta!

23 Ogos 99

Aku dah dapat alamat tempat tinggal Natasha berserta dengan nombor telefonnya sekali. Gambar yang aku ambil kelmarin telah pun siap dicuci. Ada alasan untuk aku bertemu dengan Natasha sekali lagi!

24 Ogos 99

Aku betul-betul jatuh cinta. Natasha buat aku gila bayang. Petang tadi aku berjumpa dengannya di hadapan flatnya. Berseluar jeans dan sweatshirt lengan panjang warna putih, Natasha begitu ayu. Suaranya begitu manja, aku jadi leka mendengar suaranya. Tiba-tiba aku menjadi sasau dan gabra dihadapan perempuan. Aura Natasha buat aku jadi tak betul, Natasha tidak seperti Rozie jauh sekali Farah yang mama cadangkan untuk ditunangkan denganku.

“Tasha…buat apa tu?” tegur ummi yang sedang menggendong Naufal.

“Tasha baca diari Najah mi…” pantas aku mengesat airmataku sebelum ummi mendekati aku.
“Tadi Safi telefon katanya lepas maghrib karang dia nak ke mari. Papa dan mama dia pun datang sekali”
“Bila kakak telefon?”
“Masa Tasha tidur tadi…sengaja ummi tak kejut”
“Kita nak masak apa ya mi…Hmm, kalau buat mee kari bolehkan? Najah suka makan mee kari…”
“Tasha…” suara ummi berlagu sendu apabila memanggil namaku, aku tahu ummi sebenarnya tidak mahu aku bersedih lagi.
“Ummi…Tasha call mama dululah…” aku meletakkan kembali jurnal itu ke dalam kotak dan berlari ke bilik. Aku duduk dibirai katil dan menangis. Aku masih belum mampu melupakannya dan tidak mungkin akan melupakannya seumur hidupku. Aku mengambil telefon bimbitku di meja sisi dan mendial nombor telefon mama. Bercakap dengan mama sedikit meredakan kerinduan ku kepada Najah.

***
Tiga tahun setengah yang lalu…

Kurang sejam sahaja lagi penerbangan MH7 dari Heathrow, London akan mendarat di KLIA. Penumpang telah diarahkan memasang tali pinggang keselamatan dan bersedia untuk mendarat. Sayup-sayup kelihatan menara kawalan dan kawasan sekitar yang dulunya hutan kelapa sawit dan kini telah bertukar menjadi sebuah mercu kebanggaan negara.
Dari tadi aku hanya memandang tingkap kecil biarpun tidak banyak benda yang boleh aku lihat. Merenung jauh bagaikan dapat menembusi lapisan langit biru. Fikiranku tidak tenteram. Ikutkan hatiku mahu sahaja terus menetap di UK, tidak perlu lagi pulang ke tanahair.
“Tasha, are you okay dear? Abang tengok Tasha dari tadi asyik termenung aje. Kenapa sayang? Is there something bothering you?” tanya Syahrun Najah. Dia tahu apa yang bermain difikiranku. Persoalan yang telah kami debatkan berbulan lamanya sebelum mengambil keputusan untuk kembali ke tanahair.
“I’m okay bang…. Just wondering how I’m going to live separated from you after this” sahutku perlahan.
“I’ll always be by your side my dear. Abang tak akan tinggalkan Tasha sendirian. Itu janji abang pada Tasha, abang akan tunaikan sayang. Percayalah.” Najah mengusap jari-jemariku. Sentuhan kasihnya menyerap keseluruh urat sarafku. Lelaki ini memberikan aku kekuatan. Pernikahan kami secara rahsia pasti mendapat tentangan keluarga Najah. Aku lemah untuk menghadapi situasi ini sebenarnya namun Najah sentiasa memberikan aku kekuatan, dia sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan ahli keluarganya terutama mama dan papanya.
Masih segar dalam ingatanku peristiwa yang berlaku ketika aku diperkenalkan dengan kedua orang tua Najah sewaktu jamuan hari raya di apartment Najah hampir tiga tahun lalu. Tiada seri gembira yang terpancar dari muka mama Najah. Menyambut salamku juga seperti tidak ikhlas. Mahu sahaja aku menangis ketika itu juga. Mujur aku mampu mengawal perasaanku ketika itu. Aku dapat menangkap kata-kata mama Najah, biarpun berbisik namun cukup jelas kedengaran dicorong telingaku.
“Mama hantar Najah ke mari bukan untuk bercinta. Bukan sikit duit tau mama dan papa laburkan untuk Najah. Kami mahu Najah berjaya. Kami tak mahu tengok Najah gagal semata-mata mabuk cinta dengan budak perempuan ini. Entah siapa mak ayahnya… entah dari mana asal usulnya”
Najah berikan aku semangat. Cintanya yang tulus memberikan aku kekuatan untuk terus menemaninya sehingga maut memisahkan kami.

“Tasha sayang… janganlah mengelamun macam ni aje. Tasha buat abang risau.”
“Siapa jemput abang kat airport nanti?” aku sengaja memotong kata-katanya. Entah kenapa sebak didadaku ini semakin bertambah. Tulang belulang ini bagaikan hampir remuk menahan sebak yang tidak pernah aku rasakan selama ini. Oh Tuhan perasaan apakah yang Kau hadirkan untukku ketika ini?
“Mama dan papa lah kot, mungkin abang dan kakak, abang tak pasti pulak… kenapa sayang tanya?”
“Kita berpisah di airport nanti ke bang?”
“Kenapa Tasha cakap macam tu?”
“Yelah, tentunya abang akan naik kereta dengan famili abang dan Tasha tentu akan pulang sendiri kalau umi tak sempat jemput…”
“Tasha, abang dah aturkan semuanya untuk Tasha. Pak Karim, driver papa akan hantar Tasha terus sampai ke depan pintu rumah. Jangan risau abang buat ini semua tanpa pengetahuan papa dan mama.”
“Kalau umi Tasha datang macamana?”
“Abang dah call umi, umi datang dengan Pak Karim. Abang janji sampai je dalam bilik, abang akan call Tasha. Don’t worry sayang and don’t even think about such things… I love so so much”

Pesawat yang membawa kami telah selamat mendarat. Para penumpang telah bersiap sedia untuk keluar dari perut pesawat. Ada yang sudah berdiri tidak sabar untuk melihat dunia diluar sana. Aku dan Syahrun Najah masih duduk dikerusi masing-masing, menunggu laluan sedikit lengang barulah kami beransur keluar.
Di ruang tuntutan bagasi, kami mengambil troli yang berasingan. Najah membantuku mengangkat bagasi dari conveyor. Airmata seakan mahu menitis. Aku perhatikan lelaki yang sedang menyusun bagasiku dengan pandangan pilu. Aku tidak tahu selama mana hubungan ini mampu bertahan biarpun kami saling mencintai. Cabaran yang menantiku amat besar.
“Abang, Tasha nak pergi ladies kejap”
Tanpa menanti jawapan atau reaksi dari Najah, aku berlari menuju ke bilik air. Najah aku biar termanggu melihat aku pergi. Tidak peduli dengan orang ramai yang ada di dalam bilik air, aku biarkan sahaja airmataku mengalir deras.Tidak seorang pun diantara mereka yang aku kenal, biarlah bukan mereka kisah pun kalau aku menjerit melolong sekalipun. Diluahkan segala gundah dan pilu yang bertaut dihati. Aku menangis semahunya.
“Umi tak larang Tasha nak nikah dengan Najah tapi umi tak mahu hati anak umi dilukai nanti. Siapalah kita kalau nak bergandingan dengan keluarga Tan Sri Hanafi tu. Tasha kena ingat siapa kita Tasha…kita ni pipit Tasha mereka tu enggang”
Antara kata-kata umiku sewaktu aku meminta izin dan restu untuk bernikah dengan Syahrun Najah.
“Tasha kau fikirlah masak-masak sebelum kau kawin dengan Najah. Mak dia tu bukan suka dengan engkau pun. Cuba kau tengok masa gathering raya dulu…. Hmmm anak-anak datuk dengan tan sri aje yang dia layan. Ni lagi pulak engkau nikah secara senyap, kalaulah mak dia tahu mahu perang dunia….”
Bersilih ganti kata-kata nasihat umi dan Emily kedengaran ditelinga. Aku yang degil….aku yang tak dengar nasihat umi, inilah laluan yang aku harus tempuhi. Juraian airmataku bertambah deras tanpa aku sedari.

Najah semakin risau. Aku terlalu lama di bilik air, beberapa kali dia menelefonku. Aku biarkan sahaja telefon bimbitku berbunyi tanpa berjawab. Seorang wanita Melayu yang sedang mengelap cermin muka dibilik air itu bertanya kepadaku.
“Kenapa tak dijawab telefon tu nak?” Aku menggelengkan kepala tanda tiada apa yang berlaku. Telefon pemberian Najah sebagai hadiah harijadiku tahun lalu berbunyi lagi, kali ini aku terpaksa menjawabnya
“Hello sayang, buat apa lama sangat dalam tu. Lama dah abang tunggu Tasha kat luar ni”
“Abang…kejap…kejap lagi Tasha keluar, just gimme a minute”
Aku simpan kembali handphone ku di poket seluar jeans. Lalu aku belek wajah sembab dicermin. Berkali-kali aku membasuh muka sambil berselewat dan beristhigfar dalam hati. Aku tidak mahu Najah tahu aku menangis sebentar tadi.. Najah telah sedia menanti diluar bilik air. Dia merenungku diwajah sayu. Dia dengarkah esakkan ku sebentar tadi?
“Papa dan mama abang dah sampai. Farah pun ada, mak ayah dia uncle Badri dengan auntie Kalsom pun datang…” beritahu Najah. Dia tidak mahu berselindung denganku kerana kami berdua telah berjanji tiada lagi rahsia diantara aku dan Najah. Farah yang dimaksudkan Najah ialah calon isteri pilihan mamanya. Anak sahabat baik Tunku Helena, Datin Kalsom.
“Abang call mama ke tadi?” soalku ingin tahu.
“Takdelah, papa yang call abang tadi. Mama yang sibuk bertanya kenapa tak keluar-keluar lagi, flight dah lama touch down.”
“Habis abang cakap apa?”
“Bohong sunatlah, abang kata abang sakit perut. Tasha, nanti bila nampak Farah, Tasha jangan fikir yang bukan-bukan ya. Ingat selalu yang kekosongan dalam hidup abang telah pun diisi dan tiada tempat untuk wanita lain dalam hati abang selain Natasha Ameera, isteri abang” Pesan Najah. Dia mahu memberi semangat dan perangsang kepada isterinya untuk membuang segala gelisah dan gusarnya biarpun tidak banyak mana.
“Siapa tolong abang tolak troli ni” Aku cuba mengalih topik perbualan. Abang banyak mana pun abang cuba ingatkan Tasha namun fobia itu tetap akan hadir. Tasha terima jika suatu hari nanti abang terpaksa akur dengan kehendak mama abang. Tasha pasrah bang. Aku berikan senyuman yang aku rasa paling manis utuk Najah biarpun amat perit bagiku ketika itu.
“Abang upah seorang budak lelaki tadi. I’ve gave him 20 bucks. Takkan abang nak tolak dua-dua sekali. Tak cukup tangan sayang…” jawap Najah dengan mesra. Kami beriringan menuju keluar. Derap langkah sengaja diperlahankan. Najah seboleh-bolehnya tidak mahu melihat aku menangis lagi. Semenjak bergelar isterinya aku diberikan kelebihan luarbiasa, iaitu dapat membaca isi hatinya. Sebelum sampai di pintu keluar kami berhenti seketika. Empat mata saling berpandangan. Sepi dan sayu. Butiran jernih mula bergenang di kelopak mataku, menunggu masa untuk gugur. Aku tidak pernah menangis begini, tidak sekali merasa sayu begini sewaktu meninggalkan umi sendirian ketika aku melanjutkan pelajaran ke UK lima tahun lalu.
Najah memelukku dengan erat sekali tanpa mempedulikan orang sekeliling. Najah tahu aku diulit kebimbangan dan kalau boleh mahu sahaja dia turut menangis supaya aku tahu betapa dalam kasihnya selama ini.
“Abang janji Tasha, abang tidak akan persiakan hidup Tasha. Percayalah sayang. Abang akan teguh dengan apa yang abang lafazkan sewaktu menikahi Tasha dulu. Kita tetap akan melalui kehidupan sebagai suami isteri sepertimana orang lain”
“Tasha perlu kuat ok… berikan abang masa untuk berhadapan dengan keluarga. Tak lama sayang…” sambung Najah. Dia mahu mendamaikan hati isterinya. Aku juga tidak mahu kehilangan orang yang dicintai.
Semakin kuat dakapan Najah, esakkan ku juga semakin kedengaran. Betapa payah pun hidup kami nanti akan tetap ditempuhi bersama. Harapan aku cuma satu, menjadi isteri Syahrun Najah Hanafi sehingga ke akhir waktu..
“Abang, Tasha tiada orang lain di dunia ini selain umi dan abang. Tasha harap akan terus teguh dengan pendirian abang.”
“Ya sayang abang janji. Tasha akan sentiasa di mata dan di hati abang. Lepas ni kita berpisah untuk seketika. Abang akan call Tasha, abang akan jengah mailbox abang dan kalau ada kesempatan kita chatting macam dulu.” Najah mula meleraikan dakapannya perlahan-lahan. Di genggam erat jemari halus milik Tasha. Diserapkan suatu semangat agar aku cekal dan tabah mengharungi hari mendatang.
“I love you so much bang… gonna miss you”
“Love you too sayang, I’ll miss you too. Take a good care of yourself whilst I am not around. Be good honey”
“You too bang….”

Part 3

Dari jauh umi melambaikan tangannya kearahku. Rindu benar aku pada umi, sejak lima tahun dulu aku tidak pernah pulang ke tanah air. Bukannya aku tidak rindu pada umi, saban hari beban rinduku menggunung tinggi Cuma aku tidak mahu membebankan umi. Biarpun apa sahaja yang aku pinta akan umi tunaikan namun aku tidak pernah meminta. Gaji umi sebagai pensyarah politeknik walaupun tidak sebesar mana namun masih mampu untuk menyediakan segala keperluanku sebagai anak tunggal. Airmata rindu mengalir tanpa aku pinta. Langkahku semakin laju dan panjang. Tubuh kurus tinggi umi aku dakap dengan erat. Dipeluk dan dicium umiku ini biar terlerai segala rindu dendam. Aku menangis dibahunya.
“Tasha seorang aje ke? Mana Najah?” tanya umi sambil meleraikan pelukan.
“Tu hah umi…dengan family dia. Kenapa dia yang umi tanya dahulu? Tanya Tasha sihat ke tak, dah makan ke belum?. Ini menantu dia yang ditanya” gurauku sambil menyusun langkah keluar.
“Umi tahu anak umi sihat sebab tu umi tak tanya” balas umi ringkas. Dia membantuku menolak troli..
“Umi masih kenal Tasha walaupun Tasha pakai macam ni?” soalku pada umi. Topi Nike yang dipakaikan Najah sebelum kami berpisah sebentar tadi menutupi kepalaku kini.
“Ibu mana yang tak kenal anaknya?. Sekali pandang sahaja umi dah tahu yang mana satu Natasha Ameera. Sepuluh kali dia berselubung litup umi masih kenal anak dara umi ni…”
“Ooppss umi…correction, Tasha dah bersuami….” Terlerai ketawa dihujung bicara. Masakan umi boleh lupa aku sudah berkahwin, getus hati kecilku.
“Ha’ah lupa umi. Tulah nak kahwin tak sabar-sabar, tak boleh tunggu sampai balik sini walhal bukan lama lagipun…” Umi mula membebel.
“Umi…. Tasha dah terangkan kan? Kenapa Tasha nikah dengan Najah disana. Please umi jangan buat Tasha rasa bersalah kerana membelakangkan umi dalam hal ini.”

Perbualan terhenti seketika, sebuah BMW warna hitam metalik berhenti dihadapan kami. Kedua beranak menyelinap masuk ke dalam kereta. Dengan pantas pemandu kereta itu memasukkan bagasi milikku ke dalam boot dan terus meluncur laju. Semuanya pantas kerana tidak mahu terserempak dengan Tunku Helena. Aku merasakan diriku seperti pendatang tanpa izin di negara sendiri.
“Tasha, umi restu pernikahan Tasha dengan Najah. Tiap hari umi titipkan doa buat kamu berdua. Cuma umi sedikit terkilan. Umi tidak dapat meraikan majlis pernikahan satu-satunya zuriat umi…” sambung umi. Sayu nadanya. Aku usap tangan umi perlahan memujuk hatinya yang lara. Maafkan Tasha umi! Jeritku dalam hati
“Maafkan Tasha umi. Insya-Allah setelah segalanya selesai. Hajat umi akan terlaksana jua. Siapa yang tidak mahu menaiki pelamin, pengantin mana yang tidak mahu dirai umi… berikanlah kami masa. Jauh sekali niat Tasha untuk mengecewakan umi apatah lagi membiarkan umi terkilan… maafkan Tasha umi”


***

Aku dan Najah bagai irama dan lagu…

Setelah sebulan terperap di rumah, akhirnya Najah memberikan keizinan kepadaku untuk bekerja. Itu pun dengan bersyarat, aku mesti bekerja di pejabatnya. Kata Najah supaya senang dia memerhatikan aku. Biarpun aku terpaksa keluar awal setiap pagi bagi mengelakkan lalu lintas namun aku tidak mengeluh. Sekurang-kurangnya aku kini tidak perlu lagi jadi penggangur terhormat.
Seawal jam lapan pagi aku sudah sampai di pejabat Najah yang terletak di tingkat 12 di Menara Ansar. Aku duduk di sofa kelabu sementara menunggu pengurus Sumber Manusia masuk ke pejabat.
“Morning Zura” tegur satu suara yang aku kenali. Aku menoleh kearahnya. Pasti dia menegur gadis penyambut tetamu.
“Morning Encik Syahrun” jawab gadis itu. Janggal kedengaran suamiku dipanggil dengan nama Syahrun. Aku menahan senyumku.
“Zaid tak masuk office lagi ke Zura?” tanya Najah lagi kepada gadis itu.
“Belum lagi Encik Syahrun. Cik Tasha ni pun sedang tunggu Encik Zaid. Biasanya waktu ini dia dah sampai, hari ni lambat pulak” balas gadis itu.
“Takpe…Nanti kalau Zaid datang suruh dia jumpa saya. Tasha ikut saya ke pejabat” arah Najah kepadaku dan gadis penyambut tetamu itu. Tanpa sebarang bantahan aku mengekori Najah ke biliknya. Pejabat itu sungguh kemas dan tersusun. Aturan perabot dan partition yang membahagikan ruang kerja antara staff begitu seimbang dan senada.
Pintu bilik yang tertera nama Najah lengkap dengan jawatannya dikuak perlahan. Terkejut aku melihat keadaan bilik Pengurus Analisa Sistem itu. Najah ketawa kecil melihatku.
“Abang banyak sangat kerja sayang, tak sempat nak kemas. Tasha tolong kemas boleh?”
“Encik Syahrun, dalam appointment letter saya, jawatan yang diberikan kepada saya ialah Eksekutif Akaun bukannya pembantu pejabat” balasku pula. Najah ketawa mendengar aku memanggilnya dengan nama Syahrun.
“Sayang jangan panggil abang macam tulah, geli pulak dengar. Dah tolong cepat kemas bilik ni” tambah Najah sambil mengemas buku-buku perisian yang bersepah di atas mejanya. Aku turut membantunya menyusun fail-fail ke kabinet yang berhampiran. Kertas-kertas yang aku tidak tahu samada ianya masih berguna atau tidak, aku satukan menjadi kemas.
“Abang pilih sendiri ya paper ni, Tasha tak tahu mana satu sampah mana satu dokumen abang…” aku menyerahkan kertas yang telah aku susun itu kepada Najah.
“Thanks sayang.”
Pintu bilik di ketuk, seorang lelaki berbadan gempal berdiri di muka pintu. Najah mempelawanya masuk dan dia duduk di kerusi bersebelahanku.
“Zaid, ini Natasha Ameera eksekutif baru tu. You lambat sangat datang, I kidnapped dia ke mari”
“Sorry Encik Syahrun, tayar kereta saya bocor terkena paku. Terpaksa guna kereta isteri saya. Lambat sikit sebab kena hantar dia ke pejabat dulu” terang Zaid mengapa dia lambat pagi itu.
“Takpe…dah nak bocor nak buat macamana kan? Tasha ikut Encik Zaid ni nanti dia akan kenalkan you dengan staff yang lain”

Zaid membawa aku ke bilik yang aku kongsi bersama dengan seorang lagi eksekutif akaun. Bilik itu agak luas, cukup untuk dua orang. Aku diperkenalkan kepadanya. Namun belumpun sempat aku mengenali Sarah dengan lebih lanjut, Zaid membawa aku melihat ke sekitar pejabat sambil berkenalan dengan staff-staff yang lain. Sepuluh minit selepas itu aku kembali ke bilikku.
“Penat?” soal Sarah sebaik sahaja aku melabuhkan punggung dikerusi.
“Penat jugak, besar sangat pejabat ni. Encik Zaid tu kenalkan I dengan semua orang, tapi takde seorang pun yang I ingat namanya kecuali you Sarah” balasku.
“Belajar kat mana dulu Tasha?” tanya Sarah lagi
“UK…”
“Ohh…dah lama balik sini?”
“Baru aje…”
“Syahrun tu pun study kat UK…”
“Syahrun mana?” tanya ku pula.
“Anak bos tu, you tak berkenalan dengan dia ke tadi? IT manager yang hidung mancung tu…Zaid tak bawak you jumpa dia ke?”
“Ohh…nama dia Syahrun ke? Ada jumpa tadi, kalau you tak mention bab hidung mancung tu memang I tak ingat. Mancung betulkan hidung dia?”
“Kacuk Arab tu, kalau you tengok abang dengan kakak dia lagi tercatuk batang hidung. Tapi kalau you nak compare si Syahrun tu dengan abang dia, handsome lagi Syahrun tu”
Wah! Begitu seronok Sarah bercerita tentang hidung Najah. Hidung dan matanya yang redup itulah yang menambat hatiku dulu. Aku berdoa dalam hati agar Sarah tidak jatuh hati dengan Najah, kerana aku tidak sanggup untuk bergaduh dengan rakan sekerjaku hanya kerana seorang lelaki. Janganlah ditambah pening yang sudah bersarang di kepalaku sejak berbulan yang lalu.

“Assalammualaikum…” tegur seorang wanita bertudung. Kami berdua menyambut salam itu dengan serentak. Aku masih lagi mengenali wanita yang menemuduga ku dua minggu yang lalu.
“Selamat datang Natasha, macamana selesa dengan pejabat ni?” tanya Puan Khalijah kepadaku.
“Alhamdulillah…” balasku pula.
“Natasha boleh ikut saya ke bilik sekejap?” pinta Puan Khalijah. Aku bangun dari kerusi dan menurut langkah Puan Khalijah menuju ke biliknya. Najah yang sedang berbincang sesuatu dengan pembantunya mengerling ke arahku dan kami berbalas pandangan. Rasanya seperti kali pertama jatuh cinta.
Bilik Puan Khalijah terletak berhadapan dengan bilik Najah, bilikku pula selang sebilik dari bilik Puan Khalijah. Pastinya, setiap kali aku berjumpa dengan Pengawal Kewangan itu, aku perlu melintas di bilik Najah.“Buat masa ni Tasha kena jaga payroll dan fixed assests. Payroll tak susah sangat sebab kita dah develop sistem baru yang lebih mudah. Sekarang ni Syahrun pun sedang upgrade sistem yang sedia ada agar lebih pantas dan tepat” ucap Puan Khalijah. Famous betul Najah di pejabat ayahnya ini. Namanya tidak lekang dari bibir setiap orang.
“Tasha tahukan kalau buat payroll ni kita mesti amanah. Tak boleh nak beritahu orang lain berapa figure gaji orang ini, orang itu…” terang Puan Khalijah lagi.
“Saya faham puan”
“Ini kunci kabinet fail-fail peribadi yang akan saya pertanggungjawabkan kepada awak. Takde orang lain yang dibenarkan membuka kabinet itu kecuali Tasha dan saya sendiri.Cuma kita berdua sahaja, kalau Tan Sri nak tengok fail pun Tasha atau saya sahaja yang boleh bukak. Harap Tasha boleh jaga amanah ini”
“Insya-Allah puan”
“Sekejap lagi Johan, akan bantu Tasha untuk suai-kenal dengan sistem yang kita guna disini. Dia akan ajar awak sampai pandailah, kalau tidak susah nanti staff di sini tak bergaji” gurau Puan Khalijah. Aku tersenyum. Senang hati aku bila berhadapan dengan wanita ini. Tuturnya lembut dan penuh sopan.
“Mari Tasha…” Puan Khalijah membawa aku ke bilik jirannya. Aku membawa sekali fail dan kunci yang diserahkan Puan Khalijah kepadaku sebentar tadi.
“Syahrun…” panggil Puan Khalijah. Najah yang sedang khusyuk menaip sesuatu di laptopnya memandang ke arah kami.
“Saya kak…” sahut Najah. Dia tersenyum, aku turut membalas senyuman itu.
“Johan mana? Akak nak minta dia ajar Tasha guna payroll systems tu. Karang hujung bulan ni kamu semua tak dapat gaji kalau Tasha tak belajar dari sekarang”
“Ohh…Johan dia pergi site kak. Takpe saya akan ajar Tasha. Hmm…bagi saya lagi setengah jam. Lepas saya siapkan kerja saya ni, saya datang ke bilik kakak” balas Najah dengan sopan. Pandai dia berbahasa, aku bangga menjadi isterinya. Walaupun dia anak kepada tuan punya syarikat, namun dia menghormati orang lain.
“Datang bilik akak buat apa…pergi bilik Tashalah”
Najah ketawa kecil bagi melindungi kesilapannya. Kenapa gabra semacam suamiku ini? Sepertinya dia tidak pernah melihatku sebelum ini. Aku dan Puan Khalijah kembali ke bilik masing-masing.

Aku menyusun beberapa barang peribadi milikku yang aku bawa termasuk sebuah bingkai gambar yang diperbuat dari pewter. Bingkai gambar itu aku letakkan di sebelah monitor komputerku, supaya aku boleh melihatnya saban waktu. Gambar aku dengan Najah dihadapan stadium Old Traffod. Itulah gambar pertama kami dan disitulah kami berkenalan lalu jatuh cinta.
Sarah begitu khusyuk memeriksa lejernya, dia begitu senyap sekali. Aku membuka kabinet yang menyimpan kesemua fail peribadi staff syarikat juga beberapa lagi fail sulit. Aku memeriksa fail-fail tersebut satu persatu mengikut senarai yang diberikan Puan Khalijah kepadaku.
“Hi ladies…” Najah muncul dihadapan pintu dengan sebuah fail ditangannya.
“Ehh…Encik Syahrun, masuklah…” pelawa Sarah dengan ramah. Aku lihat dia begitu teruja melihat kehadiran Najah dibilik kami.
“Tasha dah ready?” tanya Najah kepadaku. Aku mengangguk. Sarah seperti kehairanan.
“Johan tak ada ke Encik Syahrun?” tanya Sarah. Mungkin dia pelik melihat Najah yang akan mengajarku untuk menggunakan payroll systems, bukannya Johan pembantu Najah.
“Johan pergi site. Kenapa you ingat I tak boleh ajar Tasha ke?” jawab Najah sinis. Dia merapati aku yang sedang berdiri di mejaku. Najah meletakkan failnya di meja.
“Cantik gambar…” puji Najah. Aku tersenyum. Aku perasan Najah juga meletakkan gambar yang sama di laptopnya. Gambar itu menyimpan seribu erti bagi kami. Aku memberikan Najah kerusi untuk memudahkan dia mengajarku.
“Takpe Tasha duduk, abang boleh berdiri” bisik Najah ditelinga ku. Rindunya aku pada bisikan seperti itu. Sejak pulang dari UK kami belum lagi tinggal bersama. Najah hanya singgah ke rumahku pada hujung minggu sewaktu menemani Tan Sri bermain golf di sebuah resort berdekatan dengan rumahku. Sebulan bagaikan setahun menanggung rindu.
“Tak penatkah berdiri Encik Syahrun?” tanya Sarah. Risau benar dia, takut Najah kepenatan berdiri.
“Nanti kalau I nak duduk tahulah I cari kerusi Sarah. Thanks for your concern” balas Najah dengan sopan. Kami memulakan sesi pembelajaran sebaik sahaja Najah siap menyediakan satu akaun dan katakunci untukku. Dia mengajar aku satu persatu dan aku mudah memahami apa yang diterangkan oleh Najah kepadaku. Sesekali kami ketawa, adakalanya kami serius. Aku mendengar setiap butiran dengan teliti dan mencatitkannya pada nota kecil.
Najah mengeluh ditelingaku, dia kepenatan juga akhirnya. Hampir sejam dia berdiri dibelakangku.
“Abang keluar kejap cari kerusi sayang…” bisik Najah lagi. Pandangan mataku mengiringinya keluar dari bilik. Aku melakukan senaman regangan untuk menghilangkan penat.
“Encik Syahrun tu macam suka dengan you aje Tasha” ucap Sarah. Agaknya dari tadi dia memerhatikan kami berdua, tekaku dalam hati.
“Ishh…tak adalah Sarah. Takkan dia pandang I ni” balasku pula.
“Selalunya Johan yang akan ajar staff baru kat sini. Baru minggu lepas ada staff baru masuk, Johanlah yang bertungkus lumus setup komputer, ajar guna sistem…Encik Syahrun tak turun padang pun, dok melangu depan PC dia aje sehari suntuk” terang Sarah lagi. Wahh, Sarah benar-benar memerhatikan Najah sehinggakan dia tahu apa yang Najah buat seharian di pejabat. Najah masuk semula ke dalam bilik tidak lama selepas itu. Dia duduk di sebelahku. Dia meletakkan sebelah tangannya di pehaku.
“Rindu sayang…” bisik Najah di telingaku. Aku juga rindu padanya. Aku tidak membalas, sebaliknya aku tulis dinotaku lalu kuberikan untuk dibacanya.
MISS U VERY MUCH!
Najah mengambil buku notaku lalu menulis sesuatu dan memberikan kepadaku semula.
LOVE BABY AND MISS BABY TOO
Dia ketawa besar, mengejutkan aku dan Sarah. Buang tebiat agaknya Najah ni. Aku mencubit pehanya, tanda protes.
“Sakitlah sayang…”
“Dah tu kenapa terperanjatkan orang” gumamku. Najah ketawa lagi. Sarah yang kehairanan bertanya lagi.
“Apa yang kelakar sangat tu Encik Syahrun, Tasha?”
“Entahlah Sarah, I pun tak tahu kenapa Encik Syahrun ni asyik ketawa aje. You tak sihatkah Encik Syahrun?” tanyaku pula. Kali ini Najah pula mencubit pehaku.
“I rindu dengan buah hati I Sarah. Tak sabar nak balik nak jumpa dia ni. Teringatkan dialah ni, seronok sangat” jawab Najah. Sarah mencebikkan bibirnya.
“Lima minit lagi Encik Syahrun boleh balik rumah, lunch. Bukan tak biasakan Encik Syahrun break lunch dua jam? Hahh…bolehlah lepaskan rindu lama-lama” ucap Sarah. Dua jam Najah menghilang di rumahku, melaporkan diri padaku setiap hari sambil menikmati hidangan tengahari yang aku masak untuknya.
“Tapi hari ni takde orang masak untuk I. Nampak gayanya makan diluarlah” tambah Najah lagi. Kesian pulak aku mendengarnya.
“Hmmm…dah pukul satu. Tasha nak lunch sekali tak?” pelawa Sarah. Najah terlebih dahulu memberi isyarat kepadaku, maka aku terpaksa menolak pelawaan Sarah.
“You keluar dululah Sarah, kejap lagi I lunch…” balasku. Sarah meninggalkan kami berdua. Najah menarik nafas lega. Akhirnya tinggal aku dan dia sahaja dibilik itu, dan kami tidak perlu berbisik lagi.
“Abang rindu sayanglah” ucapnya.
“Tasha pun rindu abang”
“Sayang nak makan tak? Abang lapar ni…dari pagi tak makan lagi. Sayang pun abang tengok tak breakfast pagi tadi. Sibuk berkenalan dengan orang dalam office ni. Ada jumpa yang berkenan tak?”
“Ada…lelaki tu hidung mancung, Tasha lupa siapa nama dia, tapi bilik dia macam sarang kucing nak beranak. Abang, jomlah lunch… Tasha lapar sangat ni bang, perut dah berbunyi ni” ucapku dengan manja. Najah mengusap perutku.
“Kesian baby abang ni…lapar ya. Jom kita pergi makan, abang belanja tapi Tasha kena drive. Boleh? Abang penatlah sayang”
“Boleh, no problem. Abang nak makan kat mana?”
“Jom kita pergi The Aska, abang nak makan sushilah”
Dia memegang tanganku, tetapi melepaskannya semula sebaik sahaja kami keluar dari bilik. Aku tidak berkecil hati kerana aku sedar di mana aku sekarang dan tidak ada seorang pun yang tahu siapa aku sebenarnya.
“Najah…” panggil satu suara. Kami menoleh kearah wanita yang memanggil Najah. Seorang wanita berbaju kurung warna hijau lumut dan bertudung berjalan ke arah kami.
“Kak Long…baru sampai ke?” tanya Najah pada wanita itu.
“Ha’ah, baru aje sampai. Hantar Fifi ke taska dulu, merengek tak mahu Pak Karim hantar nak kakak jugak yang hantar. Kakak ingat nak ajak Najah lunch, Najah dah lunch belum ni?” tanya wanita itu.
“Nak pergilah ni kak. Kak Long, kenalkan ini Natasha Ameera…Tasha kenalkan ni Safiyyah Najlah, kakak abang. Jomlah kita pergi sekali” Najah memperkenalkan aku dengan kakaknya. Aku sedikit risau jikalau Najah terlupa tentang rahsia kami.
Aku bersalaman dengan Kak Long Najah. Orangnya cantik sekali, ayu dan tinggi lampai. Benar kata Sarah, kakak Najah sangat cantik.
“Inilah Tasha yang Najah cerita pada kakak tu ya?” tanya Kak Long pada Najah. Suamiku mengangguk. Aku tertanya-tanya, apakah rahsia kami sudah diketahui orang. Kami berjalan menuju ke lif dan seterusnya ke tempat letak kereta. Aku hanya diam, mendengar apa yang dibualkan mereka dua beradik. Sesungguhnya mereka berdua amat rapat dan mesra. Apabila menyedari aku seperti ‘terasing’ Najah pantas menggapai tanganku dan menggenggam erat jemariku.

BMW 3 series warna perak milik Najah begitu gah di petak yang dikhaskan untuknya. Dia membuka pintu belakang untuk Kak Long, dia juga membuka pintu untukku seperti selalu.
“Kak Long seorang aje yang tahu tentang kita sayang” ucap Najah sebaik sahaja kami semua berada di dalam kereta. Aku menarik nafas lega.
“First time kakak jumpa orang yang buat Najah gila…ayu orangnya. Patutpun Najah jadi sewel semacam, sanggup sambung buat Masters. Kalau dulu masa papa hantar ke UK dia tak mahu pergi. Tiba-tiba aje Najah tak nak balik, pelik jugak Kak Long” celah Kak Long dengan mesra. Najah menggapai lagi tanganku. Dia tidak segan berbuat demikian dihadapan kakaknya. Najah menyambung pengajiannya semata-mata kerana ingin menemani aku sehingga aku tamat pengajian.
“Najah harap kak Long akan support Najah nanti. Najah tak mahu kahwin dengan Farah tu. Baru minggu lepas kami terserempak dengan Farah di Sofitel dengan seorang lelaki”
“Farah nampak kamu berdua ke?” tanya Kak Long dengan cemas.
“Tak…masa tu Najah baru nak masuk ke dalam bilik, Farah pula baru nak masuk. Najah dengan Tasha mengendaplah. Farah tak nampak kami”
“Entahlah kakak pun tak faham dengan mama tu. Mama nak kahwinkan Farah dengan Najah semata-mata kerana hubungan baik dia dengan Datin Kalsom. Kakak pun tak berkenan dengan Farah tu, gedik semacam aje. Tasha dah jumpa Farah?”
“In person belum lagi kak. Hari tu pun Najah yang ajak kami mengendap dari balik pintu”
“Bila masa kamu stay kat Sofitel tu?” tanya Kak Long lagi
“Friday last two week, kan sayang?”
“Ohhh…hari yang Najah tak balik tu ya? Kesian adik kakak ni, lain kali datang aje ke apartment kakak. Membazir aje tidur di hotel” pelawa Kak Long. Najah ketawa besar mendengar pelawaan kakaknya. Kak Long begitu sporting sekali.
“Mat saleh yang sewa apartment tu dah balik Finland ke? Kalau macam tu bolehlah Najah sewa, dapat rack rates tak kak?” ucap Najah sambil memandangku. Senyumnya lebar hingga ke telinga.
“Dah…dekat sebulan jugak dia pindah. Akak dah bersihkan rumah tu kalau Najah nak masuk. Kesiankan Tasha berulang alik ke Pasir Gudang tiap hari. Bolehlah rehat-rehat kat sana kalau malas nak balik Pasir Gudang. Jauhkan Najah nak ke Pasir Gudang kalau lunch break ni you nak spend time dengan Tasha?” usik Kak Long lagi.
“Kakak tak kisah, tak bayar sewa pun tak apa. Apartment tu kan papa belikan sebagai hadiah perkahwinan kak Long dulu. You don’t need to pay me any penny brother. Just consider it as my wedding gift to you, you both can come at anytime. Nanti Tasha jumpa kakak kat office, ambik kunci ya…” tambah Kak Long.
“Thanks kak…” ucapku. Terharu rasanya dengan penerimaan kakak Najah terhadapku. Terasa kehadiranku dihargai.
“Don’t mention Tasha. Kakak sebenarnya dah lama berangan nak ada adik perempuan. Bila Najah beritahu akak dia dah nikah…akak excited sangat. Rasa macam nak terbang ke UK untuk raikan kamu berdua tapi masa tu akak tengah sarat, menunggu hari aje” beritahu Kak Long.
“Takpe kak, we both understand. Your blessing is more than enuff. Najah tengah tunggu hari jugak untuk beritahu mama dan papa. Tak boleh tahanlah hidup macam nomad ni”
“Slowly bang…I have bad feeling about this. I still remember how your mom stared at me…takut…”
“Mama memang macam tu Tasha tapi Tasha janganlah takut mama tu kalau kita pandai ambik hati dia, lama-lama dia cair…”

Akhirnya kami sampai ke restoran kegemaran Najah. Private Dining room yang memang sedia ada untuk kegunaan Najah menjadi tempat kami bertiga untuk makan tengahari sambil berbual. Aku memesan teepanyaki kesukaanku, begitu juga Kak Long. Najah pula memesan sushi dan soba mee untuk dirinya.
“Kami ni namanya aje kacuk Arab tapi tak berapa gemar makanan orang Arab. Akak dengan Najah memang hantu japanese food ni”
“Kita Arab pandang ke timur kak” sampuk Najah.
Aku senang sekali dengan kehadiran Kak Long hari ini. Aku khusyuk memerhatikan mereka dua beradik berbual dan bergurau.
“Tasha diam aje kenapa?” tanya Najah
“Seronok tengok abang dengan kak Long berbual” jawabku pula. Najah menggenggam erat tanganku dan menciumnya. Kak Long tersenyum memandang kami. Pipiku pula merona merah, malu dengan perlakuan Najah.
“Tasha nak tahu something tak? Dulu masa kami kecik-kecik, Najah paksa semua orang panggil dia abang. Dia paksa Tasha ke untuk panggil dia abang?”
“Along…malulah. Janganlah cerita dengan Tasha” jerit Najah. Kak Long begitu nakal dan terusan menyakat Najah.
“Najah tak paksa Tasha kak…Tasha pun dah lama teringin nak ada abang. Bila Tuhan anugerahkan Najah pada Tasha, hidup ini terasa begitu sempurna” balasku.
“Macam tulah sayang abang”
“I am happy to see you guys happy” ucap Kak Long. Safiyyah, nama isteri Nabi Muhamad yang berketurunan Yahudi, namun dia sering bersikap berkecuali apabila berlaku ketegangan di antara madunya. Begitu juga Safiyyah Najlah yang berada dihadapanku kini dia begitu menyenangkan. Kami menikmati hidangan tengahari itu dalam suasana yang sungguh meriah sekali. Tiba-tiba aku merasakan yang aku sedang mendapat kekuatan baru untuk menghadapi ujian yang bakal mendatang.

PART 4

Lama pergi lunch Tasha…” tegur Sarah.
“Encik Syahrun ajak I join sekali dengan kakak dia pergi lunch kat The Aska” balasku.
“Wah! untungnya you first day kerja dah duduk semeja dengan anak boss”
Telefon bimbitku yang berbunyi menghentikan perbualan kami seketika. Nombor telefon ummi tertera di skrin. Aku menjawabnya dengan riang.
“Assalammualaikum ummi…Rindu Tasha ke?” soalku girang
“Waalaikumsalam…rindu, risau semuanya ada. Tasha dah lunch?”
“Dah ummi, dengan abang tadi…”
“Itu aje yang ummi nak tanya. Balik pukul berapa ni?”
“Mungkin lambat sikit kot. Nanti Tasha call ummi ya kalau Tasha balik lewat, sebab hari ni Tasha kena belajar guna payroll systems”
“Okaylah sayang. Take care”
“You too ummi, love ya!” Aku menyimpan semula telefon bimbitku ke dalam tas tangan. Aku kembali mencuba sistem yang sedang aku pelajari. Najah menyediakan satu akaun ujian untuk aku guna bagi memahirkan diriku dengan sistem itu. Aku mencubanya beberapa kali sehingga aku mampu untuk mengingati setiap langkah yang perlu.
“Macamana Tasha, boleh guna sistem tu?” tanya Puan Khalijah yang sedang berdiri di sebelah Sarah. Aku terlalu khusyuk mencuba sistem itu sampai tidak menyedari kehadirannya di bilikku.
“Alhamdulillah Puan, saya sedang menyesuaikan diri dengan sistem ini. Sekarang nak familiarize and memorize all those steps”
“Good Tasha, I am sure you can do it”
Aku kembali dengan tugasku dan aku mula menyukainya. Dengan bantuan dan dorongan dari Najah semua kerja menjadi mudah. Aku menyanyi kecil sambil menyemak hasil kerja yang telah aku cetak.
“Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati” berpantun pula si Sarah ini. Aku tersenyum memandang teman baru ku itu. Teringat aku kepada Emily Amir Fitzgerald, teman baikku.
“I rasa Encik Syahrun tu memang suka dengan youlah Tasha”
“Ishh…Sarah, I baru aje masuk kerja hari ni. Manalah tahu dia dah ada buah hati, tak pandang pada I ni. Bukan setaraf pun dengan dia. You dengar tak pagi tadi dia kata rindu buah hati dia?”
“Dengar…Hmm panjang umur dia, baru sebut dah muncul” rujuk Sarah kepada Najah yang telahpun terpacak di hadapan bilik kami. Dia tidak masuk, hanya menjengah dari pintu.
“Macamana Tasha? Boleh?” tanya Najah dari luar bilik.
“Alhamdulillah, so far tak ada problem”
“Anything, you just give me a call. I need to go out for a while…I’ll be back in two hours time” pesan Najah kepadaku. Dia memberikan ‘sign’ telefon sebelum berlalu pergi. Aku pasti dia akan menelefonku sebentar lagi. Sarah memerhatikan aku.
“Dia bagi you nombor telefon ke?” tanya Sarah ingin tahu. Aku mengeluarkan kad perniagaan Najah dari dalam laci lalu aku tayangkan kepada Sarah. Sarah mencebikkan bibirnya.
“I dah ada buah hatilah Sarah. Kami sama-sama study di UK dulu so jangan gossip I dengan Encik Syahrun tu ya. Haa… baru cakap buah hati I dah call. Iklan sekejap ya Sarah” Aku pantas menjawab panggilan dari Najah.
“Abang…”
“Sayang…Susahnya nak cakap dengan dia. Dah boleh guna sistem tu belum?”
“Dah…kan abang dah ajar dulu masa kat UK. Tasha tinggal mahirkan diri aje. Abang nak pergi mana ni?”
“Jumpa Johan kat site, ada problem kat sana. Tasha tunggu sampai abang balik nanti ya. Kita pergi apartment Kak Long dulu…”
“Hmm…nak buat apa pergi rumah Kak Long tu?” soalku nakal. Najah ketawa besar mendengar usikanku. Ketawa nakalnya sentiasa menghambat rindu dihatiku membuatkan aku ingin selalu disampingnya.
“Abang rindu baby, abang nak jumpa babylah…” ucap Najah lagi. Aku faham benar dengan maksudnya.
“Okay…nanti kita jumpa lepas office hours, Tasha ada kdaan Sarah juga sedikit sebanyak membantu aku memberikan konsentrasi yang lebih terhadap tugas baru ku ini. Kalau tidak, pasti dia akan bertanyakan perihal Najah sahaja.
Berkat ketekunan menghafal dan mencuba, aku kini dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan sistem itu. Aku sudah tidak risau lagi. Fail-fail peribadi pekerja yang aku semak satu persatu telahpun aku kembalikan ke tempat asalnya. Kabinet itu aku kunci sebelum aku terlupa. Aku sentiasa ingat dengan pesanan Puan Khalijah, aku bukan sahaja memegang amanah Puan Khalijah tetapi maruah Najah yang perlu aku jaga.
Aku mengerling jam di komputer, sudah pukul 5 petang. Janji Najah padaku sebelum keluar tadi dia akan pulang dalam masa dua jam. Namun kelibatnya tidak kunjung tiba. Hatiku mula resah.
“Kenapa tak ke bilik ambil kunci?” tanya Kak Long yang tiba-tiba muncul dibilikku. Aku bingkas bangun dari kerusi.
“Seronok sangat buat kerja ni, sampai terlupa nak ambik”
“Dia tunggu Tasha kat sana” ucap Kak Long sambil menyerahkan kunci apartmentnya kepadaku. Terharu aku dengan sikap yang ditunjukkan oleh Kak Long, dia begitu prihatin tentang aku dan Najah.
“Thanks Puan”
“Kakak…panggil kakak aje, kitakan dah jadi family. Tasha baliklah dulu jumpa dia kat sana. Excited sangat Kak Long dengar masa dia call tadi” terang Kak Long lagi. Dia memberikan aku alamat apartmentnya. Jam sudah 5.30 petang, aku meminta izin dari Kak Long untuk bergerak terlebih dahulu.
Aku memandu menuju ke Petri Condo yang terletak di Jalan Tun Dr. Ismail, berhadapan dengan Selat Tebrau. Apartment mewah itu hanya 15 minit pemanduan dari Menara Ansar. Oleh kerana ketiadaan pelekat kenderaan, aku tidak dibenarkan masuk oleh pengawal. Maka terpaksalah aku menelefon Najah.
“Abang…Guard tak kasi Tasha masuk” rengek ku di hadapan dua orang pengawal keselamatan yang bermisai tebal itu.
“Kesiannya sayang abang. Kena jemur kat panaslah ni ya. Alahai…”
“Abang Tasha serius ni, kalau tak boleh masuk Tasha baliklah…”
“Janganlah merajuk sayang, abang turun kejap lagi belasah guard tu. Berani dia tak bagi isteri Syahrun Najah Tan Sri Hanafi Al-Bakri masuk, nak kena sangatlah tu”
Tidak sampai lima minit Najah muncul di pos pengawal. Dia bertemu dengan dua orang pengawal yang bertugas. Dia juga memperkenalkan aku sebagai isterinya kepada pengawal itu.
Najah memandu keretaku menuju ke tempat meletak kenderaan berbumbung. Dari situ kami berjalan kaki menuju ke lif. Najah merangkul pinggangku lalu memelukku dengan erat.
“Abang rindu sangat dengan sayang” bisik Najah ke telingaku. Laluan menuju ke unit apartment Kak Long yang agak privasi itu membolehkan Najah melakukan apa sahaja yang dimahukannya. Aku merelakan setiap perlakuannya. Najah membuka pintu rumah itu untukku.
“Masuk sayang, at this moment inilah istana hinggap kita” bisiknya nakal. Aku memerhati sekeliling, rumah itu mendapat sentuhan klasik Inggeris yang sangat aku gemari.
“Abang boleh bagi Tasha rest kejap tak…Tasha penat sangat ni” rayuku kepada Najah yang tidak mahu melepaskan aku dari pelukannya. Seperti selalu Najah tidak pernah memaksa aku, sikapnya itu sentiasa membahagiakan aku.
“Sorry sayang, okay take your time…abang ke dapur buat air untuk sayang. Nak air apa?”
“Plain water jek…” Najah melepaskan rangkulannya dan menuju ke ruang dapur. Aku pula merebahkan diri di sofa empuk warna putih, aku cuba untuk melelapkan mataku yang mula perit akibat seharian melihat skrin komputer. Najah datang tidak lama kemudian dengan membawakan segelas air putih untukku. Tanpa dipinta jari jemarinya ringan memicit tubuhku yang lesu.
“Kalau duduk rumah aje kan lebih baik, boleh masak untuk abang” ucap Najah sambil memicit lenganku. Aku memejamkan mata membayangkan keadaan itu.

PART 5
Terbayang aku dengan kenangan sewaktu kami di UK sebulan yang lalu. Awal pagi lagi aku sudah menyiapkan keperluan Najah sebelum kami berdua ke kuliah. Malah kami berebut untuk pulang ke apartment sebaik sahaja selesai kuliah. Setiap masa yang berlalu kami hargainya dan gunakan dengan bijak.
“Sayang dengar tak apa abang cakap ni?” tanya Najah sambil menarik hidungku.
“Sakitlah bang…tahulah hidung dia mancung”
“Kalau kita ada anakkan sayang, muka dia biar bujur sirih macam sayang, hidung mancung macam abang, bibir comel macam sayang…putih melepak macam abang, rambut lurus macam sayang…”
“Lagi…?”
“Lagi…biar tinggi lampai, bijak macam mummy dan daddy dia”
“Manja macam mummy dia…” sampukku pula
“Hmmm…yepp, manja macam mummy dia. Itu yang buat daddy rindu selalu dengan mummy. Kan mummy…?” ucap Najah sambil mengusap perutku, kemudian dia meletakkan kepalanya di perutku sebelum menciumnya berkali-kali. Aku tahu Najah sukakan kanak-kanak. Ketika kami menuntut dulu Najah begitu rajin mengunjungi teman-teman kami yang sudah berkeluarga dan bermain-main dengan anak-anak mereka.
“Abang nak baby ke?” tanyaku yang masih lagi terbaring di sofa panjang. Rambut Najah yang lurus dan ikal itu ku usap dengan penuh kasih. Dia mengangguk beberapa kali.
“Kalau ada baby hidup kita lagi complete sayang…” balas Najah.
“Tapi kalau Tasha pregnant, Tasha kena berhenti kerja bang. Abang dah ready nak bagitahu mama dan papa abang? Nanti kalau mama dan papa abang tak boleh terima Tasha macamana?”
Najah tidak menjawab. Aku tahu fikirannya ligat memikirkan langkah seterusnya. Aku tidak mahu pertemuan kami petang itu menjadi kacau dengan permasalahan itu.
“Kalau kita ada anak, takdelah nanti Tasha sunyi bila abang takde…” ucap Najah tiba-tiba sambil memandang sayu wajahku. Aku tahu Najah memang inginkan zuriat untuk melengkapkan kehidupan kami.
“Tasha pun nak anak bang tapi bukan sekarang kot. Tasha nak kerja dulu…Tunggu lepas semuanya selesai baru kita bincang pasal anak ya bang”
“Sekarang tak bolehke?”
“Sekarang?”
“Ya, sekaranglah sayang…” bisik Najah ditelingaku. Aku mengambil kesempatan itu lalu mengucup pipi Najah dengan penuh kasih. Tanpa banyak bicara Najah mendukung ku dan membawa aku ke bilik. Aku menjerit kerana terkejut.

Jam locengku berbunyi mengejutkan aku dari lena dan memaksa aku untuk bangun mandi dan bersolat. Ummi mengetuk pintu bilikku. Dia sudah siap berpakaian.
“Liat nak bangun Tasha? Ke mana aje kamu menghilang semalam, pukul 11 malam baru balik” bebel mama bagaikan irama yang menggesa aku untuk bangkit dari katil.
“Tasha pergi rumah baru kami… Istana hinggap mi…” jawabku nakal.
“Macamana nak pergi kerja ni? Ummi tengok kereta kamu tak ada di garaj. Najah hantar Tasha balik ke malam tadi?” tanya ummi lagi.
“Dah penat sangat, Tasha tak larat nak drive. Nanti Najah jemput Tasha. Tasha mandi dulu ummi, lewat dah ni”
“Tahu pun…cepat mandi tu, jangan berangan pulak. Ummi nak buat breakfast” ucap ummi. Aku berlalu ke bilik mandi. Senyum sendiri aku melihat cermin dibilik mandi teringatkan peristiwa malam tadi. Kasih Najah kepadaku tidak pernah berubah. Berjauhan dan tinggal berasingan memberikan hikmah kepada kami, saling merindu dan kami menghargai setiap peluang setiap kali bertemu.
“Najah tu playboylah Tasha, nanti kau frust. Aku dah banyak kali dengar cerita pasal Najah tu” kata-kata Emily Amir Fitzgerald terngiang-ngiang ditelingaku. Rakan sekolejku juga bercerita perihal yang sama. Syahrun Najah itu kaki perempuan, pantang bertemu dengan perempuan berdahi licin. Banyak cerita mengenai Syahrun Najah singgah ditelingaku, kesemuanya tidak ada satu pun yang sedap didengar. Malah aku juga menjadi mangsa fitnah apabila aku berpindah ke apartmentnya setelah kami bernikah secara rahsia. Cerita-cerita itu menguatkan lagi cakap-cakap orang tentang Najah. Aku tidak ambil pusing perkara remeh itu, kerana aku masih lagi suci ketika aku menjadi isterinya dan yang paling penting, tidak ada sesuatu yang menyalahi agama berlaku sepanjang aku menjadi kekasihnya. Bagiku itu semua cerita rekaan mereka-mereka yang kecewa.

Part 6
Aku memperaga diriku dihadapan cermin besar. Jaket warna merah yang aku padankan dengan seluar warna hitam menampakkan aku lebih langsing dan tinggi. Rambutku yang lurus dan panjang melepasi bahu, aku biarkan bebas tanpa diikat. Sedikit pelembab aku sapukan pada rambut agar tidak rosak. Najah gemar bermain dengan rambutku malah dia menyuruh aku menyimpannya supaya kekal panjang.
Siap berpakaian, aku turun ke bawah menemui ummi yang sedang menyediakan sarapan. Ummi sempat menyediakan bihun goreng Singapura untuk kami.
“Banyaknya breakfast…siapa nak makan ni?” tanyaku pada ummi.
“Kata Najah nak datang jemput Tasha, ajaklah dia breakfast sekali dengan kita. Kalau tak sempat nak breakfast, ummi bekalkan nanti boleh makan di pejabat” tutur ummi. Bagaikan sudah terencana diminda ummi apa yang perlu dilakukannya.
Jam 7 pagi, Najah sudah sampai diperkarangan rumahku. Aku mempelawanya masuk terlebih dahulu untuk bersarapan bersama kami. Najah kelihatan begitu segak dengan kemeja warna kelabu dan seluar hitam dipadankan dengan tali leher warna biru terang, menyerlahkan lagi penampilannya.
Najah mencium tangan ummi dengan penuh hormat. Dia mengambil tempat duduk di ruang makan dan aku pula menuangkan kopi kegemarannya.
“Pukul berapa dari rumah Najah? Awal Najah dah sampai sini…” tanya ummi.
“Pukul 6.30 ummi, kalau lambat nanti takut tersangkut pulak di traffic jammed” terang Najah. Pasir Gudang memang terkenal dengan kesesakkan lalu lintas mengalahkan Kuala Lumpur. Aku sejak kecil dibesarkan di bandar pelabuhan dan pusat industri itu sudah lali dengan kesibukkannya.
“Sedaplah bihun ni…Tasha boleh tapaukan untuk abang tak?” tanya Najah tanpa segan. Aku lihat dia begitu berselera menikmati hidangan ringkas itu.
“Malam tadi Tasha tak masak ke?” tanya ummi padaku. Aku menggelengkan kepala. Malam tadi aku dan Najah memerap di kamar menghabiskan masa bersama. Najah menjeling ke arahku.
Ummi terlebih dahulu meminta diri untuk ke politeknik. Dia perlu menyediakan bahan mengajar sebelum memulakan kelas. Aku pula ke dapur mencuci pinggan dan cawan. Najah pantang bila kami ditinggalkan berdua. Dia memelukku dari belakang dan berbisik di telingaku.
“Abang…I dah siap tau, you jangan buat hal” pintaku kepada Najah yang nakal. Dia tidak mempedulikan kata-kataku, Najah terus mengucup leher dan pipiku dari belakang. Aku mengeringkan tanganku dan berpaling menatap wajah Najah yang kemerahan. Aku memeluknya dengan penuh rasa kasih dan membalas kucupannya. Najah cinta hatiku yang pertama dan aku sanggup mati kerananya.
“Jom kita pergi bang, nanti lewat pulak ke pejabat” rayuku kepada Najah yang masih leka bermain dengan rambutku. Berkali-kali dia menciumnya.
“Hari ni kita cutilah sayang”
“Ishh abang ni, mana boleh Tasha baru jek mula kerja semalam. Tasha kena siapkan gaji tau, kalau tidak nanti hujung bulan ni abang tak bergaji” pujukku lagi. Najah masih belum mahu melepaskan dakapannya.
“Yelah…marilah kita pergi. Kalau abang takde gaji tak apa, abang takut orang yang kena siapkan gaji tu yang kena serbu dengan staff yang lain, kesian pulak dia nanti” Najah meregangkan pelukannya. Aku memperbetulkan kolar kemejanya. Dia mengambil peluang itu dengan menatap wajahku.
“Tasha sayang…abang tak pernah silap memilih wanita yang layak mendiami hati abang untuk selamanya. Sejak kali pertama bersua, abang terus jatuh cinta dan masih lagi jatuh cinta sampai saat ini”
“I love you abang”
“Love you too baby”
Pasir Gudang telah jauh kami tinggalkan. Istana Pasir Pelangi yang dikelilingi Padang Polo kami lewati. Sebentar sahaja lagi kami akan tiba di bandaraya JB. Najah perlu menghantar aku ke Petri Condo terlebih dahulu untuk mengambil keretaku. Kami tidak boleh dilihat berdua apatah lagi berkereta bersama ke pejabat.


Pagi-pagi lagi aku telah mencetak satu laporan yang panjang yang harus aku periksa dengan rekod kehadiran pekerja. Aku hanya ada masa selama dua minggu untuk menyiapkan kesemuanya. Kepala aku mula pening melihat nombor dan abjad yang begitu kecil di atas kertas itu. Aku perlukan cermin mata!
Aku ke pantry pejabat untuk membuat secawan nestum sebagai alas perutku. Aku mungkin seharian akan dihambat kesibukan. Tiada satu pun mug yang boleh aku gunakan, masing-masing tertulis nama tuan punya mug.
“Buatkan abang secawan…”
Aku menoleh kebelakangan. Najah berdiri dibelakangku dengan membawa dua mug. Dia memberikan mug itu kepadaku. Di tanganku Cuma ada sepaket nestum, Najah juga turut mahu secawan.
“Nah…untuk abang…” aku memberikan mug yang telah aku bancuhkan nestum itu kepadanya.
“Baby punya mana?”
“Nanti Tasha buat lain”
“Perut baby tak boleh kosong, jangan tak isi pulak” pesan Najah kepadaku. Dia sentiasa prihatin dengan kesihatanku. Kami beriringan kembali ke bilik masing-masing. Aku mengambil sepaket nestum lagi untuk diriku tetapi belumpun sempat aku ke pantry semula aku ditahan oleh Puan Khalijah.
“Tasha nanti tolong siapkan manpower turnover for last quarter, Tan Sri nak tengok bila dia sampai pukul 11 nanti”
Aku segera mengerling jam di dinding pejabat. Aku ada masa satu jam dari sekarang untuk menyiapkannya. Mahu tidak mahu aku harus melakukannya sekarang.
“Baik puan, saya akan buat sekarang” balasku pula. Puan Khalijah keluar dari bilik selepas itu. Aduh! Apakah Tan Sri Hanafi ini sentiasa mahukan sesuatu di saat akhir?
“You kena biasa dengan style kerja JIT ni Tasha” tegur Sarah. Aku menganggukkan kepala. Beginilah lumrah orang makan gaji, harus sentiasa bersedia untuk menerima arahan dari ketua.
Aku mencari data-data yang diperlukan daripada sistem komputer. Melalui data-data sedia ada, aku membuat ringkasan dan menyediakan graf yang berkaitan dengan manpower turnover. Aku melakukan double-check sebelum aku menyerahkannya kepada Puan Khalijah. Dalam masa tidak sampai 45minit, laporan itu telah tersedia diatas meja Puan Khalijah.
Ketika aku keluar dari bilik Puan Khalijah, aku terserempak dengan Kak Long datang bersama dengan papa. Papa yang begitu segak dalam sut biru gelap menuju ke biliknya. Kak Long turut sama masuk ke dalam bilik papa. Najah yang melihat kehadiran papa turut keluar dari bilik dan masuk ke dalam bilik papa.
“Huhh, nasib baik I sempat siapkan report tu Sarah. Tan Sri dah datang” ujarku pada Sarah.
“Kira tererlah you ni Tasha”
“Tercegat I sekejap depan pintu Puan Khalijah tadi. Traffic jammed, macam Sultan nak lalu, kena bagi laluan pada Tan Sri and the family”
Sarah ketawa mendengar kata-kataku. Katanya aku pandai buat lawak spontan. Aku tersenyum. Aku kembali menyambung kerja-kerjaku yang tertangguh sebentar tadi.
Najah sibuk sepanjang hari ini. Malah dia juga tidak keluar makan tengahari. Setiap kali aku lalu lalang dihadapan biliknya, aku melihat dia begitu khusyuk menaip sesuatu di komputer. Aku tidak mahu mengganggunya.
Telefon bimbitku berbunyi. Melihat wajah Najah di skrin hati aku menjadi lapang sekali. Seharian ini aku menanti panggilan darinya.
“Assalammualaikum…” ucap Najah
“Waalaikumsalam…” jawabku dengan manja.
“Abang busy sangat hari ni sayang. Sayang dah makan belum?”
“Tahu abang busy, Tasha lalu depan mata pun abang tak perasan. Belum makan lagi, lapar ni. Tunggu abang…”
“Alah sayang…hari ni kita tak boleh lunch samalah. Abang kena siapkan presentation. Kejap lagi abang ada meeting dengan papa. Kita call McD ajelah…”
“Tasha tak kisah bang…Tasha ada nestum”
“Sayang jangan tak makan tau…nanti sakit perut” pesan Najah kepadaku. Aku melihat Najah lalu di hadapan bilikku dengan membimbit laptop ditangannya menuju ke bilik papa.
“Abang nak ke mana tu?” tanyaku
“Jumpa papa sekejap. Don’t worry kita boleh cakap. Bluetoothkan ada, sayang dengar ajelah apa yang abang dengan papa bualkan. Petang nanti kita balik apartment ya sayang…”
“Balik lewat lagilah macam ni…” rengek ku
“Habis nak buat macamana? Abang rindu babylah sayang”
“Baik Encik Syahrun, saya menurut arahan”
“Papa…Najah dah siapkan presentation yang papa mintak tu” ucap Najah tiba-tiba. Aku memasang telinga mendengar perbualan Najah dan papa.
“Letak situ dulu, nanti papa tengok. Ni papa nak tanya awak..”
“Tanya apa pa…”
“Papa tengok awak sejak balik dari UK ni asyik tak lekat di rumah. Keluar dari pejabat awal tapi sampai ke rumah tengah malam. Hujung minggu pun awak tak lekat di rumah”
“Najah jumpa kawan pa…Lama tak jumpa”
“Hari-hari awak jumpa kawan…kawan ke buah hati?”
Kedengaran Najah ketawa mendengar soalan papa. Aku turut tergelak sama. Papa begitu pandai memerangkap Najah dengan soalan-soalannya.
“Kalau Najah jumpa buah hati pa?”
“Papa tak kisah Najah…jangan kamu jadi macam Abang Nazim sudahlah sampai merajuk tak mahu kahwin sebab mama kamu tak suka dengan gadis pilihannya”
“Kesian abang Jim kan pa? Sampai hati mama, Najah tengok makwe abang Jim tu lawa orangnya Cuma dia bukan orang berada, anak orang Felda aje. Mama malu kot berbesan dengan peneroka Felda”
“Mama kamu jaga status, Puan Sri berdarah kerabat…” sindir papa.
“Kalau Najah kahwin dengan anak pensyarah okay tak pa?”
“Pensyarah tu orang kampung ke orang Felda?”
“Orang bandar Muar pa…”
“Wah, senanglah nanti kalau tiba musim duku dengan durian boleh kita ke Muar” usik papa lagi. Aku ketawa mendengarnya. Najah belum berkesempatan untuk bertemu dengan keluarga ummi di Muar mana dia tahu ada pokok apa di kampungku. Aku juga tidak pasti pokok buahan apa yang ada di sekeliling rumah warisan nenek.
“Abang Jim bila balik dari Hong Kong pa?”
“Lusa kalau papa tak silap, nanti mintak pada Kak Safi flight details Jim, awak pergi jemput dia di Changi”
Aku bisik di telinga Najah yang aku ingin ke pantry membancuh nestum. Perut aku sudah mula bernyanyi minta diisi. Aku mengambil mug yang diberikan Najah pagi tadi lalu bergerak ke pantry. Sewaktu aku melintas di hadapan bilik papa, aku melihat mereka berdua sedang ketawa gembira.

Seorang wanita muda duduk di sofa panjang di bilik Najah. Kecil molek orangnya, berkulit cerah dan rambutnya berombak. Pakaiannya agak seksi. Aku yakin dialah Farah yang aku lihat di KLIA dan Sofitel tidak lama dulu.
“Kau nampak tak perempuan yang kat dalam bilik Encik Syahrun tu Tasha?” soal Sarah kepadaku. Dia yang baru sahaja keluar dari bilik Puan Khalijah menyoalku sepertinya ingin memberitahuku Najah sudah berpunya.
“Tunang dia ke Sarah?” tanyaku pula.
“Entah aku pun tak sure, tapi perempuan tu rajin ke mari Cuma aku tengok Syahrun macam tak layan dia. Sombonglah awek tu, tegur orang kat office ni pun tak pernah”
“Hmm…orang kaya Sarah, mana pandang orang macam kita ni” balasku pula.
“Alah…takdelah kaya sangat kot, dia drive CRV aje engkau pun drive CRV jugakkan? So dia takdelah kaya sangat”
“CRV ummi aku, aku pinjam aje…”
“Sikit lebih kuranglah tu. Tasha tolong aku hantarkan fail ni ke bilik Encik Syahrun. Johan kata Encik Syahrun mintak tadi” pinta Sarah. Aku dengan senang hati mengambil fail yang diberikan Sarah, ada pula alasan untuk aku masuk ke bilik Najah. Farah masih diduduknya. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Pintu aku ketuk dan dia menoleh. Aku senyum kepadanya.
“Tunggu Najah ke?” tanyaku pada Farah. Dia hanya mengangguk.
“Najah dalam bilik Tan Sri, kalau you nak jumpa I boleh panggilkan”
“It’s okay, I will wait for him here…” balas Farah. Betul kata Sarah, dia memang sombong. Aku meletakkan fail yang diminta Najah di atas mejanya. Baru sahaja aku hendak melangkah keluar, Farah menegurku.
“Are you new here?” soalnya kepadaku.
“Yes…how can I help you miss?”
“Kering dah tekak aku ni…takde siapa buatkan air. Boleh kau buatkan aku air?” pinta Farah. Amboi bukan main dia memerintah aku. Ingat aku ni tealady agaknya.
“Shouldn’t be a problem…” balasku dengan sopan. Aku dekati minibar yang diletakkan di sudut belakang bilik Najah dan mengambil setin Vanilla Coke lalu aku berikan kepada Farah.
“Ini aje yang ada dalam minibar tu” ucapku. Farah mengambil tin air itu sambil mendengus. Aku seperti mahu ketawa melihat muka Farah ketika ini. Langkah aku panjangkan, ingin segera keluar dari bilik itu. Menggerutu hatiku melihat Farah yang sombong itu.
Aku bertembung dengan Najah sewaktu keluar dari biliknya. Sempat aku bisik ditelinga, mengusik buah hatinya sedang menunggu. Berkerut dahi Najah mendengar usikanku.
“Apa yang kau senyumkan tu Tasha?” tanya Sarah.
“Takde apa Sarah, aku geli hati sebenarnya dengan awek Syahrun tu. Dia haus rupanya duduk dalam bilik tu tapi segan nak mintak”
“Lepas tu apa kena mengena dengan senyum sinis kau tu?”
“Dia mintak aku buatkan airlah…aku bagi dia Vanilla Coke aje”
“Mana kau dapat?”
“Minibar Syahrun penuh dengan air tu” Aku risau dengan tabiat Najah yang satu ini, dia begitu gemar meminum air berkarbonat walaupun sudah berbuih mulutku menerangkan tentang keburukannya.
“Itu namanya bodoh sombong Tasha…Rugilah kalau Syahrun yang handsome tu kahwin dengan Farah yang sombong tu”
“Jodohkan urusan Tuhan Sarah, dengan siapapun dia kahwin kita doakan dia bahagia” doaku ikhlas, untuk Najah dan diriku sendiri.
“Amin” sambut Sarah. Aku tersenyum.
Ikon messengerku berkelip berkali-kali. Aku segera membukanya. Najah meminta aku mengaktifkan webcamku. Aku juga dapat melihatnya yang membiarkan Farah menunggunya seperti kayu. Aku memperlahankan ‘voice chat’ agar tidak didengari oleh orang lain. Najah begitu jujur denganku, dia mahu aku mendengar apa yang dibualkannya dengan Farah.
“I busylah Farah…you ajaklah orang lain teman you lunch. I dah order McD”
“Please Naj…teman I lunch. You sejak balik dari UK ni liat betul kalau I ajak keluar. Ada aje alasan you Naj…”
“Don’t call me Naj, nama I Najah, Syahrun Najah…”
“Alah dulu boleh panggil you Naj…kenapa sekarang tak boleh?”
“Jangan kacaulah Farah…I ada meeting kejap lagi”
“I laparlah dear, please teman I lunch…”
“Hmm sekejap I panggilkan kawan untuk temankan you. Papa dah panggil I untuk meeting. You pergi makan dengan dia ya”
“I nak you temankanlah bukan kawan you”
“I busy you faham ke tidak?” tengking Najah. Aku tidak pernah melihat Najah semarah itu. Aku pula yang menggigil melihat Farah yang sedang ketakutan. Najah bangun dari kerusinya dan keluar dari bilik menuju ke bilik papa. Aku melihat Farah menangis, kasihan pula aku padanya.



Part 7

Aku sampai di pejabat lebih awal dari semalam. Najah juga awal. Kami ‘terserempak’ di lobi. Beberapa pasang mata yang juga berada di lobi memerhatikan Najah. Mungkin mereka juga terkejut, Najah datang awal ke pejabat hari ini, kalau tidak dia hanya akan muncul jam 9.30 pagi. Lewat satu jam setengah dari orang lain.
“Morning Encik Syahrun…” sapa salah seorang pekerjanya. Najah menjawab dengan mesra. Aku turut perasan ada seorang wanita yang tidak berkelip matanya memandang Najah, tapi aku tidak kenal siapa. Aku sudah terbiasa dengan keadaan itu sejak dulu lagi. Siapa sahaja pasti tidak jemu menatap wajahnya yang redup itu. Apatah lagi bila dia kemas bertali leher dengan sut pejabatnya.
“Awal hari ni?” soal Johan yang baru sahaja tiba. Najah tersenyum. Johan turut menganggukkan kepalanya, tanda dia menyapaku. Aku juga membalasnya dengan senyuman seperti Najah.

Pintu lif terbuka. Terlalu ramai yang menunggu. Najah memberi laluan kepada pekerja yang lain. Akhirnya tinggal aku, Najah dan Johan disitu.
“Kau dengan Tasha dah janji ke?” tanya Johan.
“Janji apa?” soal Najah pula.
“Baju sama warna…” beritahu Johan. Baru aku sedar yang aku turut mengenakan warna sedondon dengan Najah. Ya Allah, aku betul tak perasan masa menggosok tadi.
“Tasha yang tiru aku Joe…” usik Najah. Aku mengambil jalan selamat dengan berdiam diri.
“Tengok pipi Tasha dah merah, malu kau usik dia. Karang dia report kat boyfriend dia nahas kau…”
“Ohh…dah ada boyfriend ekk? Baru plan nak mengurat…” balas Najah sambil mengeyitkan sebelah matanya.
“Malam tadi kau pergi mana beb? Mak kau sibuk cari…sampai suruh bapak kau call aku. Kot iya pun mabuk berdating janganlah sampai tak balik rumah. Buat susah hati orang tua aje” bebel Johan. Nampaknya dia agak rapat dengan Najah. Aku kenal kesemua kawan Najah ketika kami sama-sama menuntut di UK dahulu tetapi nama Johan Ilham tidak pernah aku dengar sebelum ini.
Aku tidak pernah bertanya sejauh mana keakraban mereka. Aku tak pernah terfikir untuk menggali sejarah hidup Najah sebelum aku mengenalinya. Bagi aku yang penting adalah masa depan, kisah silam kadang-kala hanya mengundang luka dihati. Untuk apa aku tahu semuanya kalau ianya menyakitkan?
“Aku tidur kat apartment kak Safi…malas pulak nak balik rumah” terang Najah ringkas.
“Kau bawak balik perempuan ke?” soal Johan lagi.
“Hishh…kau ni Joe. Kau ingat aku teruk sampai macam tu sekali ke? Ingat Tuhanlah bro…entah esok lusa mati, karang tak sempat taubat terus kena sumbat dalam neraka” tegas Najah.
“Habis tu apa yang aku dengar dulu tu tak betul la?”
“Kau dengar apa?”
“Kau ada simpan perempuan kat UK…budak-budaklah cakap dengan aku, kalau tak aku tidaklah memandai buat cerita”
“Daripada aku simpan…kan lebih baik aku nikah aje dengan dia… Dahlah kau jangan nak panjangkan cerita. Aku takde simpan perempuan okay…kalau dengar kat papa aku…mampus aku”
“Sorrylah bro…aku Cuma nak tahu kebenarannya aje”
“Takpe…bagus bertanya daripada terus menuduh. Kau tengok muka Natasha ni, dah masam dah…sure dia tak suka kat aku lagi lepas ni. Tasha…boleh berkenalan tak?” usik Najah. Aku diam tidak berkata apa.

Aku mengatur langkah panjang meninggalkan Najah dan Johan. Perutku mula terasa seperti dicucuk dengan jarum. Entah kenapa agaknya. Sambil menahan rasa sakit aku membuka pintu bilik tetapi kunci yang aku pegang terlepas dari tangan.
“Tasha okay ke sayang?” tanya Najah yang kebetulan baru lalu di hadapan bilikku. Dia tunduk mengutip gugusan kunci yang jatuh tadi.
“Muka Tasha merah…sakit ke? Nak period ke?” tanya Najah lagi.
“Tasha okay…abang jangan risaulah. Ada orang datang tu…” ujarku. Sarah muncul di hadapan kami. Ceria wajahnya.

“Pintu tak boleh buka ke?” soal Sarah.
“Taklah…tadi I nak buka pintu ni, kuncinya pulak jatuh..” terangku.
“Kebetulan I lalu…I kutipkan…” tambah Najah pula. Dia memberikan semula kunciku yang jatuh tadi. Jari-jemari kami sedikit bersentuhan lalu kami saling berpandangan.
“How romantic…” usik Sarah. Aku tidak mempedulikan kata-kata Sarah itu, aku terus masuk ke dalam bilik sebaik sahaja pintu ku buka. Perutku semakin terasa sakit. Aku segera duduk dan mula mencari ubat di dalam tas tangan.
“Kau kenapa Tasha? Lain macam aje aku tengok…” tegur Sarah yang perasan dengan keadaanku.
“Takde apa…”
“Betul ke takde apa? Merah padam muka kau tu kenapa?” tanya Sarah lagi.
“Aku salah makan kot…sakit perut sikit jek. Aku nak keluar kejap ambil air kat pantry” beritahuku pada Sarah. Tanganku mula menggigil malah mug yang aku pegang juga turut bergetar.
“Tasha…kau okay ke?” tanya Sarah. Prihatin sungguh dia sehingga mengekori aku ke pantry.
“Aku rasa macam nak demam ajelah Sarah…”
“Kau nak aku temankan kau ke klinik tak? Muka kau merahnya…kau tahan sakit ya?”
“Entahlah Sarah…tiba-tiba aje perut aku ni sakit, tadi masa keluar rumah okay aje…sampai office sakit pulak. Aduhh…”
“Senggugut ke?”
“Aku takde senggugutlah…”
“Dah tu sakit apa ni? Ishh…pergi kliniklah Tasha nanti melarat kang…” Sarah mula risau melihat keadaanku. Dia membantu aku kembali ke bilik kami. Najah yang terlihat Sarah memapah aku, terus sahaja dia keluar dari bilik.

“Kenapa sayang?” terpacul perkataan sayang dari mulut Najah. Airmata mula bertakung di kelopak mata akibat dari menahan rasa bisa dan pedih di perut.
“Tasha kata dia demam…sakit perut. Ajak pergi klinik dia tak mahu…” beritahu Sarah.
“Ishh… kalau sakit kenapa tak pergi klinik? Tasha sakit apa ni?” tanya Najah padaku. Aku meletakkan kepalaku di meja sambil tanganku menahan perutku yang sakit.
“Tasha nak balik…” ujarku perlahan.
“Siapa ada kat rumah Tasha nak balik ni…ummi kan tak ada… Abang hantar pergi klinik dulu okay…lepas tu kalau nak balik abang hantarkan…kita pergi check-up”
“Betul tu Tasha…pergi check dulu manalah tahu kan… sakit perut jangan buat main-main tau” celah Sarah.
"Takpe...Tasha okay abang jangan risau..." Aku malas hendak berjumpa dengan doktor. Tak suka apabila di suruh makan ubat!
"Betul ni okay? Kalau tak tahan bagitahu abang...Sarah tolong tengokkan Tasha ya, kalau dia sakit cepat bagitahu I..." pinta Najah.
Saat pejabat semakin dipenuhi orang, Najah mula keluar dari bilikku. Painkiller yang aku telan tadi sedikit membantu menghilangkan rasa sakit. Perlahan-lahan aku mula menyambung tugas. Sarah juga semakin senyap apabila dia mula memeriksa akaunnya.
"Pstt..." panggil Johan yang muncul di muka pintu.
"Nak apa? Kacau orang nak buat kerjalah kau ni Joe" tegas Sarah.
“Puan Sri datang bawak PA baru untuk Najah…”
“Peliknya, aku tak pernah nampak pun ada iklan untuk PA. Zaid pun tak ada cakap pasal Najah nak guna PA” tambah Sarah pula.
“Aku pun tak tahu Sarah…” balas Johan.
“Siapa nama PA dia Joe?”
“Farah…”
“Farah Ashikin?”
“Ha’ah…”
“Ohh, awek minggu lepas tulah Sarah…”

Apa tujuan mama membawa Farah bekerja dengan Najah? Dunia bagaikan berpusing disekelilingku. Johan menghilang setelah membawa perkhabaran itu kepada aku dan Sarah.
"Kau okay ke Tasha?" soal Sarah kepadaku. Mungkin dia telah terhidu hubungan aku dengan Najah setelah melihat keprihatinan Najah terhadap diriku pagi tadi.
"Okaylah...kenapa pulak tak okay..." balasku.
"Kau dengan Najah takde apa-apa ke?"
"Takdelah..."
Sarah tidak bertanya lagi selepas itu. Mungkin dia takut digelar busybody. Bagiku belum sampai masanya untuk aku berkongsi cerita dengan gadis manis ini.

Part 8

Rasa pedih di perutku sudah lama hilang. Aku mula gagah meneruskan kerja-kerjaku termasuklah menyediakan minuman untuk Najah. Mug hijaunya telah ku isi dengan serbuk kopi Arabica tanpa gula kegemarannya. Hari ini aku tinggalkan mug itu disitu, tidak lagi ku hantar ke bilik Najah seperti selalu. Najah sudah ada PA tentunya itu tugas PA kesayangan mama untuk mengambil minuman untuk bosnya.
Messengerku mula berkelip. Aku membaca apa yang tertulis di dalamnya. Aku tersenyum
Abang: Menyampah tengok muka Farah ni. Tak pasal-pasal pulak dia jadi PA abang. Bila masa abang mintak PA? Tasha ada terbaca kat mana-mana ke abang mintak PA?
Abang: Kalau mama dah masuk campur susahlah abang nak tolak. Tasha tolong abang sayang, abang buntu ni!!
Abang: Mana Tasha ni…
Abang: Tasha)))))))))))
Baby: Kopi encik dah siap, encik boleh suruh PA encik ambil di pantry
Baby: :D
Abang: Tasha pergi mana sayang? Abang membebel sorang-sorang!
Baby: Tasha buatkan abang kopi. Ada kat pantry tu…
Abang: Kenapa tak hantar ke bilik sayang?
Baby: Farah ada…
Abang: Peduli apa dia ada…sayang ambilkanlah…

Kasihan Najah, Aku segera ke pantry untuk mengambil kopinya lalu di hantar ke bilik. Farah Ashikin masih lagi duduk di sofa di bilik Najah. Tak ada meja ke PA Najah ni, bisik hatiku.
“Najah, you tertinggal kopi you ni kat pantry, dah nak sejuk dah…” ucapku selamba. Aku meletakkan kopi di atas meja Najah.
“Natasha…awak nampak tak ada meja kosong kat luar?” tanya Najah padaku.
“Kalau tak silap I sebelah Johan tu ada meja kosong. Meja budak UTM yang buat praktikal kat sini bulan lepas” balasku pula.
“Kenapa Najah?” tanyaku
“Saya nak suruh Farah duduk…Farah kau pergi ikut Natasha ni, nanti dia tunjuk mana meja kau”
“Naj, auntie suruh I duduk dengan you”
“Kau nak duduk kat mana? Aku tak suka share bilik aku ni dengan perempuan lagipun papa aku selalu masuk sini dan aku tak mahu kau pasang telinga apa yang kami bincangkan. I don’t need a spy here”
“Tunjukkan Farah mana meja dia Natasha and make sure dia buat kerja, kalau tidak awak jangan bayar gaji dia” tegas Najah lagi. Aku ingin ketawa gelihati. Berbulu sungguh Najah dengan Farah. Mahu tak mahu Farah terpaksa menurut arahan Najah. Sepanjang jalan mulutnya terkumat kamit membebel dan merungut diperlakukan sebegitu.

“Joe kenalkan ini Farah. Farah ini Johan, Systems Engineer sekaligus merangkap orang kanan Najah” aku memperkenalkan Johan dengan Farah Ashikin. Johan tersengih menerima jiran baru.
“Tak ada tempat lain ke yang kau nak bagi aku duduk? Aku ni bakal menantu Puan Sri tau!” bentak Farah.
“Saya Cuma ikut arahan Najah, dia suruh awak duduk disini. Buat masa sekarang ini aje tempat yang ada. Lepas ni saya bawak awak jumpa En. Zaid, HR Manager kat sini. Ada bawak sijil-sijil yang berkenaan?” tanyaku.
“Nak buat apa sijil?” herdik Farah.
“Untuk rekod…” balasku perlahan. Aku lihat beberapa pekerja yang berada disitu memandang ke arah kami bertiga. Bengang dengan sikap Farah yang kurang sopan itu aku mengambil keputusan untuk meninggalkan Johan dan Farah berdua di kubikal mereka. Aku kembali ke bilik untuk menyudahkan kerja yang tertangguh.

Airmataku mengalir tanpa dipinta. Aku tak pernah ditengking sebegitu. Farah langsung tidak menghormati orang lain. Jika begini sikapnya aku lebih rela menjadi menantu dalam buangan daripada menyerahkan Najah kepadanya.
Sarah berdiri dihadapanku dengan membawa sehelai tisu. Dia menepuk bahuku perlahan memberikan semangat. Aku terharu dengan sikap Sarah yang prihatin.
“Perempuan gila tu, kau jangan layan sangat. Aku rasa macam nak lempang dia aje. Orang kaya memang kurang ajar macam tu ke?”
“Hiiii…meluatlah aku Tasha. Apalah malang nasib si Najah dapat bakal isteri macam Farah tu. Dia ingat dia bakal menantu bos dia boleh tengking orang sesuka hati” marah Sarah lagi.
“Ummi aku pun tak pernah tengking aku macam tu…” jawabku pula.
“Dah Tasha, Tuhan itu maha adil…satu hari nanti dia dapat balasannya jugak” tambah Sarah lagi.

Aku mogok tidak keluar dari bilikku hari ini. Najah yang sibuk juga tidak mengajak aku keluar untuk bersarapan pagi bersama, mujur Sarah ada membelikan aku tuna sandwich dan samosa untuk mengalas perutku. Sehingga waktu makan tengahari aku tidak berbual dengan Najah, mamanya masih lagi dipejabat meninjau-ninjau keadaan bakal menantu kesayangannya. Puan Sri Tunku Helena terkejut apabila melihat Farah diberikan tempat duduk bersebelahan dengan pekerja lain. Dia mengarahkan Zaid supaya menyediakan tempat duduk khas untuk Farah sepertimana Nuraina, pembantu peribadi papa dan Kak Safi.

“Tasha kau tengok perempuan gedik tu, mengada-ngada berjalan pun nak berpimpin tangan. Nak kemana ajelah tu, alamatnya Tasha tiap hari staff pejabat ni pergi klinik mintak MC” gerutu Sarah. Kami berdua memandang keluar melihat Farah, Najah, mama, papa, Kak Long dan Abang Jim berjalan beriringan.
“Kenapa pulak kena mintak MC, Sarah?”
“Yelah…sakit mata mana boleh kerja! Tasha kau tak lapar ke? Apa kata kita pergi makan. Kalau dapat mengendap mana diorang tu pergi lagi best”
“Aku memang lapar ni Sarah tapi aku tak mahu makan sebumbung dengan perempuan yang tengking aku tu. Apa kata kita pergi City Square…makan fish and chips, nak tak?”
“The Piers? Jom!”


Pulang dari City Square aku dan Sarah bertemu dengan Johan di tempat letak kereta. Kami berjalan bersama menuju ke Menara Ansar. Johan yang ringan mulut dan peramah itu tidak lekang dari cerita yang membuat kami ketawa sepanjang jalan. Ada sahaja bahan jenaka yang terbit dari kepalanya.
“Farah tu sebenarnya tak tahu apa yang dia nak buat, aku tengok asyik main kuku aje. Kejap-kejap belek kuku, sekejap lagi main rambut pulak. Macam monyet pun iya si Farah tu” ucap Johan dengan selamba. Sarah ketawa besar apabila mendengar Johan menggelarkan Farah sebagai monyet.
“Kenapa kau samakan dia dengan monyet Joe?” soal Sarah bersulam tawa.
“Mana taknya Sarah, tak sama macam monyet ke kalau asyik main rambut. Kan serupa macam monyet…main rambut cari kutu”
“Ishh kau ni Joe, rambut sikit punya blonde tu takkanlah ada kutu”
“Yelah Sarah…mesti dia tiap minggu pergi salun takkanlah ada kutu pulak”
“Hahh korang ni, aku kata macam…bukan betul-betul pun. Cuba fahamkan ayat tu. Ni SPM dulu berapa gred korang dapat untuk Bahasa Malaysia ni?”
“Aku cukup-cukup makan jek” balas Sarah dengan bersahaja.
Sewaktu kami tiba di hadapan pintu lif, Najah, Kak Long, Abang Jim dan Farah berada di situ. Ketawa kami lenyap tiba-tiba. Aku menundukkan wajahku, tidak betah melihat Najah berdampingan dengan Farah yang asyik merangkul lengannya.
“Dari mana Puan Saffiyah?” tanya Sarah dengan sopan.
“Dekat aje, lunch di PanPac tadi. Kamu bertiga dari mana?”
“City Square…” balas Sarah
“Jalan kaki?” tanya Abang Jim pula.
“Taklah…Tasha drive” jawab Sarah dengan ramah.
“Panas-panas macam ni kalau jalan kaki nanti boleh kena sakit kepala” tambah Abang Jim lagi. Pintu lif terbuka, kami semua masuk ke dalam.
“Tasha tak shopping ke kat City Square?” tanya Kak Long.
“Tak sempat puan…” balasku pendek. Sesekali aku melihat Najah dan Farah yang berdiri di hadapanku. Aku lihat Najah langsung tidak melepaskan tangan Farah, adakah dia selesa diperlakukan begitu? Tiba-tiba tapak tanganku terasa geli, jemari itu yang membelai aku saban waktu kini bertukar tangan. Najah sampai hati kau!
Aku menekan butang nombor 11 dan turun terlebih dahulu sebelum tiba ditingkat yang sepatutnya aku turun.
“Kau nak ke mana Tasha?” bisik Sarah ditelingaku. Aku tidak menjawab. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, aku melangkah keluar. Aku lebih senang mendaki tangga untuk sampai ke pejabat daripada melihat adegan yang bisa membuatkan aku muntah darah.
Peluh mula menitik. Penatnya bukan kepalang. Walaupun aku hanya mendaki setingkat namun rasanya seperti memanjat Flat Bukit Chagar sehingga ke puncak. Pintu dibuka seseorang dari luar. Aku menarik nafas lega, melepaskan lelah.
“Marahkan abang?” tanya Najah yang sudah tercegat di muka pintu. Aku terkejut melihatnya disitu.
“Tasha…abang tanya ni…”
“Abang tak ada buat salah dengan Tasha…” balasku dengan nada merajuk. Aku meninggalkan Najah disitu. Aku melangkah masuk ke pejabat seperti tiada apa yang berlaku.
Sewaktu aku keluar dari pejabat Najah masih lagi di dalam bilik papa bersama beberapa pegawai yang lain. Walaupun aku masih berkecil hati dengannya namun tetap meninggalkan pesanan di messengernya. Petang ini aku pulang ke Bukit Dahlia. Sudah seminggu aku tak jumpa ummi. Disaat seperti ini aku sangat-sangat memerlukan ummi disisiku.

Part 9
Lebuhraya sesak teruk ketika aku sampai di persimpangan bertingkat di Bandar Sri Alam. Nasib baik aku belum lagi melepasi jalan alternatif ke Pasir Gudang. Biarpun jalannya agak jauh sedikit, yang penting tiada kesesakan. Kereta ku pandu laju, aku ingin segera sampai ke rumah. Sejak pagi tadi aku rasa tidak sedap badan. Mungkin aku stress, mungkin juga aku terlalu penat. Aku cepat letih walhal bukanlah teruk sangat kerjaku di pejabat. Tiba di rumah, ummi sedang bersembang dengan jiran sebelah di luar pagar.
“Cepat balik hari ni? Sorang aje?” tanya ummi.
“Najah sibuk…lagipun Tasha rindu kat ummi…” jawabku.
“Pucat aje muka Tasha…tak sihat ke?” celah Kak Mala.
“Penat kerja kak…” balasku. Tak tahu apa alasan lain yang boleh aku berikan sebagai jawapan kepada pertanyaan doktor gigi ini.
“Baru dua bulan kerja…dah mengeluh penat. Macamana nak kerja sampai pencen ni?” usik ummi.
“Bulan depan Tasha berhenti kerjalah mi…Tasha nak duduk rumah jek jadi bibik ummi. Boleh tak?” gurauku. Ummi mencebik
“Dah nak Maghrib ni Mala…akak masuk dululah ya. Tasha…kereta tu parking kat dalam…” arah ummi kepadaku.


“Kenapa ummi tengok Tasha ni macam tak bermaya ni?” soal ummi sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di kerusi rotan.
“Penatlah mi…tak sangka kerja rupanya lagi penat dari study…”
“Sebab penat aje ke? Takde sebab lain?” tanya ummi lagi. Dia yang sedang berdiri di hadapanku memandangku dari atas ke bawah.
“Tadi Najah call…dia tanya Tasha dah sampai ke belum. Tasha gaduh dengan Najah ke? Tak beritahu dia yang Tasha balik ke mari?” tambah ummi lagi. Aku mengeluh panjang. Apalagi yang harus aku katakan pada ummi, tak sanggup rasanya untuk berbohong lagi.
“Perkara kecil aje ummi…tak payah risaulah. Esok Tasha balik sana…” dadaku sebak memikirkan masa depanku. Aku rindukan Najah, terlalu rindukan dia. Aku tidak pernah ‘membisu’ seperti ini sampai tergamak untuk mengasingkan diri darinya.
“Yang remeh itulah perlu dijaga Tasha…hidup berumahtangga ni perlu rukun, perlu saling memahami. Kalau ada yang tak kena…yang tak sesuai, Tasha dan Najah perlu berbincang. Bukannya melarikan diri macam ni…” terang ummi.
“Tasha dengan Najah okaylah mi…ummi jangan risau. Tasha nak mandilah mi…nanti lepas solat kita borak panjang ya”


Telefon berbunyi saat aku mula mendaki anak tangga menuju ke bilik. Biar ummi sahaja yang menjawabnya. Kedengaran namaku di sebut namun aku mematikan diri. Aku tidak jadi masuk ke dalam bilik sebaliknya duduk di ruang menonton sambil memasang telinga.
“Tasha baru aje naik ke bilik, nak mandi katanya…” beritahu ummi. Aku pasti Najah yang menelefon.
“Oohh…handphone dia habis bateri agaknya. Nanti ummi pesan pada Tasha suruh telefon Najah semula ya”
“Najah kat mana ni? Apartment siapa? Ohh...kakak.. Hmmm…yelah nanti ummi sampaikan, Insya-Allah. Najah jaga diri ya…”
“Waalaikumsalam…”
Tak semena-mena airmataku mengalir. Hiba. Kasihan Najah sejak tengahari tadi kami tidak berbual langsung. Pasti dia rindukan aku. Biarlah rindu ini melangit tingginya, aku yakin ada rahmat diatas segala yang berlaku hari ini.


Selesai mandi dan solat aku turun ke bawah menemui ummi. Bau mee goreng mamak begitu menusuk ke hidung. Perut serta merta menjadi lapar.
“Nak makan tak?”
“Boleh jugak mi… Amboi banyaknya masak…ummi nak hantar ke masjid ke?” tanyaku. Mee goreng mamak yang sudah terhidang di meja makan itu begitu membuka seleraku. Udang sebesar ibu jari bergolek di celah-celah helaian mee, begitu juga dengan tauhu goreng dan daun bawang.
“Maghrib dah lepas Tasha…takkanlah ummi nak hantar ke masjid pulak. Kita ada tamu…kejap lagio sampailah dia. Kalau Tasha boleh tunggu sekejap…kita boleh makan sama…” beritahu ummi.
“Haaa…boyfriend ummi ya?” tekaku sambil tersenyum. Ummi membesarkan bola matanya yang sepet.
“Dah senjakala macam ni ada boyfriend? Kamu ni cakap Natasha…ikut sedap mulut aje…” tegur ummi.
“Ala mi… baru 50 tahun, boleh lagi kalau Tasha nak dapat adik…” usikku lagi.
“Ishh…mengarut aje. Patut awak yang bagi ummi cucu…bukan ummi yang dah tua ni bagi awak adik. Haaa… tu loceng dah bunyi…pergi bukak pagar” arah ummi.
“Baik Dr. Yasmin…”


Aku kenal kereta yang berhenti di hadapan rumahku. Malah aku lebih kenal siapa tuan empunya kereta itu. Dia keluar dari kereta lalu berdiri memandang aku yang masih di dalam pagar. Aku terharu.
“Kenapa tercegat lagi…bukaklah pagar tu” tegur ummi dari belakang. Aku gamam melihat Najah yang masih berbaju melayu dan berseluar hitam siap dengan songkok.
“Masuklah…” ucapku. Aku cium tangannya seperti selalu.
“Thanks sayang…sihat dah?” tanya Najah padaku. Aku mengangguk kecil. Perutku tidak sakit lagi sejak pagi tadi. Alhamdulillah.
Ummi mempelawa Najah duduk dan bersembang dengannya, aku pula ke dapurku menyediakan apa yang patut. Ummi nyata senang dengan kehadiran menantunya malam tu, kadang tidak kedengaran suara mereka, sekejap nanti pula terdengar mereka ketawa kecil. Entah apa agaknya topik perbualan mereka.
“Bawak ke mari ajelah Tasha…kita tiga beranak aje, makan depan TV pun tak apa…” sahut ummi. Aku memindahkan pinggan dan kaserol berisi mee goreng yang masih berasap ke dalam dulang lalu ku bawa ke ruang depan. Aduhh…beratnya!

“Berat sangat ke sampai berkerut muka tu…” tanya ummi. Bukan kerana berat, tapi perut dan keliling pinggangku mula terasa sakit. Sakit apa ni? Angkat berat sikit pun sakit?
“Tasha tak makan sekali?” tanya Najah. Aku geleng kepala.
“Tadi kata lapar…sekarang tak nak pulak? Nampak Najah aje awak kenyang ya?” usik ummi. Aku senyum pulak. Itu aje yang rasa terlarat untuk saat ini.
“Menekan perut tu kenapa? Sakit?” tanya ummi lagi. Aku geleng kepala lagi.
“Semuanya tidak…pelik ummi…” ujar ummi. Najah merenungku, aku alihkan pandangan ke tempat lain. Aku kalah apabila direnung begitu.
“Pagi tadi Tasha sakit perut mi…merah padam macam inilah muka dia. Bila diajak ke klinik dia tak mahu…” adu Najah pada ummi.
“Lepas makan ni kamu angkut aje dia pergi hospital, mahu tak mahu bawak aje…” tegas ummi.
“Orang tak sakitlah…orang penat aje…” keluhku perlahan.
“Penyakit dalam perut ni kita tak nampak Tasha, baik pergi jumpa doktor…buat pemeriksaan” nasihat ummi. Aku mengangguk tanda mengerti.
Aku perhatikan ummi dan Najah makan sambil berbual. Sesekali aku menyampuk.


“Abang tidur sini ke?” tanyaku. Jam di dinding sudah menghampiri jam 11 malam. Ummi juga sudah beredar ke bilik meninggalkan aku berdua dengan Najah.
“Tasha bagi abang tidur sini ke tak?” Najah menyoalku pula. Rumah ini rumah ummi, bukan rumah aku tetapi di mana aku berlindung disitulah sepatutnya ada suamiku.
“Kenapa pulak tak boleh…”
“Tasha…abang mintak maaf pasal tengahari tadi. Abang tahu Tasha marah abang…Tasha terluka dengan perbuatan abang. Abang mintak maaf sayang…”
“It’s okay bang…Tasha akan belajar untuk jadi lebih matang lepas ni…”
“Tasha jangan cakap macam tu. Abang mintak maaf sayang…Abang tak boleh buat satu kerja pun hari ni bila Tasha tak mahu tegur abang. Dahlah handphone Tasha matikan, messenger pun offline jugak. Abang jadi tak tentu arah…rasa bersalah sangat pada Tasha…”
“Esok kita jumpa mama…abang janji akan selesaikan masalah kita ni esok. Apa pun kemungkinannya abang sedia. Abang tak mahu lukakan hati Tasha lagi…”

Najah memelukku erat. Aku menangis dibahunya. Hati perempuanku begitu tersentuh dengan pengorbanan suamiku. Esok, walauapapun jua yang bakal aku tempuhi akan aku gagahi dengan redha dan pasrah

“Kau Natasha ya?” tanya satu suara yang agak keras ketika aku sedang khusyuk memeriksa penyata KWSP. Aku lihat Farah sedang berdiri di hadapanku dengan mukanya yang mencuka.
“Ya…saya Natasha…” jawabku. Farah kemudiannya menutup pintu bilikku.
“Kau tak payah buat kopi untuk Najah lagi…mulai dari hari ini aku yang akan sediakan semuanya untuk dia. Kau buat kerja kau aje…faham??” ujarnya kasar.
“I tak terima arahan dari you Farah, you bukan boss I” lawanku pula.
“Kau jangan nak kurang ajar, kau tak kenal aku siapa? Aku ni bakal tunang Najah…”
“Baru BAKAL tunang…belum bertunang lagi. Lainlah kalau you ni isteri Najah” sindirku lagi. Farah mendengus kuat. Aku sedikit lega kerana dapat mempertahankan hakku.
“Dasar perempuan tak sedar diri…aku akan pastikan kau dibuang kerja”
“Cik Farah… negara kita ni ada undang-undang, jangan ikut suka Cik Farah aje nak buang orang sesedap rasa. Mentang-mentanglah you kaya, you ingat you boleh buat apa aje kat orang lain? Darah you pun sama merah dengan darah orang gaji mak I tau…Jangan nak berlagak sangat. Rezeki seseorang tu hak Allah…bukan ditangan you” ceramahku lagi. Sia-sia aku menjadi pemidato sekolah jika aku tidak mampu berhujah di hadapan perempuan yang bakal merebut kasih Najah dariku.
“Kauu… kau memang kurang ajar!” jerit Farah.
“Siapa yang kurang ajar? You ke I?” ucapku tenang.

Pintu dikuak dari luar. Najah dan Kak Safi muncul dihadapan kami. Farah terus bergegas mendapatkan Najah. Aku mengalih tumpuan mataku ke tempat lain.
“Najjj…you tengoklah staff you ni, dia kurang ajar dengan I” rengek Farah sambil memegang lengan Najah.
“Kenapa Tasha?” tanya Kak Safi
“Takde apa Puan… Cik Farah Cuma beritahu saya jangan buat kopi untuk Encik Syahrun” terangku ringkas. Najah memandangku. Anak mata kami bertembung.
“Farah…kau ni takde kerja lain ke selain dari menggangu kerja orang?” soal Najah dengan tegas.
“Kitakan nak tunang tak lama lagi Naj…kan lebih baik I yang buat kopi untuk you. Kalau you suruh perempuan ni yang buat nanti dia letak ubat guna-guna, baru you tahu…” rengek Farah lagi. Meluat aku melihat aksinya yang mengada-ngada itu.
“Farah… Kakak tak mahu Farah ganggu kerja staff lain kat sini dan kakak tak mahu dengar kecoh-kecoh macam ni lagi. Malu kat orang…ini pejabat bukannya pasar ikan” tegur Kak Safi
“Tapi sis…I Cuma nakkan hak I… I tak mahu Najah terkena ubat guna-guna perempuan murah ni…” tambah Farah. Mataku tajam melihat tepat di mukanya yang ditepek foundation setebal 2 inci. Najah mula mengangkat tangannya namun sempat dihalang oleh Kak Safi.

Aku terduduk di kerusi. Kenapa perlu ada lagi satu episod samarinda dalam hidupku pagi-pagi begini? Ya Allah…kuatkanlah hatiku, cekalkanlah semangatku.
“Saya mintak maaf Puan Safi…Encik Syahrun, Cik Farah… Saya rasa takde isu lagi yang perlu dibincangkan. Saya sibuk nak siapkan gaji, esok nak kena hantar ke bank…”
“Takpe Tasha…saya juga mintak maaf diatas keterlanjuran mulut Farah ni” ujar Kak Safi. Dia menarik Farah keluar dari bilik dan meninggalkan aku berdua dengan Najah.

“Apalah nasib Tasha nikan bang…asyik dimalukan orang aje…” ujarku perlahan.
“Jangan cakap macam tu sayang… Pedulikan cakap-cakap orang. Kita hidup bukan dengan duit diorang. Tasha ignore aje Farah tu…please sayang…”
“Takpelah bang…Tasha sedar diri…Abang keluarlah dulu nanti apa pulak orang lain fikir. Tasha banyak kerja ni…please…”

Seharian aku berkurung di pejabat. Nasib baik ada Sarah yang sudi membelikan makanan tengahari untukku. Aku tidak betah untuk keluar dan melihat kegedikan Farah terhadap suamiku. Cukuplah semalam aku menangis kerananya. Aku yakin Najah cintakan aku sepenuh hatinya cuma aku perlu belajar untuk lebih bersabar dan tenang menghadapi situasi sebegini.
“Tak nampak pun minah vogue tu Tasha?” tanya Sarah. Dia yang baru sampai tidak tahu menahu tentang peristiwa pagi tadi.
“Puan Saffiyah bagi dia kerja menimbun…dia kena tolong Nuraina fotostat dokumen tender. Ada di bilik cetak tu…”
“Padan muka dia…aku harap mesin fotostat tu buat hal hari ni. Stuck sana sini…mesti comot muka dia yang putih melepak tu” Mengekek Sarah ketawa. Tentu dia membayangkan betapa sengsaranya Farah di bilik cetak.
“Makan jangan ketawalah…nanti tersedak. Malas nak ingat pasal Farah. Boleh hilang selera makan aku…baik lauk kari ni sedap, terus jadi basi kalau kau cerita hal dia” tambah aku pula. Makin galak Sarah ketawa. Terhibur juga hatiku.
“Hai…tengah makan pun ada orang SMS ke?” usik Sarah apabila telefon bimbitku berbunyi. Aku letak sudu dan garfu di atas kertas yang aku guna sebagai alas. SMS dari Najah…aku baca dengan teliti.

‘Sayang, abang keluar kejap, teman papa jumpa Exco. Petang nanti baru balik. Tasha balik dulu dan rehat kat rumah. Lepas maghrib nanti kita jumpa mama dan papa. Abang dah beritahu papa’

Kelopak mata terasa hangat. Aku begitu tersentuh membaca SMS yang aku terima dari Najah.
“Dari buah hati ke?” usik Sarah.
“Siapa lagi…kekasih pujaan hatilah…” jawabku nakal. Jauh di lubuk hati aku mula diselubungi dengan rasa takut yang amat tebal. Tak sangka, aku seorang pelakon yang berbakat rupanya.
Dengan kebenaran dari Kak Safi, aku pulang awal hari ini. Dia juga telah diberitahu oleh Najah tentang niatnya untuk membawa aku ke banglo keluarganya di Straits View untuk bertemu dengan kedua orang tuanya. Insiden aku diserang dengan Farah pagi tadi menjadikan Najah nekad untuk membawa aku bertemu dengan mama dan papanya.
Selesai solat asar aku menyediakan keperluan Najah. Dia akan pulang pada bila-bila masa sahaja. Aku menyediakan minum petang untuknya, karipap segera yang aku beli di Giant dengan kuih tago kegemaran Najah menjadi hidangan untuknya.
Loceng pintu berbunyi, aku segera membukanya. Wajah letih Najah aku sambut dengan senyuman. Aku kucup pipinya biar lenyap penat seharian bekerja. “Bau sedap ni sayang masak apa?” tanya Najah kepadaku. Tali leher yang telah dilonggarkan diberikan kepadaku, begitu juga dengan briefcasenya.
“Tasha goreng karipap daging untuk abang, kuih tago pun ada. Abang nak minum sekarang ke?”
“Boleh jugaklah sayang…bawak ke mari ajelah. Malas nak gerak ke dapur” pinta Najah. Karipap daging yang masih lagi berasap aku hidangkan di meja kopi bersama dengan kuih tago dan kopi tanpa gula untuk Najah. Seperti selalu aku duduk bersila di bawah dan membiarkan Najah duduk di sofa. Najah mengusap kepalaku dan bermain-main dengan rambutku.
“Dah ready nak jumpa mama abang?” tanya Najah kepadaku. Aku pandang wajahnya. Wajahnya seperti ingin menyampaikan kepadaku betapa kasihannya Najah kepadaku yang berkemungkinan akan dimadukan.
“Dah…” jawabku ringkas. Bagiku apa sahaja penerimaan Tunku Helena terhadapku tidak akan mengubah kasihku kepada Najah.
“Biar apapun keputusan mama, abang nak Tasha tabah” lafaz Najah pula. Aku sudukan kuih tago ke dalam mulut Najah. Aku melihat dia mengunyah kuih lembut itu sebelum menelannya. Wajah redup Najah dan sifatnya yang sentiasa ‘cool’ itu sedikit sebanyak mempengaruhi aku dan menjadikan aku lebih tenang.
“Kalau mama paksa abang suruh abang kahwin jugak dengan Farah macamana?” tanya ku tiba-tiba. Berkerut dahi Najah bila aku ajukan soalan begitu.
“Orang lain mungkin boleh beristeri ramai, tapi bukan abang. Bagi abang hanya Tasha seorang yang mampu membahagiakan abang. Setiap saat abang rindukan Tasha sehingga tidak ada sedikit ruang pun yang boleh abang berikan pada orang lain”
“Tasha tak mahu abang jadi anak derhaka dan Tasha tak mahu abang bermasam muka dengan mama”
“Abang tahu sayang…Tasha janganlah risau. Lepas solat maghrib nanti kita pergi jumpa mama ya. Kak Long pun ada sama nanti. Kita berserah ajelah pada Tuhan”

Part 10

Selesai minum petang aku membiarkan Najah terlelap di sofa panjang. Aku menggosok jeans biru Najah dan sweatshirt Padini warna biru gelap berbelang putih didada. Aku gantung pakaian yang siap bergosok itu di bilik. Aku terbaring di katil memikirkan apa yang bakal terjadi malam nanti. Airmata mengalir tanpa aku sedari. Aku tak sanggup dipisahkan dari Syahrun Najah kekasih hatiku.
“Sayang…” tegur Najah yang muncul di pintu bilik.
“Kenapa tak kejut abang masuk bilik? Sayang nangis kenapa?” tanya Najah. Dia melabuhkan tubuhnya di sebelahku. Najah menyeka airmataku dengan jarinya.
“Shhh…shhhh…jangan menangis sayang…” ucap Najah sambil menepukku dengan perlahan. Najah memelukku dengan erat.
“Kenapa Tasha nangis?” tanya Najah lagi.
“Tasha takut bang…”
“Apa yang Tasha takutkan?”
“Tasha takut…Tasha takut kehilangan abang. Tasha takut akan dipaksa berpisah dengan abang…” lafazku sambil terisak-isak.
“Hanya maut sahaja yang mampu memisahkan kita sayang” ucap Najah, cuba mententeramkan hatiku. Aku memeluk Najah dengan erat. Aku begitu hiba disaat ini. Sekiranya Najah dipaksa juga berkahwin dengan Farah, aku pasrah!

Selepas solat maghrib aku dan Najah bertolak ke banglo keluarganya yang terletak berhampiran dengan apartment kami. Kami lewati deretan banglo-banglo mewah di lereng bukit Straits View sebelum berhenti di sebuah banglo Tudor dua tingkat yang tersergam indah. Seorang pengawal keselamatan membuka pagar. Najah memandu masuk menuju ke perkarangan banglo yang terang benderang dilimpahi cahaya lampu. Deretan kenderaan mewah tersusun molek di garaj. Rumah yang besar dan cantik itu bagaikan kontra dengan sikap rendah diri Najah yang aku kenali selama ini.
Najah menggenggam erat jemariku. Kami melangkah masuk ke dalam banglo besar itu. Dadaku berdebar, jantungku berdegup laju. Langkah yang diatur aku rasakan seperti serba tak kena. Kehadiran kami disambut oleh papa Najah, Tan Sri Hanafi Al-Bakri yang baru sahaja selesai bertadarus.
“Dah makan belum ni?” soal papa
“Belum lapar lagi pa…” jawab Najah pula. Kuih tago dan karipap kegemarannya yang aku sediakan petang tadi hanya dijamah sedikit sahaja. Najah seperti tidak berselera, mungkin dia berdebar dan risau memikirkan masalah kami. Kelihatan selepas itu Kak Long dan suaminya Dr. Faisal turun dari bilik.
“Kalau awak berdua belum makan, makan dulu dengan kami” pelawa papa. Najah memandangku, aku menggeleng kepala. Biarpun seratus kali aku lapar, aku tetap tidak betah untuk menelan walau sebutir nasi masuk ke dalam mulutku.
“Takpelah pa, tunggu mama dulu sekarang ni nak makan pun tak lalu. Mama mana pa?”
“Ada di bilik, baru aje selesai mengaji. Sekejap lagi turunlah tu” jawab papa. Risau dan takut menghantui diriku, ternanti-nanti kelibat mama Najah muncul di hadapan kami. Wajahnya masih belum luput dari ingatanku kali pertama bertemu di majlis hari raya di aparment Najah beberapa tahun yang lalu.
“Kamu berdua ini dari mana?” soal papa pula. Aku hanya diam, membiarkan Najah menjawab bagi pihakku.
“Dari apartmentlah”
“Safi bagi Najah duduk di apartment Safi pa” celah Kak Long. Aku lihat papa seperti sudah tahu tentang status aku dan Najah Cuma aku tidak pasti sejauh mana. Tidak lama kemudian, mama turun dari bilik. Statusnya sebagai Puan Sri tetap dijaga walaupun di dalam rumah. Pakaiannya cantik dan bergaya.
“Lambat Najah balik hari ni?” tegur mama pada anak bongsu kesayangannya. Najah berdiri bersalaman dengan mama, begitu juga aku. Mama memandang aku dari atas ke bawah. Seperti ada yang tidak kena dimatanya.
“Najah banyak kerja kat office ma…”
“Hmm…awak memang Najah, tiap hari banyak kerja. Busy mengalahkan CEO syarikat” tambah mama lagi.
“CEO mana ada kerja ma. Kalau tak percaya cuba mama tanya papa. CEO mengarah aje kerjanya…” balas Najah sambil tersenyum. Papa ketawa kecil mendengar kata-kata Najah itu.
“Mengata papa ya…”
“Fakta tu pa, Najah ni kan PA papa…semua kerja papa Najah tolong siapkan”
“Dah tu apa guna papa hantar awak belajar jauh-jauh kalau tak boleh tolong papa kat pejabat” tambah papa lagi. Aku Cuma diam melihat mereka berbual, aku hilang punca untuk berbual. Seorang wanita yang agak berusia muncul dari ruang tengah, mungkin dari dapur agaknya.
“Tan Sri, Tunku…hidangan makan malam dah siap” ujarnya dengan tertib.
“Terima kasih Kak Mah, kami ke sana sebentar lagi” ucap Mama pula.
“Marilah semua…kita makan dulu” pelawa papa. Aku dan Najah saling berpandangan. Dia tentu tahu gelodak dihatiku dan dia juga tentunya tidak berselera seperti aku.
“Makan dulu Najah…ajak Tasha sekali, lepas makan kita boleh bincang. Jangan risau kakak ada lagipun mama tak akan marah pada anak manja dia ni” ucap Kak Long, memberi semangat dan harapan kepada kami berdua. Mahu tak mahu aku terpaksa juga menurut langkah Najah menuju ke ruang makan keluarga itu.
Masing-masing sudah mengambil tempat, aku dan Najah duduk bersebelahan. Tangannya erat menggenggam jemariku. Mama yang sedari tadi memerhatikan kami mula membuka mulutnya bertanyakan perihal diriku.
“Najah… tak nak kenalkan dengan mama siapa sebelah awak tu?” tanya mama. Soalan yang berbaur sindiran ditelingaku.
“Masa makan ni…makan ajelah Helen. Soalan tu boleh simpan nanti-nanti” sampuk papa pula. Mungkin papa tidak mahu pertengkaran berlaku dihadapan rezeki.
“Yelah bang, tapi saya nak tahu juga namanya siapa. Macam pernah tengok…” ucap mama lagi.
“Natasha ma… eksekutif akaun kat office” pintas abang Jim.
“Ohh…Jim pun kenal. Satu pejabat dengan kamu semualah ni. Hmm…Najah kenapa tak ajak Farah dinner sekali dengan kita malam ni? Farah selalu adu dengan mama yang awak tu tak pedulikan dia”
“Farah tu mengada-ngadalah ma, time kerja ajak Najah pergi shopping. Dia ingat office tu shopping mall ke, sukahati dia nak keluar masuk” balas Najah pula.
“Dia tu kan bakal tunang awak, bakal isteri awak…layanlah dia elok-elok. Mama rasa tak salah kalau awak luangkan masa untuk dia sekejap”
Tersedak Najah apabila mendengar kata-kata mama itu. Aku pantas menghulurkan gelas air kepadanya.
“Huhh…sampai tersedak budak tu dibuatnya… Sebut tentang Farah ni Helen, abang rasa minggu depan tak payahlah awak suruh dia ke pejabat lagi. Buang duit aje bayar gaji dia…bukan dia buat kerja pun” kata papa selamba. Abang Jim yang duduk dihadapanku tersenyum mendengar kata-kata papa itu.
“Betul tu ma…Jim tengok Farah tu macam kera pulak. Kejap-kejap belek rambut, kejap lagi belek kuku kemudian tu bergayut di telefon. Patutnya kak Long kena ambil tindakan tatatertib” cadang abang Jim.
“Amboi…semua orang bengkeng nampaknya”
“Farah appointed by Puan Sri Tunku Helena Tunku Ariff Bendahara, as Director of Human Resources, I don’t have authority to sack her, Syahrin Nazim”
“Tahu pun…” ajuk mama
Habis juga nasi yang tidak sampai sesenduk di pingganku. Nasi yang aku paksa untuk masuk ke dalam mulut dan turun ke tekak terus ke perut. Papa yang sudah ‘alert’ dengan tujuan kehadiran aku dan Najah malam ini, mendahului kami yang lain untuk beredar dari meja makan dan kembali ke ruang tamu.
“Najah kata ada perkara nak cakap, cakaplah sekarang…” cadang papa sebaik sahaja mama mula selesa dengan duduknya. Najah memegang erat tanganku sebelum dia memulakan bicara. Kami saling berpandangan.
“Ada komplot apa ni bang?” tanya mama pada papa. Mama sempat menjeling ke arahku. Jantungku seperti hampir terlucut dari tempatnya.

Part 11

“Biarlah budak tu cakap sendiri, kita dengar dulu” balas papa pula. Najah menarik nafas panjang sebelum memulakan bicaranya, aku berdoa dalam hati supaya Tuhan memberikan kami kekuatan.
“Najah tak mahu bertunang dan berkahwin dengan Farah” ucap Najah dengan terang. Dia memandang mama dan papa. Aku melihat reaksi mama yang tidak senang dengan kata-kata Najah itu.
“Kenapa tak mahu? Najah jangan malukan mama…mama dah berjanji dengan Datin Kalsom dan kami pun dah sepakat nak tunangkan awak dengan Farah bulan depan”
“Sebab Najah tak suka dia ma…Najah dah ada pilihan hati Najah sendiri” tegas Najah lagi.
“Siapa? Perempuan ini?” tanya mama sambil menunjuk ke arah ku.
“Ya… dengan Natasha Ameera…bukan Farah Ashikin” angguk Najah.
“Najah tak boleh kahwin dengan dia, mama tak setuju. Najah hanya boleh kahwin dengan Farah, bukan dengan perempuan ini!” tegas mama pula. Meruntun sebak di dadaku mendengar kata-kata mama.

“Tinggalkan dia…” jerit mama tiba-tiba.
“Tak boleh maa…” balas Najah dengan lembut. Papa dan Kak Long saling berpandangan. Airmataku pula sudah bergenang dikelopaknya.
“Apa ubat guna-guna yang awak kenakan pada Najah sampaikan dia tak dengar cakap saya?” tengking mama. Tergamam aku apabila disoal dengan cara begitu.
“Sabar Helen, janganlah awak tengking dia” tegur papa
“Mana boleh sabar bang, entah-entah memang dia dah gunakan ubat pengasih untuk kenakan Najah sampai Najah tergila-gilakan dia” tambah mama lagi. Hatiku semakin sayu mendengarnya, aku bagaikan tidak mampu untuk berkata apa untuk mempertahankan diriku.
“Cakaplah…kenapa diam?”
“Demi Allah Puan Sri, saya tidak pernah buat macam tu pada Najah” jawabku sambil teresak-esak menangis. Najah memelukku. Hatiku bagaikan dirobek-robek dengan kejam apabila dituduh begitu. Cinta aku suci!

“Mama…walauapapun keputusan mama, Najah tetap tidak akan berkahwin dengan Farah” tegas Najah sekali lagi.
“Terus terang aje Najah” sampuk Kak Long dengan cermat. Mama memandang tepat pada Kak Long seperti ingin bertanya sesuatu.
“Tidak ada alasan untuk awak membantah cakap mama Najah, awak mesti ikut cakap mama. Semuanya sudah kami rancangkan sejak dulu lagi”
“Najah tak boleh ma…Najah tak boleh kahwin dengan Farah”
“Cuba awak cakap dengan mama sebab apa awak tak boleh kahwin dengan Farah”
“Sebab kami dah nikah”
“Apa?!”
“Betul ma, Najah dah nikah dengan Tasha sebelum mereka balik ke Malaysia lagi” tambah Kak Long memberi sokongan.
“Kenapa awak sanggup buat macamni pada mama Najah?” soal mama pada Najah.

“Berilah Najah peluang untuk tentukan siapa pilihan hati Najah ma. Najah mintak maaf sebab tak dapat tunaikan hajat mama dengan auntie Kalsom tu. Najah betul-betul sayangkan Tasha, kami saling cinta ma…percayalah”
“Cintakan awak atau harta awak?” tuduh mama lagi.
“Ma…Safi rasa Tasha bukan macam tu ma. Safi yakin pilihan Najah memang tepat. Malah Safi tengok Najah bahagia sekarang…” celah kak Long lagi.
“Mana Safi tahu? Safi pun dah jadi komplot mereka ya?”
“Safi tahu ma…Kalau mama tengok pun mama tentu tahu anak mama ni bahagia ke tidak. Mama boleh lihatkan perbezaan Najah dulu dengan Najah sekarang ni?”
“Mama tetap tak akan terima perempuan ini sebagai menantu. Mama tetap mahu Najah kahwin dengan Farah”
“Astaghfirullahalazim…Helen… Awak nak paksa jugak ke walaupun budak tu tak suka?” tegur papa pula.
“Saya tak berkenanlah bang dengan perempuan ni”
“Apa kurangnya dia Helen? Saya tengok tak ada kurangnya pun. Dia berpelajaran, keluarganya juga orang baik-baik. Cantik, lemah lembut dan paling penting Najah sukakan dia”
“Amboi bang…awak pun sama jugak ya?”.
“Saya kenal dengan arwah ayah Tasha, kami sama-sama belajar di English College dulu. Bagi saya tiada celanya kalau Tasha menjadi menantu kita” tambah papa lagi. Aku begitu terharu mendengar khabar itu, papa teman lama arwah ayah rupanya.
“Saya tetap tak suka bang” tegas mama untuk kesekian kalinya.

“Mama nak awak ceraikan dia Najah!” jerit mama tiba-tiba. Hampir pitam aku mendengar permintaan mama itu. Airmataku mengalir dengan lebih laju lagi.
“Tidak ma…tidak….” Jawab Najah pula.
“Awak pilih dia atau mama. Pilih salah satu Najah…kalau awak sayangkan mama, awak ceraikan dia tapi kalau awak pilih dia, awak jangan panggil mama lagi, awak anak derhaka!”
“Ya Allah Helen, awak ni hilang akal ke apa? Hanya kerana Najah tak mahu kahwin dengan Farah awak sanggup nak buang anak sendiri?”
“Abang…Tasha tak mahu abang jadi anak derhaka, abang kahwinlah dengan Farah. Tasha redha bang…” ucapku. Entah dari mana aku mendapat kekuatan untuk mengeluarkan kata-kata itu.
“Tak sayang…abang tak mahu kahwin dengan Farah. Tasha adalah amanah abang dan abang mesti laksanakan tanggungjawab abang. Mama, maafkan Najah, bukannya Najah nak jadi anak derhaka jauhi sekali melukakan hati mama. Tapi ini hidup Najah ma, biarlah Najah tentukan sendiri. Semoga satu hari nanti Tuhan buka hati mama untuk terima kami, terima isteri Najah. Papa maafkan Najah. Tasha mari kita balik sayang…”

“Awak bukan anak mama lagi Najah, awak bukan anak mama lagi…” ucap mama sambil terisak-isak. Aku menjadi begitu sedih dan tak bermaya melihat keadaan itu. Kenapa mama mahu buang Najah dari hidupnya hanya kerana Najah menikahi aku?
Papa memeluk Najah. Kak Safi pula mententeramkan mama. Aku gamam. Mama memandang aku seperti hendak menelan aku hidup-hidup. Najah menarik tanganku, lalu kami keluar dari banglo itu.
“Jangan ambil hati dengan apa yang mama cakap tu Najah. Dia sedang marah. Tasha jaga Najah baik-baik ya, kalau ada perlu apa-apa telefon papa” pesan papa sebelum Najah menutup cermin tingkap.

Tiada airmata di pipi Najah. Jiwanya cekal dan kental. Kalau aku diperlakukan begitu dengan ummi pasti aku sudah gila. Najah mengenggam erat jemariku, aku dapat merasakan yang Najah perlukan sokongan dariku. Aku meletakkan kepalaku dibahunya. Airmataku jatuh dibahunya, senduku menjadi lagu ditelinganya.

Najah termenung di balkoni. Aku sedih melihat keadaannya. Sejak pulang dari banglo keluarganya Najah tidak bersuara. Mungkin dia menangis dalam hati, tak siapa tahu. Aku bawakan Najah secawan kopi panas untuknya, namun dia menyuruh aku meletakkannya di meja. Aku biarkan Najah berdiri di balkoni sendirian. Dia perlukan masa untuk berfikir. Apapun keputusannya, aku redha.

“Tasha ke bilik dulu bang…” ucapku perlahan. Aku kucup tangannya sebelum berlalu ke bilik. Tiada siapa yang boleh aku kongsi hibaku kini. Menangis sendirian mengenangkan esok yang bakal mendatang. Najah kekasihku, apapun keputusanmu aku redha!

Sewaktu aku sedar dari lena, Najah sedang sujud di sejadah. Aku bingkas bangun menuju ke bilik mandi. Selesai mandi aku lihat Najah yang sudah siap berpakaian sedang menggosok bajuku. Aku terus mengerjakan solat Subuh yang semakin hampir ke penghujungnya.
Najah telah menunggu aku dibirai katil sebaik sahaja aku selesai memanjatkan doa kepada Allah. Aku duduk bersimpuh dihadapannya. Bola mataku mula terasa berat.

“Abang…abang fikirkanlah cakap mama semalam baik-baik. Tasha tak mahu kerana Tasha abang bermasam muka dengan mama, kerana Tasha abang menderhaka dengan mama” tuturku satu persatu dengan perlahan. Pahit untuk aku luahkan namun aku terpaksa.
“Izinkan Tasha keluar dari rumah ini untuk sementara waktu. Biarlah Tasha duduk dengan ummi sehingga semuanya reda. Tasha tak mahu mempengaruhi keputusan abang…” pintaku lagi. Najah mengusap rambutku namun tiada sepatah kata yang keluar dari bibirnya. Aku bangun dan mencapai pakaianku yang telah digosok dan bersiap ringkas. Aku bergegas ke dapur menyiapkan sarapan pagi untuk Najah.

Kopi panas tanpa gula aku tuang ke dalam cawan. Roti bakar yang telah aku sapukan mentega aku hulur kepada Najah yang telah sedia menanti sarapan untuknya. Pagi yang biasanya riuh dengan cerita dan ketawa kami berdua, hari ini senyap dan sepi.
“Abang nak lagi sekeping sayang…” pinta Najah. Aku menarik nafas lega mendengar suara Najah buat kali pertama sejak aku membuka mata subuh tadi. Sekeping lagi roti bakar aku hulurkan kepadanya. Aku tidak lalu untuk menjamah sarapan pagi yang aku sediakan, aku hanya memerhatikan Najah. Sepanjang perjalanan ke pejabat, kami tidak berbual seperti biasa. Yang kedengaran hanyalah lagu-lagu yang berkumandang dari stereo kereta Najah. Aku tidak mahu mengganggu fikiran Najah. Biarlah dia tidak mendengar suaraku sepanjang hari ini bagi memudahkan dia membuat keputusan.


Part 12

Tiba di pejabat kami membawa haluan masing-masing. Aku memerap di bilik menyiapkan kerja yang aku tinggalkan semalam. Aku telefon ummi memberitahunya yang aku akan bermalam di rumah. Aku cuba sorokkan sebak didada ketika bercakap dengan ummi.
“Senyap aje hari ni Tasha, kau perang dingin dengan Encik Syahrun ke?” soal Sarah.
“Tak pergi minum sama ke?” tanya Sarah lagi. Aku menggelengkan kepala. Perlukah aku jawab soalan Sarah itu. Pembantu peribadi Kak Long muncul dibilikku sekaligus mematikan jawapan yang harus aku berikan kepada Sarah.
“Puan Safi nak jumpa Cik Tasha…” ucap Nuraina. Pasti Kak Long mahu bertanyakan kesinambungan kisah semalam yang aku anggap sebagai suatu tragedi dalam hidupku. Aku mengekori Nuraina ke bilik Kak Long.

“Duduk dulu Tasha…” pelawa Kak Long. Aku melabuhkan punggung di sofa. Kak Long turut mengambil tempatnya, dia duduk dihadapanku.
“Tasha sihat?”
“Sihat alhamdulillah…”
“Najah macamana? Kak Long risau betul lihat kamu berdua pergi macam tu aje malam tadi”
“Tasha tengok dia cekal kak, tapi Tasha tak tahu apa yang ada dalam hati dia. Tasha risau kak, semalaman kami tak berbual…Najah sayangkan mama, Najah anak kesayangan mama…Tasha rasa Najah kecewa dengan keputusan mama kak. Tasha tak tahu apa yang Tasha boleh buat untuk pulihkan keadaan ini kak…”
“Kakak jugak buntu Tasha…”
“Tasha fikir biarlah Tasha pergi kak supaya Najah boleh pertimbangkan apa yang mama mahukan kak. Kalau Tasha ada takut nanti Najah tak boleh buat keputusan”
“Tasha fikir itu yang terbaik?”
“Baik untuk semua kak, baik untuk memulihkan hubungan mama dan Najah”
“You are selfless Natasha Ameera”
“Tasha tak mahu Najah kehilangan mama kak…Tasha tak mahu Najah jadi anak derhaka kerana Tasha. Ibu kita Cuma seorang…tiada pengganti…tidak boleh ditukar…” ucapku sambil menangis.

“Tasha fikir Najah boleh terima ini semua? Najah boleh bahagia kalau dia kahwin jugak dengan Farah? Tasha tahu tak betapa kasihnya Najah pada Tasha?”
“Tasha tahu kak…Tasha tahu…Tasha sayang Najah kak, dia suami Tasha. Tasha pun tak mahu kehilangan Najah…tapi demi kasih seorang ibu Tasha sanggup berkorban…” tambahku lagi. Aku bersedia dengan apa jua kemungkinan.
“Kakak kenal adik kakak tu, kakak tahu hati dia macamana dan kakak rasa Najah tidak silap memilih isteri, tentu Najah bangga ada isteri yang berhati mulia seperti Tasha…Kakak mahu kamu berdua hidup bahagia…” Kak Long memelukku dengan erat.
“Tak salahkan kak kalau kita bahagiakan hati mama…berkorban untuk mama…” tanyaku pada Kak Long. Dia tidak menjawab namun airmatanya sudah cukup memberikan jawapannya.
“Kuatkan semangat ya dik, kakak tetap dibelakang Tasha dan Najah” Kak Long menepuk perlahan belakangku. Pelukkan kami mula direnggangkan. Aku meminta izin untuk kembali ke bilikku. Lagi lama aku disitu hatiku semakin hiba.

Jam di komputerku sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Perutku sudah mula terasa pedih, tekakku juga mula mual. Terasa seperti hendak muntah, namun aku tahankan.
“Sarah kau ada minyak angin?” tanyaku pada Sarah.
“Ada…kau pening ke?”
“Aku nak muntahlah…” jawabku lemah. Perutku semakin bergelodak menyebabkan aku hampir muntah di meja. Aku berlari menuju ke bilik air. Sarah berlari anak mengekoriku dari belakang.
Separuh mati aku rasakan apabila telah memuntahkan segala apa yang aku makan semalam. Sarah mengurut belakangku untuk mengurangkan rasa tidak selesa.
“Baliklah Tasha kalau kau tak sihat. Perut kau masuk angin ni…”
“Aku tak bawak kereta hari ni Sarah…”
“Kau nak aku hantarkan kau balik? Tak pun aku cakap dengan Puan Kelly mintak driver hantar kau balik”
“It’s okay Sarah…thanks. Aku nak rehat kejap kat bilik” Aku menekan perutku yang semakin pedih. Rasanya seperti tidak dapat aku tahankan lagi. Aku perlu segera ke klinik namun rasa ego yang ada dalam hati untuk tidak memberitahu Najah tentang keadaanku semakin menebal. Difikiranku, aku harus belajar berdikari sekiranya Najah meninggalkan aku.
Aku meletakkan kepalaku di meja apabila perutku sakit. Pedihnya datang dan pergi, berulang setiap ketika. Sarah begitu risau melihat keadaanku. Dia tidak pernah melihat aku sakit.

“Tasha, aku panggil Syahrun ya…” pujuk Sarah yang masih setia memicit badanku.
“Tak payahlah Sarah…dia busy tu” airmata aku mengalir apabila teringatkan Najah. Aku perlukan dia, aku rindukan dia tetapi aku harus berlaku adil pada Najah dan mama. Aku tidak mahu mempengaruhi Najah, biarlah aku mengasingkan diri darinya buat beberapa waktu.
Aku gagahkan diri untuk berjumpa dengan Puan Khalijah, meminta kebenaran untuk pulang ke rumah. Dia yang cukup prihatin dengan keadaaanku turut meminta Abang Malik, pemandu syarikat menghantar aku pulang.
Ketika aku keluar dari bilik Puan Khalijah, aku bertentang mata dengan Najah namun pandangan itu segeraku alihkan. Aku kembali ke bilik dan mengambil beg tanganku sebelum menemui Abang Malik yang akan menghantar aku pulang ke Bukit Dahlia. Aku cuba lelapkan mata bagi menghilangkan rasa sakitku.
“Cik Tasha nak saya hantar ke klinik dulu ke?” tanya abang Malik.
“Tak apalah bang, nanti saya pergi dengan ibu saya” jawabku pula. Aku menekan-nekan perutku yang semakin pedih. Airmataku mengalir lagi. Aku meminta abang Malik agar memandu dengan lebih laju supaya segera sampai ke rumah.

Ummi yang pulang awal menyambut kepulanganku. Aku memeluk ummi dan menangis dibahunya. Ummi tidak bertanya apa, mungkin dia tahu apa yang berlaku. Aku baring di sofa panjang, tidak larat lagi untuk aku mendaki tangga untuk ke bilik. Ummi meminta bantuan dari jiran sebelahku yang juga seorang doktor untuk memeriksaku.
“Makan nak kena jaga Tasha, kalau tidak nanti lagi teruk” pesan Dr. Asma. Dia memberikan aku beberapa jenis ubat yang biasa aku lihat.
“Yang pedas, berminyak…goreng-goreng tu semua jangan makan buat masa ni” pesannya lagi.
Aku memejamkan mataku selepas Dr. Asma pulang. Sakit masih lagi terasa. Tidak ada ubat yang boleh melenyapkan sakitku ini dalam sekelip mata. Telefon bimbitku berbunyi sebaik sahaja menghidupkannya, mungkin sipemanggil cuba menelefonku tanpa henti sebelumnya. Suara Sarah kedengaran di hujung talian.
“Kau dah okay Tasha?”
“Okay sikit…”
“Syahrun cari kau, semacam aje aku tengok dia bila aku kata kau sakit perut. Dia tanya aku kenapa kau tak beritahu dia. Aku manalah tahu kau bagitahu dia ke tidak, dia membebel dengan aku…sakit telinga aku ni”
“Nak apa dia cari aku…”
“Manalah aku tahu…?”
“Sarah, kau bagi tahu dengan Syahrun jangan risaukan aku. Aku nak tidur sekarang ni Sarah…sakit sangat ni”
“Okay-okay…aku tak mahu ganggu kau”
Aku matikan telefon bimbitku dan berpesan kepada ummi supaya tidak mengejutku dari tidur biar sesiapapun yang menelefon ke rumah termasuk Najah!

“Najah tak mahu Tasha pergi ummi, Najah tak benarkan Tasha keluar dari rumah kami walaupun mama ugut nak bunuh Najah sekalipun, Najah tetap dengan pendirian Najah…”
“Ummi tahu hati anak ummi macamana Najah, dari kecil lagi Tasha suka mengalah dan dia tak suka berebut. Mungkin dia mahu bahagiakan hati mama Najah”
“Najah tahu mi…tapi hati Najah ni macamana? Cinta tak boleh dipaksa ummi. Tengoklah dia sakit pun tak bagitahu Najah, balik pun tak beritahu…”
Aku membuka sedikit mataku apabila terdengar suara orang berbual. Najah dan ummi sedang duduk dihadapanku. Aku berpura-pura tidur dan memejamkan mata.
“Najah jangan risaukan dia, tahulah ummi jaga dia”


Part 13

Sudah seminggu aku bercuti di Muar. Sengaja aku mengajak ummi pulang ke kampung agar tiada sesiapa dapat mencariku. Ketenangan bandar Muar begitu menggamit hati. Suasana petang di Tanjung Emas mengingatkan aku kepada Teluk Danga dan Pantai Lido yang terletak berdekatan dengan apartment kami.

Cuaca petang yang redup dan udara yang nyaman mengizinkan aku untuk berjalan di sekeliling taman rekreasi itu. Sejak akhir-akhir ini aku kerap tidak selesa dan cepat penat, mungkin aku kurang beriadah yang menyebabkan aku kurang stamina. Atau mungkin ada sesuatu yang menyebabkan sistem tubuhku berubah? Aku mengusap perutku. Sudah sebulan setengah aku tidak datang bulan! Apakah benih Najah sudah mula bercambah dirahimku, aku tidak berani untuk mengesahkannya. Hatiku hiba dengan tiba-tiba.

Aku mengatur langkah pulang. Kicauan burung yang bersarang di pokok-pokok besar yang sudah berusia puluhan tahun itu seperti menyanyikan lagu selamat jalan kepadaku. Peluh mula merening didahiku, berjalan kaki dari taman ini menuju ke rumah arwah nenek amat meletihkan, namun aku gagahi jua.

“Tasha ke mana aje ni, risau ummi…” tanya ummi yang menyambut kepulanganku di berandah rumah.
“Ambil angin petang mi…Tasha letihlah mi, Tasha nak rehat kejap”
“Ummi tengok kamu ni lain macam aje, Tasha sakit ke?”
“Tak tahulah mi…letih semacam aje ni”
“Tasha mandi dulu, lepas maghrib nanti Mak Long ajak kita ke Parit Jawa makan asam pedas”
“Mak Long dengan Pak Long mana mi?”
“Ada dibelakang tu dengan Abang Hariz kamu petik buah kedondong”
“Bila abang Hariz balik?”
“Baru aje. Kalau nak jumpa pergilah kat belakang sana” Aku geleng kepala. Aku letih dan tak berdaya lagi untuk berjalan ke belakang rumah walaupun untuk berjumpa dengan sepupuku yang pernah dicadangkan Mak Long untuk dijodohkan denganku dulu. Dr. Hazman Hariz, kenangan cinta zaman remajaku sebelum hatiku di curi Syahrun Najah Al-Bakri

“Tasha letihlah mi…Tasha ke dalam dululah”
“Tasha rindu Najah ni…” usik ummi. Aku berlari ke bilik apabila mendengar nama Najah disebut. Aku memang rindukan Najah, aku rindu belaiannya, aku rindu dipeluknya.

Aku baring dikatil tembaga milik arwah nenek. Aku usap perutku berkali-kali. Bagai terbit suatu perasaan aneh setiap kali aku menyentuh perutku. Naluri ingin menjadi seorang ibu hadir tanpa aku sedar. Aku mengambil telefon bimbit yang aku letakkan di atas meja kecil, lebih seminggu telefon itu aku matikan kerana tidak mahu diganggu sesiapa.

“Emily…aku ni…Tasha…”
“Kau sihat Tasha? Berapa kali aku call kau tak dapat. Kat mana kau sembunyi? Najah asyik call aku, dia ingat kau sembunyi kat sini”
“Aku kat Muar Mil, kau jangan beritahu Najah aku ada kat sini. Mil…aku ada something nak cakaplah…”
“Apa dia Tasha…cakaplah…”
“Aku rasa aku pregnant Mil…”
“Are you sure Tasha? Dah buat check-up?”
“Belum…aku takut. Kau pun tahu situasi aku sekarang ni kan…dah dekat dua bulan aku tak period Mil…aku cepat penat, letih…”
“Hmm…tanda-tanda orang mengandung tu. Kau tak nak share dengan Najah ke? Tentu Najah happy kalau dia tahu kau pregnant”
“Aku tak bercadang nak beritahu dia Mil, kalau dia tahu aku mengandung tentu dia tak mahu lepaskan aku”

“Kau gila ke apa Tasha? Kau nak cerai ke?”
“Aku terpaksa Mil…Aku tak mahu Najah derhaka dengan mama dia kerana aku. Apa yang aku buat ni hanya untuk Najah dan mamanya”
“Tasha you don’t have to, he loves you very much”
“Kasih ibu membawa ke syurga Mil…”
“Yeah that’s right tapi you don’t need to dump yourself just because of that. Banyak perkara yang boleh diselesaikan dengan bermusyawarah Tasha. Mana perginya semangat kau selama ni Tasha?”

Aku mengeluh panjang mendengar omelan Emily. Ada kebenaran disebalik kata-katanya itu. Namun aku perlu lakukan sesuatu demi hubungan Najah dan mama.
“I need someone to share my sorrow Mil, I need someone to talk to…I don’t have strenght to face all this alone…”
“I always here for you Tasha…walaupun aku jauh di Kuching tapi aku sentiasa sedia untuk menemani kau…Kalau kau nak lari dari Najah, kau datanglah sini. Aku akan jaga kau dengan baby kau sekali”
“Thanks Mil…I will think bout it”
“Just be strong Tasha, life is tough but love is around”
“Insya-Allah…”

Bercakap dengan Emily dapat melegakan sesak di dadaku. Rasa hiba yang menghimpit hati dapat diluahkan semuanya. Aku hanya mampu menangis memikirkan apa yang menimpa diriku.Belumpun sempat aku mematikan telefon bimbitku, aku menerima satu SMS dari Kak Long.
“Tasha di mana? Kakak risau Tasha hilangkan diri. Najah dah tak tentu arah” Aku membalas SMS yang berusia empat hari itu, biarpun lewat namun Kak Long perlu diberitahu di mana aku berada. Sekurang-kurangnya dia dapat menenangkan Najah.
“Tasha di Muar tapi kakak jangan beritahu Najah, pleaseee…Jaga Najah for me kak!” Aku menekan butang merah sebaik sahaja SMS itu selamat dihantar. Handphone comelku akan tidur lagi untuk beberapa waktu yang aku sendiri tidak pasti.

Part 14
Aku bersiap ringkas untuk keluar makan malam bersama ummi, Mak Long, Pak Long dan abang Hariz. Skirt hitam berbunga kecil warna putih dihiasi renda aku gayakan dengan cardigan putih yang akan melindungi aku dari kedinginan malam. Semua orang sudah menunggu di kereta. Honda Stream warna hitam milik abang Hariz sudah bersedia untuk bergerak. Mak Long menjerit kecil dari dalam kereta meminta aku mengunci pintu rumah.
“Lama tak jumpa Tasha” ucap abang Hariz kepadaku. Dia memerhatikan aku melalui cermin pandang belakang.
“Hariz balik ni nak jumpa Tashalah…” tambah Pak Long pula. Aku dan ummi saling berpandangan. Keluarga belum diberitahu tentang statusku.

“Dah lima bulan Tasha balik dari UK, baru inilah ada masa balik ke kampung Riz. Kalau Mak Su tak gerak, Tasha pun tak geraklah. Nak harapkan Tasha balik sendiri? Hmm…entah-entah sesat sampai ke KL agaknya” tokok ummi pula.
“Takpe Mak Su kalau sesat di KL Hariz kan ada” balas abang Hariz pula.
“Tasha kerja di mana sekarang?” tanya abang Hariz lagi.
“RenHills Holdings bang…”
“Ohh…bagus tu. Kawan abang pun kerja kat situ jugak Tasha. Director of Corporate Affairs kalau abang tak silap”
“Syahrinl Nazim?”
“Tasha kenal dia?” tanya abang Hariz lagi. Masakan aku tidak kenal siapa Syahrin Nazim, dia abang iparku.
“Dia satu universiti dengan abang di US dulu. Sewa rumah yang sama di Boulder. Kakak dia, Najlah kahwin dengan senior abang, Dr. Faisal”
“Wah Hariz kenal semua family Tan Sri” sampuk ummi.
“Kenal Mak Su…tiap tahun keluarga Hanafi Al-Bakri datang holiday di Rocky Mountain main ski sambil lawat anak-anak dia. Cuma seorang aje yang tak belajar di US, anak bongsu dia…Najah. Dia tu belajar kat UK…”

Dadaku sebak apabila mendengar nama Najah disebut. Aku rindukan Najah tetapi aku perlu korbankan cintaku untuk mama. Aku tak mampu untuk bersuara, sebak sudah mula bersarang di dada. Aku hanya mampu mendengar abang Hariz bercerita tentang keluarga suamiku. Betapa kecilnya dunia.

Meja mula dipenuhi dengan juadah makan malam. Asam pedas ikan sembilang tampak begitu menyelerakan. Ulam-ulaman juga menjadi menu malam ini. Daun ulam raja, pucuk selom dan daun pegaga kesukaan ummi. Pucuk ubi tumis dengan cili padi pula kegemaranku, abang Hariz order khas untukku. Dia masih ingat apa yang aku suka.
Semua orang begitu berselera menikmati hidangan makan malam. Mak Long dan Pak Long riuh bercerita tentang zaman kanak-kanak ku dengan abang Hariz. Ummi juga turut sama memeriahkan suasana. Sewaktu aku kecil ummi selalu membawa aku pulang ke Muar, malah aku akan ‘dikirim’ ke Muar setiap kali ummi perlu menghadiri kursus di luar daerah.

“Berselera Tasha makan” tegur Mak Long. Aku memang lapar dan sejak kebelakangan ini memang selera makanku bertambah walaupun hati aku dilanda kesedihan. Keadaan ini menguatkan lagi kepastian bahawa aku sedang berbadan dua.
“Laparlah tu…sepetang mengukur jalan di Tanjung” sampuk ummi pula.
“Kenapa ke Tanjung tak cakap? Boleh jugak abang temankan”
“Manalah Tasha tahu abang balik…”
“Takpe Tasha, makan kenyang-kenyang esok awak dah nak balik JB. Bukan senang nak dapat ikan sembilang segar macam disini. Kalau Tasha nak, Pak Long order dengan taukeh ikan di pasar, boleh suruh ummi Tasha masak nanti…”
“Ishh…susahkan abang Long aje…”
Abang Hariz menambah nasi dipingganku lagi. Aku mengeluh kekenyangan. Aku berikan nasi tambah itu kepada ummi.
“Tasha dah kenyanglah bang…dah takde space lagi dalam perut Tasha ni” marahku pada abang Hariz. Aku usap perutku. Seperti ada respond datang dari dalam perutku setiap kali aku menyentuhnya.
“Kenapa sakit perutke?” tanya abang Hariz yang memerhatikan aku mengusap perut.
“Kenyang!”

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku tertidur. Sedar-sedar ummi mengejutkan aku untuk turun dari kereta. Aku terus ke bilik untuk tidur. Aku lihat abang Hariz sedikit kecewa melihat aku berlalu tanpa menyapanya. Mataku terlalu berat untuk diajak berjaga lebih lama lagi.

Kalau boleh aku ingin lebih lama di kampung, tapi esok aku harus kembali bekerja. Sudah seminggu aku tinggalkan pejabat, tinggalkan kerja dan juga Najah. Aku bertanya pada diri, mengapa aku harus melukai hatiku sendiri, melukai Najah yang begitu baik terhadapku selama ini. Tidak bolehkah kalau aku mengutamakan kehendak aku dan menurut kemahuan Najah yang tak mahu kami berpisah?
Bila difikirkan semua ini, aku boleh jadi gila. Kan lebih baik kalau didunia ini cuma ada aku dan Najah, berdua tanpa diganggu sesiapa. Namun aku tidak sekejam itu untuk mendahului kehendak hati tanpa memikirkan orang lain.

Duniaku terlalu kecil, aku hanya ada ummi. Selepas aku mengenali Najah aku mendapat kasih sayang dari seorang lelaki yang tidak pernah aku rasakan selama ini. Najahlah abang, dialah juga ayah dan kekasih. Bertindak melindungi dan menjaga aku yang sebatang kara di perantauan.

Tergamakkah aku melukai hatinya? Apakah aku ini seorang manusia yang tidak mengenang budi dan tidak tahu menghargai kasih sayang seorang lelaki sebaik Najah? Pelbagai persoalan singgah dibenakku. Aku bagaikan berada di suatu persimpangan yang kelam.


“Jauh mengelamun…” tegur abang Harriz. Aku tak perasan dia sudah pulang dari membeli roti canai yang aku pesan.
“Abang tahulah Tasha tunggu abang beli roti ni…” tambahnya lagi. Aku bangun dari buaian dan menyungsung abang Harriz naik ke rumah. Tanpa rasa segan, aku terus menarik kerusi dan terus duduk.
“Manjanya nak suruh orang serve untuk dia…” usik abang Harriz sambil meletakkan pinggan dan mangkuk kecil di atas meja.
“Air pun nak suruh abang tuangkan ke?” tanya abang Harriz. Aku mengangguk malas. Alang-alang dia sudah mula menghidang, biarlah dia juga yang menuangkan air untuk aku.

“Mana mak ayah dengan ummi?” soal abang Harriz lagi.
“Diorang pergi pasar. Cari siput sedut…teringin pulak nak makan siput sedut masak cili padi sebelum balik JB” beritahuku. Abang Harriz menganggukkan kepalanya beberapa kali.
“Tasha yang nak makan ke?”
“Yelah…Tasha…tapi kalau mak long masak bukan Tasha sorang yang makan. Abang pun boleh tumpang sekaki…kalau ada lebih boleh bagi jiran sebelah jugak” balasku pula.
“Macam orang mengidam…nak makan roti canailah…siput sedutlah..” ucap abang Harriz.

Aku tidak berbalas kata lagi dengan abang Harriz apabila aku mula menikmati roti canai yang dibelinya tadi. Dah lama aku tak makan roti canai sebab takut gemuk. Tapi hari ini aku makan tanpa memikirkan berapa jumlah kalori, lemak dan sebagainya. Yang penting seleraku dipenuhi.
“Lepas makan ni kena jogging keliling bandar Muar tau Tasha” ujar abang Harriz.
“Kenapa?”
“Awak dah makan empat keping roti canai…roti telur abang pun Tasha bedal. Jadi dah bergelen minyak sapi, minyak masak, peluh mamak yang buat roti ni masuk dalam perut Ta…”
“Roti abang pun Tasha makan ya? Alamak…” celahku.
“Iyaaa… abang punya pun Tasha makan. Tapi takpelah abang tengok Tasha berselera betul makan jadi abang biarkan. Sebagai gantirugi abang…Tasha kena kemas meja lepas makan. Exercise sikit ya makcik…jangan malas-malas nanti takde orang nak” pesan abang Harriz

Aku memang tak buat satu kerja pun sejak aku datang ke mari. Kalau tidak duduk dibuaian sambil membaca, aku berkurung di dalam bilik. Aku benar-benar bermalas-malas di sini. Sejak kecil lagi aku memang tak pernah disuruh buat kerja rumah, kalau tinggal dengan Mak Long pun aku tak pernah dibebankan dengan kerja-kerja dapur. Pasti Mak Long akan menyuruh aku belajar dengan abang Harriz.
“Tasha…sebelum balik nanti teman abang shopping boleh tak?”
“Penatlah bang nak keluar…”
“Haii…tak buat kerja pun penat? Takkan baru suruh basuh pinggan dengan cawan dua biji dah penat. Teruklah Tasha ni…macamanalah kalau dah kahwin nanti…” bebel abang Harriz.
Aku tersenyum. Teringat pada Najah yang sentiasa ringan tulang membantu aku dirumah. Kalau aku masak, pasti Najah yang akan mengemas dan mencuci pinggan. Najah tak perlu disuruh, dia tahu apa yang patut dilakukan. Betapa beruntungnya aku.
“Tasha nak kahwin dengan taukeh restoranlah bang…jadi Tasha tak perlu masak, tak perlu cuci pinggan. Kalau lapar makan aje di restoran…dah ada tukang masak, tukang cuci pinggan” jawabku nakal.
“Habis tu siapa nak basuh baju? Tasha kena kahwin pula dengan taukeh kedai dobilah? Lepas tu kahwin pulak dengan owner cleaning services untuk kemas rumah…macam tu?” balas abang Harriz pula. Terhambur ketawaku apabila mendengar kata-katanya itu. Pandai berlawak rupanya dia.
“Kalau abang lainlah…boleh kahwin empat…” tambah abang Harriz lagi. Makin kuat ketawaku. Ada-ada saja akalnya.
“Dahlah…sakit tau perut Tasha ketawa…” ucapku sambil mengusap perutku. Rasa senak sedikit kerana galak ketawa. Dan setiap kali menyentuh perutku, perasaan yang aku rasakan beberapa hari ini kembali terbit.
“Tasha yang mula…bukan abang…”
“Nasib baik Tasha tak kahwin dengan abang, kalau tak sure Tasha kena madukan. Lagipun Tasha tak termasuk dalam senarai, sebab Tasha pemalas…tak reti masak, tak reti berkemas…” ajukku lagi. Abang Harriz mengetap bibirnya. Dia geram!
“Dah main jauh-jauh…orang malas nak kemas dapur ni. Karang kalau duduk sini kena tolong pulak orang malas ni…” usikku.
“Garangnya…” ucap abang Harriz. Dia sempat mengambil beberapa biji saga di dalam pasu bunga lalu dicampak ke arahku.
“Padan muka… kena menyapu pulak lepas ni…”ujarnya lagi sebelum berlari ke ruang depan. Perasan. Macamlah aku nak sangat kejar dia.

Tidak lama kemudian, ummi, mak long dan pak long balik dari pasar. Penuh tangan mereka dengan beg plastik bermacam warna. Ada sayur, ada ikan, ada buah tembikai. Batang keladi pun ada.
“Siput sedut ada?” tanyaku pada pak long. Orang tua itu baru sahaja melabuhkan punggung dikerusi, lelahnya juga belum hilang sudahku tanya tentang siput sedut.
“Takde…takde musim…” balas pak long.
“Ala… pak long ni nak tipu Tasha pun agak-agaklah. Siput sedut mana ada musim. Kan dia melekat aje kat tukun…hari-hari beranak…” ucapku sedih. Kecewa betul aku, kalau siput sedut yang aku harapkan tak ada. Aku menarik muka panjang.
“Kenapalah awak sakat Tasha tu bang…kesian dia” kata mak long yang sedang sibuk mengeluarkan barang-barang yang dibeli dari pasar.
“Ada ni siput sedut yang Tasha nak…” kata ummi. Dia mengangkat satu beg plastik yang berisi dengan siput sedut yang masih hidup.
“Panggil abang Riz, mak long nak suruh dia ketuk siput ni…”perintah mak long. Aku dengan suka hati beredar dari situ dan mencari abang Harriz. Dapatlah aku membalas dendam.

“Amboi…sedapnya dia tidur. TV menyala…dia pulak tidur. Abang bangunlah mak long panggil” teriakku di telinga abang Harriz.
“Lepas makan tidur…macam ular sawa” omelku lagi.
“Kacaulah Tasha ni. Abang bukan tidur…abang pejam mata jek. Tahu tak Dr. Mahathir tidur 15 minit setiap kali dia habis lunch…”
“Itu lunch bang…tapi abang baru sarapan pagi…kalau setiap kali lepas makan abang tidur, lama-lama badan kembang macam tempayan” sindirku.
Abang Harriz mengajuk kataku. Dia bangun dan terus bergerak ke dapur. Mulutnya masih belum berhenti menceceh. Mak long yang nampak abang Harriz muncul di dapur terus menyuruh anak bujangnya itu mengetuk hujung siput sedut. Makin bertambah bera abang Harriz padaku.
“Tasha yang nak makan…orang pulak yang kena ketuk benda ni” bebel abang Harriz sambil mengetuk siput sedut. Aku tersenyum lebar. Puas hatiku dapat mengenakannya semula.

PART  15

Lama kami tidak berkumpul seperti ini. Meriah sungguh. Walaupun keluarga kami kecil tetapi riuhnya bagai satu pasukan sorak. Namun keriuhan ini tetap menggamit rinduku pada Najah. Apa khabar dia agaknya? Rindukah dia pada aku?
“Ummi…ada jugak orang berangan sambil kopek bawang ya…” sindir abang Harriz. Aku tidak sedar ada orang memerhatikan aku sedang mengelamun.
“Rindu kat siapalah tu agaknya. Tadi dia berangan kat buaian sampaikan Riz balik beli sarapan pun dia tak perasan mi…” adu abang Harriz.
“Adalah tu agaknya…” balas ummi memberikan jawapan selamat.
“Tasha dah ada buah hati ke? Tak nak jadi menantu mak long ke?” tanya mak long pulak.
“Tasha tak mahulah kahwin dengan abang Harriz mak long. Siang-siang lagi dia cakap nak kahwin empat…heeee…tak mahulah kena madu” jawapku pula.
“Rugi tau tak nak bermadu, tak dapat payung emas nanti…” celah pak long pula.
“Amboi bang…pandainya dia… Dah nak masuk Isyak pun masih ada hati ke?” marah mak long.
“Ishhh…abah muda lagilah mak. Belum Isyak lagi…Riz rasa macam baru aje lepas Asar abah ni. Kan abah?” tambah abang Harriz. Terbeliak mata mak long melihat abang Harriz menyokong usul pak long. Terbahak-bahak kedua beranak itu ketawa melihat muka mak long mencuka.
“Aku kerat-kerat korang anak beranak nanti baru tahu” kata mak long sambil menunjukkan pisau yang dipegangnya pada pak long dan abang Harriz.
“Abang ni asyik mengarut aje. Cepatlah ketuk siput tu, Tasha dah lapar ni. Nak cepat makan…nak cepat balik tau. Karang kalau malam Tasha tak nampak nak drive…” giliran aku pula membebel.
“Yelah bini tauke dobi…eh silap tauke restoran…” balas abang Harriz. Semua yang ada disitu ketawa dengan lawak spontannya. Terhibur aku sekejap. Kalaulah Tunku Helena dapat menerima aku sebagai menantunya tentu aku dan Najah juga akan bahagia seperti ini.


Seawal jam lapan pagi aku sudah sampai di pejabat. Kerja yang aku tinggalkan sejak seminggu yang lalu sudah menggunung tinggi. Tanpa berlengah aku meneruskan kerja. Banyak betul kerja yang aku kena siapkan hari ni. Laporan KWSP dan Perkeso yang tertangguh harus aku langsaikan hari ini juga. Aduh…tak tahu mana nak mula ni!
Sarah masuk ke bilik kami dengan membawa sejambak bunga ros warna pink yang dihias indah. Haruman segar bunga pink menerawang ke hidung.
“Cantik tak?” tanya Sarah. Riang wajahnya menerima bunga di awal pagi.
“Cantik…pagi-pagi lagi kau dah dapat bunga ya”
“Masalahnya bunga ni bukan untuk aku…”
“Habis tu untuk siapa pulak?”
“Kau kenal tak Nur Natasha Ameera Ariffin? Bunga untuk dialah ni…” balas Sarah. Lengkap nama penuhku disebutnya. Sarah meletakkan jambangan bunga itu di atas mejaku. Dia turut memuji-muji betapa cantiknya jambangan itu. Aku buka kad comel yang mengiringi jambangan itu.

‘Nothing gonna separate us until death do us apart’
Ayat yang tertulis di kad itu begitu menyentuh hati. Aku letakkan bunga ros itu di kabinet fail di belakangku. Cantik sangat! Berkali-kali aku menciumnya dan meletakkannya semula. Aku kira kuntuman ros yang ada 11 kuntum kesemuanya. Entah apa maknanya aku pun tak tahu.
“Beruntunglah kau dapat buah hati macam boyfriend kau ni, romantik bagi bunga lagi. Birthday kau ke hari ni?” soal Sarah
“Ishh, tidaklah…birthday aku jauh lagi.,Aku laparlah Sarah… kejap ya aku nak bancuh nestum” kataku sambil meraba perut. Hari ini aku tidak merasakan apa-apa pabila menyentuh perutku. Tidak seperti sebelum ini. Mungkin ‘dia’ juga keletihan seperti aku atau mungkin aku sahaja yang beria sedangkan selama ini memang jadual periodku tidak teratur.

Air belum masak! Aku terpaksa menunggu beberapa minit sebelum air di dalam thermal pot itu mendidih. Aku bersandar di dinding pantry sambil melihat air yang sedang dimasak.
“Tasha…”
Terkejut aku apabila papa menegurku. Kami tidak pernah berbual sebelum ini malah aku cukup takut untuk berhadapan dengannya. Seringkali aku mengelak untuk bertembung dengan papa.
“Tan Sri…”
“Boleh buatkan papa kopi? Kak Timah cuti balik kampung jadi takde orang buatkan papa kopi pepagi ni. Nanti hantar ke bilik papa ya…” arah papa dengan lembut. Aku mengangguk kecil. Sebaik sahaja air mendidih, aku bancuhkan kopi untuk papa. Nestum ku, aku biarkan dahulu.

“Tan Sri…your coffee…”
“Thanks Tasha, have a seat…” ucap papa yang sedang mengeluarkan dokumen dari briefcase. Aku duduk di hadapannya seperti orang salah yang menanti untuk dijatuhi hukuman.
“Ke mana menghilang, lama papa tak nampak awak di pejabat?”
“Tasha balik kampung…”
“Tak beritahu Najah?”
“Tak…”
“Kenapa? Bukankah tempat isteri disisi suami? Tasha tahukan berdosa kalau keluar rumah tanpa izin suami?”
“Apa yang saya buat ini untuk kebaikan Najah dan Puan Sri. Saya mahu Najah kahwin dengan Farah, Tan Sri. Saya tak mahu Najah dibenci Puan Sri hanya kerana saya”
“Tasha sama macam arwah ayah Tasha. Lembut hati orangnya”
“Tan Sri kenal ayah saya?”
“Lebih dari kenal, kami sama-sama membesar di sini dan sama-sama bersekolah di English College. Sewaktu arwah ayah Tasha meninggal papa masih di US sambung belajar”
“Tasha tak pernah kenal siapa ayah, Tasha lahir tanpa ayah disisi…”
“Ayah Tasha meninggal sewaktu Tasha masih dalam kandungan lagi. Papa lost contact dengan ibu Tasha, papa dapat tahu mengenai berita kematian itu pun dari sahabat kami, Syed Aqil. Katanya ayah Tasha meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Mersing”
“Ummi pun cakap ayah meninggal kerana kemalangan. Nenek, atuk dan adik ayah turut sama terkorban” tambahku lagi. Keluarga kecil ayah berakhir di situ. Hanya aku sahaja yang tinggal sebagai warisnya.
“Minumlah kopi tu Tan Sri, nanti dah sejuk tak sedap pulak”
“Yelah, terima kasih Tasha. Hmm… sedap Tasha buat kopi. Mana tahu papa tak suka kopi ada gula ni?”
“Najah beritahu…Tan Sri, kalau tidak ada apa lagi saya nak mintak diri dulu”
“Baiklah Tasha boleh keluar tapi satu papa nak pesan, bukan senang kita nak puaskan hati orang nak. Pasti akan ada hati yang terluka…”
Aku mengangguk tanda faham. Aku kembali ke pantry untuk membancuh nestum ku yang terbantut tadi. Mug ku sudah tiada disitu, malah paket nestum ku juga tidak ada. Siapa pulalah yang mengambilnya.

Bila aku kembali ke bilik mug merah jambu milikku sudah berada di meja, nestum juga sudah siap berbancuh didalamnya. Ada nota kecil dititipkan di tepi mug.
‘Daddy make this meal special for mummy and baby’

Najah begitu teringinkan zuriat, aku pula masih lagi berkeras untuk tidak menegurnya. Dia kelihatan sungguh lesu sewaktu aku lalu dibiliknya tadi. Menongkat daku sambil memerhatikan skrin laptopnya. Cermin matanya pula diletakkan diatas kepala.
“Syahrun yang letak nestum kau kat situ” ucap Sarah yang muncul entah dari mana.
“Aku tengok korang berdua ni macam ada apa-apa pulak. Sebelum kau bercuti aku terpandang kau menangis di bilik Puan Safi tadi aku nampak kau berbual di bilik Tan Sri. Ada top secret ke Tasha?”
“Kalau namanya top secret mana boleh dikongsi dengan orang lain Sarah”
“Aku dengar Syahrun tak jadi bertunang dengan Farah. Dia dah ada pilihan hati sendiri. Kau dengar tak apa yang aku cakap ni Tasha?”
“Dengar… Aduhh…”
“Eh… kau kenapa Tasha? Sakit perutke?”

Tiba-tiba perutku memulas-mulas. Lebih sakit dari serangan gastrikku dulu. Aku mengadu kesakitan.
“Kau kenapa ni Tasha, alamak…janganlah takutkan aku”
“Aku nak ke toilet kejap…”
“Aku temankan kau…”
Langkahku laju menuju ke tandas. Perut ku memulas bukan kerana hendak buang air besar, bukan juga kerana gastrik. Hatiku dirundung ketakutan. Aku tiba-tiba merasakan ada cecair yang keluar lalu membasahi seluarku. Aku segera mengunci pintu dan memeriksa seluarku yang mula basah.
“Sarah…aku bleeding…” ucapku lemah sebaik sahaja aku melihat cecair merah yang mengenai seluarku. Airmataku mengalir tanpa aku pinta. Impian aku untuk menjadi ibu bakal terkubur.
“Hahhh…apa kau bleeding? Bukak pintu ni cepat Tasha…Kau bleeding ke kau period ni Tasha?” tanya Sarah yang kebingungan.
“Aku bleeding…” jawabku lemah
“Maksud kau…kau pregnant?” soal Sarah lagi. Aku mengangguk perlahan.
“Sarah kau hantar aku ke klinik boleh tak?”
“Boleh…tapi aku tak bawak kereta, tunang aku pinjam…”
“Kau ambil kunci kereta aku dalam drawer…cepat Sarah, sakit ni…”
“Aku bagi tahu Syahrun ya…”
“Jangan…”

Kami pantas meninggalkan pejabat. Aku menelefon Puan Khalijah untuk memberitahunya yang Sarah menemani aku ke klinik. Sarah nampak lebih cemas dari aku. Mungkin dia takut darah agaknya.
“Tasha kepala aku ni dah mula fikir yang bukan-bukan…aku mintak maaf Tasha tapi aku betul-betul keliru ni. Kau mengandung anak siapa ni? Mak ayah kau tahu tak?”
“Tak siapa tahu aku pregnant Sarah, aku sendiri tak pernah buat check-up”
“Habis tu mana kau tahu kau mengandung? Ishh tak fahamlah aku Tasha”
“Dah dekat dua bulan aku tak period…Sarah please laju sikit...aku tak tahan ni...sakitnyaaa...Urghh...”
"Okay-okay...kau tahan ya Tasha...aku tak boleh gabra, nanti ke parit pulak..."

Aku mengerang kesakitan. Sakitnya tak dapat aku gambarkan bagaimana. Selama ini aku tak tahu bagaimana azabnya sakit melahirkan.
"Tasha...aku mintak maaf kalau aku fikir yang bukan-bukan. Aku tahu ini bukan masanya yang sesuai, kau sakit...tapi aku betul tak faham ni..."

Sarah menggelengkan kepalanya berkali-kali. Bukan salahnya kalau dia menuduh aku bermukah dan berzina kerana dia tidak tahu perkara yang sebenarnya. Namun Sarah tetap ringan tulang membantu urusan daftar masukku di wad kecemasan Hospital Pakar Johor. Sarah menemani aku sehingga pemeriksaan ke atas ku selesai.

"Macamana dengan keadaan kawan saya ni doktor?”
“Puan Natasha keguguran…”
“What?! Tasha…” ucap Sarah terkejut. Aku menangis. Menangis kerana kesakitan dan kecewa.
“Kandungan puan yang baru berusia empat minggu itu berada pada kedudukan yang amat lemah di dalam rahim. Puan ada mengalami hentakan atau jatuh baru-baru ini?” tanya Dr. Rusila. Aku menggeleng kepala.

Mungkin aku memandu terlalu lama semalam. Selepas makan tengahari aku dan ummi diajak mak long ke Tangkak. Dari satu kedai kain ke satu kedai kami jelajahi. Kelabu mata melihat kain ela yang cantik dan berpatutan harganya. Dari Tangkak kami tidak terus pulang ke JB kerana ummi mengajak kami singgah di Air Hitam untuk membeli pasu dan kraftangan.
“Puan berehat dahulu, cuba hubungi suami puan kerana saya rasa dia perlu berada disisi puan pada ketika ini” Dr. Rusila meninggalkan aku dan Sarah berdua.
“Rehatlah Tasha…aku simpati dengan nasib kau. Kau nak aku call mak kau?”
“Takpe Sarah…thanks. Aku mintak maaf sebab susahkan kau”
“Tasha boleh aku tanya sesuatu? Siapa yang buat kau macam ni?”
“Sebenarnya aku dah kahwin…”
“Dengan siapa?”
“Najah…”
“Syahrun Najah?”
“Kami nikah di UK sebelum balik ke Malaysia, recently family dia tahu tentang hubungan kami. Puan Sri tak restu pernikahan kami…dia mahu Najah bernikah dengan Farah…” ujarku perlahan. Airmataku mengalir deras. Aku terlalu sedih ketika ini. Sedih yang amat.

“Ya Allah…patut pun aku tengok korang bukan main intim lagi. Kalau kau tak cakap kau dan Syahrun dah nikah, otak aku ni asyik dok fikir korang dah berzina aje…ishhhh…Maafkan aku Tasha” kata Sarah. Dia turut mengalirkan airmatanya.
“Takpe…aku faham…”
“Aku rasa kau over-stressed Tasha,…kesian kau sampai kehilangan baby”
“Aku sedih Sarah…aku rasa Najah tahu aku mengandung. Nota yang dia tulis pagi tadi buat aku lagi sedih…” tangisku lagi. Ya Tuhan aku sangat memerlukan Najah ketika ini. Aku ingin memeluknya dan menangis didadanya tetapi aku tahankan semua rasa rindu itu.
“Kau tak nak call dia ke? Jangan macam nilah Tasha…aku kesian tengok kau macam ni. Aku call ya…”

Sarah tetap bertegas mahu menghubungi Najah. Aku yang terbaring lemah tidak dapat menghalangnya lagi. Dia pantas mendail nombor telefon pejabat lalu minta disambungkan kepada Najah. Sarah menggunakan speakerphone, dia memaksa aku untuk bercakap namun aku menolak. Aku terlalu sedih untuk bercakap dengan Najah apatah lagi untuk menyampaikan berita sedih ini kepadanya.
“Hello Encik Syahrun, saya ni Sarah…”
“Sarah…awak pergi ke mana dengan Natasha?”
“Kami ada di hospital ni Encik Syahrun”
“Hospital? Buat apa awak kat sana? Natasha mana?”
“Ya hospital. Datanglah sini kalau nak tengok Tasha. Johor Specialist, bilik 507. Cepat Encik Syahrun…”

Aku rindu dengan suara itu. Terima kasih Sarah, aku sungguh terhutang budi pada gadis ini. Dia sungguh baik seperti Emily. Sebut nama Emily, tentu dia juga akan menangis jika dia tahu aku keguguran. Tiada lagi ‘baby’ yang akan lari dengan mummy dan berlindung di rumahnya.
Kurang lima belas minit selepas itu Najah sudah berdiri di hadapan pintu bilikku. Entah berapa laju dia memecut dari Menara Ansar untuk sampai ke mari. Sarah memberikan kerusinya kepada Najah namun Najah menolak. Dia mengucup dahiku dan menyeka airmataku dengan jarinya.
“What happened to you sayang? I really miss you…why you do this to me?” tanya Najah. Aku tidak mampu untuk bersuara. Cukuplah airmataku sahaja yang mengalir.
“Tasha keguguran Encik Syahrun…” beritahu Sarah.
“What??? Tasha…is that true? Betul apa yang Sarah cakap tu?”
Aku menangis. Aku telah mengecewakannya. Najah mengusap perutku yang kini ‘kosong’, airmatanya mengalir. Harapannya untuk bergelar ayah kini musnah.
“Tasha…jangan tinggalkan abang lagi, apa pun ujian yang datang akan kita lalui bersama. Kita dah kehilangan baby dan abang tak mahu kehilangan Tasha…please sayang…”
“Maafkan Tasha bang…”
“It’s okay sayang…it’s okay…”

Semuanya berlalu begitu pantas. Tuhan meminjamkan aku nikmat itu cuma seketika. Mungkin jua kerana aku menolak untuk menjadi ibu sebelum ini . Mungkin juga Dia ingin memberitahuku, betapa mengandung itu sebenarnya suatu pengalaman indah yang tiada tolok bandingnya. Ya Allah, aku inginkan semula zuriatku, Kau kembalikanlah dia kepadaku Ya Allah. Aku berjanji akan menjaga dan membelainya sepanjang hidupku.
Aku pejamkan mataku rapat-rapat. Aku ingin memulakan segalanya semula. Aku ingin jadi isteri yang taat dan juga ibu yang baik. Semoga Allah memberikan aku peluang sekali lagi.




TIADA DIKAU TIADA MAKNA 16


“Abang tak pergi kerja ke?” tanyaku pada Najah yang masih terbaring di katil. Jam di meja kecil sudah pukul 6.30pagi. Najah masih belum menunaikan solat subuh.
“Lambat sikit sayang. Abang nak jumpa abang Faisal dulu…ada urusan sikit” jawab Najah.
“Urusan apa dengan abang Faisal?”
“Dia nak abang upgrade sistem kat klinik dia…lepas tu ada pulak member dia yang nak bagi projek pada abang. Tak larat rasa nak buat…mana satu kerja kat office…pening…” balas Najah.
“Hmm… kalau tak larat jangan buatlah. Abang bagi job tu pada kawan-kawan abang. Lagipun kalau Tan Sri tahu abang buat part-time…nanti kena buang kerja…it’s against company policy tau bang…”
“Pandainya wife abang ni…”
“Lupa ke kat mana awak jumpa kita?”
“Tak lupa…sampai mati pun tak lupa. Ada orang tu tak pernah tengok bola tapi datang stadium sebab nak jumpa David Beckham…tapi sayang Posh Spice dah tangkap dulu…” ejek Najah.
“Tapi nasib baik jumpa Najah Redknapp McManaman kan…??” balasku sambil tertawa. Dahulu bila aku memuji betapa comelnya Jamie Redknapp dia pasti akan mengatakan dia jauh lebih kacak dari Redknapp dan Steve McManaman.
“Ingat lagi Tasha pada cousin Frank Lampard tu ya…”
“Mana boleh lupa…tapi Steve McManaman tu sekarang dah tua la bang… Dah tak handsome macam dulu”
“Yelah…EPL pun sekarang abang dah tak follow lagi…busy dengan baby abang ni” ucap Najah sambil menarik hidungku. Tiap hari ditarik pun hidung ni takkan mancung. Najah…Najah…
“Nanti kita ada masa…kita ke sana lagi nak tak bang? Tasha rindulah nak ke sana lagi…”
“Insya-Allah sayang…Tunggu Tasha betul-betul sihat nanti kita pergi. Bila Tasha dah kuat… Dah boleh mengukur jalan semula kita pergi holiday okay…” kata Najah lagi.

Cuti sakit yang diberikan kepadaku masih berbaki tiga hari. Aku sudah mula bosan duduk di rumah. Walaupun aku sentiasa dapat berkomunikasi dengan Najah, tapi aku masih sunyi. Mungkin benar kata Najah, jika ada anak hidup kami lebih terisi. Baru aku tahu sekarang mengapa kehadiran zuriat sangat penting bagi mereka yang telah mendirikan rumah tangga. Selama ini bagiku, Najah aje sudah cukup dan aku tidak memerlukan orang lain lagi untuk membuatkan aku bahagia.
“Abang…ummi suruh balik Bukit Dahlia petang ni…ummi cakap dia masak nasi beriani kambing. Boleh tak?” tanyaku pada Najah setelah dia selesai solat.
“Boleh sayang…Tasha pun dah seminggu tak balik sanakan? Ummi tak tanya apa-apa?”
“Tak…lagipun Tasha cakap Tasha sibuk. Tak naklah susahkan hati ummi…”
“Hmmm…Kak Safi sibuk tanyakan Tasha tapi abang cakap Tasha kena demam campak. Sarah aje yang tahu pasal ni kan…Tasha agak-agak Sarah cerita kat orang lain tak?”
“Taklah bang…Sarah tu baik. Masa dia tengok Tasha bleeding dia tanya Tasha macam-macam. Dia dah syak yang bukan-bukan…tapi sekurang-kurangnya dia berterus terang”
“Baguslah kalau macam tu. Dalam keadaan kita macam ni abang tak mahu ada orang ambil kesempatan. Tapi kalau mama tahu Tasha pregnant dulu…tentu mama tak marah-marah. Tasha tahu tak…mama paling jaga kalau nampak perempuan pregnant. Tak kira kat mana, dia ramah bertanya” ujar Najah. Sayu bunyi kata-katanya. Aku tahu Najah rindukan mama.
“Anak-anak saudara mama yang pregnant semua dapat special attention dari mama. Kalau anak dia sendiri tak usah cakaplah. Kak Safi tu…macam-macam mama bagi. Ada aje hadiah mama belikan…siap suruh abang carikan kat London latest collection for babies. Kalau anak kita…tentu mama lagi sayang sebab abang anak kesayangan mama…” ujarnya lagi. Sayu hatiku mendengar luahan hati Najah. Andai dapatku undur waktu, tentu Najah sedang gembira disamping ibu tersayang.

“Tiap hari abang berdoa semoga satu hari nanti Allah bukakan pintu hati mama untuk terima Tasha. Abang nak mama jaga Tasha…jaga anak-anak kita macam mama jaga dan didik abang adik beradik. Mama tu nampak garang, tapi hatinya baik…mama suka tolong orang susah…” tambah Najah lagi.
“Tasha jangan salah anggap tentang mama abang ya sayang. Mungkin mama kecewa kerana niatnya untuk berbesan dengan auntie Kalsom tak kesampaian, sebab tu dia marah. Mama dengan auntie Kalsom tu kawan dah lama tapi abang memang tak berkenan dengan Farah…she’s not my type. Satu perkara ini aje yang abang memang tak pernah setuju dengan mama”
Aku mengangguk faham. Aku juga perempuan, aku tahu setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Tunku Helena dan Datin Kalsom mahu menjalin hubungan yang lebih erat dengan mengahwinkan Najah dengan Farah. Kalaulah aku tidak wujud di dalam hidup Najah, tentu dia akan menurut kemahuan mamanya.
“Dah seminggu abang tak balik…abang tak nak jumpa mama ke?” tanyaku pada Najah. Aku tatap wajahnya yang tenang, wajah yang merindui mamanya.
“Abang nak balik…nak tengok mama, tapi bukan sekarang…” balas Najah.
“Nanti kalau abang dah ready nak jumpa mama… abang pergilah ya… Tak baik lama-lama merajuk dengan mama. Nanti tak cium bau syurga…”
“Thanks sayang ingatkan abang tentang hal tu…”
“Itukan tanggungjawab Tasha bang…”

Telefon bimbit Najah berbunyi. Dia bangun dari sofa lalu mengambil telefonnya yang sedang dicas di meja konsul.
“Abang…sorrylah Najah lambat bagitahu Najah nak datang. PA abang kata boleh…”
“Ohh…macam tu ehh… ramai patient ke pagi ni? Najah plan nak datang dalam pukul 10…lepas tu boleh terus ke office”
“Hmm…yelah kalau macam tu. Nanti kita jumpa… Waalaikumsalam…”

“Siapa bang?” tanyaku ingin tahu.
“Abang Faisal…”
Najah kemudian terus masuk ke dalam bilik untuk bersiap. Aku pula ke balkoni untuk melihat pokok-pokok kesayanganku. Pagi ini aku belum lagi berkesempatan untuk berbual dengan pembekal oksigen ku itu. Selalunya setiap pagi selepas Najah keluar bekerja aku akan berbual sambil menyiramnya.

“Tasha… fail abang yang warna biru tu mana?” tanya Najah dari dalam bilik kerjanya. Terlalu banyak fail yang dibawanya pulang setiap hari, aku tidak tahu fail biru yang mana satu.
“Manalah Tasha tahu bang…Tasha tak kacau pun fail abang. Karang kalau Tasha kemas bilik abang tu, takut satu benda pun nanti abang cari tak jumpa…” balasku pula.
Aku tidak pernah menyentuh barang miliknya kecuali disuruh. Apatah lagi fail-fail sulit yang dibawanya pulang. Walaupun dia suamiku, rahsia pejabat bukanlah untuk kami kongsi bersama.
“Tak adalah sayang…”
“Abang tinggal dalam kereta kot…” bebel ku sambil menuju ke bilik kerja Najah.
“Alamak…mana abang letak ekk? Ishh…lupalah pulak… Fail tu abang nak bagi pada abang Faisal…” ucap Najah sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Fail apa? Penting sangat ke?”
“Penting…antara hidup dan mati…” cebik Najah

“Tasha rasa abang memang tertinggal dalam boot kereta…abangkan suka simpan harta dalam boot…nanti abang pergi carpark…abang cari…”
“Baik cik puan… Okaylah sayang…abang nak keluar, nak cari fail dalam boot lepas tu terus jumpa abang Faisal”
“Macam ni aje? Simplenya…” tanyaku kehairanan. Najah hanya menyarung seluar jeans putih dengan T-shirt polo warna baby blue.
“Kalo maknyah nampak…mesti dia kejar abang” usikku sambil ketawa. Najah mengetap bibirnya. Geram.
“Okay mummy…daddy keluar dulu… nanti petang kita pergi rumah ummi ya… Jaga diri bebaik sayang, anything call abang cepat tau…” pesan Najah. Aku kucup tangan dan pipinya. Dia memelukku dan mengucup dahiku.
“Kunci pintu ni sayang…” pesan Najah lagi.

part 17
Sebaik pintu dikunci, aku masuk ke bilik dan mengambil laptopku. Hari ini aku bercadang untuk berbual panjang dengan Emily. Sejak dia berpindah ke Kuching mengikut suaminya, kami belum berkesempatan untuk berjumpa. Aku SMS Emily terlebih dahulu supaya aku tidak perlu tunggu lama di messenger.
Emily: heyy my darling tasha…how are u babe? How’s yr cuti… I mean sembunyi?

Tasha: aku MC ni..dah dekat seminggu…

Emily: morning sickness ke?

Tasha: nolah…takde rezeki aku nak jadi ibu. Aku keguguran Mil…

Emily: Ya Allah… sorry to hear that dear. Mcmana bleh jd mcm tu?

Tasha: Aku pun tak pasti Mil…doc kata aku tak kuat…maybe sebab aku banyak fikir…or maybe banyak sangat berjalan…

Emily: or maybe u think too much bout yr problem…tak pun rindu kat Najah kot??

Tasha: all above kot!

Tasha: Mil… kalau kau jadi aku, berada di tempat aku sekarang ni, apa yang akan kau lakukan?

Emily: Susah nak cakap Tasha. Mungkin aku akan melakukan perkara yang sama atau mungkin jugak aku ikut kepala batu aku… kau tahukan aku ni macamana, kalau aku kata nak…takde siapa boleh cakap tak boleh kecuali Allah.

Tasha: Sayangnya…aku tak sebrutal kau…

Emily: Aku kan keturunan William The Conqueror. Tasha, kau tak usahlah korbankan diri kau. Najah sayangkan kau…sangat sayang. Dia perlukan kau dan kau juga perlukan dia, korang saling melengkapi antara satu sama lain…macam jigsaw puzzle…tau tak?

Emily: Kalau satu takde…maka tak lengkaplah puzzle tu…tak cantik, tak siap. Faham ke tak faham ni?

Tasha: Faham…

Emily: Bagus kalau kau faham… hidup berumahtangga memang macam ni Tasha, ada aje ujiannya. Kalau masa bercinta, gaduh sikit bolehlah kau merajuk berhari-hari…tapi bila dah kahwin…kita tak boleh buat macam tu. Kita ada tanggungjawab…kita tak boleh lari

Tasha: Entahlah Mil…aku bingung sebenarnya. Jauh dalam hati aku tak mahu tinggalkan Najah, tapi aku kesiankan mama dia…aku tak sampai hati nak rampas Najah dari dia.

Emily: Kau tak rampas Tasha…kau cahaya hidup dia…

Tasha: Kau tak berada di tempat aku Mil…kalau kau tengok macamana Puan Sri mengamuk…mesti kau takut… Takut untuk memisahkan anak dari ibunya.

Emily: Maksud kau?

Tasha: Puan Sri dah tak mengaku Najah tu anak dia…

Emily: Ya Allah…hilang akal ke mak mentua kau tu?

Tasha: Kesian Najah Mil…

Dadaku menjadi sebak. Aku teringatkan Najah. Bagaimana dia menghadapi hari-harinya kini tanpa kasih sayang mama? Aku merasa berdosa dan beban itu semakin memberat dibahuku.


Emily: Bersabarlah Tasha aku yakin semua ini ada rahmat disebaliknya. Kau pun tahu, Tuhan tidak sewenang-wenangnya memberi nikmat kepada hambaNya, pasti ada sesuatu yang diambilNya dari kita sebelum kita dapat nikmat itu

Tasha: Aku harap aku kuat Mil…makin hari makin tak tertanggung rasanya

Emily: Mak mentua kau tu kacau kau hari-hari ke?

Tasha: Tak. Dia bukan jenis suka menyerang orang…tapi rasa bersalah ni…susah aku nak explain. Bersalah kerana memisahkan Najah dengan mama dia.

Emily: Kau tak salah Tasha…kau jangan fikir macam tu. Tak berdosa pun kalau kau dan Najah saling cinta dan mengasihi. Korang dah nikah pun…bukan bersekedudukan tanpa ikatan yang halal disisi agama

Kata-kata perangsang dari Emily amat membantu memulihkan semangatku. Aku sangat memerlukan sokongan dari teman rapat dan keluarga ketika ini. Kak Safi dan papa sentiasa bertanyakan khabar Najah dan aku. Sejak aku cuti, Kak Safi tak putus berSMS atau menelefon. Dia begitu risaukan kami, apatah lagi Najah adik kesayangannya.

Emily: Tasha kau beruntung…kenal, bercinta dan berkahwin dengan orang yang kau suka dan sayang. Ada orang bercinta bagai nak rak…tapi tak kahwin. Ada orang pulak bercinta dengan orang lain, tapi kahwin dengan orang lain…

Tasha: Aku sentiasa hargai setiap anugerah yang aku terima Mil. Najah itu bagaikan harta yang tak ternilai untuk aku. Setiap waktu bersamanya aku sungguh bahagia…tapi hidup pasti akan lebih bererti jika Puan Sri boleh terima aku sebagai menantunya…

Emily: Sabarlah Tasha…siapa tahu lepas ni dia lebih sayangkan kau dari anak dia sendiri? Hidup ni kita tak boleh nak jangka Tasha…full of suprises

Tasha: Amin… akan aku tunggu saat itu hadir, biarpun selama mana aku perlu sabar dan menanti…

Telefon comelku berbunyi tatkala aku sedang seronok bersembang dengan Emily di messenger. Aku lihat nombornya begitu asing sekali bagiku. Sejak peristiwa yang berlaku di banglo keluarga Najah, aku keguguran…aku jadi fobia untuk menerima sebarang panggilan dari orang yang aku tak kenal. Sungguhpun, mama tidak pernah datang menyerang aku di pejabat mahupun di rumah tetapi perasaan takut tetap menyelubungi aku.

Emily: Heii makcik…kenapa senyap?

Tasha: Ada orang call aku…siapa entah…

Emily: Lelaki ke perempuan?

Tasha: Tak tau…

Emily: Laaa…takkan kau tak boleh cam suara lelaki ke perempuan..

Tasha: Aku tak jawab pun…macamana aku nak cam, nombor KL…Takutlah Mil…

Emily: Kau ni takut tak tentu pasal…

Tasha: Kejap…ummi call pulak…

“Assalammualaikum ummi…”
“Waalaikumsalam… Tasha tak kerja lagi ke?” tanya ummi berbaur risau. Hampir dua minggu aku tidak bertemunya.
“Tak Mi, doktor kasi Tasha cuti dua minggu…” balasku.
“Lamanya… teruk ke demam campak Tasha tu? Kenapa tak balik sini aje?” Risau sungguh ummi. Kalau dia tahu aku keguguran, tentu dia akan bertambah risau. Tentu aku akan dimarahi ummi kerana merahsiakan perkara sebesar ini darinya.

“Takpelah Mi…Tasha OK dah…ummi jangan risau. Petang ni kan Tasha dengan Najah balik sana…kitorang teman ummi weekend ni…”
“Hmm…eloklah tu… Ni ummi telefon ni nak bagitahu, abang Harriz call ummi tadi, dia kata dia call Tasha tapi tak berjawab” beritahu ummi.

“Laaa…abang Riz ke tadi yang call? Manalah Tasha tahu mi…ummi ke yang bagi nombor telefon Tasha pada dia?”
“Yelah…ummi yang bagi. Sibuk dia nak cakap dengan Tasha…nak bagitau dia nak ke Singapore minggu depan, nak ajak Tasha shopping sekali kat sana…”
“Nanti Tasha plan dengan Najah dulu ummi, tak boleh nak janji dengan abang sekarang. Ummi kelentong ajelah dia ya…cakap Tasha outstation ke, training ke…boleh ya ummi?”

Malasnya aku hendak bertemu dengan doktor yang seorang ini. Nanti banyak pula soalnya bila berjumpa. Ubat, sakit, pemakanan…bla, bla, bla…berjela bebelannya singgah ditelinga.
“Kalau macam tu nanti ummi cakap dengan abang Harriz”
“Okay Mi…petang nanti kita jumpa ya, Tasha tengah chat dengan Mil ni…kesian dia tunggu lama. Ummi tak payah masak tau…kita makan kat luar aje…”
“Okay sayang…kirim salam pada Emily…”

Tasha : Mil…ummi kirim salam

Emily: Waalaikumsalam. Ummi kau ke tadi yang kau tak jawab

Tasha: Taklah…cousin aku…kau ingat tak cousin aku yang buat Medic dulu?

Emily: Yang tinggi macam pokok kelapa tu kan?

Tasha: Hehehe…ingat kau ya…

Emily: Girl…its time to go for check-uplah…my baby dah start kicking my tummy.

Tasha: Bestnya… I wish God will give me another chances

Emily: Insya-Allah Tasha… take good care of yourself, kirim salam kat Najah dan ummi. Kau jangan gaduh-gaduh lagi or merajuk…anything gimme a call okay!

Tasha: I will…u too take care mommy…love ya

Emily: Love you guys too.. N

Part 18

Selesai berchatting, aku sempat menjengah folder yang mengandungi gambar-gambar lama aku dan teman-teman di UK. Di mana ada aku, pasti di situ juga ada Emily. Dan di mana juga ada aku dan Emily, pastikan ada Najah dan Frank. Aku rindukan saat-saat itu, berempat ke mana sahaja. Terbayang wajah Najah yang gemar ketawa, terlihat barisan gigi putihnya tersusun cantik.

Cinta antara kami telah menyatukan kami. Kerana cinta juga Frank menukar pegangannya kerana kasihnya yang tulus pada Emily Amir. Kerana cinta juga aku dan Najah sanggup mengambil risiko untuk berkahwin tanpa restu keluarganya. Benar kata pujangga, kerana cinta dunia berperang, kerana cinta yang lemah jadi kuat. Kerana cinta yang kuat bisa hilang daya, kerana cinta yang berakal boleh hilang pertimbangan. Namun cinta aku pada Najah, cinta suci. Bukan cinta yang boleh dijualbeli, bukan juga cinta kerana hartanya. Aku cinta dia kerana sifatnya yang begitu mendamaikan. Memandang redup matanya bisa membuat hati gundah jadi tenang. Bagai ada cahaya diwajahnya.

Terkadang aku fikir, aku sanggup mati kerana Najah. Aku sanggup lakukan apa sahaja demi Najah. Untuk suamiku Syahrun Najah Hanafi, aku sanggup walaupun aku terpaksa melukakan hatiku sendiri. Aku sanggup bermadu jika Najah mahu menikahi Farah, aku rela mengalah jika itu bisa membahagiakan hati mama.

Sakit bila difikirkan tetapi aku tidak ada jalan lain. Aku tidak boleh terus-terusan menjauhkan Najah dari mama. Aku harus melakukan sesuatu untuk memulihkan hubungan mereka. Biarpun mama tak mungkin terima aku sebagai menantunya, aku redha asalkan dia menerima Najah semula.

Kedengaran loceng ditekan berkali-kali, mengejutkan aku dari lamun yang menyakitkan. Aku bergegas ke pintu.
“Cepatnya abang balik…tak kerja ke?” tanyaku pada Najah yang muncul di muka pintu.
“Malas…lepas jumpa abang Faisal takde mood pulak nak kerja. Balik jumpa baby abang yang comel ni lagi baik. Hilang terus pening kepala…”
“Abang tak sihat ke?” tanyaku pada Najah. Tiada warna ceria di wajahnya. Dia kelihatan letih.
“Abang okay…tapi rasa macam nak demam but you don’t need to worry Dr. Faisal dah bagi ubat tadi…untung betul ada abang ipar jadi doktor, dapat supply free” balas Najah sambil tersenyum.

Najah masuk ke dalam rumah lalu terus merebahkan tubuhnya di sofa panjang. Dia memicit-micit kepalanya beberapa kali. Bila aku tanya, jawabnya tiada apa-apa. Najah meminta aku duduk di hadapannya seperti selalu.
Tatkala aku meletakkan kepalaku didadanya, terdengar degup jantungnya yang laju. Aku tahu Najah pasti risaukan sesuatu, nak aku bertanya tapi bimbang mengundang duka dihatinya. Mungkin dia rindukan mama, telahku.

“I miss you baby…” bisik Najah ditelingaku.
“Miss you too dear… tapi baru tiga jam abang keluar, takkan dah rindu kot” gurauku.
“Miss you very-very much… Tasha lupake? Berapa hari Tasha tinggalkan abang? Balik dari kampung sikitpun tak tegur abang…tahu-tahu dah admitted kat JSH. Abang rasa macam nak mati bila Tasha tak ada…I am lost without you…” tuturnya perlahan.

“I am sorry bang…ampunkan Tasha…”
“Abang rindu pada Tasha…sampai hati Tasha matikan phone, tak reply mesej abang… tak cakap dengan abang mana Tasha pergi…”

Meleleh airmataku mendengar luahannya. Aku peluk erat tubuhnya yang hangat. Rasa berdosa terhimpun di kepala. Aku tak fikirkan tentang Najah saat aku meninggalkannya dulu. Aku lari membawa hatiku yang luka.
“I cant live without you… I am so down when you left me… tak terbayang macamana hidup abang jika Tasha betul-betul pergi tinggalkan abang. I need you here with me, you are my strenght…don’t leave me ever again sayang, abang boleh mati kalau Tasha tak ada…” ucap Najah lagi. Tuturnya begitu sayu dan perlahan mengundang sebak yang dalam padaku.
“Tasha janji bang…apapun terjadi lepas ni, Tasha tak akan tinggalkan abang…Maafkan Tasha…” pohonku lagi.

“Tasha tak salah sayang…tapi jangan tinggalkan abang lagi. Abang risaukan Tasha masa Tasha cuti lama. Abang tahu Tasha pregnant…abang takut jadi apa-apa kat Tasha atau baby kita. Silap abang bawak Tasha jumpa mama hari tu…kalau tak, mungkin Tasha tak lari…and perhaps we still have our baby…”
“Macamana abang tahu Tasha pregnant?”
“Wife abang…abang tahulah, siang malam dengan abang…”
“Takde rezeki bang…nak buat macamana. If I can turn back time…”
“Tak apa sayang…lepas ni kita cuba lagi. Abang nak anak ramai…nanti boleh temankan Tasha…”
“Temankan kita bang…jaga kita bila dah tua nanti…” tambahku lagi. Aku ingin bersamanya sehingga ke akhir usiaku. Dialah cahaya hatiku, sinar hidupku.
“Tasha kata nak ke rumah ummi…jomlah siap, nanti kalau lewat highway jem pulak…” pantas Najah mengubah topik.

Kami bingkas ke bilik, mengemas mana yang perlu di bawa ke rumah ummi. Hati aku berbunga riang, rindu hendak bertemu ummi. Aku juga ingin berkongsi kasih sayang ummi dengan Najah agar terubat hatinya setelah mama tidak mahu menerima kami. Hujung minggu ini akan aku penuhi setiap minit yang bermakna bersama Najah. Akan aku langsai segala hutang-piutang rindu Najah padaku.

Aku memerhatikan Najah mengemas beg pakaian kami. Sesekali dia melemparkan senyumnya kepadaku menjadikan aku rindu walaupun dia berada di hadapan mataku.

Abang, kenapa Tasha masih rindu sedangkan abang bisa Tasha sentuh? Kenapa Tasha rasa seperti ingin terus memeluk abang sehingga waktu bersilih ganti?

Persoalan ini silih berganti singgah dibenakku. Kenapa ya?

Buat pertama kali sejak kami kembali ke tanahair, aku dan Najah pulang ke rumah ummi tanpa ada rasa takut terserempak dengan sesiapa. Seawal jam tiga petang kami keluar dari apartment lalu menuju ke Jalan Skudai untuk ke Lebuhraya Pasir Gudang.

Aku teramat gembira. Malah Najah juga turut gembira. Dia bernyanyi kecil bersamaku lagu-lagu kegemarannya. Baru seminggu dia hilang dari pandanganku, aku rasa bagai setahun tidak bertemu. Rasa rindu tidak dapat aku gambar bagaimana melangitnya rinduku pada Najah.
“Lagu ni Tasha suka kan…?” tanya Najah padaku ketika lagu dendangan Shania Twain duet bersama Bryan White berkumandang di stereo. Aku amati lirik lagu itu yang sungguh bermakna untuk kami. Lagu yang kami idamkan untuk mengiringi aku dan Najah ke pelamin jika kami bersanding dahulu.

‘I do swear that I'll always be there. I'd give anything and everything and I will always care. Through weakness
and strength, happiness and sorrow, for better, for worse,
I will love you with every beat of my heart…’

Aku terdiam. Tidak mampu untuk menyanyi. Lagu ini terlalu mendalam maknanya untuk aku. Kenapalah aku tergamak tinggalkan Najah sedangkan dia begitu menyayangi dan memerlukan aku disisnya. Aku tatap wajahnya yang sedang asyik menyayangi sambil memandu.

From this moment life has begun
From this moment you are the one
Right beside you is where I belong
From this moment on

From this moment I have been blessed
I live only for your happiness
And for your love I'd give my last breath
From this moment on

I give my hand to you with all my heart
Can't wait to live my life with you, can't wait to start
You and I will never be apart
My dreams came true because of you

From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn't give
From this moment on

You're the reason I believe in love
And you're the answer to my prayers from up above
All we need is just the two of us
My dreams came true because of you

From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn't give
From this moment
I will love you as long as I live
From this moment on

“Tasha…I will love you as long as I live…and will always love you till the end of time…” ucap Najah sesudah lagu itu berakhir. Sebelah tangannya menggenggam erat jemariku.
“Abang, you are the one and only…”
“Nope…there will be someone else to look after you if I’m not around…”
“Siapa? And where you wanna go? Why you wanna leave me?” soalku bertalu.
“Yelah…nanti bila abang kena outstation ke…apa ke…” balasnya pantas. Kenapa Najah suka cakap macamni sekarang? Setiap kali dia berkata sedemikian, pasti jantungku berdegup lebih laju dari selalu.

“Tasha tak suka abang cakap macam tu, kalau pergi outstation pun Tasha nak ikut…Tasha berhenti kerja aje, ikut abang ke hulu ke hilir. Lagipun so far papa tak pernah suruh abang ke mana-mana kan? Kalau ke site pun tak selalu, biasanya Johan aje yang pergi…tak pun staff abang yang lain…” hujahku panjang.

“Yelah…abang kan PA papa…kena buat kerja pejabat aje. Dah macam kerani pulak rasa” ujarnya sambil tertawa. Terukir senyum dibibirku pabila Najah mula bergurau. Terbang rasa gundah bila mendengar Najah ketawa.
“Siapa suruh ambil IT dulu…kalau nak join mainstream…ambillah architecture ke, civil ke, ME ke… Sekarang menyesal pulak jadi kerani ya?” tambahku pula.
“Tak menyesallah… tak siapa pun menyesal kalau dapat wife lawa, baik hati macam Tasha ni. Kalau tidak…mungkin abang tak kenal Tasha, mungkin Tasha entah sangkut kat mamat mana agaknya…”
“Abang ingat Tasha ni kain ke, pakai sangkut segala…”

Terhambur ketawa Najah. Sukanya dia. Aku tersenyum melihat dia gembira begitu. Jelas kelihatan lesung pipitnya yang dalam. Mula bermain difikiranku, kalaulah aku dikurniakan anak perempuan, pasti dia secomel Najah. Hidung mancung, mata redup, ada lesung pipit…Hmmm…
“Berangan ke mana tu?” tanya Najah mematikan anganku.
“Tak beranganlah…”
“Dah tu macam orang naik kapal terbang aje…dah fly high abang tengok”
“Ehhh…yeke?”
“Ya sayang…Tasha fikirkan apa?” tanya Najah lagi.
“Fikirkan tentang Syahrun Najah Hanafi yang duduk sebelah I ni…macamana rupa anak-anak dia nanti…”

Dengan nada ceria, Najah riang menggambarkan bagaimana rupa anak-anak kami nanti.
“Tentulah handsome dan cantik macam mummy and daddy… kalau dah mummy dia lawa macam Nur Natasha Ameera yang kat sebelah I ni, mesti anak-anaknya cantik, comel, bijak, baik hati…”
“Ohh…macam tu ya…”
“Ya sayang… I will make sure that…”
“Amboi confident…”

Terlalu seronok berbual, tidak sedar kami sudah sampai di perkarangan rumah ummi di Jalan Sekuntum. Rumah semi-D dua tingkat ini tidak segah banglo keluarga Najah, namun disinilah aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Dan aku berkongsi segenap ruang yang dipenuhi rasa cinta dan kasih ini dengan Najah.

Ummi belum pulang dari politeknik ketika kami tiba. Aku turun dari kereta lalu membuka pintu pagar dan Najah memandu masuk ke dalam garaj. Sewaktu aku hendak menutup pintu, Kak Mala jiran sebelah rumahku datang menyapa.
“Pucatnya muka Tasha…tak sihat ke?” tanya Kak Mala.
“Saya baru baik sakit kak..” balasku
“Ohh… patut lama tak balik ke mari…”
“Kak Mala…kenalkan suami Tasha, Najah…”
“Macam kenallah…ada kakak tak?” tanya Kak Mala pada Najah. Pertama kali dia melihat kehadiran suamiku di siang hari. Selama ini Najah hanya bertandang pada waktu malam.
“Ada…Shafiyya Najlah…kenal ke?” giliran Najah pula bertanya.
“Kenal… satu sekolah dulu...IJ Convent. Kat sekolah dulu kawan-kawan panggil dia Jaja… …lepas habis SPM masing-masing bawak haluan sendiri, dengar-dengar Jaja dah ke US. How is she, berapa dah anak dia?”
“Along sihat, alhamdullilah…anak dia baru seorang, perempuan… Tak sangka pulak boleh jumpa schoolmate Along pulak kat sini. Datanglah ke rumah kalau senang Kak Mala…boleh borak dengan Jaja”
“Rumah lama tu lagi ke?”
“Ya kak…masih duduk situ lagi…”
“Dulu Jaja selalu ajak kami ke sana, main sampai tak ingat petang…lepas tu suruh driver hantar kami balik. Terasa macam anak raja…”
“Along memang macam tu kak, dia baik dengan semua orang…”

“Tasha diam-diam aje ya kahwin dengan anak Tan Sri Hanafi…kakak Najah ni kawan baik Kak Mala tau…” ulang Kak Mala padaku yang dari tadi hanya memerhati mereka berbual di tepi pagar.
“Majlis ringkas aje kak…kat UK dulu, tak sempat lagi nak buat majlis kat sini. Semua orang sibuk jadi kami ambil yang wajib aje dulu…” beritahu Najah.

Sayu hatiku mendengar ungkapan itu. Sehingga kini kami masih lagi belum bersanding. Tiada gambar memakai pakaian pengantin yang indah apatah lagi pelamin. Ketika kami bernikah dahulu, aku dan Najah memakai sepasang baju kurung dan baju melayu cekak musang warna putih. Itulah baju pengantin kami. Kata Najah, putih warna suci, warna yang dipakai bayi ketika lahir dan warna itulah juga yang akan membaluti tubuh manusia bila mati nanti.

Aku tiada bantahan. Tidak ada rasa terkilan kerana tidak dirai sebagai raja sehari. Kata-kata Najah sentiasa menyejukkan hati dan menjadi perangsang untukku. Menurut Najah dia tidak mahu digelar raja sehari, kerana baginya aku adalah Ratu untuk sepanjang usianya, bukan untuk sehari dua.

“Kalau buat resepsinya nanti, akak rasa mesti hebat…kalah penyanyi tersohor kita. Sama cantik, sama padan duduk bersanding atas pelamin…” ucap Kak Mala lagi.
“Insya Allah kalau ada rezeki…” balas Najah.

“Ummi kamu dah balik tu Tasha…” beritahu Kak Mala. Aku bangun dari dudukku lalu menjengah ke arah jalan di hadapan rumah. Kereta ummi yang aku pinjam selalu sudah berada di depan pagar.

Aku buka pagar luas-luas untuk ummi. Senang hati aku melihat ummi tersenyum dari dalam kereta. Ummi kelihatan sihat, aku panjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana memelihara ibuku disepanjang ketiadaanku. Aku memeluk ummi sebaik sahaja dia turun dari kereta. Aku cium kedua belah pipinya. Najah turut bersalaman dengan ummi dan mencium tangannya.
“Dah lama sampai ke?” tanya ummi pada kami berdua.
“Adalah setengah jam…” balas Najah
“Kenapa tak masuk…”
“Borak dengan Kak Mala, Mi…” terangku pula. Kami bertiga meminta diri dari Kak Mala yang sibuk mengangkat jemurannya. Aku dan ummi berpelukan masuk ke dalam rumah. Najah mengekori kami dari belakang.

“Kurusnya anak ummi ni… Najah pun nampak susut…” ujar ummi. Aku dan Najah saling bertukar pandangan. Memang beratku turun beberapa kilo sejak seminggu yang lalu.
“Ummi rasa kamu berdua ada rahsia ni…baik cakap…” teka ummi. Aku berlagak seperti tiada apa yang berlaku.
“Tasha sakit menyusahkan Najah tak?” tanya ummi pada Najah.
“Tak Mi… senang nak jaga dia. Tak mintak apa pun dia cuma nak manja aje…” usik Najah sambil menarik hidungku.
“Sakitlah bang…” rengekku. Najah meniup hidungku yang ditariknya tadi. Aku pejamkan mata! Kedengaran ummi ketawa.
“Macam budak-budak…” leter ummi. Aku dan Najah turut tertawa. Bukankah aku sudah berjanji untuk berkongsi kebahagiaan di rumah ini bersamanya, saat ini jua akan aku tunaikan.

“Ummi malam ni kita makan kat Baddee Seafood nak? Tasha teringin nak makan tomyam Awe Kelate tu…”
“Mengidam ke? Alhamdulillah dapat juga ummi timang cucu…”
“Ishh… mana ada…takde lah…”
“Sebab awak tak nak…pasal tu dia tak ada. Kalau awak nak, lama dah dia ada” tutur ummi perlahan. Aduh, kata-kata ummi itu rasanya seperti ditembak tepat pada jantungku.
“Insya-Allah ummi, tak lama lagi adalah kot, ummi doakanlah…Najah pun dah lama berangan nak timang anak. Nanti kalau dah tak larat baru dapat…takut tak puas membesarkan diorang” ucap Najah pula.
“Ishh…cakap macam orang dah umur 50 tahun pulak abang ni. Apanya tak larat nak jaga baby, kan kuat lagi ni…baru 30 something…” ujarku sambil mengangkat sebelah tangan Najah yang berotot itu.

“Tasha…ajak Najah ke bazar beli kuih, malas pulak ummi nak ke dapur. Malam nanti awak nak makan di luar kan? Jadi tak susah nak mengemas…”
“Jom bang, kita pergi bazar kat depan tu…ada jual kuih favorite abang…jalan kaki aje”
“Tasha boleh jalan kaki ke?” tanya Najah.
“Kenapa pulak tak boleh? Tasha dah tak reti jalan kaki lagi ke?” usik ummi. Sejak aku keguguran, aku hanya melepek di rumah. Belum renyah ke mana-mana pun, mungkin itu maksud Najah.
“Bolehlah bang…kan dah dekat dua minggu…dah okay dah…” beritahuku pula.
“Alah demam campak aje… bukannya baru lepas bersalin. Kalau orang dalam pantang tak boleh keluar rumah, nanti bentan…” pesan ummi. Takut aku mendengarnya. Tapi aku cuma keguguran, bukannya bersalin!

Najah menarik tanganku meminta aku berdiri. Dengan rasa malas aku berdiri jugak. Sengaja mahu bermanja dengannya dihadapan ummi. Dirangkulnya pinggangku dan membawa aku keluar.
“Ummi tolong…” jeritku manja
“Tak nak…padan muka” sakat ummi pula.
“Ummi cepat kunci pagar mi…jangan kasi Tasha masuk…” jerit Najah sebaik sahaja kami melangkah keluar. Aku ketawa riang. Petang-petang begini dapat berduaan bersama dengan Najah amat membahagiakan aku. Kalau disuruh jalan kaki mengeliling bandar ini aku juga sanggup, asalkan ada Najah bersamaku.
Part 19
“Tasha tak nak cakap dengan ummi ke pasal baby?” tanya Najah ketika kami sedang menyelusuri jalan menuju ke bazar.
“Taknaklah bang…lagipun Tasha rasa ummi tahu…baby pun dah takde. Next time kalau ada rezeki, kita announce satu Malaya…okay?” balas ku sambil memandang wajahnya. Najah menggenggam erat jemariku yang dipimpinnya sedari tadi.
“Lihatlah duniaaaa…” jerit Najah.
“Hishhh abang ni, ada pulak menjerit kat sini. Malu tau orang tengok…” marahku. Aku cubit pinggang Najah yang sedang galak tertawa. Orang ramai yang sedang memilih kuih di bazar itu memerhatikan kami. Najah tetap dengan wajah selambanya. Aku yang merah muka!
“Kalau abang tahu Tasha pregnant lagi…abang terus pegi MBJB…”
“Nak buat apa ke sana?”
“Apply lesenlah…”
“Lesen apa abang ni?”
“Lesen nak pasang billboard…abang nak letak billboard kat semua major junction kat JB, Pasir Gudang pun abang nak pasang jugak” kata Najah sambil ketawa lagi. Aku turut tergelak dengan ideanya yang mengarut itu. Najah…Najah…ada-ada saja.

“Sayang…semua kuih ni nampak sedap… beli semualah…” suruh Najah. Terbeliak mataku bila disuruh beli kesemua jenis kuih.
“Kuih talam keladi ni mama suka…” ucap Najah perlahan. Aku lihat mukanya. Anak matanya mengecil, aku tahu dia rindu pada mama.
“Bagi saya kuih ni semua kak…saya beli sekali dengan bekasnya”
Tercengang kakak yang menjual kuih talam itu. Najah mahu beli kuihnya, dengan bekas-bekasnya sekali.
“Kuih seri muka ni pun kak… karipap tu jugak, bungkus semua ya…” ucap Najah lagi. Aku tengok sekali lagi mukanya.
“Abang nak buat apa banyak-banyak ni?” soalku.
“Selalunya mama kalau beli kuih…kalau dia tak hantar ke masjid, mesti dia hantar kat rumah anak yatim. Nanti kita singgah kat Darul Hanan tu ya sayang…abang nak sedekah kuih ni semua untuk mama…”

Sekelumit benci pun tidak ada dalam hati lelaki di sebelahku ini. Mama sudah membuang kami dari hidupnya, tetapi anak lelakinya ini tetap menyanjung sang ibu. Kalau diturutkan hati aku yang meruntun ini, di sini juga aku menangis.
“Kalau awak nak hantar ke rumah anak yatim, kira akak sedekah ajelah bekas kuih ni…” beritahu kakak penjual kuih itu pula.
“Takpe kak, saya beli… lagipun akak berniaga, nanti kalau takde bekas baru susah pulak nak letak kuih…” balas Najah.
“Murah rezeki awak…” doa kakak itu lagi. Aku dan Najah pantas mengaminkannya.
“Tinggal sini sekejap boleh tak kak? Saya nak pergi ambil kereta kat rumah…” tanya Najah. Penjual kuih itu menggangguk memberi kebenaran.
“Sayang tunggu sini sekejap okay…abang balik ambil kereta. Naik jalan kaki naik bukit tu nanti sayang penat…sayang tak sihat lagi kan…” ujar Najah. Pasti aku termengah-mengah kalau disuruh mendaki Bukit Dahlia menuju ke Darul Hanan yang terletak betul-betul di atas bukit.

Najah pantas menghilang dibalik orang yang ramai. Mujur rumah ummi tidak berapa jauh dari bazar ini. Kakak penjual kuih ini pula dengan ramah mempelawa aku duduk.
“Baik hati suami adik…beruntung dapat suami macam tu…”
“Alhamdulillah kak…”
“Mama dia mana?”
“Ada kat JB… kat sini rumah mak saya…”
“Ohh… sejuk perut mak dia ada anak macam tu. Dekat depan mata pun ingat nak bersedekah untuk mak dia”

Najah rindukan mama. Dia nak balik untuk bertemu mama, tetapi dia bimbang melukai hatiku lagi. Aku tahu Najah buat semua ini untuk mama, agar hatinya lembut untuk menerima aku. Tidak lama kemudian kereta Najah berhenti di hadapan jalan. Aku meminta diri dari kakak penjual kuih. Dia yang baik hati turut menambah sejenis kuih lagi untuk disedekahkan pada anak-anak yatim.
Darul Hanan yang sepelaungan jauhnya itu kami jejaki untuk pertama kali. Najah memberi salam kepada penghuni rumah kebajikan itu. Seorang guru pengawas menyambut kedatangan kami. Najah menyerahkan bungkusan kuih muih yang dibelinya tadi. Aku pula menyampaikan kuih yang disedekahkan oleh kakak tadi.
“Saya sedekah ni bagi pihak mama saya kak, Tunku Helena Tunku Ariff…” sebut Najah ketika menyerah kuih-muih itu.
“Alhamdulillah…kebetulan sekarang ini waktu untuk anak-anak minum petang ni. Jemputlah sekali, minum bersama kami…” pelawa guru itu.
“Takpe kak, terima kasih…kami dah minum tadi, cuma nak sampaikan hajat mama aje…” ucap Najah penuh sopan. Sebelum kami pulang dia turut menyerahkan beberapa not warna ungu kepada guru itu. Aku hanya memerhati. Najah tetap Najah walau dia ke mana sekali pun.

“Nanti kita beli kuih lain ya sayang…” ucap Najah sebelum kami masuk ke dalam kereta. Aku renung tepat pada matanya yang sedang berair. Najah pantas masuk ke dalam kereta dan memakai kaca mata hitamnya.
Aku genggam erat jemari Najah. Aku tahu dia rindukan mama. Bibirnya membisu namun aku dapat baca apa yang bersarang di dadanya.
“Minggu depan kita jenguk mama ya bang…” pujuk ku. Najah masih lagi diam. Aku lihat airmatanya meleleh dari balik kaca mata hitamnya.
“Tasha temankan abang…Tasha tak kisahpun kalau kena halau dari rumah abang. Yang penting abang dapat jumpa mama. Dia tak benci abang…dan tak akan pernah benci abang, mama cuma tak suka Tasha aje…” ucapku sayu. Aku tidak sanggup melihat airmata itu. Terlalu berharga bagiku.
“Please abang…we gonna visit your mom next week, don’t cry baby… Tasha tak kisah bang, Tasha tak sanggup tengok abang macam ni…” ucapku lagi. Najah memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia menarik nafas panjang dan memandangku.
“Thanks sayang…thanks for being understanding…” kata Najah lalu mendakapku. Lapang hatiku melihat dia kembali ceria. Tiada kebahagiaan lain yang aku damba selain dari melihat orang yang aku kasihi tersenyum.

“Lamanya pergi beli kuih?” tanya ummi sewaktu kami keluar dari kereta. Belumpun sempat aku jawab, ummi sudah bertanya lagi.
“Bila masanya ambil kereta ni? Tadikan jalan kaki?”
“Masa Najah ambil kereta, ummi tengah solat…” terang Najah.

part 20
Aku bawa bungkusan plastik yang berisi kuih ke dapur. Kuih talam keladi dan cucur udang yang masih berasap itu aku alihkan ke piring. Siap membancuh seteko kopi, aku bawa hidangan itu ke wakaf di laman tepi, tempat aku dan ummi minum petang selalu.
“Tadi Tasha dengan Najah round bandar kejap mi, sebab tu lama…lepas tu banyak pulaklah kuih pening nak pilih. Ikutkan hati semua nak beli…tapi bila dikira orang kat rumah cuma tiga orang, Tasha beli kuih ini ajelah…” bohongku sambil menuang kopi ke dalam cawan. Takkan aku nak beritahu ummi yang Najah menangis rindukan mama!
“Lebih dari cukup ni Tasha, belum tentu habis…” ujar ummi pula.
“Ummi…” panggil Najah perlahan.
“Ya nak…” jawab ummi.
“Najah ingat nak buat kenduri sikitlah kat sini…kenduri doa selamat…” beritahu Najah. Seingat aku, tidak ada dalam perancangan kami untuk membuat kenduri.
“Doa selamat untuk apa?” soal ummi.
“Sejak balik ke mari, Najah belum buat apa-apa pun, wedding reception takde…apa pun tak buat. Kesian kat Tasha ke sana ke mari berduaan dengan Najah, takut dipandang serong oleh jiran-jiran” tambah Najah lagi. Terharu aku mendengarnya.
“Bila nak buat? Siapa aje kamu nak jemput?” tanya ummi lagi.
“Ahad ni sempat tak ummi? Nanti Najah call katering aje, jadi tak susah ummi nak masak, nak kemas… Tak usah jemput orang jauh, kenduri untuk jiran-jiran aje mi. Insya-Allah kalau panjang umur, kita buat lebih sikit” kata Najah lagi.
“Ummi tak ada halangan…ikut senang kamu berdua ajelah”
“Lepas tu kita jemput anak-anak yatim kat atas tu…doa anak-anak kecil lagi cepat sampai…” celahku pula. Najah mengangguk tanda setuju dengan pendapatku.
“Najah mintak maaf mi sebab tak buat majlis besar-besaran untuk Tasha…”
“Abang…Tasha tak kisahlah. Ummi pun tak kisahkan mi? Yang penting kita dah nikah…bersanding ke apa ke, nanti-nanti pun tak apa…”
“Mula-mula ummi memang terkilan. Tashalah satu-satunya anak yang ummi ada, kalau boleh biarlah perkahwinannya diraikan semua keluarga dan kenalan. Semua ibu berangan macam tu…nak tumbang lembu, kambing kalau mampu. Tapi tak apalah…yang penting bagi ummi kebahagiaan kamu berdua” jawab ummi.
“Tak sedap hati Najah mi…”
“Kamu jangan fikirlah, mulut orang kita memang tak daya nak tutup…apapun hidup perlu diteruskan…hati kena cekal, tabah…hidup berumahtangga ni banyak cabarannya” nasihat ummi. Aku dan Najah mengambil sepenuh perhatian atas nasihat yang ummi berikan.

Kemudian kami mula membincangkan tentang kenduri yang dijadualkan pada hari Ahad nanti. Ummi membahagikan tugas antara kami. Aku diberikan tugas untuk mengundang anak-anak dari Darul Hanan. Ummi pula akan mencari kanopi dan Najah sukarela mencari katerer. Di wakaf itu jugalah kami memulakan tugas. Masing-masing sibuk dengan telefon dan mula membuat panggilan.
Mujur ummi mempunyai teman yang menyediakan perkhidmatan menyewa kanopi. Najah pula mengenali katerer yang selalu dipanggil papa jika ada keraian. Semuanya siap dalam masa beberapa minit sahaja. Lepas Isyak nanti Najah akan menemani aku ke Darul Hanan untuk mengundang anak-anak disitu.

“Tasha ingat nak jemput papa…Kak Safi dengan abang Faisal, abang Jim… dan mama jugak…” ucapku setelah ummi ke dapur untuk menokok air di dalam teko yang kering.
“Jemputlah…” jawab Najah pendek.
“Tapi kalau mama tak datang, abang jangan sedih ya… yang penting kita tak membelakangkan dia. Bagi Tasha, kalau kak long dengan abang Jim yang datang pun tak apa…papa mungkin kena temankan mama kalau mama tak nak datang…”
“Tengok Tasha senyum…pasti abang tak sedih…” balas Najah.
“Tapi macamana Tasha nak senyum kalau muka abang macam jeruk?” gurauku. Najah tersenyum.
“Kan Tasha suka jeruk…sedapkan jeruk?” usik Najah pula.
“Jerut betik sedaplah…tapi kalau muka hubby Tasha macam jeruk tu yang tak sedap” balasku.
“Habis tu yang macamana sedap?” soal Najah nakal. Aku tersenyum. Pantang dimulakan, ada sahaja ideanya yang menyimpang.
“Malas nak jawab…nanti abang misinterpret” jawabku sambil ketawa. Meleret senyum diwajahnya. Lapang sungguh hatiku.

Difikiran, aku mula menghitung bilakah waktu yang sesuai untuk menjemput papa dan mama. Kalau boleh aku ingin mengundang mereka sendiri tanpa melalui Kak Safi. Tentu Najah gembira bila melihat kehadiran keluarganya nanti. Mungkin dia akan lebih gembira jika mama sudi hadir sama. Ya Allah ya Tuhanku, kau lembutkanlah hati mama…doaku dalam hati.
Waktu menginjak ke senja. Langit mula kelam saat mega merah meliputi kelompok awan yang putih. Najah mengajak kami untuk bersembahyang di masjid. Katanya dia ingin menjemput sekali jemaah masjid ke kenduri kami nanti. Aku ikutkan sahaja kehendaknya. Apa yang terbaik untuknya, tentu ianya juga terbaik untukku.

Ketika Najah mandi, senyap-senyap aku menghubungi Kak Safi dan meminta nombor telefon papa darinya. Aku mahu papa menjadi orang pertama yang kami undang.
“Assalammualaikum papa…Tasha ni…”
“Waalaikumsalam…Natasha sihat? Kat mana ni?” tanya papa.
“Sihat alhamdulillah…Tasha dengan Najah ada kat rumah ummi. Pa, Tasha ada hajat…” mulaku perlahan. Suaraku mendatar, takut, seram, risau semuanya ada.
“Apa dia Tasha, cakaplah…kalau boleh papa bantu…” balas papa mesra.
“Najah nak buat kenduri doa selamat hari Ahad ni, kat sini… jadi kami nak jemput papa dan mama. Tasha nak call mama sendiri tapi takut mama tak sudi cakap dengan Tasha, jadi Tasha nak mintak tolong papa sampaikan hajat Najah ni pada mama…” beritahuku.
“Insya Allah nanti papa sampaikan…Kami berdua aje ke?”
“Tak…Kak Safi dengan abang Jim nanti Tasha call…Tasha bagitahu papa dulu…”
“Oohhh… kalau macamtu baguslah. Nanti papa pujuk mama kamu…”
“Please pa…I am doing this for Najah…”
“Insya Allah papa akan usahakan, Tasha jangan susah hati ya…Tasha jaga Najah elok-elok, kalau perlu bantuan call papa cepat”
“Thanks pa…” ucapku ikhlas.
“Ni nak buat kenduri semuanya dah sedia ke?” tanya papa ingin membantu.
“Dah papa…kami dah bahagikan tugas, Insya Allah semuanya okay…”
“Kalau nak papa tolong, jangan segan-segan…cakap aje ya…”
“Terima kasih papa, kalau perlu apa-apa nanti, Tasha beritahu…”

Saat ini, aku rasa bagaikan ingin berlari di pantai. Atau ingin terbang seperti burung. Bercakap dengan papa, mengubati rinduku pada ayah yang tak pernah aku jumpa. Aku terasa begitu dekat sekali dengan papa. Kalaulah mama boleh menerima aku seperti papa, alangkah bahagianya hidupku. Tapi aku harus realistik, dalam hidup ini tak semuanya akan menjadi milik kita…tak semuanya yang kita inginkan akan menjadi hak kita. Namun begitu aku tetap bersyukur
Bangun dari lena, Najah sudah tiada di sebelahku. Tingkap bilik juga sudah terbuka. Terdengar suara orang sedang ketawa di tepi rumah. Siapalah yang pagi-pagi buta dah buat bising ni.
Aku jengah dari tingkap, rupanya ummi dan Najah sedang bergotong royong mengalihkan pasu-pasu bunga yang sebesar tempayan. Kasihannya Najah, dia tidak pernah didera sebegitu.
“Ummi…janganlah dera hubby Tasha mi…” teriakku dari tingkap bilik.
“Mana ada dera…mintak tolong aje ni” balas ummi sambil ketawa. Najah melambaikan tangannya padaku, meminta aku segera turun. Najah kelihatan seronok membantu ummi berkebun. Tanpa berlengah, aku turun ke bawah menyertai mereka di laman tepi.
“Dah mandi belum?” tanya ummi. Aku geleng kepala. Lepas solat subuh tadi, aku sambung tidur semula. Mengantuk sungguh mataku. Penat malam tadi bertandang ke rumah jiran menjemput mereka ke kenduri kami esok.
“Kenapa alihkan pasu ni semua? Kan dah elok ummi susun aritu…” tanyaku pada ummi.
“Petang nanti orang nak pasang kanopi, takut ganggu lalu lintas orang nak buat kerja…nanti kalau lapang kan senang nak lalu…” terang ummi.
“Abang hauslah sayang…buatkan abang air sejuk. Kalau ada Coke lagi baik…” pinta Najah.
“Ishh…pepagi dah mintak Coke. Abang ingat fridge kat rumah ni 7-11 ke? Ummi mana minum Coke…Tasha buatkan Sunquick aje ya? Boleh?” tanyaku. Najah mengangguk. Kasihan dia, kepenatan didera ummi. Aku bergegas ke dapur dan menyediakan minuman untuk ummi dan Najah.

Part 21
Jam baru 6.30 pagi, bandar ini telah mula terang bagai siang. Ummi dan Najah berkejar dengan waktu, mereka mahu siap berkemas sebelum matahari memancarkan sinarnya yang terik. Sungguhpun deretan heliconia dan pepohon pisang bukit memagari dan menapis cahaya, namun sejak akhir-akhir ini bahangnya agak melampau.
“Siang nanti kita ke pasar, beli apa yang patut…” beritahu ummi.
“Kan dah ada katerer mi…kenapa nak ke pasar lagi?” soalku pula.
“Ummi ingat nak buat sejenis dua kek atau kuih…”
“Takpe sayang…ummi nak buat tu…biarlah…” bela Najah.
“Tasha tak mahu susahkan ummi…” terangku
“Tak ada susahnya Tasha…sekali sekala sibuk macam ni, meriah jugak” balas ummi. Aku tahu sangat ummiku, dia memang suka memasak. Sungguhpun sudah menempah katerer, dia tetap mahu sesuatu dari hasil air tangannya untuk santapan tetamu.

Seharian ini kami bertiga terlalu sibuk. Tengahari selepas pulang dari pasar, pakcik Taufik datang untuk memasang kanopi yang ummi sewa. Meriah di perkarangan rumah kami bagai ada kenduri kendara. Aku sibuk di dapur membantu ummi menyediakan apa yang perlu. Bila menjelang petang, kami dikejutkan dengan kunjungan papa dan mama. Namun mama tidak turun dari kereta, hanya papa sahaja yang datang menjengah. Itu sudah cukup bererti bagiku.
“Papa datang sekejap aje ni, saja nak meninjau kalau-kalau Tasha dan Najah perlukan bantuan…” beritahu papa. Aku sungguh terharu.
“Esok papa datang tak?” tanya Najah.
“Datang Insya-Allah…Haji Hamid kata awak order dengan dia, mesti ada beryani kambing favorite papa kan?”
“Mestilah ada…Najah order special untuk papa…”
Sesekali aku mencuri pandang pada mama yang diam di dalam kereta. Hibanya hati kerana dia tidak sudi memandangku.
“Abang…jumpa mama sekejap jom…”pujukku. Najah diam.
“Pergilah Najah…jangan sama-sama keras hati…mengalahlah salah seorang. Dia mama awak, jadi awaklah yang mengalah…” tambah papa. Aku menarik tangan Najah untuk ke kereta.

“Bukalah pintu…cakap dengan mama…Tasha tunggu abang kat sini…” ucapku. Aku tahu mama tidak sekejam mana.
“Mama…ampunkan Najah ma…” tutur Najah saat pintu kereta dibuka. Airmataku mengalir dengan mudah. Najah melutut di hadapan mama. Aku bertambah pilu.
“Ma…ampunkan Najah…kalau Najah mati esok, Najah tak dapat keampunan dari mama…Najah tak dapat jumpa mama di syurga nanti…” rayu Najah sambil menangis. Aku lihat mama turut mengalirkan airmatanya namun dia tetap tidak bersuara.
“Mama….” Panggil Najah lagi tetapi mama tetap diam. Aku benar-benar kasihan melihat Najah.
“Mama…please ma, cakaplah dengan Najah ma…” rayu Najah lagi. Sehingga papa kembali ke kereta mama tetap berkeadaan begitu. Tidak bersuara, hanya airmatanya sahaja yang mengalir.

“Abang…dah bang…mungkin mama penat…” pujukku pula. Aku memeluk Najah yang masih melutut dihadapan mama. T-shirt merah yang dipakainya telah basah dengan titisan airmatanya yang jatuh di dada.
“Tasha…bawak Najah masuk…panas kat luar ni, nanti sakit pulak” suruh papa.
“Esok papa dan mama jangan lupa datang ya…” pesanku pula.
“Insya-Allah papa akan datang…awak jaga Najah baik-baik. Helen…kita nak balik dah ni, budak-budak ni nak bersalam dengan awak…” giliran papa pula memujuk mama.
“Helen… Najah ni anak kesayangan awak, awak dah tak kenal ke? Lupa betapa payahnya awak melahirkan dia dulu? Tak ingat macamana susahnya hati kita bila dia sakit?” ucap papa perlahan. Airmata mama masih lagi mengalir laju. Dadanya berombak.
“Helen…” panggil papa lagi. Kali ini mama memberikan responnya. Dia menghulurkan tangannya pada kami. Najah mengambil kesempatan itu dengan mencium tangan mama dan memeluknya puas-puas. Biarpun mama tidak sudi menerima ciuman dari aku, aku redha. Yang penting Najah, zuriatnya…warisnya…
“Abang…Tasha yakin…satu hari nanti mama akan terima kita semula… Tasha yakin bang…”
Aku pandang wajah Najah dengan penuh kasih. Aku sapu airmatanya sebagaimana dia menyapu airmataku setiap kali aku menangis. Aku peluk dia sebagaimana dia mententeramkan aku dikala aku dilanda hiba.
Najah terus ke dalam rumah dan dia tidak keluar-keluar lagi selepas itu. Aku biarkan dia sendiri, mungkin dia perlu waktu untuk merawat hatinya yang sedih. Aku terus ke dapur untuk membantu ummi.
“Macamana Najah?” tanya ummi.
“Dia sedih mi…ada dalam bilik…”
“Tak temankan dia?” tanya ummi lagi.
“Dia perlu waktu mi…biarlah dulu…”
“Dulu lagi ummi dah pesan Tasha…kita ni tak sepadan dengan mereka. Sekarang ni kamu tengok apa jadi…kesian Najah…” ujar ummi. Suaranya berat. Tentu ummi juga sedih melihat Najah.
“Kita doa mi…semoga mama Najah berubah. Cukuplah kalau dia terima Najah…tak terima Tasha pun tak apa…” balasku sayu.
“Tasha sanggup?”
“Apa sahaja untuk Najah mi…”
“Baguslah kalau macam tu tapi ummi tetap berharap agar mama Najah dapat terima kamu berdua…”

Part 22
Jika Najah sedang sedih, akulah yang harus menggembirakan hatinya. Aku tidak mahu dia berlarutan dilanda kesedihan. Aku tidak berkesempatan untuk menjengah Najah di bilik. Terlalu sibuk membantu ummi membuat cup-cake untuk berkat tetamu esok. Sedar-sedar langit sudah gelap, azan Maghrib mula berkumandang dari masjid.
Aku tolak pintu bilik, sejuk betul bilikku ini. Aku lihat Najah sedang lena di katil. Dia tidur seperti anak kecil, tidak berselimut.
“Abang…bangun bang dah maghrib…” aku mengejut Najah sambil menutup tingkap bilik.
“Abanggg… bangunlah…” ucapku lagi. Najah tidak menyahut panggilanku. Aku naik ke atas katil lalu duduk di sebelahnya. Aku pegang pipinya. Terkejut aku! Pipinya begitu panas sekali, sedangkan penghawa dingin di bilik dipasang dengan kuat. Aku pegang dahi dan tangannya, malah seluruh tubuhnya terasa bagai bahang api.
“Abang…abang demam ke? Panasnya badan abang ni…Abang bangunlah…” ucapku lagi. Najah masih lagi tidak sedar, aku sudah mula cemas. Aku goyangkan badannya beberapa kali. Namun dia masih belum sedar dari lenanya.
“Abang… bangun abang…” ucapku sambil menepuk perlahan bahunya. Najah tidak memberikan sebarang respon. Aku bertambah cemas.
“Ummi…” jeritku dengan kuat.
“Ummiiiiiiiiii…tolong Tasha mi…Ummiiii…” jeritku beberapa kali. Aku menangis sambil meriba Najah yang tidak sedarkan diri. Ummi terkejut melihat aku menangis dan Najah diribaku.
“Kenapa ni Tasha…kenapa menjerit? Kenapa?” tanya ummi.
“Najah mi…Najah…”
Airmataku mengalir laju. Aku hilang akal. Ummi duduk di tepi katil dan memegang dahi Najah.
“Ya Allah panasnya badan budak ni… Tasha jangan panik, ummi telefon ambulans sekarang…” beritahu ummi padaku. Apa dah jadi pada suamiku?

Aku gunakan telefon Najah untuk menelefon papa. Aku tidak tahu siapa yang harus aku hubungi ketika ini kecuali papa. Tidak ada orang lain difikiranku.
“Papa…” ucapku sambil menangis.
“Kenapa Tasha menangis ni? Kenapa nak?”
“Najah pa…”
“Kenapa dengan Najah?”
“Najah pengsan…badan dia panas…”
“Bawak dia ke hospital sekarang Tasha…Nanti papa call abang Faisal”
“Ummi dah call ambulans pa…”
“Nanti papa datang, Tasha sabar ya nak…Najah tak apa-apa tu…letih agaknya dia…”
Kenapa Najah macam ni? Dia tidak pernah jatuh sakit selama aku mengenalinya. Demam pun jarang, Najah cukup menjaga kesihatannya. Adakah kerana dia terlalu memikirkan masalah kami dengan mama sehingga menjadikannya stress lalu pengsan? Arghh…aku bukan doktor! Aku tak mahu fikir. Aku takut!

Ambulans datang tidak sampai sepuluh minit kemudian. Najah diberi bantuan pernafasan dan dibawa turun ke bawah. Aku dan ummi turut sama menaiki ambulans ke hospital. Di dalam ambulans Najah mula memberi reaksi. Dia membuka matanya tetapi dipejamkannya semula. Jari jemarinya aku genggam erat.
“Tasha….” Panggil Najah. Matanya masih lagi terpejam.
“Ya bang…Tasha kat sini” jawabku bersulam esakan. Najah membalas genggamanku. Sepertinya dia ingin menyatakan yang dia sedang memerlukan pertolongan dariku.
Apabila kami sampai di hospital, sepasukan perubatan telah sedia menanti di ER. Najah di bawa masuk dan aku dihalang untuk menemaninya. Aku duduk di deretan bangku biru bersama ummi.
Papa dan Abang Faisal tiba tidak lama kemudian. Papa datang ke tempat aku dan ummi menunggu manakala abang Faisal terus masuk ke dalam bilik kecemasan itu.
“Najah tak ada cakap apa-apa ke pada Tasha?” tanya papa.
“Cakap apa pa?”
“Dia demam ke…apa ke? Takde?” tanya papa lagi. Aku geleng kepala. Dari pagi tadi Najah elok aje. Berkebun dan mengemas laman bersama ummi, aku pula menjadi mandurnya. Tengahari kami bertiga ke pasar dan petang Najah turut turun padang membantu pekerja Pakcik Taufik memasang kanopi. Najah sihat aje.
“Lepas papa balik…Najah terus naik ke bilik…sampailah Tasha kejutkan dia untuk solat tadi…” beritahuku sambil teresak-esak.
“Hmmm…” keluh papa sambil melepaskan nafas. Panjang dan dalam keluhannya.
“Tasha jangan risau ya, Insya-Allah Najah tak apa-apa…” pujuk papa.
“Najah selalu ke pengsan-pengsan macam ni Tan Sri?” soal ummi.
“Seingat saya tidak pula Min…Usah risaulah ya, saya rasa Najah tertekan aje tu. Kita doakan dia tak ada apa-apa…” beritahu papa lagi. Kemudian papa bangun meninggalkan aku dan ummi. Dia membuat panggilan telefon dan bercakap jauh dari kami. Aku lihat papa sesekali meraup mukanya dan kemudian dia memegang kepalanya. Masakan tiada sesuatu yang serius sehingga papa menjauhkan dirinya dari kami?

Part 23
Sejam menunggu kami dibenarkan menemui Najah. Dia telah sedar namun masih lemah. Hanya ada abang Faisal di situ, tiada doktor lain yang boleh aku tanya tentang keadaan Najah.
“Don’t cry sayang… abang okay…” ucap Najah lemah. Aku menangis lagi.
“Najah tak ada apa-apa, jangan risau Tasha…dia keletihan aje…” beritahu abang Faisal.
“Ummi mintak maaf Najah, kalau kerana Najah tolong ummi berkemas tadi buat Najah jatuh sakit” ujar ummi pula.
“Tak mi…tak, bukan pasal tu…tolong ummi sikit aje…” balas Najah.
“Fai…aku nak discharge malam ni boleh?” tanya Najah pada abang Faisal.
“Mana boleh…”
“Please… esok aku ada kenduri…” rayu Najah.
“Kenduri tu kita boleh cancel bang” celahku pula.
“Tolonglah Fai…” rayu Najah lagi.
“Malam ni tak bolehlah, kau ni degillah. Esok pagi maybe boleh consider…”
“Tak kisahlah…aku tak mahu batalkan kenduri esok, aku dan janji…”
Mahu tak mahu abang Faisal terpaksa menurut kemahuan Najah. Menurut kata abang Faisal, kondisi Najah tidak membimbangkan namun dia perlu dirawat dalam sehari dua untuk memastikan yang benar-benar sihat. Lega aku mendengarnya. Malam ini aku tidur di hospital untuk menemani Najah. Kasihan ummi pulang sendirian, jika boleh aku belah dua badan ku ini, akan aku berikan sebahagiannya untuk menemani ummi.
Jam 3 petang Najah dibenarkan keluar dari hospital. Menurut kata doktor yang merawatnya Najah hanya keletihan dan stress. Aku cukup lega mendengar penjelasan dari doktor. Setibanya kami di rumah, papa, abang Jim, kak Safi dan abang Faisal sudah sampai.
Wajah riang mereka menyambut kepulangan kami. Sarah dan tunangnya juga ada begitu juga dengan Johan dan beberapa teman lama Najah yang tidak aku kenali. Memandangkan kenduri doa selamat diadakan selepas solat Asar, masing-masing segak dan cantik berbaju melayu dan kurung.
“Buat susah kepala otak aku jek bila aku dapat tau kau masuk hospital. Ingat serius sangat…” usik Johan yang memang terkenal dengan mulutnya yang tidak bertapis.
“Sihat ni haaa…” tambah Johan lagi sambil menepuk-nepuk belakang Najah beberapa kali. Aku membiarkan Najah berbual-bual dengan tetamunya. Hari ini aku bangga, kerana diperkenalkan sebagai isterinya. Setahun aku menanti saat ini hadir dalam hidupku.
“Pandai kau simpan rahsia ya Najah…aku ingat bujang lagi…” usik salah seorang kawan Najah.
“Itulah…aku yang satu office langsung tak tahu. Pandai betul si Tasha dengan Najah ni berlakon. Boleh dapat award” tambah Johan lagi. Petes mulutnya berbual macam mesin pop-corn.
“Mari semua kita ke masjid dulu, dah nak masuk waktu ni…lepas solat kita ke mari semula untuk kenduri dan bertahlil” pelawa papa. Dia mendahului tetamu kami yang lain. Abang Jim dan abang Faisal mengekori papa dari belakang. Najah dan teman-temannya turut menyusur mereka.

Aku masuk ke dalam rumah, tercari-cari kelibat mama. Manalah tahu kalau dia sudi datang ke majlis yang sederhana ini. Hampa, mama tidak ada. Aku duduk di sebelah kak Safi yang sedang melayan kerenah anaknya.
“Mama tak datang ke kak?”
“Tak… dia kirim salam aje, katanya tak sedap badan…” balas Kak Safi.
“Waalaikumsalam…”
Sudi juga mama hendak berkirim salam dengan kami. Bilalah agaknya mama akan menerimaku? Atau ia sekadar mimpi dan angan-angan kosongku? Aku yakin bahawa kesabaranku ini akan berbalas jua nanti.

Part 24
Apabila jemaah masjid mula ramai di rumah, tetamu wanita beralih ke kanopi diluar. Ummi sibuk melayani teman dan pelajarnya. Aku pula ke hulu ke hilir memastikan semuanya cukup. Mujur ada Sarah yang sentiasa ringan tulang menghulurkan bantuan.
“Bila nak bersanding?” bisik Sarah ditelingaku.
“Dah basilah…” selorohku.
“Mana ada basi… kau dan Najahkan nampak macam pengantin baru jek” usik Sarah. Aku tersenyum. Kenyataannya aku dan Najah bukan lagi pengantin baru.
Aku dan Sarah sibuk membantu katerer mengelap pinggan dan gelas. Kemudian kami susun di atas meja. Kata Najah, papa tidak suka ala-buffet jadi kami ikut cara lama, makan berhidang. Terasa seperti kembali ke zaman remajaku ketika pulang ke kampung. Jika ada majlis kenduri kahwin, aku akan dibawa mak long untuk merewang di rumah orang kahwin. Menyusun pinggan, memberi tetamu telur pindang dan macam-macam lagi.
Saat aku sibuk memastikan semuanya ada, aku terlihat sebuah kereta Honda warna hitam di seberang jalan. Ada seorang wanita di tempat duduk belakang. Aku tinjau dari balik pepohon heliconia. Cermin tingkap di buka, jelas kelihatan wajah wanita itu. Aku kuatkan semangat untuk bertemu dengannya dan menjemputnya masuk.
“Mama…jemputlah masuk…” pelawaku ikhlas.
“Najah mana?” tanya mama dengan nada tegas.
“Tengah tahlil ma…masuklah dulu…”
“Tak apa, aku datang ni Cuma nak tahu keadaan Najah…”
“Dia sihat ma… Mama tunggu sekejap…Tasha panggil dia…”
“Tak usah…aku pun dah nak balik ni… Kau jaga anak aku elok-elok… Pak Karim…jalan…”
Tanpa sempat aku mengucapkan selamat jalan, kereta itu menderu laju. Aku semat pesan mama dalam hati. Akan aku jaga anak kesayangannya dengan seluruh kasih sayang dan cinta yang aku miliki.

“Tasha jumpa siapa tadi?” tanya ummi ketika aku masuk ke perkarangan rumah.
“Orang bertanya jalan ma… Dia nak ke Pasir Putih…” bohongku. Aku tidak mahu ummi berkecil hati kerana besannya tidak sudi singgah. Ampunkan Tasha mi!
“Dah siap semuanya? Orang kenduri dah siap tu…” tanya ummi.
“Semua settle…tinggal baca doa makan aje…lepas tu boleh ngap” gurauku.
Tidak lama kemudian Najah muncul di laman, mendahului para tetamunya. Aku terus mendapatkannya.
“Abang…ada orang kirim salam…” ucapku ceria.
“Siapa?”
“Mama…”
“Mama??”
“Yupp…your mother my darling…” tambahku lagi.
“Mana mama?” tanya Najah sambil tercari-cari kelibat mama.
“Dah balik bang…mama demam… dia kirim salam pada abang dan suruh Tasha jaga abang baik-baik…” beritahuku. Najah tersenyum mendengar kata-kataku. Dia mendakapku. Hatinya lapang, wajahnya kembali merah…darah mama yang mengalir dalam tubuhnya tidak lagi membeku seperti dulu.
“Alhamdulillah…” ucapnya dengan penuh syukur.

“Najah…Tasha… tetamu awak dah sampai ni…” teriak papa dari hadapan. Najah menarik tanganku menuju ke depan rumah. Kelihatan anak-anak yatim yang Najah undang turun dari bas. Papa dan abang Jim bersemangat menyambut kedatangan mereka. Najah tersenyum puas. Niatnya sudah terlaksana. Aku juga bisa tersenyum melihat keceriaan anak-anak yang datang. Moga doa-doa dari mereka akan mempercepatkan lagi hajat kami dikabulkan Allah.
Bau mee kari yang aku masak menusuk ke hidung membuatkan aku terasa lapar. Hidangan utama untuk santapan malam kami bersama dengan tetamu yang Najah undang. Katanya seorang sahabat lamanya marah-marah kerana tidak di jemput ke kenduri kami semalam. Hari ini dia mengundang sahabatnya itu untuk makan malam di rumah kami. Najah kata seorang lagi tetamu merupakan saudara rapatnya. Terpaksa aku batalkan janji untuk bertemu dengan Abang Harriz, mujur dia tidak kisah. Aku menyiapkan meja makan dan menyusun hidangan dengan teratur.

“Tasha dah siapke? Guests kita dah sampai sayang…” jerit Najah dari ruang tengah. Aku tahu tetamunya sudah tiba, malah loceng pintu itu cukup kuat untuk mengejutkan kami ditengah malam buta.
“Amboi sedap bau Najah…masak apa kau?”
“Bukan aku yang masaklah…wife aku masak”
“Jim sejak bila adik kau ni kahwin? Tak jemput aku pun?”
“Dia kahwin lari kat UK Man, aku pun tak tahu…”
“Wah, Kira kau lagi brutal dari Jim ni. Terer kau Najah…abang kau pun tak berani nak kahwin lari dengan Lisa”
“Anak bongsu biasanya memang brutal Man…”
“Dahlah tu, cukup-cukuplah nak mengata aku. Yang penting aku happy sekarang. Sayang dah siap belum? Anak jin dua orang ni dah lapar…”
Riuh sungguh Najah bersama tetamunya. Ini kali pertama kami menerima kunjungan tetamu. Aku beransur ke ruang tamu untuk menjemput Najah dan tetamunya makan.
“Abang…dinner dah ready” ucapku.
“Okay…thanks sayang. Kenalkan ini orang jauh Dr. Hazman Harriz, best friend abang dengan abang Jim. Dia ada seminar di Singapore itu yang abang jemput dia ke mari…” terang Najah.
“Tasha?” abang Hariz terkejut melihat aku. Aduh! Di rumahku rupanya dia bertemu janji. Dengan Najah!

“Kau kenal Tasha ni Man?” soal Abang Jim.
“Dia sepupu Tasha bang…” jawabku pula.
“Laa…sepupu, abang ingat kekasih lama. Dia punya terkejut macam nampak buah hati dia kena kebas orang” tambah Najah pulak.
“Mana tak terkejut, Natasha Ameera anak Mak Su aku tu belum kahwin. Tup-tup muncul kat dalam rumah kau ni Najah mana taknya aku tak terkejut” balas Abang Hariz. Aku dapat membaca apa yang ada di dalam hatinya.
“Kan aku dah cakap tadi Man…Najah kahwin sindiket…aku pun tak tahu” usik Abang Jim lagi. Kami berempat ketawa. Aku dan Najah langsung tidak berkecil hati dengan usikan Abang Jim itu.

Aku melihat Najah begitu gembira dengan kehadiran abangnya dan abang Hariz sepupuku. Mereka bertiga menikmati hidangan mee kari yang aku masak dengan begitu berselera. Berkali-kali mereka menambah. Sesekali pandangan mataku dengan Abang Hariz bertembung, aku merasakan ada rasa kecewa yang tersarang dihatinya.
“Pandai Tasha masak…belajar dari siapa masak mee kari ni?” tanya abang Jim.
“Dari Mak Long, mak Abang Hariz”
“Patutpun kau tambah banyak kali Man…resepi mak kau rupanya” usik Najah.
“Bila masa sayang belajar masak dengan Mak Long?”
“Dah lama dah…sebelum Tasha kenal abang”
“Dulu bila tiba cuti sekolah, Tasha selalu kena eksport ke rumah aku”
“Ummi pergi mana sayang?”
“Bukan selalulah…bila time ummi kena pergi kursus aje tapi selalunya Mak Long yang kidnap Tasha bang…” jawabku pula.
“Tasha masa kecil comel Najah…kau kalau nak tengok gambar dia, berlambak kat rumah mak aku di Muar”
“Cuti nanti kita balik kampung ya sayang…abang nak ambik semua gambar sayang yang ada kat rumah Man sebelum Man mandrem…”
“Hahahha…aku tak mainlah mandrem-mandrem ni Najah, kalau aku nak dulu lagi aku dah ngurat Tasha ni…”
“Engkau aje yang nak…tapi Tasha tak nak kan?” sampuk Abang Jim pula.
“Pandai kau Jim…”
“Dahlah tu…kenapa Tasha pulak jadi topik malam ni. Tukar topik lainlah…”pintaku pula. Najah yang duduk di sebelahku menggenggam erat tanganku.
“Yelah…kenapa wife aku pulak jadi topik malam ni. Tukarlah… Sayang buatkan abang kopi panas ya. Jim dia suka nescafe O takde gula, Man pulak bagi dia teh O. Lepas siap buatkan air sayang join kami borak ya. Pinggan mangkuk tu nanti abang tolong basuhkan”
Mereka bertiga sudah berpindah ke ruang tamu. Masih lagi riuh walaupun sedang menontong siaran langsung perlumbaan F1. Aku menghidangkan air kegemaran masing-masing di meja kopi. Najah meminta aku untuk duduk di hadapannya, dia tetap dengan kegemarannya yang satu bermain dengan rambutku biarpun dihadapan tetamunya.
“Kau dengan Lisa macamana Jim?” soal Najah
“Entahlah…aku pun tak pasti. Mama tu terlalu berkeras. Mak ayah Lisa pulak dah sibuk suruh Lisa cari orang lain. Dah dekat 34 tahun, orang tua dia dah mula risau”
“Pujuklah mama kau Jim sampai lembut hatinya”
“Bukannya tak pujuk Man, sampai aku merajuk memujuk mama aku tu. Kau tengok aje Najah ni, buah hati kesayangan dia pun dia tak makan pujuk”
“Aku yakin Jim, satu hari nanti mama akan berlembut jugak…aku yakin”
“Tapi tak tahu bila bro…only time will tell…”
“Kesian Tasha, dia yang menerima akibatnya sampai keguguran…”
“Bukan salah mama bang, abang jangan cakap macam tu. Belum rezeki kita untuk ada anak bang…” bantahku dengan lembut.
“Tasha keguguran? Mak Su tahu?”
“Tak…abang jangan bagi tahu ummi ya. Tasha tak mahu ummi susah hati”

Jam sudah berinjak ke angka dua belas, mataku mula layu namun Najah, Abang Jim dan Abang Hariz masih lagi rancak berbual. Aku tidak sanggup untuk terus berbual bersama mereka. Aku meminta izin dari Najah untuk masuk ke bilik terlebih dahulu.

Part 25
Kebetulan hari ini cuti lagi, cuti Hari Wesak. Papa mengajak aku dan Najah ke rumah. Kata papa, mama tak ada…subuh-subuh lagi papa sudah menghantar mama ke Changi Airport untuk terbang ke Eropah dengan Datin Kalsom dan beberapa temannya yang lain.
Siap berkemas aku dan Najah bergerak ke rumah papa. Aku datang kali ini tanpa rasa takut dan gementar tidak seperti pada kunjungan ku yang pertama dahulu. Kini aku mula selesa di rumah besar ini. Mungkin kerana ketiadaan mama, tiada siapa yang tidak menyukai aku dirumah ini kecuali mama.

Aku, papa dan kak Safi bergotong royong menyediakan makanan tengahari. Papa menunjukkan bakat memasaknya kepada kami. Aku dan kak Safi hanya memotong bahan-bahan yang perlu mengikut arahan dari papa. Siap membantu papa aku ke luar mencari Najah. Dia leka bermain dengan Fifi di kolam renang.
“Sayang…abang hauslah…ambilkan abang air…” pinta Najah.
“Abang ni…Tasha baru nak duduk…”
“Alah pleaselah sayang…kering tekak abang ni jeritkan si Fifi ni…”
Tanpa merungut aku bangun semula dari kerusi dan masuk ke dalam. Namun langkahku terhenti ketika aku menghampiri ruang dapur.

“Pa…Safi suka tengok Najah happy sekarang, walaupun mama belum dapat terima Tasha tapi mereka bahagia. Najah seperti lupa tentang penyakitnya. Malah abang Faisal pun ada cakap, keadaan Najah bertambah baik dan tumornya sudah mula mengecut”
“Alhamdulillah…itu yang papa nak dengar. Najah bukannya boleh risau papa khuatir sakitnya datang. Cuma mama kamu yang berdegil, ikutkan sangat rasa hati sampaikan tak ingat yang Najah tu sebenarnya sakit. Papa turutkan semua kehendak Najah bukan kerana papa terlalu manjakan Najah, tapi bila doktor sahkan yang hayatnya mungkin tak panjang papa berusaha untuk memenuhi semua kehendaknya”
“Yelah pa…Safi Cuma ada dua adik, kalau Najah takde tinggal Jim sorang. Jim pun ada bunga-bunga nak merajuk lagi. Nasib baik Najah tu lebih nekad dari Jim kalau tidak entahlah…”
“Kerana itulah papa izinkan Najah nikah di UK dulu. Sengaja papa tak beritahu dia, kononnya uncle Aqil yang aturkan kesemuanya tetapi sebenarnya uncle Aqil dah berpakat dengan papa terlebih dahulu. Tasha itu bukan orang lain dengan kita, perniagaan yang papa usahakan ini merupakan hasil kongsi papa, uncle Aqil dan arwah ayah Tasha. Malah Yayasan Nur itu merupakan dedikasi kami untuk arwah ayah Tasha yang mahukan bahagiannya diwakafkan”
“Kenapa papa tak berterus terang terlebih dahulu, tidaklah mama terus-terusan membenci Tasha. Kesian Tasha pa…”
“Belum sempat nak beritahu mama kamu sudah melenting. Safi bukan tak kenal mama Safi tu, kalau dia dah bercakap tak kasi peluang orang lain nak cakap”
“Besar pengorbanan Tasha pa…berkorban untuk bahagiakan adik Safi walaupun dihina mama”
“Tasha anak yang baik…tapi papa tak tahulah bila Najah nak beritahu Tasha tentang penyakitnya, papa takut nanti Tasha tak boleh terima hakikat”
“Kita berdoa semoga Najah sihat dan sembuh terus dari penyakitnya pa. Safi tak mahu kehilangan adik yang Safi sayang”

Aku tidak sanggup untuk terus mendengar perbualan Kak Long dan papa. Aku keluar ke laman menemui Najah yang sedang leka bermain bersama Fifi dan Abang Faisal. Baru aku tahu kini kenapa Najah kerap bertemu dengan abang iparnya itu, bukan atas urusan keluarga tetapi dia menemui doktor peribadinya.
“Mana air abang sayang? Kenapa mata berair?”
“Masuk habuk…” aku menggosok mataku yang sudah digenangi airmata.
Najah pantas meniup habuk dimata, walaupun air yang bertakung dikelopak mata itu bukan disebabkan habuk yang aku jadikan alasan untuk menangis. Aku memeluk Najah!
“Tasha sayang abang…” bisikku ke telinganya.
“Abang pun sayang Tasha…sayang sangat tapi abang nak tanya ni tadi ke dapur ke tidak ambil air? Abang hauslah sayang, Fifi dengan Abang Long pun tunggu lemonade sayang dari tadi”
“Tasha lupa…Tasha pergi ambik sekarang ya…”
“Manja…”

Aku batuk kecil untuk memberitahu papa dan Kak Long yang aku sedang menuju ke dapur. Aku tak mahu mereka tahu yang aku sudah terdengar perbualan mereka sebentar tadi.
“Tasha nak buat lemonade? Kakak dah siapkan ni…jus pun dah perah tinggal bancuh aje” ucap Kak Long.
“Papa yang perah tadi sambil berborak dengan Kak Safi kamu”
“Gula dalam balang tu Tasha…” tunjuk Kak Long. Aku belum biasa dengan susun atur barang dapur di banglo ini.
“Najah buat apa diluar tu Tasha?” tanya papa pula.
“Main dengan Fifi kat swimming pool pa”
“Huhh…panas-panas main tepi kolam, nanti pening pulak. Safi cepat siapkan makan, papa tolong bawak ke taman kita makan di sana, berangin sikit” ucap papa. Patutpun selama ini papa jarang menyuruh Najah ke tapak projek, dia tak mahu Najah jatuh sakit.

Part 26

Aku membantu Kak Long menyediakan meja makan. Kesemua pembantu dibenarkan bercuti jadi tiada siapa yang membantu kami. Papa pula ke kolam renang memanggil anak, menantu dan cucunya.
“Jauh termenung Tasha, fikirkan apa tu?” tanya Kak Long. Aku sedikit terkejut apabila dipanggilnya. Fikiran seolah-olah kosong sekarang ini. Bagaikan seluruh kebahagiaanku dirampas dengan kejam!
“Tak ada apa kak…”

Selera makan aku tiba-tiba mati. Nasi bukhari yang papa masak langsung tidak membuka seleraku untuk makan. Najah, abang Faisal dan Kak Safi galak bertukar cerita sambil makan tapi aku semuanya terasa kelat untuk di telan. Sesekali aku curi pandang pada Najah yang duduk di hadapanku. Aku tatap wajahnya puas-puas. Kini baru aku tahu dari mana datangnya rindu, dari mana datangnya gundah dan gelisah hatiku selama ini. Benar telahanku selama ini, sejak aku bergelar isterinya aku dapat membaca isi hatinya, namun berita nan satu ini bagai jawapan kepada kesamaran yang aku alami.
“Kenapa Tasha tak makan? Tak sedap ke?” tanya papa
“Sedap pa…tapi Tasha rasa macam tak sedap badan…”
“Ehh…kenapa tak sedap badan? Papa nak dapat cucu ke?” usik papa. Aku cuba untuk tersenyum, tetapi bibirku terasa begitu berat.
“Kenapa sayang?”
“Tak ada apa-apa bang…Tasha okay…”
“Betul? Jangan tipu…doktor ada sebelah abang ni, karang kena periksa baru tahu…” usik Najah pula. Aku paksa diri untuk ketawa, namun hanya senyuman pahit yang mampu aku berikan.
“Fifi ni nakkan kawan…tunggu Safi mengandung lagi tak tahu bila. Lima tahun kahwin baru sedia nak beranak…kalau tunggu Safi jugak alamatnya kene tunggu lagi lamalah…Tasha jangan merancang macam kak Safi…” leter papa. Kedengaran seperti mama apabila papa berleter.

Tapi sempatkah aku untuk menimang cahaya mata? Mampukah aku menjaga dan membesar anak kami sendirian? Ya Allah, kenapa Kau pinjamkan dia hanya untuk sementara waktu?
“Tasha pregnant ke?” tanya kak Safi lalu mematikan lamunanku.
“Belum ada rezeki lagi kak…”
Aku baru keguguran, entah bila lagi agaknya Tuhan akan beri aku peluang untuk mengandung semula. Kalau boleh esok juga aku mahu mengandung dan menjadi ibu. Masa bagaikan berlari jauh meninggalkan aku.
“Bukan papa aje nak cucu, Najah pun nak anak jugak…lagi cepat lagi bagus. Kalau dapat twin lagi best…boleh temankan Tasha…jadi kawan pada Fifi… Fifi nanti jagakan adik baby Pak Su tau…” pesan Najah pada anak kecil itu. Kelopak mataku mula digenangi air. Hari ini aku mendapat kesemua jawapan. Semua sekaligus. Kenapa Najah terlalu inginkan zuriat, kenapa Najah selalu berkata dia akan meninggalkan aku dan kenapa Najah selalu berkata akan tinggalkan zuriat untuk menjaga dan menemani aku. Ya Allah…mampukah aku lalui semua ini??

Part 27

Sudah seminggu aku mengetahui tentang penyakit Najah. Memandangkan dia tidak mahu berkongsi rahsia ini denganku, aku berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku dalam hidup kami. Sebenarnya aku amat berkecil hati kerana Najah merahsiakan hal sebesar ini daripada aku, isteri yang dinikahinya secara sah.
“Tasha…aku tengok kau sekarang kerap termenung…ada masalah ke?” tanya Sarah ketika kami sedang bersarapan di bilik.
“Muka aku ni macam orang ada masalah ke Sarah?” tanyaku semula pada Sarah. Aku tidak jadi menyuap roti bakar yang aku buat di pantry tadi kerana menunggu jawapan dari mulut Sarah.
“Yupp… muka kau sekarang ni macam muka orang tak bermaya, macam serabut sangat…” terang Sarah.
“Iya ke? Lipstik aku pale ke?”
“Not because of your lips color lah… seri kat muka kau tu… tak adaaa...” Sarah memanjangkan suaranya agar aku mengerti. Aku belek cermin kecil di hadapanku. Blusher warna merah samar di pipiku nampak ceria, lipstik warna bata yang aku sapu di bibir juga belum lagi pudar, bagaimana Sarah boleh lihat keceriaan yang hilang dari wajahku?
“Kau gaduh dengan Najah ke?” tanya Sarah lagi.
“Ishh… taklah… nanti aku tanya Najah pulak ya. Kalau dia kata muka aku dah tak berseri…aku kena pergi spa macam ni. Kau nak ikut tak?”
“Ke situ pulak dia menyimpang…” balas Sarah.

Aku lihat kalendar yang ada didepanku. Aku bulatkan tarikh 9 Mei, hari aku mengetahui tentang penyakit Najah dari Kak Safi dan Papa. Kemudian aku selak kalendar ke beberapa bulan sebelum itu dan aku bulatkan tarikh-tarikh ketika aku dalam cuti ‘berpantang’. Kemudian aku tulis di situ ‘Met abg. Fai’.
“Nak cuti ke? Dari tadi aku tengok kau belek kalendar…” tegur Sarah.
“Kalau ada rezeki…Insya-Allah…”
“Pergi mana?” tanya Sarah lagi
“Mana best? Aku nak pergi suatu tempat yang sunyi…Cuma ada aku dan Najah…” beritahuku.
“Apartment korang…” balas Sarah. Aku ketawa mendengar jawapan spontannya. Ya, memang di situ tempat bulan madu kami. Di situ kami bercuti setiap hari, melepaskan lelah bekerja, melepaskan kerinduan yang senantiasa menghambat jiwa.
“Aku ingat nak ajak Najah ke UK la… nak ke Land’s End…nak jerit puas-puas”
“Dah setahun lebihkan korang balik dari UK…sekejap je kan?”
“Hmm… diam tak diam… Rindunya aku… teringat masa mula-mula kenal, tiap hari ada dua orang lelaki tunggu kat bawah flat aku. Seorang melayu, seorang lagi mat saleh. Kadang nampak diorang berbual dengan student perempuan yang tinggal kat situ. Aku tak pernah ambil tahu Cuma sesekali terserempak, mat saleh tu selalu tegur aku… Ingatkan mat saleh tu syok kat aku…rupanya dia boyfriend senior aku, Emily…”
“Aku tahu…yang syok kat kau sebenarnya lelaki melayu tu kan?” teka Sarah.
“Ha’ah… aku kenal budak melayu tu, sebab kami ada bergambar sama-sama lepas tengok match MU dengan Chelsea. Kebetulan aku pakai jersey Chelsea, dia pulak penyokong Chelsea…” imbasku lagi.
“Kau suka bola ke?” tanya Sarah
“Satu benda pasal bola pun aku tak tahu…jersey tu ada seorang mamat hadiahkan kat aku, hadiah perkenalanlah konon… tapi ada orang lain pulak yang berkenan kat aku. Tapikan Sarah…masa aku mula kenal Najah tu, rupa dia tak macam sekarang. Dulu rambut dia panjang…dah la rambut dia wavy, tebal plak tu…kau bayangkan muka dia macamana…”
“He always look cute…” beritahu Sarah.
“Yeahh cute…macam perempuan…” tambahku. Sarah ketawa kuat sehingga menarik perhatian beberapa staff yang lalu di hadapan bilik kami, termasuklah orang yang sedang diketawakannya.

“What so funny gals?” tanya Najah. Dia masuk ke bilik kami. Sarah masih lagi ketawa.
“Tasha mengumpat abang…itu yang buat Sarah ketawa” beritahuku jujur.
“Bab mana yang kelakar sangat tu?” tanya Najah lagi. Dia turut menarik kerusi di hadapanku lalu duduk.
“Tasha kata dulu muka Encik Syahrun macam perempuan, rambut panjang…” adu Sarah. Ketawanya masih berbaki.
“Oooo…pasal tu… Tasha tunjuklah gambar kita pada Sarah, biar dia tengok. Jangan tak tahu rezeki rambut panjang tulah dapat kenal awek ni…” beritahu Najah pula.
“Tasha, nanti aku nak tengok tau. Encik Syahrun nanti saya datang rumah boleh?” usik Sarah.
“Boleh…datanglah, ajak tunang you sekali nanti Tasha masak sedap-sedap” jawab Najah sungguh-sungguh.
“Tak mengganggu ke?”
“Kalau you tak nampak tag ‘DO NOT DISTURB’ tergantung kat pintu maknanya boleh datanglah…” gurau Najah. Aku membesarkan mataku. Nakal sungguh dia seperti orang yang sihat, tidak ada penyakit….pandai sungguh Najah mengawal diri dan emosinya.
Kak Safi muncul di bilikku ketika aku, Sarah dan Najah sedang seronok bercerita. Dia melihat jam di tangannya.
“Time lunch ke sekarang ni?” tegur kak Safi.
“Ehh..belum ke kak? Jam kat bilik Najah macam dah pukul 1…” jawab Najah selamba. Dia tahu Kak Safi hanya mengusik.
“Kakak nak jumpa Najah kejap…boleh?” ucap Kak Safi. Najah bangun dari kerusi dan mendapatkan Kak Safi yang berdiri di muka pintu.
“Nanti kita sambung lagi sayang…” ucap Najah sebelum beredar. Aku mengangguk.
“Romantik betul korang berdua ni…untungnya badan…” ujar Sarah. Aku mengeluh. Memang untung dapat suami seperti Najah. Dia baik hati, prihatin dan sangat memahami. Dan aku harus mempersiapkan diri kerana ‘keuntungan’ itu tidak kekal lama, aku harus bersedia apabila saat aku untuk ‘jatuh dan rugi’ tiba bila sampai waktunya nanti. Rasanya seperti aku yang dibayangi maut, bukan Najah. Dia tetap tenang sedangkan aku?

Pada siapa harus aku kongsi ketakutan ini? Ummi? Emily? Sarah? Siapa? Aku tak mahu membebankan ummi. Aku takut deritaku ini mengundang kesedihan lama padanya. Aku takut… takut tidak mampu menanggung kesepian yang bakal tiba, aku takut menanggung kepayahan ini sendirian dan aku takut menempuhi saat perpisahan itu nanti.
“Tasha kenapa kau nangis?” tegur Sarah.
Aku tidak sedar airmataku mengalir. Aku tidak sedar aku sedang mengelamun dan diperhatikan.
“Kau nak share dengan aku?” tanya Sarah. Gadis ini sungguh baik, dahulu dia juga yang menghulurkan bantuan disaat aku tidak berdaya. Aku yakin dia ikhlas ingin meringankan derita ini.
“Susah untuk aku luahkan Sarah…perit, pedih…payah sangat…”
“Serius bunyinya ni Tasha… cakaplah, mungkin dengan meluahkannya pada aku dapat meringankan sebahagian daripada masalah kau…” tuturnya lembut.
“Cuba kau bayangkan…hidup tanpa orang yang kau kasih… bagaimana?”
“Hmmm… sepi, kosong… tapi apa maksud kau? Puan Sri paksa Najah ceraikan kau ke?”
“Tak… kali ini bukan mama yang memaksa kami berpisah…”
“Habis tu siapa…??” tanya Sarah ingin tahu. Airmataku sudah tidak dapat aku bendung lagi. Juraian air hangat yang bertakung kini mengalir laju.
“Betul kata Najah…hanya maut sahaja yang akan memisahkan kami…” ucapku pilu.
“Aku tak faham Tasha… kenapa ni? Cakaplah…”
“Najah sakit…”
“Doktor cakap pada kau ke?” tanya Sarah lagi. Aku geleng kepala. Bukan doktor. Bukan Najah. Ianya bagai suatu konspirasi!
“Dah tu mana kau tahu? Najah cakap? Sebab tu dia masuk hospital hari tu?” soal Sarah bertalu. Aku geleng kepala lagi.
“Aku terdengar kak Safi berbual dengan papa minggu lepas… aku sedih Sarah, kenapa Najah berahsia dengan aku…kenapa aku tak diberitahu tentang penyakitnya…aku sedih sangat Sarah… semua orang tak nak cakap dengan aku pasal penyakit Najah… aku tak faham…” luahku satu persatu. Sarah terdiam.

“Masa Najah admitted, bukan doktor kat situ yang explain kat aku tentang keadaan dia, tapi suami kak Safi…Dr. Faisal. Aku pun pelik…abang Faisal bukan kerja kat situ tapi kenapa dia yang monitor Najah… aku mula tertanya-tanya, kepala aku kusut…” ucapku. Sebak didadaku bagai empangan yang sarat dengan air, sedang retak dan menunggu saat untuk pecah.
“Aku sedih sangat Sarah…sedih sangat…”
Senduku mula kedengaran. Aku tak mampu untuk menahannya lagi. Sarah bangun lalu mengunci pintu bilik kami. Dia datang mendekati aku, lalu memelukku.
“Sabar Tasha…mungkin ada sebab kenapa Najah tak bagi tahu engkau…mungkin dia tak mahu kau risau… Kita tak tahukan…” pujuk Sarah.
“Kita doakan Najah cepat sembuh dan sihat seperti sediakala…sebagai isteri, kau perlu tabah Tasha…kau ibarat tulang belakang dia. Yang menyokong dia untuk terus berdiri… kalau kau lemah…dia pun rebah…” tutur Sarah lembut. Aku menarik nafas dalam-dalam. Ada benarnya kata Sarah…aku perlu kuat dan tabah untuk mengharungi ujian ini. Kami berpelukan dan aku menangis dibahunya.
“Thanks Sarah…thanks so much…”
“Hari ini hari kau Tasha…esok lusa mungkin giliran aku menangis di bahu kau…”

Part 28

Selepas kejadian Najah pengsan di rumah ummi, dia semakin kerap menemui abang Faisal. Alasannya bila aku tanya…”upgrade system la…projek barulah…” itu sahaja modalnya. Aku masih tidak mengerti mengapa Najah mahu menyembunyikan perkara itu dariku.
Hari ini setelah Najah menghantarku ke pejabat, dia bergegas ke hospital untuk menemui abang Faisal. Katanya ada projek gempak. Biarpun dia bercakap sambil tersenyum namun aku tahu apa sebenarnya yang berlaku. Ia bukan lagi rahsia bang…ingin sahaja aku katakan padanya begitu.
Aku tak boleh diam begini. Aku perlu mencari kebenaran yang disorokkan dariku. Aku yakin ada seseorang yang mampu membantuku, seorang lagi doktor yang rapat dengan Najah; Dr. Hazman Harriz. Pasti dia juga tahu tentang penyakit Najah.
Pantas aku menghubungi abang Riz. Talian segera disambungkan. Aku tidak tunggu lama untuk memulakan sesi soal jawab setelah kami bertukar khabar.
“Tasha nak tanya something pada abang ni…”
“Serius aje bunyinya Tasha…” balas abang Harriz.
“Tapi abang kena janji, jangan cakap dengan sesiapapun. Perbualan kita berdua ni, rahsia…” beritahuku.
“Ishh… berat bunyi kata-kata Tasha tu… tapi takpe, abang janji abang simpan rahsia ni…cakaplah apa yang Tasha nak tanya tadi..”
“Hmmm…Tasha nak tanya pasal Najah…”
“Yeahh…anything you wanna know?” soal abang Harriz

Aku tarik nafas dalam-dalam dan kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dadaku mula sebak, seakan tidak terkeluar pertanyaan ini dari bibirku.
“Tasha nak tanya pasal penyakit Najah…” ucapku perlahan.
“Abang tahu apa-apa tak pasal penyakit Najah or anything about Najah yang Tasha tak tahu?” sambungku lagi.
“Sakit?? Sakit apa??” soal abang Harriz padaku. Suaranya seperti orang terkejut. Mustahil dia juga tidak tahu!
“Takkan abang tak tahu apa-apa? Abang kan rapat dengan Najah…abang Faisal… mustahil abang tak tahu???” tanyaku pelik.
“Tasha…sebagai doktor, abang kena amanah…abang tak boleh beritahu tentang pesakit abang pada orang lain tanpa pengetahuan pesakit itu sendiri. Tapi mengenai Najah…abang memang tak tahu apa-apa…” beritahu abang Harriz. Aku bertambah kecewa. Aku mula menangis.
“Kenapa semua orang nak berahsia dengan Tasha?” ujarku sambil menangis. Aku harapkan abang Harriz akan memberitahu sesuatu padaku, tapi aku kehampaan. Perbualan aku dan abang Harriz terhenti disitu. Aku tidak ada soalan lagi untuknya. Aku percaya, sepupuku itu juga bersekongkol dengan Najah dan lain-lain.

Najah tiba di pejabat sebelum waktu lunch. Dia sampai dan terus singgah ke bilikku. Dia belikan aku coklat kegemaranku. Wajahnya ceria, seperti tiada apa-apa yang berlaku ke atasnya.
“Tadi abang isi minyak…belikan Tasha sekali coklat ni” beritahu Najah.
“Thanks abang…” ucapku.
“Nanti tengahari nak ikut abang tak?” tanya Najah.
“Pergi mana…?”
“Cari hadiah untuk mama…lusa birthday mama” beritahu Najah lagi. Dia begitu teruja untuk mengajak aku mencari hadiah yang sesuai untuk mama. Tapi aku ni di jemputkah ke majlis hari jadi itu?
“Don’t worrylah…takde party apa pun, just private dinner among family…” ujar Najah seperti tahu-tahu apa yang bersarang di kepalaku.
“Nanti abang cakap dengan Puan Kelly…Tasha half day hari ni”
“Ishh…suka hati abang jek…”
“Ala…gaji dah siapkan? Tasha takde kerja urgent nak buat kan? Bolehlah half day hari ni…nanti abang beritahu Puan Kelly…okay sayang… abang nak jumpa Kak Long kejap…”
Belumpun sempat aku berkata sesuatu, Najah sudah menghilang. Aku ada kurang dari satu jam untuk menyiapkan laporan yang diminta Puan Khalijah. Dalam kelam kabut itu juga aku segera menyiapkan laporanku.

“Sibuk nampak?” tegur Sarah yang baru pulang dari bank. Aku senyum padanya sambil jariku pantas menaip.
“Mata ke lain…jari ke lain…betul ke tu apa yang kau taip tu?” usik Sarah.
“Aku guna komputer ni sejak kecil lagilah…jari aku ni dah kenal semua huruf atas keyboard ni… tak payah tengok pun tak apa…” beritahuku.
“Macam nak cepat aje kau ni…nak ke mana?”
“Najah suruh aku halfday…Puan Kelly pulak nak report manpower turnover… tu yang kelam kabut semacam tu…” terangku pula.
“Banyak lagi ke? Nak aku tolong?”
“Dah nak siap ni Sarah, thanks anyway…”

Part 29
Tepat jam 1.00 petang Najah sudah berdiri di muka pintu. Aku berpura-pura mengeluh tidak dapat pergi. Najah terus masuk dan menelefon Puan Khalijah. Pantas tanganku merebut gagang telefon dari tangannya.
“Tasha tipulah…kerja dah siap…” beritahu sambil tersenyum. Najah menarik hidungku.
“Notty…”
Siap mengemas meja, aku meminta diri dari Sarah dan Puan Khalijah. Aku pesan pada Najah yang aku tidak boleh selalu cuti mengejut seperti ini. Aku ada tanggungjawab pada kerja. Namun Najah memberi solution yang mudah kepadaku.
“Tasha berhenti kerja aje…duduk rumah…”
Aku boleh mati kalau duduk di rumah aje. Boleh mati kebosanan. Mati akal dan segalanya. Silap-silap aku pergi dahulu dari Najah, mati kerana terlalu kerap memikirkan nasib yang menimpa diriku.

“Nak beli apa untuk mama?” tanyaku pada Najah ketika kami sampai di Plaza Pelangi. Aku tak tahu apa hadiah yang sesuai untuk mertuaku. Sesuatu yang mahalkah? Sesuatu yang eksklusifkah?
“Mama tak cerewet…dia terima aje apa orang beri” beritahu Najah. Jawapan Najah langsung tidak membantu. Kalau ummiku, aku tahu apa yang boleh aku berikan sebagai hadiah. Ummi boleh ku berikan tudung, kain untuk buat baju kurung, minyak wangi…beg tangan… tetapi ummi tidak seperti mama yang memakai pakaian dan perhiasan yang mewah dan indah. Aku juga seperti ummi yang sangat simple dan basic.
“Last year abang bagi apa?”
“Kan kita belikan mama bedspread…lupa? Yang kita courier dari UK…sampai beratus pound kena bayar tu…” Najah mengingatkanku. Bedsheet dari Laura Ashley itu sangat cantik dan mahal. Kalau aku memang tak beli. Mahal gila, sampai tak sanggup untuk aku baring di atasnya.
“Mama suka sangat dengan bedspread tu sayang…Pandai Tasha pilih…” beritahu Najah dengan gembira. Aku disuruh pilih yang mana paling cantik, sudah tentu aku tunjuk yang paling mahal. Tidak sangka Najah akan membelinya. Namun aku puas kerana mama menyukainya.

“Habis tu…tahun ni nak beli apa? Kita bukan kat UK lagi…takde Laura Ashley lagi kat sini…” ujarku.
“Hmm… sini takde Laura Ashley ya… apa kata kita belikan mama baju ke, skarf ke…” cadang Najah.
“Tasha tak tahu saiz badan mama…takut mama tak suka nanti. Apa kata kita belikan mama pokok bunga? Mama suka gardening kan?” cadangku pula.
“Panaslah sayang nak ke nursery…”
“Hmm… kalau macam tu…apa kata kita upah kontraktor untuk buat landscape untuk mama…Tasha tengok tepi kolam renang tu kosong…cantik kalau ada lagi satu taman kecil kat situ” cadangku lagi.
“Eeeiiii…bijaknya wife abang ni…nanti kita mintak permission dari papa. Tasha carikan abang contact yang bagus…berapa harganya cakap aje okay…” beritahu Najah sungguh-sungguh. Sukanya hatiku pabila ideaku diterima pakai. Harap mama akan menyukai hadiah dari kami nanti.
“Konsep?”
“Anything you like my darling…”

Akhirnya aku dan Najah tidak jadi mencari hadiah untuk mama di situ. Kami hanya berligar-ligar di kaunter minyak wangi, tempat kesukaan aku dan Najah setiap kali ke pusat membeli-belah, tidak kira di mana. Membeli dan menyimpan koleksi minyak wangi menjadi minat yang kami kongsi bersama sejak mula kenal.
“Tasha… lawa baju tu sayang…” tunjuk Najah pada sehelai baju maternity ketika kami melintas di hadapan Sommerset Bay.
“Baju tu cantik kalau Tasha pakai…tak pregnant pun boleh pakai sayang…” ucap Najah. Memang lawa blouse longgar warna pink cair itu.
“Beli nak tak?” tanya Najah padaku.
“Tak usahlah bang…kita baru beli perfume ni…dah berapa ringgit habis…Baju Tasha pun tak habis pakai lagi. Lain kali okay?”
“Hmm… kalau Tasha cakap macam tu…lain kali ajelah…”
“Anyway…thanks for the offer bang…”

Part 30
Kami singgah di McDonalds untuk menghilangkan haus. Aku dengan sukarela menawarkan diri untuk beratur dan memesan makanan. Aku takut kalau Najah terlalu penat, macam-macam boleh jadi pada dia, pada aku juga. Mujur orang tidak ramai petang ini dan aku tidak perlu beratur lama untuk memesan makanan.
“Sayang…papa kata kita boleh buat taman kat tepi kolam renang tu…” beritahu Najah sebaik sahaja aku meletakkan dulang makanan di atas meja.
“Abang call papa tadi ke?” soalku.
“Yupp… tak sabar nak present kat mama hadiah kita tu nanti…” ujar Najah. Dia sangat teruja untuk membina taman indah sebagai hadiah hari lahir mama.
“Kalau dah tak sabar sangat… lepas ni kita pergi Barnyard Landscape. Tasha kenal owner dia, kawan baik ummi…senang nak bincang…”
“Baguslah wife abang ni…satu dunia dia ada contact…” perli Najah.
“Kita berbudi…orang berbahasa bang…” balasku ceria. Ini Natasha Ameeralah, tengok kakilah…getusku dalam hati.

“Sayang… abang ingatkan abang nak taman yang hijau, soothing…bila mama duduk situ hati dia tenang…” cadang Najah.
“Tasha suka taman Melayu bang… bukan cedok dari Bali ke, Thai ke…tak nak…takde identiti Melayu. Nanti kita jumpa Haji Bahari tu…lepas tu kita explain apa yang kita nak…nanti dia akan lakar untuk kita…lepas tu kita tunjuk papa…”
“Seminggu boleh siap tak sayang?” tanya Najah.
“Tasha tak berani nak jamin…nanti kita tanya Pak Haji tu, kita tanya dia…” balasku pula.
Najah seperti tidak sabar untuk merealisasikan impiannya, dia meminta aku menghabiskan burger dan milo ais ku dengan cepat. Dia ingin segera pergi ke Barnyard Landscape. Aku tahu Najah mahu menghadiahkan taman yang indah seindah taman-taman di Alhambra untuk mama.
Pergola dan buaian dari kayu telah siap di pasang. Batu-batu refleksiologi juga telah diletakkan sebagai pathway. Rumput juga sudah ditanam untuk menutup semula tanah yang dikeluarkan. Deretan kayu landasan keretapi disusun molek berselang dengan batu-batu refleksiologi menambah impak pada taman yang sudah 70 peratus siap. Sungguh cantik dan akan bertambah cantik apabila kesemua pokok sudah matang nanti. Ini hadiah kasih sayang aku untuk Najah dan mama. Aku mahu semua pokok yang aku pilih sendiri ini terus hidup subur sebagaimana cintaku pada Najah.
Papa begitu supportif apabila dia bersetuju untuk membawa mama bercuti selama tiga hari ke Penang. Dengan ketiadaan mama, aku dan Najah bergilir-gilir memantau kerja-kerja pembinaan landskap di tepi kolam renang. Mujur Haji Bahari bersetuju untuk menyiapkan landskap dalam tempoh yang singkat tanpa sebarang caj tambahan. Biarpun banyak duit yang Najah laburkan, namun hatinya puas. Kak Long dan abang Jim pula merancang satu surprise party untuk mama, walaupun jemputannya hanya di kalangan kami sekeluarga.
Aku sekadar membantu Najah merealisasikan impiannya, aku mahu mama menerimanya semula. Kehadiranku pada majlis itu nanti tidak berapa penting, yang utama…Tunku Helena menerima semula anak kesayangannya.
“Siapa design landskap ni?” tanya abang Jim kepada Najah.
“Kenapa tak lawa ke?” soal Najah pula.
“Ishh…apa tak lawanya…kalau atas kertas dah cantik, tentu hasilnya nanti pun cantik. Betul tak?” ujar abang Jim.
“Kau tanya Tasha…siapa punya idea…” balas Najah. Abang Jim memandangku, meminta jawapan. Aku tersenyum.
“Wife kau ni semua tahu…macam ni nanti Tasha boleh buka landscaping companylah…” puji abang Jim. Kembang hatiku dipuji abang ipar.
“Tasha banyak refer kat majalah bang…cedok sana sikit, cedok sini sikit…” beritahuku.
“Habis dia korek majalah lama kat rumah kau tak tahu…nak taman cantik punya pasal…” beritahu Najah pula.
“Takpelah…ni dah kira cukup bagus untuk beginner macam Tasha…” kata abang Jim lagi. Bertambah kembang hatiku.
“Hadiah dari Tasha untuk Najah kepada mama bang…” tambahku perlahan. Kemudian aku tinggalkan Najah bersama abang Jim lalu aku menyertai pekerja Haji Bahari yang sedang sibuk mengorek lubang untuk menanam beberapa batang pokok chain of love dan garlic vine yang agak matang. Puas aku memilih pokok di kebun Haji Bahari, bukan mudah untuk memilih pokok-pokok yang sesuai untuk ‘taman segera’ ini. Mujur Haji Bahari tidak berkira untuk mengorban beberapa pokok kesayangannya untuk projek istimewa ini.

Part 31
Hati berdebar untuk menanti esok. Aku terpaksa tebalkan muka demi Najah. Pada mulanya aku keberatan untuk hadir sama, namun aku tidak sampai hati untuk mengecewakan Najah. Papa dan mama hanya akan sampai ke rumah selepas Maghrib, sempat untuk pekerja Haji Bahari untuk menyiapkan landskap taman ini. Malah Kak Safi bercadang untuk mengadakan majlis hari jadi mama di taman ini esok. Aku tawakal pada Allah…harap mama tidak marah padaku esok!
Idea kreatif abang Jim agar kami memasang tabir dari kain polos untuk dijadikan background telah menjadikan taman ini begitu cantik sekali. Ditambah dengan limpahan cahaya lampu yang samar-samar. Suasana cukup romantik bagai resepsi untuk pengantin baru.
Semuanya telah siap dan tersedia, hanya menanti kepulangan papa bersama mama. Abang Jim dan kak Safi juga telah sedia dengan buah tangan masing-masing untuk mama. Meja makan telah dihias indah. Lilin berkaki juga telah dinyalakan menambah ceria malam. Kuntuman ros dan hydrangea yang digubah oleh kak Safi bersamaku diletakkan berselang di antara lilin-lilin putih.
“Guyss…papa dah sampai get ready…” jerit abang Faisal yang muncul bersama Fifi. Dia ditugaskan untuk mengintai kepulangan papa dan mama dari ruang depan. Jantungku berdegup laju seakan hampir terlucut dari duduknya. Aku memandang Najah meminta simpati, kalau boleh aku mahu balik sekarang ini juga, tidak betah dimaki mama lagi.
“Kak Safi…Tasha lupa nak ambil kek…”
“Laa…cepat pergi dapur…”
Aku mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri ke dapur. Biarlah mama tidak melihat wajahku disitu, biar dia tatap wajah anak-anaknya yang lain terlebih dahulu. Aku nyalakan satu persatu lilin-lilin yang telah dicucuk di atas kek. Mujur dapur dan taman tidak jauh jaraknya, tidaklah lenguh tanganku mengangkat kek ini.
“Surpriseeeeeeee…” kedengaran suara orang berteriak dari taman. Dengan lafaz bismillah, aku bawa kek hari lahir mama ke luar. Aku lihat mama sedang berpelukan dengan Kak Safi, kemudian abang Jim dan terakhir sekali Najah. Lama mama peluk Najah, mengundang sebak di hatiku. Satu hajatku telah tercapai.
Ketika aku hampir sampai di taman, papa, Najah, kak Safi, abang Jim dan abang Faisal menyanyikan lagu hari jadi untuk mama. Mama memusingkan badannya ke belakang dan melihat aku yang sedang membawa kek untuknya. Senyumnya kelat.
“Happy Birthday ma…” ucapku ketika sampai ke meja. Mama tidak membalas ucapanku. Aku tidak berkecil hati. Aku letakkan kek di meja dan kemudian mengambil tempat di sebelah Najah. Masing-masing memberikan hadiah kepada mama. Aku dan Najah bertukar pandangan.
“Ma…Najah takde apa nak beri… tapi Najah harap mama suka dengan hadiah Najah ni…” ucap Najah sambil memetik suis lampu. Taman yang tadi diterangi cahaya lilin, mula bersinar dilimpahi neon.
“Masya Allah…cantiknya taman ni…thanks sayang…” ucap mama. Sekali lagi aku dan Najah saling berpandangan.
“Istimewa untuk mama…” tambah Najah lagi.
“Thank you…thank you…thank you…” ucap mama berkali-kali. Hati aku lega sekali. Mama suka dengan hadiah istimewa dari kami.
“Budak-budak ni yang paksa saya bawak awak pergi holiday ke Penang Helen, gara-gara nak siapkan landskap ini” beritahu papa. Mama ketawa gembira.
“Mama suka sangat ke Penang…siapa punya idea tu?” soal mama sambil ketawa. Semua orang memandangku.
“Tasha ma…” ucap Najah.
“I see…” balas mama pendek. Tiadapun ucapan terima kasih yang keluar dari bibir mama. Aku cuba untuk tidak menangis biarpun dadaku mula sempit dengan rasa hiba yang menggunung tinggi.



Mama gembira dengan kejutan yang diterima. Aku lihat hubungannya dengan Najah juga sudah kembali pulih seperti biasa. Namun mama masih tidak menegurku. Malam ini papa meminta kami untuk tidur di banglo ini, Najah dengan senang hati menerima pelawaan papa. Kata Najah dia rindu pada katil dan bantal busuknya.
Aku sengaja menyibukkan diri dengan mengemas dapur dan mencuci pinggan mangkuk. Aku tidak mahu mengeruhkan kebahagiaan yang baru sahaja Najah nikmati semula. Daripada mama menarik muka panjang apabila melihat kehadiranku, lebih baik aku mengasingkan diri.
“Cik Tasha duduk ajelah…biar saya aje yang kemas semua ni…”suruh Kak Mah, pembantu rumah ini.
“Takpe kak…saya dah biasa buat semua ni…”
“Saya tahu Cik Tasha takutkan Puan Sri… dia sebenarnya baik orangnya, Cik Tasha sabarlah…lambat laun sejuk juga hatinya nanti…” beritahu Kak Mah.
Aku tahu mama baik hati. Jika tidak masakan anak-anaknya begitu? Najah contoh terdekat, orangnya warm-hearted, merendah diri dan penyayang. Aku hanya mampu berdoa dan memohon kepada Allah agar mama dapat menerimaku seperti anaknya sendiri.
“Kak Mah dah lama kerja kat sini?” soalku sambil membantu Kak Mah mengelap pinggan.
“Lama jugak…dekat sepuluh tahun…” beritahu Kak Mah. Tentu dia sudah masak dengan perangai semua penghuni rumah ini.
“Puan Sri dan Datin memang kawan baik… Datin pun baik orangnya, tapi anaknya sombong, Kak Mah sendiri pun tak berkenan…” tambah kak Mah. Aku tekun mendengar.

“Tasha…” panggil Najah lembut. Aku menoleh ke arahnya.
“Buat apa terperap kat dapur ni?” tanya Najah. Dia menarik kerusi di sebelahku lalu duduk.
“Borak dengan Kak Mah bang…” ujarku.
“Tashakan dah sehari suntuk buat kerja…pergilah rehat sayang…esok nak kerja…” kata Najah.
“Bilik Najah Kak Mah dah siapkan…” beritahu Kak Mah.
“Terima kasih Kak Mah… Jom sayang kita ke bilik…Nanti Tasha flat kalau tak cukup rest…” nasihat Najah. Pandai sungguh dia memujuk aku sedangkan dia yang perlu dijaga sebenarnya. Najah menarik tanganku untuk ke biliknya. Mahu tak mahu ku turutkan juga.

“Sayang…thanks so much…” bisik Najah ditelingaku.
“Untuk apa?”
“For everything…for what you have done yesterday, today…”
“Untuk abang…I ‘ll do anything…” celahku.
Pintu bilik dibuka, saat aku melangkah masuk aku terpesona dengan satu poster besar yang melekat di dinding bilik. Aku amati gambar itu. Gambar lama yang banyak menyimpan kenangan.

“Semalam yang berlalu…adalah sesuatu yang perlu dihargai sebagai kenangan…” bisik Najah sambil memelukku dari belakang. Aku masih lagi terpaku di hadapan poster gergasi di hadapanku.
“Bilik abang ni takde orang lain masuk ke?” tanyaku.
“Tak… lelaki aje boleh…Jim, Fai dengan papa…” balas Najah. Barulah aku mengerti. Mama tidak pernah marah sebelum ini kerana dia tidak tahu hubungan kami dan dia tidak pernah melihat gambarku yang dijadikan poster gergasi ini. Gambar itu sangat cantik, walaupun ianya gambar kandid tetapi hasilnya sangat menakjubkan.
“Tasha nak saman orang yang ambil gambar curi ni…” gurauku.
“Nak saman? Tak kesian ke? Berminggu-minggu abang dan Frank skodeng Tasha…tak tahu pulak Tasha room-mate Mil…kalau tidak tak perlulah abang ambil gambar ni dari celah-celah pagar kayu…” beritahu Najah..
“Cantik kan sayang?” tanya Najah pula. Aku mengangguk perlahan.
“Sangat cantik bang…”
“Sebab itu tiap hari abang rindu…tiap kali tengok muka Tasha abang jatuh cinta…sayang nak tinggal baby abang ni…”ucap Najah lagi.

Aku berpaling pada Najah. Aku renung tepat ke dalam anak matanya. Najah menundukkan mukanya, melarikan anak matanya dari aku.
“Abang…Tasha tak nak dengar lagi abang cakap macam tu… Tasha tak boleh hidup kalau abang takde, please…” ucapku tegas. Aku merenggangkan pelukan Najah lalu terus ke katil. Aku tak mahu dia menyebut lagi perkara yang bersangkutan dengan mati sedangkan dia tidak berterus terang denganku.
“Tasha…I am sorry sayang…”
“I don’t wanna talk about it anymore…Tasha penat. Goodnite!”
Aku buat semuanya untuk dia. Aku sanggup korban apa sahaja untuk dia, tetapi mengapa dia sanggup mengenepikan aku dalam hal sebesar ini? Bukankah aku juga berhak ke atas dirinya…hidupnya?? Aku benar-benar berkecil hati dengan Najah!

"Tasha...abang mintak maaf sayang..." bisik Najah sambil memelukku. Dia mencium dahiku seperti selalu dan menepukku. Aku tidak mampu bersuara lagi. Air hangat sudah bergenang di kolam mata. Biarlah ia menjadi jawapan maaf untuk Najah. Sungguhpun aku cuba kawal emosiku namun airmata ini tetap mengalir lagi malam ni. Kenapa aku tidak mampu mengawalnya? Kenapa aku terlalu mudah menangis sekarang ni? Kenapa??



“Sayang kat mana sekarang ni?” tanya Najah risau.
“Tasha dah balik rumah…” jawabku sambil baring.
“Teruk ke Tasha demam?…Ishh risau abang tinggalkan Tasha macam ni…” ucap Najah. Semalam sewaktu dia menghantarku ke pejabat sebelum ke Kuala Lumpur dengan papa, aku sihat. Lepas makan tengahari badanku rasa lain macam.
“Muntah-muntah tu yang Tasha tak tahan bang…” kataku, lemah dan tak berdaya. Food poisoning kot…semalam Tasha makan kari kepala ikan…” beritahuku pada Najah.
“Abang nak balik sekarang…flight semua full…nak turun Changi pun takde seat sayang…” kata Najah. Hujung minggu memang kebiasaannya flight dari KL ke JB penuh sentiasa.
“Jangan risaukan Tasha bang…Tasha okay, Tasha dah makan ubat yang doktor bagi malam tadi…abang jangan risau ya…” pintaku berkali-kali namun Najah tetap risau.
“Mintak Sarah temankan Tashalah sayang…tak pun call ummi ke…abang susah hati dengar Tasha sakit perut…”
“Tak usahlah bang…susahkan orang lain. Mata Tasha pun dah layu ni…ubat yang doktor bagi kuat sangat…Tasha ingat nak tidur aje lepas ni…”
“Hmmm… tidurlah…take care sayang, jangan lupa makan ubat…abang fikirkan cara nak balik jumpa Tasha…”
“Don’t worry dear…I’ll be fine…”

Part 32

Seharian aku tidur. Lebih baik tidur dari terus muntah-muntah. Apa yang aku makan semuanya keluar semula. Aku Cuma keracunan makanan, tidak perlu ku canang ke serata alam tapi Najah tetap bimbang dan risaukan aku. Dipaksanya Sarah menemani aku sehingga dia pulang.
“Najah suruh aku datang temankan kau…” beritahu Sarah tatkala muncul di hadapan pintu rumah. Aku mempelawanya masuk dan kemudian aku menyambung tidur di sofa panjang.
“Aku lalok ni Sarah…kau buatlah macam rumah sendiri ya…” beritahuku pada Sarah.
“Kalau kau nak makan… kau pergi ambil kat dapur, tengoklah apa ada dalam fridge…selfservice ya…” kataku dengan mata terpejam.
“Takpe…kau rest aje lagipun Najah suruh aku ‘monitor’ kau aje… Nampak gayanya aku makan gaji buta hari ni…” balas Sarah.
“Hehh…takpe nanti aku potong gaji Najah…” sempat aku bergurau dengan Sarah.

Aku tertidur selepas itu. Bila aku sedar, Najah sudah di depan mata mengajak aku masuk ke bilik tidur.
“Bila abang sampai ni… Sarah mana?”
“Sarah dah balik…baru aje dia balik. Dia tak sampai hati nak kejut Tasha” beritahu Najah.
“Huhhh…ngantuknyaaa…”
“Abang lagi penat sayang…all the way from KL drive sensorang ni…pun ada rasa macam nak tidur sampai esok pagi” beritahu Najah sambil membuka pakaiannya. Aku sudah bermalas-malas di katil, kembali menyambung tidur. Entah ubat apa yang doktor berikan padaku sehingga ke malam tidak hilang mengantuk.

Perutku kembali tidak selesa menjelang dinihari. Rasa mual kembali menjolok tekak. Aku cuba pejamkan mata rapat-rapat dengan harapan rasa tidak selesa ini akan hilang jika aku tidur. Aku tidak mahu mengejut Najah yang keletihan memandu sendirian dari Kuala Lumpur. Sekejap aku berdiri, sekejap nanti aku baring semula. Lama kelamaan Najah terbangun juga tanpa perlu aku kejutkannya.
“Are you okay sayang?” tanya Najah kepadaku. Tangannya meraba-meraba aku di katil. Dia bangun apabila menyedari yang aku tidak ada dipembaringan.
“I kat sini bang…”
“Laa…buat apa duduk dekat situ sorang-sorang. Sayang buat apa tu?” tanya Najah kepadaku. Dia membuka lampu tidur untuk menerangi bilik tidur kami.
“Tasha sakit perut…” jawabku ringkas. Najah bingkas turun dari katil dan mendapatkan aku yang sedang duduk di penjuru bilik. Dia mengusap perutku yang memulas itu, lagaknya seperti seorang doktor.
“Pergi klinik jom…sayang tukar baju kita pergi klinik sekarang. Sayang mesti tak makan ni sebab tu sakit perut. Dua hari abang tak ada , sayang tak makan ya?”
“Tasha makan dengan Kak Safi semalam…” jawab ku sambil menahan kesakitan. Najah mengambil baju panasku dan menyarungkannya kebadanku. Dia ke bilik air untuk mencuci muka dan mengganti pakaian tidurnya.

Dalam kedinginan subuh, Najah memandu menuju ke Hospital Pakar Johor. Berkali-kali dia memegang perutku dan berdoa kepada Allah. BMW Najah meluncur laju di jalanraya yang masih sepi dan lengang.
Aku dibawa ke unit kecemasan. Nasib baik sepupu Najah, Dr. Sharifah Qistina bertugas pada ketika itu sekaligus memudahkan dan mempercepatkan rawatan ke atas ku. Najah menemani aku disepanjang pemeriksaan ke atas diriku yang dilakukan oleh sepupunya.
“Tasha sakit apa Qis?” tanya Najah yang tidak sabar mengetahui punca sakitku.
“Nak tahu apa sakit Tasha ke Najah? Mari sini…” panggil Qistina. Dia menarik satu mesin mendekati katil ku. Qistina menyelak bajuku dan menyapukan sejenis losyen ke atas perutku. Dia kemudiannya meletakkan sejenis alat ke bahagian perutku yang disapu losyen sebentar tadi. Kedengaran suatu bunyi yang tidak pernah kami dengar sebelum ini. Qistina memusing skrin kecil ke arah kami.
“Nampak tak the tiny creature?” soal Qistina
“Which one Qis?” tanya Najah lagi.
“Yang bergerak tulah Najah…” Qistina menunjukkan ‘tiny creature’ itu kepada kami.
“Sayang nampak tak?” tanya Najah kepadaku. Dia begitu teruja melihat benihnya yang sedang bergerak-gerak dengan begitu aktif sekali.
“Itu yang menyebabkan Tasha rasa kurang selesa, mual, pening dan sebagainya. That tiny little creature is growing in your womb future mommy”
“Sayang…syukur Alhamdulillah…” ucap Najah dengan gembira. Dia menghadiahkan aku dengan satu kucupan di dahi. Aku bahagia melihat Najah tersenyum gembira. Dia tidak lagi bimbang.
“Ingatkan salah makan…risau betul bila Tasha kata sakit perut, muntah-muntah…” beritahu Najah pada Qistina.
“Sakit perut sebab hal lain… Anyhow congrats Najah, Tasha…nanti I fix appointment for you guys. I’ll get the best doctor for you Tasha…”
“Thanks Qis…”
“Qis…” panggil Najah
“Yupp Najah”
“Please don’t tell anyone”
“Kenapa? Tak mahu auntie Helen tahuke?” tanya Qistina. Najah menganggukkan kepalanya. Qistina yang faham dengan maksud Najah juga menganggukkan kepalanya tanda faham. Bagi aku, apa pun keputusan Najah, aku tidak kisah. Samada mahu merahsiakan khabar gembira ini dari keluarganya atau tidak, bukanlah perkara pokok bagiku. Yang penting, Najah gembira.

Selesai pemeriksaan dan mengambil beberapa jenis ubatan, aku dibenarkan pulang. Dalam perjalanan pulang ke apartment kami, aku sempat menghubungi ummi. Ternyata ummi juga begitu teruja dengan berita kehamilanku ini.
“Ajak Najah balik sini Tasha, ummi nak masak yang sedap-sedap untuk makan tengahari nanti. Tasha nak makan apa?” tanya ummi.
“Apa aje yang ummi masak, Tasha makan. Abang nak makan apa? Ummi offer nak masak lunch untuk kita ni” tanyaku pada Najah pula.
“Najah nak ummi punya asam pedas ikan duri yang special tu” jawab Najah pula.
“Sejak bila abang makan ikan duri ni?”
“Entah…baru kejap tadilah kot”
Kami bertiga ketawa. Aku baru sahaja disahkan mengandung, Najah pula yang mula bertukar selera denganku. Aku senang sekali, tidak perlu merahsiakan berita gembira dari sesiapa kecuali mama. Pelik juga kenapa Najah tak mahu mama tahu sedangkan sebelum ini Najah kata mama sangat prihatin dengan wanita mengandung. Takpelah…mungkin dia ada sebab tersendiri.
“Balik ni Tasha rest okay… nanti abang hantar resign letter pada Puan Kelly…Tasha duduk rumah aje, jaga bebaik baby kita…” ucap Najah. Aku tidak membantah. Belajar dari kesilapanku dulu, setiap wanita mengandung berbeza ragamnya dari setiap orang. Ada yang kuat, ada yang sakit selalu…dan manja seperti aku.
Dengan persetujuan dari Najah, aku datang ke pejabat untuk menyerah surat perletakkan jawatanku. Aku juga akan bekerja untuk beberapa ketika sehingga Puan Khalijah dapat mencari pengganti untukku. Papa pula mencadangkan agar aku bekerja dari rumah sahaja sehingga ada orang lain menggantikan aku. Papa terlalu gembira bila diberitahu dia akan dapat seorang cucu tidak lama lagi. Kata papa dia sudah jenuh menunggu Kak Safi mengandung lagi.
Aku tak kisah kalau aku terus bekerja sehingga sarat lagipun kerjaku bukannya berat sangat namun Najah tetap mahu aku berhenti kerja. Dia tak mahu kehilangan lagi. Di rumah, aku dilayan bagai permaisuri sehingga satu kerja pun aku tidak dibenarkan buat. Najah lakukan semuanya untukku. Tiap hari ada sahaja yang dibelikan untukku, papa pun sama…setiap kali tiba waktu rehat dia akan bertanya padaku jika aku berkehendakkan apa-apa.
Ajaibnya ketika mengandung, aku bagaikan terlupa dengan masalah yang aku hadapi selama ini. Mungkin kerana semua orang melayani dan memanjakan aku dengan baik sekali sampaikan aku tidak ada masa untuk memikirkannya.

“Orang mengandung memang kuat berangan ehh?” tegur Sarah.
“Apa yang kau fikirkan? Nama baby ke” tokok Sarah lagi
“Awal sangat kot kalau nak fikir nama baby…tapi yang penting mesti ada huruf N…WAJIB!” kataku.
“Pilihlah nama yang sedap disebut…sedap didengar…” cadang Sarah
“Semestinya…dan yang paling utama…punyai makna yang baik…” tambahku pula.
“Kau mabuk lagi tak?” tanya Sarah
“Mual ajelah…muntah tak lagi sebab doktor bagi pil tahan muntah. Aku boleh flat kalau muntah terus…”
“Oohh…baru aku tahu yang muntah tu boleh ditahan-tahan ya…” naif sungguh temanku ini. Aku tersenyum.
“Zaman sekarang ni semuanya boleh ditahan Sarah…”
“Pssstt…Tasha…kau tengok siapa datang tu…” panggil Sarah menyuruh aku melihat ke luar tingkap. Mama datang ditemani Farah dan auntie Kalsom. Cantik mama hari ni, dia cukup anggun dengan kebaya nyonya dan kain batik lepas warna sedondon ungu cair. Terserlah kulitnya yang putih melepak itu.
“Dia nak jenguk anak-anak dan suami dia…bukan aku…”
“Kau jangan kecil hati kalau Puan Sri tak tegur kau…tapi sebagai anak, kau kena tegur dia walaupun dia tak suka kat kau…” nasihat Sarah.
“Insya Allah Sarah…aku tak pernah lupa kat mana tempat aku… Ehh…aku nak jumpa Najah sekejap…nanti kita sambung balik…”

Sebelum Farah menerjah ke bilik Najah dan mengajaknya keluar makan tengahari, adalah lebih baik aku yang menemui Najah dahulu. Belumpun aku sempat masuk ke bilik Najah, mama sudah memanggil namaku dengan suara yang garang.
“Natasha…buatkan aku kopi…” perintah mama.
Najah melambai tangan menyuruh aku masuk dahulu ke biliknya. Aku tak tahu siapa yang harus aku dahulukan. Najah suamiku atau mama, mertuaku yang belum dapat aku tawan hatinya?
“Sayang buat apa berdiri kat luar…masuklah…” ucap Najah. Dia menjemputku dimuka pintu. Kemudian dia terlihat mama yang sedang berbual dengan Datin Kalsom dan Farah.
“Tasha kena buatkan mama air bang…” beritahuku.
“Tak usahlah…nanti abang suruh Kak Timah aje yang buat…” ujar Najah. Dia menarik tanganku lalu masuk ke biliknya. Aku jadi semakin serba-salah.
“Tasha pregnant…tak boleh buat kerja berat, abang tak benarkan walaupun Cuma angkat dulang kopi…” tegas Najah.
“Kalau jadi macam dulu macamana? Abang tak nak Tasha sakit…” tambah Najah lagi. Aku mengeluh panjang. Takut mama akan bertambah benci pada aku, takut juga kalau jadi apa-apa pada diri dan kandunganku ini. Memikirkan betapa sakitnya waktu keguguran dulu, aku jadi fobia.

“Manjakan sangat bini dia…entah apa dia dah buat kat Najah agaknya…” omelan mama yang sempat singgah di telingaku. Aku cuba pekakkan telinga daripada terus mendengar caci hina mama untukku. Kata-kata mama sungguh pedih dan menyakitkan apatah lagi di hadapan tetamunya. Sungguhpun Najah melarang, namun aku tetap menyediakan minuman yang diminta mama.
“Jemput minum ma…Datin, Farah…” pelawaku dengan sopan. Aku segera pergi dari situ setelah menghidangkan minuman mereka tetapi ditahan mama.
“Kau mengadu dengan Najah ke? Kau jangan cuba-cuba nak racun fikiran anak aku…” tegas mama. Takut aku melihat matanya yang dibeliakkan.
“Tidak mama…Tasha tak cakap apa-apa pun pada Najah…”
“Dah…pergi sana, jangan nak buat muka sedih kat sini…” kata Farah dengan sombong. Bengkeng sungguh Farah dengan aku.

Aku tidak ambil peduli dengan kata-kata Farah dan mama. Aku kembali ke pantry untuk menyimpan dulang yang aku gunakan tadi. Aku terkejut dengan kehadiran Najah di pantry, menungguku.
“Abang bangga dengan Tasha…” ucap Najah. Aku tersenyum. Najah tidak tahu apa yang tersembunyi dalam hati aku. Aku juga pelakon yang hebat sepertinya.
“Tasha cuma nak ambil hati mama bang…untuk abang juga untuk baby yang dalam perut ni… Tasha harap mama akan terima anak kita walaupun mama tak suka pada Tasha…” bicaraku dengan positif.
“Tasha sangat menyenangkan hati abang…” balas Najah.
“Mama abang…mama Tasha jugak… kalau Tasha benci mama, sama macam Tasha benci abang…takkan Tasha nak buat macam tu kot?” tambahku lagi.
“Sabar ya sayang…abang yakin tak lama lagi mama akan terima Tasha…dengan baby-baby ni sekali…” ucap Najah sambil menyentuh perutku.
“Satu baby jeklah…” kataku.
“Dua…” tegas Najah
“Satu!” balasku
“Dualah! Abang kata dua tu…dualah…nape degil ni?” usik Najah sambil menarik hidungku.
“Sakitlah…”

“Manja… tapi baby tetap dua tau…” kata Najah lagi. Aku membesarkan mataku. Dia yakin kandunganku ini kembar kerana aku sering mengeluh penat. Najah kata setiap keinginan aku berganda begitu juga dengan sikapku. Kata Najah lagi, aku semakin manja…rajukku juga berganda dari selalu.
“Dua ke…satu ke tak kisahlah…asalkan sihat…”
“Betul…yang penting mummy sihat…baru baby-baby ni sihat. Tasha kena jaga kesihatan…dengar cakap abang,ikut nasihat doktor… Abang sayang sangat kat Tasha, tak mahu jadi apa-apa yang tak baik pada Tasha. Kalau boleh abang nak letak Tasha dalam see-thru clean room masa Tasha pregnant ni…”
“Abang ingat Tasha ni tikus lab ehh??” marahku. Najah ketawa besar. Cepat-cepat aku tutup mulutnya sebelum orang lain terdengar. Walaupun sudah aku tutup mulutnya dengan tapak tangan, dia masih lagi mengekek ketawa. Nakal sungguh Najah.

Mendengar derap langkah menuju ke pantry mematikan saki baki ketawa Najah. Dia mengajak aku kembali ke bilik masing-masing.
“Awak berdua mengular ya?” tegur Puan Khalijah. Aku tersenyum.
“Bukan mengular kak… ambil angin aje…” balas Najah.
“Angin apa di pantry ni?” tanya Puan Khalijah.
“Angin dari hotel sebelahlah Kak Kelly…bau sedap sungguh…apa agaknya yang diorang tengah masak kat dapur hotel tu” Nakal sungguh jawapan Najah membuatkan Puan Khalijah tersenyum.
“Hmm… sekejap lagi bolehlah Najah bawak Tasha lunch kat sana” cadang Puan Khalijah.
“That’s brilliant idea…thanks kak…”

Part 33

Kandunganku sudah masuk tiga bulan dan aku sudah tidak bekerja lagi. Sesekali kalau bosan datang menghambat, aku ikut Najah ke pejabat biarpun ditegah papa dan Kak Safi. Bagiku aku lebih selamat di pejabat daripada keseorangan di rumah. Makan-tidur aje badan aku cepat betul naik. Begitu juga dengan perutku, walaupun baru tiga bulan tapi dah bulat macam lima bulan. Mungkin betul telahan Najah…anak dalam kandunganku ini kembar!
Hari ini aku bercadang untuk keluar membeli-belah. Kalau ikutkan Najah, aku tidak boleh keluar tanpa ditemani sesiapa.
“Tasha nak beli birthday present abang…tak usahlah abang ikut…” rayuku berkali-kali. Puas aku memujuk, barulah dia memberi kebenaran dengan syarat aku mesti sentiasa menelefonnya. Seronoknya tidak terhingga dapat keluar sendirian, aku boleh pilih apa sahaja yang aku suka dan aku boleh ambil sebanyak mana masa yang aku perlu tanpa ada orang mengeluh kepenatan di sisiku.

Aku memarkir keretaku di hadapan HSBC dan bergegas masuk ke dalam bank itu untuk melakukan beberapa transaksi. Tidak sampai sepuluh minit kemudian aku keluar dari bank itu setelah segalanya selesai. Aku memandu menuju ke City Square. Aku ingin mencari sesuatu yang istimewa untuk Najah sebagai hadiah hari lahirnya. Najah berkeras tidak mahukan sebarang hadiah dariku, katanya janin yang sedang membesar di dalam rahimku ini sudah cukup bererti baginya. Biarpun mama Najah tidak mahu menerimaku sebagai menantunya, aku juga pasrah.
Telefon comelku berbunyi. Wajah suamiku yang tercinta terpapar di skrin. Seperti yang disyaratkan hampir setiap jam Najah menelefon bertanyakan khabarku.
“Sayang dekat mana ni?” tanya Najah.
“Tasha baru aje nak masuk mall ni bang. Abang, thanks masukkan duit dalam akaun Tasha…banyaknya abang masukkan”
“Itu bonus untuk Tasha, setiap bulan abang akan bagi Tasha bonus sampai baby kita lahir” ucap Najah dengan bersungguh.
“Kalau baby tak lahir macamana?”
“Mana boleh tak lahir, cukup sembilan bulan sepuluh hari dia gerenti keluar. Takkan dia nak duduk dalam perut mummy lama-lama. Mummy laratke nak bawak perut besar tu ke hulu ke hilir?”
“Pregnantkan seksi, larat ajelah…Hmm…abang Tasha nak shopping ni, nanti lepas Tasha siap shopping, Tasha call abang. Daddy ada nak request apa-apa tak dari mummy?”
“Just take care of yourself and our baby sayang. Hadiah apa pun yang Tasha bagi untuk abang, abang terima. Syahrun Najah yang Tasha kenal tak pernah cerewet kan?”
“Hmmm…sayang abang!”

Lenguh kakiku mengelilingi pusat membeli belah itu untuk mencari sesuatu yang istimewa untuk Najah. Akhirnya aku terjumpa sehelai sweatshirt lengan panjang warna putih yang tertera perkataan “Daddy” dibelakang baju itu. Aku rasakan baju itu sangat sesuai untuk Najah. Aku pasti Najah tentu menyukai pemberianku ini. Aku juga membeli haruman baru jenama Boss dan Ralph Lauren kegemarannya. Aku bergegas keluar dari pusat membeli belah itu kerana aku sudah berjanji untuk makan tengahari bersama Najah di Hai Tien Lo. Tekakku kini demanding untuk menikmati dumpling yang enak di restoran terkenal itu.

Aku sempat berSMS dengan Najah dan memberitahunya aku kini sedang menuju ke basement. Nasihat Najah meminta aku berhati-hati sentiasa aku ingati. Ketika aku di mesin AutoPay untuk membayar parking, aku terpandang kereta mama melintas di hadapan pintu masuk di basement itu. Kelihatan mama memandu sendirian. Kali terakhir aku jumpa mama, ketika dia singgah ke pejabat dengan Farah dan ibunya. Mama masih tidak dapat menerima aku.

Part 34

Sewaktu aku keluar dari pusat membeli belah itu dan menuju kekereta aku mendengar jeritan seorang wanita meminta tolong. Dari jauh aku melihat mama sedang bergelut dengan seorang lelaki.
“Ya Allah, mama!” jeritku. Aku berlari kearahnya. Langkah aku semakin panjang.
“Tolong! Tolong!” jeritku meminta bantuan, namun sayang tiada siapa di situ ketika itu. Peragut itu juga tidak menghiraukan jeritan aku dan masih bergelut dengan mama. Tanpa fikir panjang aku memukul lelaki itu dengan beg tanganku. Perutku yang mula terasa sakit dan senak itu tidak aku pedulikan. Aku membantu mama semampu yang boleh bagi melepaskan dia dari peragut yang tidak berhati perut itu.
“Tasha tolong mama, call polis Tasha…” jerit mama. Itulah kali pertama dia membahasakan dirinya mama ke padaku. Mendengarkan perkataan polis, lelaki itu memusingkan badannya dan berpaling ke arahku. Dengan sekelip mata dia menendang perutku dan menyebabkan aku terduduk. Lelaki ganas itu terusan menumbuk perutku dan memijak badanku sehingga aku tidak bermaya.
“Tolong, jangan apa-apakan saya” jeritku pada lelaki itu.
“Ya Allah, baby….Ya Allah selamatkanlah bayiku” jeritku lagi. Perutku terasa pedih yang amat sangat. Aku tidak mampu untuk bergerak lagi. Melihat keadaanku yang sudah tidak bermaya, peragut itu melarikan diri tanpa mengambil apa pun pun dari aku dan mama.
“Aduhhh…” aku cuba untuk bangun tetapi perutku terasa begitu sakit. Sakit yang tidak pernah aku rasakan sebelum ini. Aku cuba mengesot, ketika itu baru aku menyedari yang aku mengalami pendarahan. Mama yang terkejut melihat keadaanku memelukku dengan erat. Kali pertama aku merasakan kasih sayangnya.
“Ya Tuhan…Tasha kamu bleeding nak…” ucap mama
“Sakit ma…”
“Tasha pregnant ke nak?” tanya mama kepadaku. Aku hanya mampu menggerakkan kepala beberapa kali sambil mengerang kesakitan yang tidak boleh aku luahkan dengan perkataan.
"Ya Allah...kenapa tak bagitahu mama selama ni...kenapa tak cakap..."
"Ya Allah selamatkanlah menantu dan cucuku ini..."ucap mama sambil menangis.
“Tasha...Tasha...kenapa semua ni terjadi nak...Ya Allah...Mama call Najah sekarang…mama call Najah” terketar-ketar jari jemari mama mendail nombor pejabat. Aku hanya mampu menangis menahan kesakitan. Berkali-kali aku berdoa pada Tuhan semoga dia melindungi permata hati aku dan Najah dari segala bahaya.
“Najah…mama ni nak”
“Mama ada di City Square ni Najah, basement B3. Najah datang sini cepat nak, Tasha bleeding ni…cepat nak datang sekarang”
Suara cemas mama pasti akan mengejutkan Najah. Beberapa pengawal keselamatan datang memberi bantuan kecemasan kepadaku. Aku sudah mula hendak pitam, penglihatanku juga semakin kabur. Mama masih menangis dan meminta maaf dariku. Aku sudah tidak mampu untuk membuka mata, segalanya bertukar menjadi gelap seperti harapanku yang kian musnah.

Ketika Najah tiba aku hanya mampu mendengar suaranya sahaja. Dia memelukku yang sudah terbaring di pengusung. Kedengaran dia menangis terisak-isak.
“Sayang…macamana boleh jadi macam ni? Ya Allah…”
“Encik, isteri encik ini perlu dibawa segera ke hospital dia sudah kehilangan banyak darah” terang seorang petugas kesihatan. Najah dan mama mengiringi aku ke hospital. Dalam keadaan separuh sedar, aku mendengar mama meminta maaf berkali-kali dari Najah.


Sebaik sahaja aku membuka mata, Najah telah sedia menanti aku. Mukanya kelihatan begitu lesu dan sembab. Mungkin seharian dia menangis mengenangkan nasib aku dan bayi kami.
“Abang…” panggilku.
“Sayang…alhamdulillah sayang dah sedar” Najah mencium tangan dan pipiku berkali-kali. Dia turut mengusap kepala dan mengucup dahiku.
“Sakit sangat bang…” ucapku lagi
“Abang tahu sayang…abang tahu. You struggled to save my mother…” ucap Najah sambil airmatanya mengalir. Najah mencium pipiku berkali-kali.
“Baby macamana bang…” tanyaku perlahan. Aku bimbang sesuatu yang tidak ku inginkan berlaku.
“Baby kita selamat sayang…baby yang selamatkan Tasha…mama…” beritahu Najah.
“Alhamdulillah…” ucapku. Airmata syukur menitis ke pipiku. Aku bersyukur pada Allah kerana menyelamatkan kandunganku.


Part 35

“Tasha, Najah…” kedengaran suara mama memanggil kami. Papa juga turut ada bersama. Mama dengan tangan yang masih berbalut membawa sejambak ros merah untukku.
“Mama nak mintak maaf dari ini diatas segala kesalahan mama. Tak sepatutnya mama mengenepikan Tasha selama ini. Mama yang ego tidak mahu menerima orang yang mampu membahagiakan anak mama selama ini. Cucu mama yang tak berdosa nyaris menjadi korban. Maafkan mama Tasha, Najah” rintih mama. Hati aku menjadi semakin sayu mendengar kata-kata mama.
“Mama takde buat salah dengan Tasha dan Najah. Kami tak pernah marah pada mama. Kami yang patut minta maaf dari mama” ucapku lemah
“Najah juga nak minta maaf pada mama dan papa”
“Kamu anak yang baik Najah…” balas papa sambil memeluk Najah. Dia pastinya bangga dengan anak bongsu kesayangan keluarga Hanafi Al-Bakri itu.
“Mama bernazar, selepas Tasha sihat nanti mama nak buat your wedding reception dengan kenduri doa selamat sekali. Najah ajak Tasha pindah duduk dengan mama di banglo kita” ucap mama dengan bersungguh-sungguh.
“Terima kasih sebab Tasha bergadai nyawa untuk selamatkan mama semalam. Mama akan ingat sampai ke akhir hayat mama” Mama mengucup dahiku. Dia meletakkan tanganku dan tangan Najah bersama.
“Maafkan mama kerana lambat merestui pernikahan kamu berdua” tambah mama lagi. Airmata kegembiraan mengalir dipipiku. Papa yang dari tadi memerhatikan kami turut mengalirkan airmata kegembiraan


Hubungan aku dan mama bertambah baik malah Najah mula merungut apabila mama lebih sayangkan aku dari dia. Aku dan Najah kerap pulang ke banglo keluarganya dan bergilir melawat ummi di Bukit Dahlia. Papa telah meminta ummi untuk menerajui Yayasan Nur, sebuah badan kebajikan yang ditubuhkan untuk arwah ayah. Aku gembira apabila melihat keluarga kecil kami bersatu dan bahagia.
Seharian di rumah aku isi dengan pelbagai aktiviti selain dari berkemas dan memasak untuk Najah. Selagi masih punya waktu, selagi itulah akan aku luangkan untuk Najah. Aku risau melihat keadaannya yang semakin kerap termenung sekarang ini. Kadang kala aku seperti ingin bertanya dengannya, berterus teranglah dengan ku wahai kekasih agar dapat aku kongsi sakitmu itu, namun aku tak punya kekuatan untuk bertanya. Kunjungan Kak Long ke apartment kami beberapa hari yang lalu, aku terdengar perbualannya dengan Najah sewaktu kedua beradik itu berbual di balkoni.
“Kenapa Najah tak beritahu Tasha dik?”
“Cukuplah keluarga kita sahaja yang tahu sakit Najah ni kak, Tasha tak perlu tahu. Najah tak mahu Tasha susah hati, dia tempat Najah bermanja, berkasih dan melupakan kesemua kesakitan ini kak…”
“Kakak faham dik…tapi Tasha perlu tahu…”
“Bukan sekarang kak…”
Najah fikir aku tidak susah hati? Aku lebih susah hati dari dia. Setiap kali bangun dari tidur aku akan memastikan Najah masih bersamaku lalu aku panjatkan syukur kepada Allah. Mengingati perbualan Najah dan Kak Long itu membuatkan aku memendam kesemua pertanyaan yang bersarang difikiran. Aku tempat Najah bermanja dan berkasih, tempat dia melupakan kesakitan yang dialaminya. Tak perlulah aku bebani dia dengan soalan yang membuat dia sedih. Aku mula mengajar diri untuk tabah dan pasrah seandainya Tuhan menjemput Najah pergi dariku.
“Sayang buat apa tu…” tanya Najah sekaligus mematikan lamunan ku.
“Tengok laut bang…”
“Khusyuknya tengok laut sampaikan abang balik pun tak sedar…Ada apa kat laut tu sayang?” tanya Najah yang merangkul pinggangku dari belakang.
“Ada muka abang terlukis pada riak air tu bang, itu yang Tasha tak lepas pandang. Tasha mintak maaf bang, Tasha memang tak sedar…” aku kucup pipi Najah lalu aku longgarkan tali lehernya.
“Abang penatlah sayang…picit badan abang sayang…” pinta Najah. Aku memicit perlahan badannya, sesekali aku peluk dan ku cium tubuhnya. Aku tak mahu kehilangan Najah, bagaimana aku harus tempuhi hidup ini sendirian tanpa Najah nanti? Airmataku mengalir lagi.
“Abang nak air tak? Tasha buatkan ya…” tanyaku sebelum Najah menyedari pipiku mula dibasahi airmata.
“Nantilah sayang, abang nak rehat dulu…Tasha jangan ke mana-mana, baring sebelah abang aje ya sayang…” Najah sudahpun berbaring di katil, aku turut merebahkan tubuhku di sebelahnya.
“Sayang…kalau abang takde nanti macamana?” soal Najah tiba-tiba. Soalan itu bagai menyentap jantungku. Kenapa dia bertanyakan soalan seperti itu kepadaku? Apakah waktunya semakin hampir?
“Abang takde? Abang nak kemana?”
“Kalau abang mati…”
“Ishh! Kenapa abang cakap macam ni? Abang tak sayang Tasha ke? Abang nak tinggalkan Tasha ke?”
“Semua yang hidup pasti akan mati sayang, satu hari nanti abang pun akan mati jugak…”
“Kalau abang mati dulu, tinggallah Tasha merana seorang diri…Tasha takde teman, lama-lama Tasha mati jugak”
“Ishh…ada pulak cakap macam tu. Ummi ada, mama ada, papa ada, Kak Safi ada, Jim ada, Abang Long ada, Fifi pun ada…apa pulak tak berteman”
“Syahrun Najah Hanafi Al-Bakri…kalau awak dah mati apa guna Natasha Ameera Ariffin hidup lagi? Hidup ini hanya untuk berbakti pada abang selain daripada beribadat kepada Allah bang…abanglah cahaya hidup Tasha” ucapku terisak-isak. Aku peluk Najah seperti aku tidak mahu melepaskannya pergi. Hidup kami baru sahaja mengecapi bahagia, baru mendapat restu dari mama yang sekian lama aku tunggu namun mengapa kebahagiaan ini bukan milikku selamanya?
“Shhh…jangan nangis sayang. Nanti baby kita lahir…boleh temankan Tasha…Tasha jaga diorang, besarkan diorang untuk abang…”
“Abang…kenapa cakap macam ni…? Abang jangan tinggalkan Tasha bang, Tasha tak sanggup hidup tanpa abang…please bang, jangan tinggalkan Tasha” rayuku sambil menangis. Pelukkan Najah semakin erat, aku merasakan yang dia seakan terlalu hampir dengan hari kematiannya. Petang ini Najah cukup menakutkan aku dengan kata-katanya.
“Takde apa sayang…sayang buatkan abang air, abang hauslah. Abang nak yang sejuk aje ya” pinta Najah. Dia begitu bijak menukar topik perbualan.

Part 36

Aku menangis sepuasnya di dapur. Kepada siapa aku harus kongsi kepiluan ini? Hatiku berat untuk bertanya kepada mama, papa, Kak Long atau Abang Jim. Untuk berkongsi berita duka ini dengan ummi? Mungkin tidak! Pasti ummi akan teringat kisah lamanya dengan arwah ayah yang meninggalkannya sewaktu aku di dalam kandungan.
Dengan linangan airmata, aku menuang jus oren ke dalam gelas tinggi. Beberapa ketul ais aku masukkan ke dalam gelas itu. Aku mencapai dulang dan membawa minuman untuk Najah ke bilik. Aku lihat Najah sedang memicit-micit kepalanya.
“Abang…air…”
“Hmmm…thanks sayang”
“Abang nak Tasha picitkan kepala ke?”
“No, thanks sayang…lepas mandi nanti okaylah ni…” balas Najah.

Aku memerhatikan dia meneguk gelas yang berisi jus oren. Hampir kering air di dalam gelas itu. Haus benar dia. Selepas mencium dahi dan memelukku dia berlalu ke bilik mandi. Aku mengambil telefon bimbitku lalu menghubungi Emily.
“Kenapa nangis ni Tasha? Belum cakap dah nangis macamana aku nak faham apa yang kau cakap ni”
“Najah…”
“Yelah kenapa dengan Najah…dia sakit ke?”
“Aku rasa waktunya semakin hampir Mil, Najah akan tinggalkan aku”
“Ya Allah…istighfar bebanyak Tasha” pesan Emily. Aku ulangi setiap baris ayat yang diungkap Najah kepada Emily agar dia mengerti situasiku ketika ini.
“Bunyinya macam serius aje Tasha. Dia ada sakit-sakitke sekarang?”
“Dia tak pernah sakit dirumah Mil, aku tak tahu bila dia sakit…”
“Mungkin dia melawan sakitnya setiap kali kau berada disampingnya. Kan kau pernah dengar dia cakap kau tempat dia melupakan segala kesakitannya”
“Aku takut Mil…aku tak mampu untuk meneruskan hidup tanpa Najah… aku rasa macam baru semalam aku kenal Najah. Macam baru kelmarin aku kenal kau. Semuanya bagaikan baru sahaja aku lalui Mil, berkongsi bilik dengan kau di flat pelajar, berkenalan dengan Najah di Old Traffod”
“Yelah Tasha…diam tak diam dah lebih dua tahun kita kembali ke sini. Aku ingat lagi tiap hari Najah datang ke flat kita sebab nak jumpa kau. Hujungnya kau dengan Najah jadi bahan gosip dikalangan student”
“Entah esok ataupun lusa Najah akan tinggalkan aku, apa yang kau cakap tadi tu semuanya akan jadi kenangan. Aku bakal ditinggalkan sendiri”
“Tasha kau kena kuat. Sebagai teman aku nak kau tabah dan aku sentiasa ada bila kau perlukan aku. Tasha…kuatkan semangat ya…ingat, kau tempat Najah melupakan segala kesakitannya, jangan ditambah lagi sakitnya Tasha…kau kena kuat” ulang Emily berkali-kali.
“Mil…thanks, aku call kau semula Najah dah siap mandi…”
“Take care my dear”
“I will…”

Aku biarkan Najah menunaikan solat Asar, aku tunggu dia dibirai katil sambil membaca novel terbaru Sidney Sheldon yang Najah belikan untukku. Sekejap-sekejap pandangan ku alihkan kepada Najah yang sedang memanjatkan doa. Aku rakamkan setiap gerak-gerinya dalam mindaku…buat pengubat rindu bila tiba saat berpisah nanti.
“Malam ni Man datang rumah kita sayang. Abang ajak dia tidur disini”
“Abang ajak dia tidur kat sini?”
“Hmm…kebetulan esok dia nak ke Singapura, ada kes kat sana. Man nak tidur di hotel tapi abang pelawa dia tidur di rumah kita aje”
“Macam tu Tasha kena masak lebihlah malam ni…”
“Tasha masak nasi lemak sayang. Macam tak puas aje makan nasi lemak Tasha buat dua hari lepas. Bahannya ada lagi tak? Kalau tak ada abang call Pak Karim mintak dia belikan”
“Jangan susahkan Pak Karimlah bang. Pagi tadi lepas jumpa mama di kelab Tasha dah ke pasar. Semuanya Tasha dah beli bang”
“Bijak isteri abang ni. Itu yang buat abang sayang sangat kat Tasha…”

Ketika kami sedang minum petang, abang Harriz sampai dari Kuala Lumpur. Najah kelihatan begitu gembira dengan kehadiran sepupuku itu. Mereka berpelukan bagai bertahun tidak berjumpa. Abang Harriz menepuk-nepuk belakang Najah beberapa kali sambil berbisik di telinganya. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang disampaikan Abang Harriz kepada Najah…sesuatu yang bisa membuat aku menangis lagi.
“Dah nampak perut Tasha…berapa bulan dah?” tanya abang Hariz. Dia menghulurkan tangannya kepadaku lalu aku sambut dan mencium tangannya, tanda hormat kepadanya.
“Masuk lima kan sayang? Aku berdoa siang malam, biarlah kandungan kali ini takde problem macam dulu” beritahu Najah sambil mengusap perutku yang semakin membulat.
“Insya-Allah…” doa Abang Harriz.
“Man…kau tengok-tengokkanlah Tasha ni kalau aku takde nanti”
“Ishh kau ni Najah…”
“Tasha ke dapur bang…ambil cawan untuk Abang Riz” celahku.

Aku tak mahu dengar lagi. Aku bawa diriku ke dapur. Tiap kali Najah membangkitkan soal mati, aku begitu tersiksa. Tersiksa membayangkan hari-hari mendatang tanpa dirinya disisi. Bertahun aku hidup bersamanya, aku tak tahu bagaimana hari-hariku nanti jika dia pergi.
“Abang Riz lama ke kat Singapore?” tanyaku sambil menuang kopi.
“Dua tiga hari aje…kenapa Tasha…”
“Kalau lama…bolehlah singgah rumah ummi…Tasha plan nak ke sana…” beritahuku.
“Yelah Man…jomlah sekali kau pun dah lama tak jumpa ummi kan?” tanya Najah. Abang Harriz mengangguk.
“Malam ni kalau ada Jim…kita lepak sambil tengok race best jugakan?”
“Jim tak adalah…dia temankan papa aku ke Brunei…” balas Najah.
“Kau tak ikut pulak?” soal abang Harriz.
“Tak…papa tak bagi. Aku kena teman Tasha…macam dah sarat sangatkan? Padahal baru lima bulan…” tambah Najah lagi. Abang Harriz mengangguk lagi, dia memandangku. Ekpressi wajahnya tidak ceria seperti selalu. Kasihankah dia padaku? Itukah yang ingin disampaikannya?

“Tasha dah scan belum?” tanya abang Harriz
“Taklah bang…nak surprise…” ujarku.
“Scanlah…nanti boleh tengok baby kat dalam tu…” tambah abang Harriz lagi. Dia menyuruh aku meminta print out imej kandunganku dari doktor nanti bila aku menjalani pemeriksaan bulan depan.
“Next monthlah Tasha scan…” jawabku. Sedang kami sedang asyik berbual dan menikmati keindahan langit senja, azan Maghrib berkumandang dari Masjid Sultan Abu Bakar. Kami meninggalkan balkoni lalu masuk ke dalam. Najah meminta diri untuk menyediakan bilik solat, dia mahu kami berjemaah bersama Abang Harriz.
“How are you doing sis?” tanya abang Harriz padaku.
“Abang tengoklah sendiri…”jawabku.
“Tasha marah abang?” tanya abang Harriz lagi.
“Untuk apa Tasha marah… Tasha hormati pendirian abang walaupun pada hakikatnya abang telah membelakangkan hak Tasha. Takpelah…satu hari nanti benda ni akan terbongkar juga…” tuturku perlahan.
“Tasha tak kecil hati…” sambungku lagi. Aku bangun meninggalkan abang Harriz di ruang tengah. Kebetulan Najah keluar dari bilik solat, aku meminta diri untuk mengambil wuduk.

Part 37

Setelah semuanya siap untuk berjemaah, Najah melaungkan iqamah. Hati aku meruntun pilu. Siapakah yang akan mengimamkan aku solat jika dia tiada nanti? Siapakah yang akan mengazankan bayiku jika dia pergi dalam waktu terdekat ini? Pelbagai soalan singgah dibenakku. Menjadi kebiasaan Najah setiap kali selesai solat dia akan mengaji. Sejak perutku semakin membesar aku tidak betah duduk lama untuk mengaji bersamanya. Selepas mengaji Najah bertafakur, memanjat doa pada yang Esa. Kadang aku terdengar dia menangis tapi tak pernah aku tanyakan. Terlalu banyak yang aku pendam dalam hati ini, bimbang bila diluahkan nanti kami tidak boleh tersenyum dan ketawa lagi.

Awal pagi lagi abang Harriz telah bertolak ke Singapura. Najah pula mengajak aku bersarapan di rumah mama. Sejak malam tadi dia teringin nak makan roti jala buatan mama. Sebaik sahaja sepupuku pergi, kami bergerak ke rumah mama.
Najah terus ke dapur sebaik tiba. Mama sedang sibuk menjala roti di atas kuali leper. Kak Mah pula membantu mama menggulung roti-roti itu lalu disusun di dalam pinggan besar.
“Hmmm…sedapnya bau…” puji Najah.
“Sabarlah nak oii…panas lagi tu Najah. Nanti Kak Mah siapkan atas meja kita makan sama-sama. Mengidam mengalahkan Tasha yang mengandung” kata Mama.
“Tasha…nanti kita ke Pelangi nak tak? Mama ingat nak tengok-tengok baju…” kata mama lagi sambil menjala roti.
“Boleh jugak ma… bestnya dapat jenjalan” ujarku.
“Ajak Tasha aje ke? Najah tak ajak sekali ma?” tanya Najah cemburu. Mama ketawa.
“Dengan awak sekalilah…siapa yang nak drive kalau awak tak ikut?”
“Ohhhh… jadi driver aje rupanya…” balas Najah. Dia pura-pura sedih.
“Bukan jadi driver aje…kena bawak shopping beg sekali…” usikku pula. Najah menarik muka panjang.
“Baby…dengar tak mummy cakap apa tu…mummy suruh daddy jadi driver, lepas tu suruh daddy bawakkan shopping beg lagi…baby kesian tak kat daddy?” kata Najah sambil merapatkan kepalanya ke perutku.
“Kesian daddy kan…” ajukku pula.

“Najah…Tasha… Kak Mah dah siapkan sarapannya atas meja tu…makanlah…” pelawa Kak Mah. Najah pantas bangun dari kerusinya lalu menuju ke ruang makan.
“Sampai hati abang tinggal Tasha…” jeritku dari dapur.
“Tasha pun sampai hati jugak jadikan abang supir…” jerit Najah dari ruang makan. Mama datang dekat padaku dengan semangkuk kari ayam, dia memaut pinggangku yang sudah semakin lebar.
“Sudah…tak usah gaduh-gaduh…mari makan. Cucu nenek ni mesti dah laparkan… tak sabar nak tunggu cucu-cucu mama ni lahir Tasha…tengok perut Tasha ni lain macam aje besarnya…Tasha jangan ambil gula banyak sangat, nanti baby besar…biar dia lahir kecil tak apa, asalkan sihat. Anak-anak mama semua macam tu, lahir kecil aje…3 kilo lebih. Kalau besar dalam perut…nanti nak keluarkan susah…sakit Tasha nanti…” nasihat mama padaku. Ummi sentiasa memantau apa yang aku makan. Setiap hari ummi akan bertanyakan menuku, kalau aku makan junk food, alamatnya tebal telingaku mendengar leteran ummi.

Part 38

Kami berempat termasuk Kak Mah begitu berselera sekali menikmati roti jala dengan kari ayam yang mama masak. Riuh rendah dengan keletah Najah yang suka mengusik mama dan Kak Mah. Najah cemburukan aku disuap mama, dia juga merengek minta disuap. Betul kata Najah sebelum ini, mama sangat sayangkan aku lebih dari dirinya.

Qistina sudah mengesahkan yang aku mengandung anak kembar. Najah begitu teruja dengan kehamilanku yang kali ini. Setiap hari dia akan berinteraksi dengan bayi kami, menyampaikan pesan-pesannya yang mungkin tidak dapat disampaikannya suatu hari nanti.
Aku kini tidak lagi dibenarkan memandu, malah aku tidak dibenarkan keluar dari rumah tanpa Najah. Kak Mah pembantu mama di rumah telahpun dipinjamkan kepada kami untuk membantu aku menguruskan rumahtangga. Aku masih lagi memasak untuk Najah dan menyiapkan segala keperluannya. Sekali kali keguguran dan dan hampir kehilangan bayi yang aku kandung ini membuatkan Najah begitu mengambil berat dan mengawasi setiap aktivitiku.
Mama dan ummi juga bergilir menjenguk aku di apartment ini. Sejak perutku semakin membesar, hampir setiap hari mama datang menemuiku. Ada sahaja yang dibawanya untukku.

“Kurma ni mama kirim dengan Ayu, baru sampai pagi tadi dari Madinah. Tasha makan tau…kurma bagus untuk otak bayi” pesan mama. Hampir setiap minggu mama membawa bungkusan kurma dari Madinah untukku. Ayu, sepupu Najah yang belajar di Universiti Madinah telah menjadi pembekal tetap.
“Sedap ma kurma ni…lain sikit dari yang selalu Ayu hantar”
“Hmm…yelah ini kurma Nabi, baru musim…”
“Owhh…mesti mahal ni ma…”
“Mahal ke tidak bukan perkara pokok, yang penting cucu mama ni dapat makan kurma Nabi ni…Biar dia ingat asal usul keturunannnya dari Tanah Arab” usik mama.
“Ma…boleh Tasha tanya sikit…”
“Tanya apa nak…”
“Najah sakit apa ma? Kenapa Najah rahsiakan penyakitnya dari Tasha?”
“Mana Tasha tahu?”
“Tasha terdengar papa berbual dengan Kak Safi, Najah berbual dengan Kak Safi dan Abang Faisal…” Mama meletakkan kurma ke dalam piring. Tak jadi untuk disua ke mulutnya.
“Najah ada brain tumor sayang…Doktor mengesahkan Najah mengidap tumor ketika dia dalam tahun 3 di universiti. Menurut kata doktor hayat Najah mungkin tak panjang tetapi sehingga ini Najah bertahan”

Najah di Tahun 3? Seingat aku ketika itulah aku bertemu Najah. Tahun itu aku baru sahaja menjejakkan kaki ke kota London. Najah memang nampak lesu dan begitu kurus ketika aku mula bertemu dengannya di Manchester, dia sedang sakit rupanya.
“Kenapa Najah rahsiakan dari Tasha ma?”
“Dia tak mahu Tasha sedih malah dengan kami pun Najah jarang berbual tentang penyakitnya kecuali dengan Faisal. Najah kuat kerana Tasha kuat, Tashalah sumber kekuatannya. Tasha janji dengan mama, jangan cakap dengan Najah tentang ini ya…Tasha janji ya nak…”
“Tasha janji ma…tapi kalau boleh Tasha nak Najah sentiasa ada disisi Tasha, sama-sama mendidik dan membesarkan anak-anak kami. Tiap hari Tasha berdoa ma semoga Tuhan panjangkan umur Najah”
“Hidup mati seseorang itu ketentuan Allah nak, kita hanya mampu berusaha dan berdoa”
Aku bersetuju dengan mama, hidup mati manusia itu ketentuan Allah. Selagi aku bernyawa dan bernafas, selagi itulah aku akan berdoa untuk kesejahteraan keluargaku.

“Tasha…ikan pari tu nak masak apa?” tanya Kak Mah.
“Semalam Najah pesan ikan tu dia nak Tasha bakar. Kak Mah tolong siangkan nanti Tasha masak…terima kasih Kak Mah”
“Mama makan malam disini aje ya? Nanti Tasha call Najah suruh dia ajak papa sekali”
“Boleh jugak…Mah sediakan bahan lebih sikit, kami nak makan besar hari ni” jerit mama kepada Kak Mah. Mama membantuku untuk bangun dari sofa, perutku yang besar ini sedikit menyukarkan untuk aku bangun dari duduk. Bayiku mula bergerak, seperti mereka tahu aku mahu menelefon daddy mereka.
“Assalammualaikum…”
“Waalaikumsalam…mummy tengah buat apa tu?”
“Tasha tengah borak dengan mama abang. Mummy ganggu daddy ke ni?”
“Tak sayang…cakaplah ada apa”
“Tasha ajak mama dinner dengan kita, jadi boleh tak abang ajak papa sekali. Kalau Abang Jim dengan Kak Safi takde plan lain, ajaklah sekali. Tasha nak masak lebih”
“Okay sayang…anak-anak abang nakal tak? Kacau mummy tak hari ni?”
“Anak-anak daddy baik sangat, elok aje. Hmmm…ni tengah gerak-gerak dalam perut mummy. Can’t wait to see them bang…”
“Same here sayang…abang tak sabar nak tengok mereka lahir ke dunia ni. Tasha jaga kesihatan baik-baik, jaga baby dalam kandungan tu supaya mereka sihat. Tasha, abang ada call…nanti kita jumpa di rumah ya sayang”
“I love you abang…”
“I love you too sayang…” I really, really loves you bang…sambungku dalam hati. Airmataku tiba-tiba mengalir. Kenapa ya?

Part 39


Hujung minggu kami sekeluarga ke Mersing, ke rumah rehat milik keluarga di Teluk Iskandar. Semua ahli keluargaku ada termasuk ummi. Semenjak keluarga kecil ini bersatu, kami belum lagi meraikannya. Bila mama bercadang untuk membuat mini gathering, pantas sahaja aku menyokong usulnya. Aku tidak tahu selama mana lagi masa yang tinggal untuk aku bersama Najah. Aku mahu waktu-waktu yang masih bersisa ini ingin aku kongsi bersama dengan keluarga tersayang.
Aku berkereta dengan ummi, mama, papa dan Najah. Manakala Kak Safi, Abang Faisal, Abang Jim, Pak Karim dan Kak Mah menaiki sebuah lagi kereta. Papa masih gagah memandu walaupun usianya sudah melangkau 60 tahun. Dia tidak nampak letih walaupun lebih dua jam memandu dari Johor Bahru.

Tiba di Teluk Iskandar, hari sudah petang. Kami sekeluarga bersetuju untuk berehat sahaja di rumah sementara menunggu malam untuk berbeku. Banglo setingkat menghadap Laut China Selatan ini begitu mendamaikan hati setiap pengunjungnya. Dipagari pepohon kelapa gading dikiri dan kanan rumah, kelapa hijau yang melentok pula melata di bahagian hadapan. Bayu laut senantiasa bertiup menjadikan rumah ini nyaman.
Dari dalam terdengar suara mama menjerit memanggil abang Jim. Berkali-kali dia berteriak, hujungnya dia keluar mencari abang Jim yang sedang menyiapkan dapur berbeku dengan abang Faisal dan Najah. Aku Cuma memerhati dari jauh.
“Buat apa letak grill tu dekat situ…nanti hilang nak BBQ, ada pulak yang terhempap buah kelapa” teriak mama dari tempat aku duduk.
“Sini beranginlah ma…” balas Abang Faisal.
“Dekat sini semua penjuru alam berangin…tak usah buat dekat situ Fai…alih ke depan ni sikit…” perintah mama.
“Najah…ke mari nak…kerja tu biar Fai dengan Jim buat. Jim lepas ni kamu tolong bawak Kak Mah ke kedai Lebai Din depan tu ya…terlupa bawak sos cili pulak…” tambah mama lagi. Abang Jim memegang dahinya. Mama tersengih. Kasihan abang Jim.

Najah datang menyertai aku dan mama di kerusi rotan. Merening peluh di dahinya dek sinaran matahari petang. Mama menyapu peluh di dahi anak lelaki kesayangannya itu.
“Hauslah ma…buatkan air boleh?” manja sungguh Najah dengan mama.
“Nak air apa?” tanya mama
“Apa-apa aje asal sejuk…”
“Abangkan demam…mana boleh minum ais…” ujarku mengingatkan Najah.
“Alah sayang…tekak abang ni kering sangatlah…boleh ya mama…Najah nak yang sejuk aje…”
Kebetulan Pak Karim lalu dengan papa membawa setandan kelapa muda. Najah lantas berteriak minta dibawa kelapa muda itu kepadanya.
“Siapa panjat ni?” tanya mama.
“Sayalah…” jawab papa. Terbeliak mata mama.
“Tak percaya ke?” tanya papa pula.
“Alah tak usah argue lah siapa yang panjat ma… yang penting kelapa ni dah ada depan mata. Pak Karim tolonglah belah kelapa ni…Najah nak minum airnya, lepas tu mama tolonglah amik ice cube…jug besar…gelas sekali…haus betul ni” kata Najah.
“Yelah…mama ke dapur sekarang…kuat merintah sungguh…” bebel mama. Aku geleng kepala. Sebelum ini aku tidak pernah tahu bagaimana perangai Najah dirumah. Dia memang anak yang manja namun karekternya berubah bila bersamaku. Dia suami yang suka membantu dan bertanggungjawab. Atau mungkin hari ini, hari-hari terakhirnya bersama kami lalu dia ingin bermanja dengan semua orang yang dikasihinya.
“Sayang nak air kelapa ni tak?” pelawa Najah padaku. Aku geleng kepala. Aku seronok memerhatikan Najah yang tekun mengorek degan kelapa dengan sudu. Dia kelihatan seperti seorang budak kampung.
“Yang ni lagi sedap…” kata Najah sambil menyudu degan kelapa ke mulutku.
“Minumlah air kelapa tu Tasha…bagus untuk baby…nanti lahir kulitnya bersih aje…” terang ummi yang baru sahaja selesai menunaikan solat Asar.
“Betul cakap ummi tu Tasha…nah Najah…isi gelas ni untuk Tasha…” ucap mama sambil menghulur gelas kaca kepada Najah.

Kemudian datang pula Kak Mah yang minta dihantar ke kedai, Kak Safi yang baru bangun tidur bersama Fifi. Abang Jim dan Abang Fai juga menyerbu ke beranda tempat kami menikmati air kelapa muda.
“Wahh…teruk kelapa kita kena serang Karim…tak untung macam ni” gurau papa.
“Kalau tahu…kita makan kat bawah pokok aje tadi…” tambah papa lagi.
“Takpe Tan Sri nanti saya suruh monyet Si Abu tu naik lagi… mintak dia turunkan lebih sikit” kata Pak Karim.
“Haaa…bocor rahsia papa…tadi kata panjat sendiri…rupanya monyet yang panjat” kata Najah sambil ketawa. Kesemua kami mentertawakan papa. Setandan kelapa sekejap sahaja habis dikopek dan diminum airnya. Pak Karim dan papa ke belakang semula untuk menurunkan beberapa tandan lagi. Kali ini Abang Fai, Abang Jim dan Najah turut sama menyertai papa.
“Jim…kan mama suruh kamu hantar Kak Mah ke kedai…” teriak mama.
“Nantilah ma…sekejap lagi. Jim nak tengok monyet panjat pokok kelapa kejap…” teriak abang Jim. Aku juga teruja untuk melihat monyet menurunkan kelapa tetapi dilarang ummi.
“Jangan nak mengarut Natasha…ingat sikit awak tu bawak perut…” marah ummi.
“Tasha nak tengok aje mi… bukan apa pun…” rengekku.
“Ummi kata tak usah…tak usahlah, jangan degil…” ucap ummi lembut.
“Mah…pergi panggil Najah suruh balik ke mari, lepas tu kamu suruh dia ke kedai… Nak harapkan Jim sampai habis BBQ pun sos tak beli” kata mama.
“Tasha ikut boleh ma?”
“Ke belakang tak boleh…tapi ke kedai boleh. Cepat Mah panggil Najah tu…demam-demam pun nak renyah ikut abang-abangnya” leter mama. Dia cukup risaukan kesihatan Najah.

Part 40

Pulang dari kedai kami sempat singgah di sebuah taman permainan kanak-kanak. Ternampak sekumpulan anak-anak bermain di situ, mengetuk hatiku mengajak Najah memberhentikan kereta.
“Kita duduk kat situ jom bang…” ajakku. Najah memimpin tanganku lalu menuju ke sebuah bangku simen. Kami duduk disitu sambil memerhatikan anak-anak kecil itu bermain. Riang sungguh mereka, gamat taman kecil itu dengan ketawa mereka yang riuh.
“Nanti anak-anak kita…kita biar dia lepas macam tu sayang. Bebas berlari ke mana aje…” ucap Najah. Setiap kali menyebut tentang anak, dia pasti akan menyentuh perutku dan berinteraksi dengan mereka. Si kembar berdua ini begitu aktif sekali apabila dipanggil daddy mereka.
“Rumah kita mana ada laman bang…”
“Nanti ada rezeki…abang buatkan rumah untuk Tasha yang ada laman, ada taman…cukup luas dan selesa untuk anak-anak kita bermain dan membesar”
“Tasha tak nak rumah besar…cukuplah kalau ada laman kecil untuk Tasha tanam pokok…” beritahuku.
“Abang tahu Tasha suka berkebun… abang pun ada surprise untuk Tasha macam yang Tasha bagi mama dulu…” kata Najah lagi.
“Tasha tak nak surprise tu semua bang, yang penting bagi Tasha…kehadiran abang disisi Tasha dan anak-anak. Tasha nak kita sama-sama besarkan mereka, beri didikan dunia dan akhirat yang cukup untuk mereka…itu aje yang Tasha nak bang…”
“Insya Allah sayang…” balas Najah pendek.
“I need you around…” ucapku sambil menggengam erat jari jemari Najah.

Semakin hari aku merasakan saat-saat perpisahan semakin dekat. Dan setiap kali itu juga aku panjatkan doa dan bermohon kepada Allah agar dipanjangkan pertemuan kami ini. Aku sangat-sangat memerlukan Najah disisiku.
“Impian semua orang sayang…nak melihat anak-anak membesar depan mata”
“We will do it together bang…”
“Insya Allah…”
“Tak lama jek lagi baby-baby ni akan keluar…asyik bergerak aje kat dalam ni…” beritahuku.
“Hmmm… Perut Tasha dah stretch to the max…besar sangat! Takut ada…kesian pun ada…tengok Tasha macam dah tak larat nak bawak perut tapi ada hati nak berjalan jauh…”
“Yeke? Mana abang tahu?”
“Tahulah sayang…tangan ni yang tiap hari sapu losyen kat perut ni…tahulah… Eight months ago…it’s just this big…but now it’s getting bigger and bigger…” ucap Najah. Dia meletakkan kedua tangannya diatas perutku dan mula mengukur.
“Abang penat ehh sapu losyen untuk Tasha?”
“Tak sayang…abang suka dan abang ikhlas buat semua tu untuk Tasha. Rasanya tak terbanding dengan pengorbanan Tasha mengandung dan melahirkan mereka nanti…”

Najah memandang wajahku. Kami bertentang mata untuk beberapa ketika. Aku merasakan seperti ada sesuatu yang ingin disampaikannya tetapi ia bagai tidak terluah. Aku dapat membaca apa yang tersirat dihatinya, apa yang membeku dilidahnya. Jika berat untuk dia meluahkan, tentu berat lagi telingaku yang bakal mendengar. Kadang aku rasakan, yang ini semua khayalan…mimpi… selagi Najah tidak berterus terang denganku selagi itulah aku masih menghimpun harapan agar dia kembali sihat seperti dulu.

“Balik jom bang…mesti Kak Mah tunggu sos cili dia…”
“Let’s go my babies… malam ni kita makan udang barbeku…daddy bakar special untuk mummy…” ucap Najah sambil membantu aku bangun dari bangku. Aku meninggalkan taman permainan ini dengan seribu harapan agar suatu hari nanti aku bisa kembali lagi ke sini bersama Najah dan anak-anakku. Bisa bercuti pada hujung minggu di kampung yang permai ini, seperti hari ini.


Part 41

Bunyi kokokkan ayam mengejutkan aku dari lena. Tidak sedar matahari dah mula tinggi. Najah tiada dalam bilik. Dengan rasa malas yang amat, aku bangun dari katil dan keluar mencarinya. Rumah ini sunyi sekali, sehingga ke bilik air dan belakang rumah aku mencari namun tiada seorang pun. Pintu bilik masing-masing masih tertutup rapat. Tapi ke mana Najah menghilang?

Sudahnya aku ke berandah melepaskan lelah. Unggun api yang papa buat malam tadi semasa kami berbarbeku masih lagi berasap. Aku panjangkan pandanganku ke pantai, aku lihat ada seseorang yang sedang menyusuri gigi air dan bermain ombak. Dari warna baju yang dipakainya, aku yakin lelaki itu Najah, suamiku.

Aku kembali ke bilik dan mengambil shawl untuk membaluti tubuh, kemudian aku ke pantai untuk bersama dengan Najah. Dia kelihatan begitu seronok sekali berkejaran dengan ombak sungguhpun dia sedang demam. Kalaulah mama nampak Najah sekarang ini, tentu berjela leternya.
“Sayang… kenapa datang sini…?” jerit Najah sebaik sahaja dia sedar akan kehadiranku.
“Tunggu abang kat situ aje sayang…nanti abang datang…” jerit Najah lagi. Aku duduk di atas batu sementara menunggu Najah. Penat juga aku berjalan dari rumah sehingga ke pantai walaupun tidaklah sejauh mana.

“Abang tak kejut Tasha solat pun…bangun sendiri aje…” rengekku sebaik Najah sampai di tempat aku menunggunya.
“Abang tengok Tasha tidur nyenyak sangat…tak sampai hati abang nak kejutkan. Sayang penat ya malam tadi?”
“Penat makan jek…”jawabku sambil tersenyum. Sehingga ke pagi ini aku masih kenyang makan jagung bakar, udang, ketam dan ayam. Riuh halaman rumah rehat ini semalam kerana papa dan mama turut mengundang jiran-jiran terdekat untuk berbarbeku bersama keluarga kami.
“Tapi abang laparlah sayang…Tasha teman abang breakfast kat depan sana nak tak? Kat situ ada satu warung jual lontong kering cecah kuah kari. Sedap tau…” beritahu Najah.
“Jauh tak?” tanyaku.
“Kenapa? Dah tak larat nak jalan kaki ke?” soal Najah pula.
“Mama kata kalau banyak berjalan…nanti senang nak bersalin…cepat nanti baby keluar” terangku pada Najah.
“Yelah tu…sebab tu you ikut mama pergi shopping tiap hari kan… Tactic mama ajak Tasha berjalan sebenarnya tu…” balas Najah pula.
“Tapi sejak Tasha sarat ni, kitorang dah tak keluarlah bang…Mama datang rumah kita then lepak-lepak kat rumah…tak pun ambil angin kat bawah…”
“Abang tak kisah sangat Tasha nak ke mana, asalkan berteman…dan jangan lupa jaga diri…” kata Najah. Dia merangkul pinggangku dan mula mengadu tangannya semakin jauh untuk mencapai keseluruhan pinggangku.

Kami berjalan kaki menuju ke warung yang disebut Najah tadi sambil menghirup udara pagi. Berduaan bagai kali pertama bertemu. Berbual bagai dah lama tidak bersua. Ada sahaja cerita yang keluar dari mulutnya.

“Tasha ingat tak budak UMIST yang suka kat Tasha dulu…” tanya Najah padaku.
“Ariff Irfan bin Datuk Dr. Ibrahim Kamal, anak dekan fakulti sains kat UTM tu?” tanyaku. Semput nafasku menyebut nama Irfan yang panjang beserta dengan title ayahnya sekali.
“Wahhh…ingat aje dengan bekas admirer dia…”
“Yelah…takkan lupa kot, Tasha kenal dia seorang aje yang study kat UMIST…”
“Dia yang bagi Tasha jersi Chelsea…” sambung Najah pula. Fikirannya masih tajam walaupun sebahagian otaknya ada tumor.
“Mana entah baju tu Tasha letak bang…”
“Tapi masa Tasha pakai baju yang Irfan bagi tu…you really cute… when I saw you for the first time, abang dah jatuh hati… Abang ingat awek siapalah yang tertinggal depan stadium, nak tegur takut boyfriend dia datang…”

“Irfan pergi tandas masa tu…”
“Mana Tasha kenal dia?”
“Dari ummi… Dr. Ibrahim tu kawan baik ummi masa study di Reading…”
“I see… panjangnya cerita dia… tapi sampai sekarang Irfan belum kahwin sayang… Abang jumpa dia kat KL dulu…sorry lupa nak bagitahu Tasha” kata Najah sungguh-sungguh.
“Tasha takde apa-apalah dengan Irfan…abang jangan fikir yang bukan-bukan ya…”
“Peliklah…orang handsome, bijak, bergaya…tapi tak kahwin lagi… buah hati kena kebas orang ke atau…”
“Atau dia GAY!” celahku pantas. Gelak besar Najah bila mendengar jawapan dariku.
“Abang rasa demam abang ni terus kebah bila Tasha buat lawak macam ni… eiiii…gelilah dengan spesis gay ni… Nasib baik abang dah kahwin dan dah nak dapat baby pun, kalau tidak agaknya orang pun kata abang gay…” tambah Najah lagi. Tersengih-sengih sambil cuba menyembunyikan kelucuan yang terbayang difikirannya.

“Huhh…sampai pun warung ni… rasa macam jalan sampai Bukit Kayu Hitam…” aduku pada Najah. Dia menarik kerusi untukku.
“Penat ke sayang? Sakit?” tanya Najah dengan prihatin
“Taklah…lenguh kaki jek…”
“Tasha duduk sini aje…abang pergi ambil makanan…”

Najah dengan selamba terus sahaja masuk ke dalam warung itu seperti sudah kenal mesra dengan pemiliknya. Dia menceduk lauk pauk kegemarannya dan juga kuah kari kering dan di bawa ke meja. Kemudian dia masuk semula dan membuat milo panas sendiri. Aku geleng kepala.

Part 42

Baru sahaja hendak menyudu nasi impit dan kuah kari ke dalam mulut, terdengar pula deruan enjin kereta di belakang kami. Rupa-rupanya seluruh isi rumah datang untuk bersarapan di warung ini. Riuh dan kecoh dengan keletah keluargaku.
“Awak berdua lari dari rumah ya?” tanya papa sambil menepuk belakang Najah.
“Diorang biasa dah bab lari ni pa…” usik abang Jim pula.
“Bila masanya keluar ni? Kenapa mama tak tahu? Hmmm…Najah? Tasha? Tinggallah note ke apa ke… tidaklah mama risaukan awak berdua…” leter mama.
“Kami ke mari ni mencari awak berdua sebenarnya…habis satu rumah mama kejut suruh cari awak tahu tak Najah…”beritahu papa

”Ohhhh… cari Najah dengan Tasha rupanya… Ma…siapalah nak kidnap Najah ni ma, tak untung orang tu nanti, menyusahkan lagi adalah…” balas Najah.
“Mama kamu aje yang risau…papa tidak… Haji Mad… macam biasalah untuk keluarga saya ni ya…” teriak papa dari tempat duduknya.

Aku dan mama bertukar pandang. Aku tahu apa yang terbit dari hatinya. Dia yang mengandung dan melahirkan Najah, setiap denyut nadi Najah bercantum dengan nafas mama. Tentu sahaja mama risau bila kami tiada di rumah.
“Jangan buat lagi Najah… nak ke mana-mana beritahu mama. Dahlah Tasha sarat macam ni… datang sini naik apa? Jalan kaki? Kalau sakit tengah jalan macamana?” soal mama bertalu. Bagai warung ini, pantai dan rumah rehat kami jauh antara satu dengan yang lain.
“Baby belum nak keluarkan sayang?” tanya Najah padaku. Aku mengangguk.
“Hmm…lambat lagilah ma…”
“Lambat apanya, awak tak dengar semalam Mak Esah kata Tasha ni tunggu hari aje…” ujar mama lagi. Mak Esah, bidan kampung yang tinggal di belakang rumah rehat kami memeriksa perutku semalam. Banyak juga petua yang diberikannya padaku. Ummi turut membeli beberapa jenis jamu buatan Mak Esa untuk kegunaanku nanti. Paramlah, pilislah…pelik sungguh namanya.

“Najah tahu ma…tapi anak Najah tak keluar lagi dalam sehari dua ni…jangan risaulah… Sementara nak tunggu lontong mama sampai, meh Najah suapkan dulu…” Najah bijak memujuk mama. Dia bergilir menyuap aku dan mama.
“Marilah Najah suap mi…lambat lagi nak tunggu, Najah dah habiskan semuanya tadi. Papa nak najah suap tak?” tanya Najah pada ummi dan papa

Aku perhatikan papa memandang tepat pada Najah. Pandangannya tidak berganjak untuk beberapa ketika. Kemudian papa bangun dari kerusinya lalu ke belakang warung. Dia tidak berkata apa-apa.
“Papa nak tolong Haji Mad masak agaknya tu” kata Najah dengan selamba. Kami semua memandangnya. Ada sesuatu yang tidak kena, namun tiada siapa berani bersuara.

Sejak balik dari Mersing aku mula mengalami rasa sakit di bahagian pinggang ke bawah. Namun menurut Qistina, belum tiba waktunya untuk melahirkan. Kata Qistina, kandunganku yang besar ini menyebabkan aku sakit pinggang dan sebagainya. Bayi-bayi ku sudah mula menurun dari kedudukannya dan menekan pangkal rahimku. Ummi dan mama kata, kurang seminggu lagi aku akan bersalin. Mungkin benar kerana sakitnya semakin kerap lebih-lebih lagi malam ini.

Aku langsung tidak boleh tidur, perutku mula terasa sakit dan memulas-mulas. Sekejap aku duduk, berdiri dan baring semula bagi mengurangkan rasa sakit yang sudah mula merebak ke bahagian bawah pinggang, rasanya seperti tulang belakangku mula retak dan patah.

Najah yang masih demam aku biarkan dia terus tidur, sejak akhir-akhir ini kesihatannya selalu terganggu. Aku menanggung kontraksi ini sendirian. Perlahan-lahan aku mengemas segala keperluan bayi ke dalam bakul rotan untuk di bawa ke hospital. Bayi-bayiku ini seperti tidak sabar untuk keluar dan bertemu aku dan Najah, mereka menekan dan semakin turun ke bawah dan menyebabkan aku semakin kesakitan. Tulang punggungku juga seperti mahu tercabut.
Aku capai telefon bimbitku lalu aku hubungi ummi. Aku sempat mengerling jam, baru pukul 3 pagi. Pastinya ummi sedang enak dibuai mimpi.
“Mi…Tasha ni…”
“Tasha kenapa nak?”
“Arghhh…ummi…Tasha sakit ni mi, Tasha nak mintak ampun dengan ummi kalau Tasha ada buat salah pada ummi. Aduhhh…sakitnya…”
“Tasha dah nak bersalin ke ni? Najah mana?”
“Najah ada…dia tengah tidur”
“Kejut Najah nak, Tasha dah siapkan semuanya? Kejut Najah sayang…lepas tu call mama dia bagitahu Tasha sakit. Ummi keluar sekarang…Tahan ya nak…”
“Mi…Tasha mintak ampun…”
“Tasha takde dosa dengan ummi sayang, Tasha anak yang baik…”
“Kenapa sakit sangat ni mi…Tasha rasa macam nak mati” rintihku lagi.
“Sakit nak bersalin memang macam tu sayang, Tasha kejut Najah sekarang ya. Tasha tahan ya nak…istighfar dan ingat pada Allah ya sayang…”. Sebaik sahaja ummi meletakkan telefon aku menghubungi mama pulak. Kontraksi yang datang semakin kerap dan semakin sakit, aku seperti tidak mampu untuk bertahan lagi.

“Tasha…kenapa call mama pagi-pagi ni? Najah sakit ke nak?”
“Ma…Tasha bleeding…”
“Ya Allah…anak aku…”
“Sakitnya ma…Tasha nak mintak ampun dengan mama kalau Tasha ada buat silap dengan mama, sakit sangat ma…Tasha tak tahan…”
“Bang…bang…oo bang, bangun bang Tasha dah nak bersalin tu. Abang call Qistina cepat bang. Tasha sabar ya nak…istighfar banyak-banyak. Najah dah bangun belum? Kalau belum kejut Najah dulu…Abang, cepat bangunlah hantar saya ke rumah Tasha. Tasha tahan ya nak, mama datang sekarang…”

Part 43

Aku bergerak ke katil untuk mengejutkan Najah. Aku pegang badannya yang sudah mula sejuk. Airmataku mengalir deras melihat suamiku yang tak berdaya di saat aku sedang bertarung dengan sakit hendak melahirkan zuriatnya.
“Abang…bangun bang…Tasha sakit ni…Abang, bangun…”
“Kenapa sayang…”
“Tasha sakit ni, baby dah nak keluar…”
Perlahan-lahan Najah cuba bangun dari katil. Badannya cukup lemah untuk memandu ke hospital tapi semangatnya kental. Dia gagahi juga untuk bangun dan menemani aku.
“Anak-anak daddy ni baikkan, tunggu nenek sampai ya sayang. Jangan bagi mummy sakit lagi. Daddy tak boleh nak drive…sabar ya sayang, kesiankan mummy sakit ni” ucap Najah sambil mengusap perutku dan bercakap dengan anak-anaknya.
“Tasha abang mintak maaf sayang, abang betul-betul tak berdaya nak drive ni. Tasha dah call mama?”
“Takpe bang, Tasha dah call mama…kejap lagi mama sampai. Abang rehatlah, doakan Tasha dan anak kita selamat”
“Abang nak teman Tasha…” ucapnya perlahan. Aku menangis melihat keadaan Najah ketika ini. Keadaannya sangat lemah. Najah menyentuh pipiku dan menyeka airmataku dengan jarinya. Aku lihat air jernih turut bergenang di kelopak matanya. Najah genggam erat tanganku, semangatnya mengalir ke dalam tubuhku lantas memberikan aku kekuatan untuk bertahan dan menanggung sakit yang maha amat ini.
Mujur apartment kami dan banglo keluarga Najah berdekatan, mama tiba sebaik sahaja air mentubanku mula pecah. Sakitnya tidak mampu untuk aku tanggung lagi. Aku mengerang kesakitan sambil menggenggam erat jari-jemari Najah. Najah turut menangis melihat keadaanku.
Mama dan abang Nazim membantuku ke kereta, papa pula membantu Najah. Di dalam kereta aku tidak berhenti beristighfar dan berdoa pada Allah semoga aku dan anak-anak ku selamat. Najah menggenggam erat jemariku, aku merasakan semangat dan kasih sayangnya meresap ke tubuhku, memberikan aku kekuatan untuk melahirkan zuriatnya.

Qistina yang sudah sedia menyambut ketibaanku terus mengiringi aku ke labor room. Najah yang lemah turut menemani aku walapun dengan bantuan kerusi roda.
“Abang, maafkan Tasha, ampunkan Tasha…halalkan makan minum Tasha. Sakit sangat bang…Tasha tak tahan…”
“Tasha sayang…abang maafkan sayang. Abang tahu sakit sayang, abang dapat rasakannya…” bisik Najah ditelingaku.
“Tasha, servik you dah terbuka 7cm, once I ask you to push you must push harder with all your strenght ya. Jangan tahan takut nanti kepala baby tersekat” pesan Qistina padaku. Berkali-kali aku meneran dan mengerang kesakitan namun bayiku belum juga keluar. Hatiku mula diulit kebimbangan.
“Tasha kena kuat sayang. Qis kata push harder…”
“Sakit bang…”
“Abang tahu sayang. Kita cuba sekali lagi ya…”
“One two three push…harder Tasha…harder…”
Aku pejamkan mata dan aku lupakan sakit yang aku alami seketika. Demi bayi-bayiku dan demi Najah aku harus kuat dan membawa mereka ke dunia. Dengan lafaz bismilillah, aku meneran sekuat yang aku mampu.
“Good Tasha, good…here comes your baby mummy, daddy…” bilik itu kini dipenuhi dengan tangisan bayi sulung kami.
“Baby boy sayang…thanks sayang…” Najah mengucup dahiku. Airmata gembira mengalir dipipiku.
“Here comes the second one. Tasha…sekali lagi ya. Push kuat-kuat macam tadi. One two three pushh…”
“It’s a girl…” bisik Najah ke telingaku, sekali lagi Najah mengucup dahiku. Kedua bayi kami dibersihkan di bilik yang berlainan sementara Qistina sibuk dengan kerjanya aku dan Najah berbual tentang masa depan anak-anak kami.
“I am too tired bang…”
“I know…thanks sayang. Tasha bertarung nyawa untuk lahirkan anak-anak abang. Tasha jaga anak-anak kita baik-baik ya. Tasha jaga dia macamana ummi jaga Tasha, isteri abang yang cantik dan baik hati ini…tenang hati abang setiap kali pandang Tasha. Abang nak macam tulah anak kita nanti…” ucap Najah lalu dikucup pipi dan dahiku. Diusap perlahan rambutku sehingga aku terlena.


Part 44

Genap sebulan usia bayi kami, mama mengadakan majlis Berzanji dan Cukur Jambul dengan meriah sekali. Ramai tetamu yang dijemput untuk meramaikan majlis. Naufal Amer dan Najwa Ameera nama yang diberikan Najah untuk mereka. Huruf N sempena pangkal nama kami Najah dan Natasha, Amer dan Ameera pula mengambil sempena nama tengahku yang bermaksud putera dan puteri.

Aku lihat Najah begitu bersungguh-sungguh, dia sibuk ke sana dan ke mari membuat persiapan. Dialah yang ke pasar dan dialah juga yang menjemput orang masjid untuk membaca doa pada majlis itu. Aku yang masih berpantang tidak dibenarkan ke mana-mana selain dari kamar tidur kami.
Tiap kali bangun dari tidur Najah akan bercakap dengan kedua bayi kami. Mendukungnya seorang demi seorang. Aku lihat Najah begitu kuat menyediakan keperluan aku dan anak-anak. Ummi dan mama yang tinggal bersama kami kadangkala tidak berkesempatan untuk melakukan sesuatu kerana semuanya telah disiapkan Najah.

Papa telah memberikan Najah cuti panjang, katanya supaya dia ada banyak masa bersama aku dan bayi kami. Sejak mula bekerja Najah tidak pernah mengambil sebarang cuti kecuali MC. Kami juga tidak bercuti untuk berbulan madu, kerana bagiku setiap kali Najah disampingku itulah bulan madu kami. Aku tidak perlu dibawa jauh ke Eropah untuk merasai kasih sayang dan cintanya kerana setiap detik bersama Najah aku senantiasa dibelai manja.

“Tasha tetap cantik walaupun dah jadi mummy. Bila abang dah tak ada nanti siapa pulalah yang memandang isteri abang yang lawa ni” ucap Najah ketika dia membantu aku memakai bengkung.
“Abang, Tasha cantik untuk abang bukan untuk orang lain. Abang jangan cakap macam ni. Tasha tak boleh hidup kalau abang tak ada…” aku berpaling ke arah Najah dan merenung wajahnya. Airmataku mengalir tanpa dipinta. Najah bangun dan menyeka airmataku.
“Tasha duduk sini sayang, abang nak cakap sesuatu” Najah duduk di sofa tempat dia selalu berehat berhadapan dengan balkoni di bilik kami. Dia meminta aku duduk diribanya.

“Abang tahu apa yang Tasha tahu…bukan niat abang untuk merahsiakannya dari Tasha jauh sekali untuk menipu Tasha selama ini. Tasha sungguh membahagiakan abang sampaikan kadangkala abang lupa yang abang ni sakit” tuturnya perlahan. Airmataku mengalir laju. Najah, jangan kau ucapkan kata perpisahan untukku, aku tak mahu mendengarnya!

“Hari ini biarlah Tasha tahu kesemuanya…abang bukan sahaja mengidap ketumbuhan di otak kiri tetapi Man telah mengesahkan yang abang juga mengidap kanser paru-paru yang kini ditahap kritikal”
“Ya Allah…”ucapku perlahan. Najah memeluk aku dengan erat sekali. Jantungnya berdegup kencang. Najah tidak merokok bagaimana pula dia boleh mengidap penyakit itu. Malah tiada seorang pun dalam keluarga kami yang merokok, teman-teman Najah yang aku kenal semuanya tidak merokok.
“Sayang…seandainya Tuhan ambil abang pergi entah esok atau lusa, Tasha kena redha. Tasha janji jangan menangis ya, abang tak mahu Tasha sedih…Tasha kena kuat demi Naufal dan Najwa” pesan Najah padaku.

Part 45

Hari ini aku merasakan seperti sudah sampai waktunya untuk kami berpisah. Najah, belumpun kau pergi aku sudah merindu dan terasa kehilanganmu. Bagaimana harus aku tempuhi hidup ini nanti? Membayangkan hari-hari yang mendatang tanpa Najah di sisi, aku jadi takut.
“Abang jangan tinggalkan Tasha, Tasha masih perlukan abang…Tasha belum bersedia bang…Tasha sayang abang”
“Abang sayang Tasha jugak…you are my heartbeat my dear”
"Abang...." tangisku. Aku peluk Najah sekuat hatiku.

Melihat Naufal dan Najwa yang sedang lena dikatil mereka. Hatiku bertambah pilu. Bayi-bayiku ini belumpun kenal siapa ayah mereka. Mengapa Tuhan perlu mengambil Najah dari mereka? Aku tiada jawapan yang jelas. Apa yang nyata dihadapanku kini, pengakuan dari Najah...isyarat perpisahan bagi kami.
"
Aku bagai kehabisan akal, tidak tahu langkah selanjutnya yang harus aku ambil. Perlukah aku menangisi pengakuan Najah itu? Perlukah aku meratapinya? Harus apa aku sekarang ini? Mampukah aku bertenang saat ini sedang gelodak hati ini bagai tidak tertahan lagi.
“Tasha buat apa kat sini? Cucu mama mana?” aku langsung tak perasan kehadirannya di rumahku.
“Tidur agaknya ma… lepas menyusu tadi Najah main-main dengan si kembar tu…Ini yang Tasha ambil angin kat sini…” beritahuku. Mama mengambil tempat di sebelahku dan turut sama melepaskan pandangan pada Selat Tebrau yang saujana membiru.
“Jauh pandangan Tasha mama tengok…fikirkan apa sayang?” Tanya mama dengan lembut. Dia mengusap tanganku sebagaimana Najah selalu lakukan bila aku sedang resah.
“Kongsilah dengan mama…mudah-mudahan ringan sikit beban di bahu Tasha…” pujuk mama lagi. Aku bagaikan cair dengan kata-katanya. Aku sandarkan kepalaku di bahu mama. Airmataku mengalir perlahan.
“Tadi Najah beritahu Tasha tentang sakitnya ma…” tuturku tersekat-sekat. Mama menepuk perlahan tanganku, memberikanku semangat.

“Kan mama pernah bagitahu Tasha dulu, satu hari nanti dia akan berterus terang juga…mungkin sekarang Najah lihat Tasha sudah bersedia atau mungkin juga Najah dah tahu yang rahsianya bukan rahsia lagi. Tasha…jangan bersedih ya nak…ini satu aje permintaan mama. Mama dan papa tetap menganggap Tasha sebagai sebahagian dari keluarga kami biarpun nanti Najah telah tiada lagi. Tasha tetap anak mama sampai bila-bila…Ingat ya sayang…” ujar mama sambil memelukku.
Airmataku semakin laju meleleh dipipi. Kata-kata mama begitu menyentuh hatiku. Kata-kata yang pernah diungkap Najah suatu ketika dulu, saat mama sangat membenciku. Kini satu persatu doa Najah dimakbulkan Tuhan. Dari seorang wanita yang pantang melihat kelibatku, kini mama menjadi seorang ibu yang sangat mengasihi aku dan mengambil berat tentang diriku.

Part 46
Aku sangat bersyukur kerna dikurniakan dua orang ibu yang baik dan menjagaku namun kadang kala pilu tetap terbit dihatiku bila mengenangkan harga yang perlu aku bayar di atas kebahagiaan ini. Kini aku benar-benar sedar bahawa kebahagiaan itu bukan semuanya milikku. Dan bukan selamanya menjadi hakku…setiap kali Tuhan memberi, pasti ada sesuatu yang harus aku pulangkan kepadaNya.

“Mummy…” panggil Najah dari dalam. Aku dan mama tersentak.
“Ya bang…” sahutku. Aku meminta diri dari mama untuk melihat Najah. Aku lihat dia sedang berdiri di hadapan bilik kami.
“Berbual dengan siapa kat balkoni?” Tanya Najah.
“Dengan mama bang… jomlah kita borak dengan mama kat balkoni…Tasha buatkan kopi dulu…nak tak?” pelawaku. Najah mengangguk. Kami bertukar arah, aku ke dapur dan Najah pula ke depan menuju ke balkoni.

Air panas dan kopi mula ku bancuh di dalam teko seramik. Perlahan-lahan aku mengacaunya hingga larut. Lalu aku capai cawan dan piring dan aku susun di dalam dulang. Dengan lafaz Bismillah aku menghayun langkah menuju ke balkoni. Sewaktu aku hampir sampai di balkoni, aku terdengar perbualan Najah dan mama.
“Did you tell her anything?”
“Everything…” balas Najah
“She looks so empty…”
“Nothing much I can do mama…I wish God give me a spare lives… Kesiankan Tasha mama, kesiankan anak-anak Najah…diorang tak tahu apa lagi…” tutur Najah sebak. Aku kembali menyambung langkah menuju ke balkoni.

Air hangat aku tuang ke dalam teko yang sudah aku masukkan serbuk kopi di dalamnya. Beberapa hirisan brownies yang Najah beli dari Secret Recipe aku letak di piring kecil.
“Kopi ma… abang…” pelawaku sambil meletakkan dulang di atas meja kecil.
“Mama tak ikut papa ke Jepun?” Tanya Najah pada mama, mengubah tajuk perbualannya tadi.
“Malas pulak nak ke mana-mana sejak ada Najwa dan Naufal…tak sanggup mama nak berenggang dengan kembar dua orang tu. Biar papa pergi dengan Jim aje. Mama kalau boleh nak habiskan masa sepanjang hari di sini…” beritahu mama.
“Mama tolong jaga anak-anak Najah ya ma…tolong tengok-tengokkan Tasha sekali kalau dia ada perlu apa-apa. Kalau nak tunggu Tasha mintak, dia tak akan mintak ma… she will never ask…” ucap Najah. Ia bagaikan kata-kata pesanan darinya. Aku memandang tepat pada matanya. Najah melarikan pandangannya dariku. Aku tidak mengerti.

“Mama datang ni ada hajat besar…” ucap mama.
“Mama dah tempah studio siap dengan jurusolek sekali…”sambung mama.
“Nak buat apa? Mama dengan papa nak ambil gambar anniversari ke?” soal Najah.
“Ishh…dah tua-tua ni nak buat apa…untuk kamu berdualah…”
“Membazirlah mama…tak usahlah, duit tu mama sedekah aje pada anak yatim…” ujar Najah.
“Untuk anak yatim dah ada peruntukkannya sendiri…ini memang untuk Najah dan Tasha…boleh ya, mama dah bayar tau…”
“Hmm… kalau mama dah bayar mama ajelah yang pakai baju pengantin tu…” usik Najah sambil tertawa.
“Mama dah puas pakai wedding gown…Najah, Tasha tahu tak yang mama ni dulu model?” tanya mama pada Najah.
“Opps! Yang tu Najah lupa nak cerita. Tasha tau tak sayang…mama ni dulu supermodel Singapore…”

Aku tersenyum. Tidak mustahil orang secantik mama pernah bergelar model terkenal. Sehingga usia menginjak senja,mama masih lagi cantik dan menjaga penampilan sesuai dengan usianya.
“Bila Najah lahir baru mama berhenti buat catwalk…dulu kurang majalah fesyen, tak macam sekarang…” terang mama.
“Kenapa mama berhenti?” giliranku bertanya.
“Najah ni manja… pantang bila ditinggal merengek aje …” jawab mama sambil mengusap rambut Najah yang lurus. Najah menjatuhkan kepalanya dibahu mama. Hatiku sebak tiba-tiba. Tentu nanti mama akan rindukan keletah Najah, anak bongsunya yang manja. Dan aku pasti akan rindukan belaian hangatnya…Oh Tuhan, mengapa Kau perlu ambil dia dariku…

“Mama ada orang berangan…” kata Najah sambil melontar sesuatu ke arahku. Aku terkejut dari lamunan singkatku.
“Tasha takde mood nak bergurau bang… I am sorry…” terangku jujur. Sebak yang bersarang sejak tadi mula mengundang airmata dipipiku sekali lagi.
“Kenapa Tasha nangis nak?” tanya mama.
“Nothing mama… excuse me…” aku bingkas bangun dan masuk ke dalam rumah. Bilik tidur si kembar menjadi destinasiku. Aku menutup pintu bilik dan menangis di situ. Buaian Najwa pula bergerak-gerak, aku lihat dia sudah jaga dari lenanya. Matanya yang bundar mula dibuka perlahan. Aku mengangkat si kecil itu lalu aku dakap ke dadaku.
“Najwa…” sebutku sambil menangis. Aku mencium bayiku ini berkali-kali. Membayangkan aku sendirian membesarkan kedua anak-anakku ini. Mampukah aku menjadi seorang ibu yang tabah seperti ummi?

Part 47
“Tasha sayang…” panggil Najah ketika menguak pintu bilik. Mama turut berada di situ.
“Abang… Tasha perlu sendiri…please…I am sorry…” pintaku dari Najah. Aku lihat wajahnya sugul sekali.
“Biar Tasha berehat dulu Najah…Tasha tentu tengah penat tu…”ujar mama lembut, mengajak Najah keluar dari bilik itu. Terima kasih mama kerana memahami diriku ketika ini. Aku perlu meneutralkan hati aku ketika ini. Selama ini aku sentiasa berharap yang penyakit Najah itu Cuma mimpi, bukan kenyataan. Namun pengakuan Najah siang tadi begitu mengecewakan aku.
Tasha sayang…saat ini, ketika ini abang sangat-sangat memerlukan Tasha. Janganlah Tasha menjauhkan diri dari abang…Tashalah nyawa abang, jika Tasha pergi Tasha bagai membawa sekali nyawa abang bersama. Jangan jauhkan diri sayang…

Love,
Syahrun Najah


Nota tulisan tangan itu aku baca berkali-kali. Aku tertidur di bilik Najwa dan Naufal rupanya. Aku mengambil nota itu lalu aku letakkan di atas meja kecil. Aku jengah bayi kembarku di buaian masing-masing sudah bertukar pakaian tidur. Entah siapa yang menukarnya, mungkin mama mungkin juga Najah.
Aku masuk ke bilik tidur kami, terlihat Najah sedang solat. Aku duduk di birai katil. Selesai Najah memanjatkan doa, aku bersimpuh di hadapannya. Aku gapai tangannya lalu ku mohon kemaafan. Najah mengucup dahiku dan memelukku.

“I need you very badly sayang…” bisik Najah perlahan. Aku mengangguk berkali-kali.
“Tasha tahu Tasha salah bang…maafkan Tasha…”
“Ini bukan soal siapa salah sayang…we are running out of time, I just wanna spend as much time with you and our babies…”
“Remember…you are my heartbeat…” ucap Najah lagi.

Aku tak seharusnya membiarkan Najah bersendirian ketika ini dan aku tidak sepatutnya membiarkan dia menanggung kesakitan seorang diri. Najah perlukan teman, Najah perlukan aku. Aku terlalu zalim kerana begitu mementingkan diri sendiri, sedangkan kami tidak punya banyak masa lagi yang tinggal…maafkan Tasha, abang…
“Mama kirim salam…dia pesan suruh abang kejut Tasha kat bilik baby tadi…ingat lepas solat baru nak kejut…Tasha dah bangun pulak…”
“Tak sedar bang…lama betul Tasha tidur…”
“Abang tak kisah Tasha nak rehat…tapi janganlah asingkan diri dari abang…please sayang janji dengan abang…”
“Tasha janji abang…”
“Abang tahu hati Tasha celaru…abang tak salahkan Tasha. Tasha muda lagi, baru dapat baby…abang pulak sakit…semuanya membebankan fikiran Tasha…”
“Bukan macam tu abang… Tasha Cuma sedih aje…Tasha tak sanggup kehilangan abang…” terangku pada Najah.

“Tasha… kalau abang dah takde nanti abang izinkan Tasha untuk cari pengganti…Tasha perlukan someone untuk sama-sama jaga anak –anak kita” ucap Najah perlahan. Aku pandang wajahnya.
“Kenapa abang cakap macam ni?” tanyaku dengan lembut.
“Our babies need a father figure sayang… Tasha tak boleh lakukan semuanya sendiri. Ada perkara yang ayah sahaja yang boleh buat, ada perkara Cuma ibu sahaja yang tahu…” ujar Najah. Aku terdiam. Tergamak sungguh Najah mengizinkan aku untuk mencari pengganti, sedangkan dia masih lagi bernafas di hadapanku.
“Papakan ada, Jim pun ada…abang Fai pun ada… I don’t need any other man to be my next husband dear…You are the one and only…”
“Papa tak menongkat langit sayang…bila tiba waktunya nanti papa pun akan meninggalkan kita semua. Jim pun akan kahwin satu hari nanti dan akan ada anak sendiri… Abang Fai…dia sibuk dengan pesakitnya. Tasha perlukan someone…Someone yang abang yakin boleh membahagiakan Tasha dan mampu mendidik dan memberi kasih sayangnya pada anak-anak kita…” sambung Najah lagi. Aku tidak mampu untuk berkata-kata. Suamiku sedang mengatur jodoh untukku, mempersiapkan aku untuk menduakan cintaku kepadanya.
“Percayalah Tasha… abang nak anak-anak kita terbela, abang nak ada orang yang boleh jaga Tasha…sakit pening Tasha, makan minum Tasha…” tambah Najah lagi.
“Abang tahu siapa yang boleh pegang amanah ni…” sebut Najah. Meremang bulu romaku apabila Najah berkata begitu. Dia benar-benar serius mahu aku berkahwin lagi setelah ketiadaannya nanti. Najah sudah ada jodoh untukku!
“Abang, that’s enough… I don’t wanna hear anything…I don’t wanna discuss bout this anymore…please…” pintaku.
“This is too much abang…”
Najah memelukku dengan erat sekali. Nafasku turun naik menahan perasaan sedihku ini. Aku sendiri tidak pernah terlintas untuk berkahwin lagi. Cintaku untuk Najah akan aku membawa sehingga ke nafas terakhirku, tidak akan sekali-kali aku menduakannya.

Najah…kaulah kekasih pertama dan terakhirku…

Dingg…Donggg… bunyi loceng pintu ditekan berkali-kali. Aku tiada temujanji dengan sesiapa pagi-pagi begini. Aku mengerling jam di dinding dapur, baru jam 9 pagi. Biasanya ummi atau mama hanya akan muncul di rumah ini selepas jam 10 pagi.
Dinggg….Donggg… berbunyi lagi loceng pintu. Najah keluar dari bilik sambil mendukung kedua-dua anak kembar kami.

“Mummy…baby sampai terjaga dengar bunyi door bell tu kenapa tak dibuka aje pintu tu?”
“Tadi Tasha tengah cuci cawan abang…tangan basah…” aku memberi alasan sambil menuju ke muka pintu.
“Do you expecting anyone in this hours?” tanyaku pada Najah
“Could be your mother…or my mother, no one will disturb us except those two grandma…right babies??” sebut Najah sambil mengagah Naufal dan Najwa. Langkah semakinku panjangkan apabila loceng pintu mula berbunyi lagi.

Part 48
“Surrrrrpriseeeeeee” jerit dua suara di hadapan pintu sebaik sahaja ianya dibuka. Aku hampir tergamam melihat seorang lelaki mat saleh bersama seorang wanita separuh mat saleh dengan seorang anak kecil di hadapanku.
“Abang…look who’s here…” teriakku dengan gembira.
“Hello makcik, bukalah pintu ini dulu” ucap Frank yang sedang menggendong anak perempuannya, Nadine.
“Sorry, sorry, sorry… aku excited sangat nampak korang sampai terlupa nak bukak pintu…” kataku sambil tertawa.
“Heyyy buddy…” jerit Najah pula. Aku berpelukan dengan Emily pabila pintu terbuka. Rindunya aku pada sahabat baikku ini.
“I am worried bout you girl… ” bisik Emily di telingaku.
“Masuklah dulu…tangan aku penuh ni…” kata Najah.
“Bagi aku pegang sorang anak kau ni…” pinta Emily. Najah memberikan Naufal kepadanya.
“Lepas ni kalau kau pregnant dapat anak lelaki…” usikku pula.
“How you do this bro? First attempt kau dapat dua sekali!” gurau Frank dalam bahasa Melayunya yang masih pelat.
“Itu kau kena belajar dengan aku…” sambut Najah.
“Dua-dua sama macam mummy dengan daddy dia…”kata Emily. Aku mempelawa mereka sekeluarga duduk sementara aku ke dapur menyediakan kopi.

“Mil…kau stay kat mana?” jeritku dari dapur
“Aku ingat nak tidur rumah kau ni aje, boleh tak? Najah boleh ke?”
“Mummy…kan kita dah booking Hyatt…” sebut Frank pula.
“Alah duduk sini aje…bolehkan abang…?” tanyaku pada Najah sambil membawa sedulang air dan kuih tago ke ruang tamu.
“Betul…duduk sini aje, nanti Tasha kemaskan guest room tu…”
“Tak payah susahlah Natasha…nanti Hyatt charge aku for last minute cancellation” ujar Frank.
“Leave it to me…” beritahu Najah.

“Kalau rumah ni tak cukup luas…boleh tidur rumah mak mertua aku” beritahuku pada Emily.
“Ishh…susahkan mak Najah pulak nanti. Aku dengan Frank tak cerewetlah Tasha, tidur kat mana-mana pun boleh… tapi sure tak menyusahkan you all ehh?”
“Tidaklah…datang setahun payah sekali…mana ada menyusahkan. Kalau kau datang hari-hari baru menyusahkan” gurau Najah. Kami ketawa besar mendengar jawapan selambanya.
“Aku nak baliklah macam ni…” rajuk Frank.
“You balik seorang ya daddy, I wanna stay here…” pujuk Emily sambil ketawa. Frank pura-pura menarik wajah panjang.
“Aku kemaskan bilik dulu ya…nanti Frank merajuk lagi susah…” ujarku.
“Aku ikut kau Tasha…” Emily pantas berdiri ingin mengikutku ke bilik tetamu. Tanpa membuang masa kami berdua masuk ke dalam bilik tetamu meninggalkan Najah, Frank dan anak-anak di ruang tamu.

“Aku rindu sangat pada kau Mil…” beritahuku sambil mengeluarkan cadar dari almari.
“Aku pun Tasha…rindu, risau semuanya ada. Hari-hari baca email kau jantung aku macam nak tercabut aje. Lama aku pujuk Frank suruh dia ambil cuti untuk ke mari. How’s Najah?”
“Dia dah ada calon suami untuk aku…” beritahuku. Berat mulutku untuk mengungkapkannya.
“Whattt??? Hilang akal ke Najah tu?”
“Dia dah rancang semua untuk aku…untuk anak-anak dia…”
“Najah…Najah… macam-macam akal dia. Boleh pulak nak carikan kau pengganti dirinya. Manusia ke malaikat husband kau tu? Macam orang tak ada perasaan aje…” keluh Emily.
“Aku tak tahu nak cakap macamana lagi Mil…airmata aku dah nak kering fikirkan semua ni…”
“Kau kena kuat Tasha…sabarlah…”
“Tentu Najah ada alasannya sendiri kenapa dia rancang semua tu untuk kau. Nak kahwin lagi atau tidak itu hak kau Tasha…sekarang kau jangan ambil pusing sangat pasal tu. Waktu yang ada ni…kau bahagiakanlah dia…bahagiakan diri kau juga” nasihat Emily.
“Buang jauh-jauh segala kesedihan kau itu…semakin kau bersedih semakin sarat kepala kau nanti. Aku datang ni pun nak buat kau happy…aku nak dengar gelak ketawa kau macam dulu-dulu…” tambah Emily lagi.
“Thanks Mil…kau sentiasa mendamaikan hati aku…huhhh…” Aku melepaskan nafas panjang lalu duduk di tepi katil yang sudah aku tukar cadarnya.
“Aku bahagia dengan hidup aku, biarpun Najah sakit…macam-macam dugaan kami hadapi bersama tapi aku tak menyesal di atas segala kepayahan yang kami lalui…kebahagiaan yang dipinjamkan ini walaupun Cuma sekejap tapi cukup membahagiakan aku…” beritahu dengan jujur.
“Semuanya ada hikmah disebalik apa yang berlaku Tasha…”
“Yeahh…aku percaya tu… Okay kau boleh rest dulu, bilik ni dah siap… ajak Frank dengan Nadine rest dulu. Tentu korang penatkan terbang dari Miri ke mari…”
“Betul tu…penat lagi ni, aku ambil first flight dari Kuching ke mari…”
“Kalau macam tu kau tidur dulu… aku nak masak untu makan tengahari…nanti bila dah siap kita boleh makan sama-sama…”
“Good idea…” sambut Emily.

Part 49
“Lamanya kemas bilik…” kata Najah sewaktu kami muncul semula di ruang tamu.
“Borak sekali sebab tu lama…” jawabku.
“Borak atau mengumpat?” tanya Frank pula.
“Ishhh…lasernya mulut laki kau ni…”
“Dia memang kepoh…Belajar dengan jiran sebelah rumah…” balas Emily. Aku ketawa kecil. Frank tak habis-habis dengan sifatnya yang suka mengusik. Jenakanya memang kasar, kalau siapa yang tidak mengenali hati lelaki kelahiran Belanda ini pasti tidak betah untuk berkawan dengannya.
“Nadine pun sudah pandai mengumpat.... learn from her mother…” tambah Frank lagi.
“Mengumpat ke ketupat Frankie?” tanya Najah.
“Heyy don’t make me confuse okay..ketupat and mengumpat is two different things” jawab Frank sambil ketawa.
“Sudahlah kau Belanda…pergi rehat dulu…mandi ke…tidur dulu ke…” suruh Najah.
“Mesti mau tidur dulu…sangat mengantuk ni…Pukul 5 pagi sudah sampai airport…” beritahu Frank. Dia mengangkat Nadine yang sudah terlena dipangkunya. Emily juga disuruh Najah untuk berehat dahulu. Tinggallah kami empat beranak di ruang tamu.

Najah begitu seronok dengan kehadiran dua sahabat lamanya itu, kegembiraan jelas terpancar di wajahnya sekaligus bagai melupakan kesedihan yang sedang kami lalui ketika ini. Aku benar-benar bersyukur dengan kedatangan Frank dan Emily, sekurang-kurangnya ada cerita baru untuk aku dan Najah kongsi bersama mereka memandangkan sehari dua ini rumah ini bagaikan muram seperti hatiku...
“Najah…do you have a minute?” tanya Emily yang baru keluar dari bilik. Aku yang sedang baring di sofa pura-pura melelapkan mata.
“Ada apa Kak Mil…?”
“Aku nak berbual dengan kau sekejap…lama dah kita tak borak berdua. Ingat tak dulu masa kau nak tackle si Tasha ni, dengan akulah kau atur strategi…” imbas Emily.
“Hmmm… lama dah kan…”
“Lama Najah…” balas Emily
“Kak Mil macamana dengan Frank?” giliran Najah untuk bertanya. Dia bijak sekali untuk mengelak daripada diajukan soalan tentang dirinya.
“Aku dengan Frank macam yang kau tengoklah…kejap cakap ayam, kejap lagi cakap itik…dia macam kartun, aku macam joker…that’s our marriage ingredients”

“Belanda sorang tu memang macam tu, dari mula aku kenal macam tulah dia. Tak pernah berubah…” ucap Najah.
“Kau pulak macamana Najah?”
“Tasha tak cakap apa-apa dengan Kak Mil?” jawapan bertukar soalan keluar dari bibir Najah.
“Aku nak dengar dari mulut kau sendiri” balas Emily ringkas. Suasana senyap seketika. Mungkin Najah dan Emily sedang memikirkan jawapan dan soalan balas.
“Tasha selalu luahkan kekecewaannya pada aku, kenapa kau membelakangkan dia…kenapa kau tak berterus terang dengan dia sedangkan dia isteri kau yang sah…” ucap Emily perlahan-lahan. Dia tahu Najah bukan jenis orang yang senang untuk membuka mulut, meluahkan isi hatinya.
“Kau tahu tak betapa sedihnya dia setiap kali bercakap dengan aku…betapa fobianya dia bila malam tiba, takut kalau kau tidak bernafas lagi…semua itu cukup membebankan dia Najah…” sambung Emily lagi. Najah langsung tidak bersuara.
“Tasha sayangkan kau, cintakan kau lebih dari segala benda bernyawa di dunia ni…kau tahukan?
“Tahu Kak Mil…” jawab Najah perlahan. Tangannya mula menyentuh rambutku dan mengusapnya perlahan-lahan. Aku cuba mematikan diri lebih lama lagi. Aku ingin sekali mendengar sendiri luahan hatinya.

Part 50

“Najah, Najah…aku tak tahu macamana nak cakap dengan kau, aku tak tahu bahasa apa yang boleh aku guna untuk sampaikan apa yang tersirat dalam hati aku ni…” luah Emily pula. Wanita Melayu Melanau ini kalau bercakap memang agak keras bahasanya, namun hatinya lembut.

Najah tetap diam. Sukar benar untuknya membuka mulut. Hanya kedengaran bunyi nafasnya turun naik.
“Takde sesiapapun yang waras dalam dunia ni sanggup mencarikan jodoh untuk isterinya sedangkan dia masih lagi bernyawa…” ucap Emily tersekat-sekat. Tuturnya berat sekali, membayangkan beban yang terkurung dibenaknya.
“Kak Mil…you must understand this, I am doing all these for Tasha, for my babies…Tasha needs a husband and my children needs a father…my time are limited Kak Mil… Najah perlu siapkan semuanya untuk Tasha dan anak-anak sebelum Najah pergi…” jawab Najah akhirnya.
Aku mula terdengar esakan kecil dari Emily. Aku juga mahu menangis, namun aku tahankan. Sayu benar kata-kata Najah itu. Perlukah aku beritahu padanya, aku tidak memerlukan pengganti dirinya!
“Are you selfish or selfless Najah? Cinta tak boleh dipaksa-paksa and you are trying to matchmake your own wife…are you nuts?”
“You may say whatever you want sis…but I truly believe that this guy will take a good care of my beloved Nur Natasha Ameera, Najwa Ameera and Naufal Amer…”
“Who’s the guy?”
“Someone that I knew for so long…some one closed to both of us…” beritahu Najah. Aku tak mahu mendengarnya lagi. Aku pura-pura menggerakkan badanku dan mengeliat perlahan-lahan.

“Abang…Huhh…Mil, kau tak tidur ke? Hmm…Tasha tertidur kat sini rupanya…abang tak kejut pun…”
“Abang nak kejut sayang…tapi tengok Tasha macam penat sangat tak sampai hati pulak abang nak gerakkan Tasha” beritahu Najah.
“Dia tak mahu kejutkan kau…tapi tangan dia dari tadi tak berganjak dari badan kau…aku perhatikan aje dia tepuk kau tidur Tasha…” sampuk Emily pula.
“Najah memang tepuk aku tidur Mil…” kataku sambil membetulkan duduk.
“She’s my baby…tidur nak kena tepuk, kena nyanyi lullaby…baru boleh tidurkan sayang?”
“Hmmm…that’s right...” sambutku.
“Habis tu kau tidur siapa pulak yang tepuk Najah? Puteri bunian atau bidadari syurga?” tanya Emily.

“Aku tidur tak perlu ditepuk…cukup ada bantal peluk yang ini…pasti nyenyak sampai ke subuh…” balas Najah lantas memelukku. Emily menggelengkan kepalanya. Entah apa yang singgah difikirannya ketika ini. Mungkin dia juga bertingkah perkara yang sama sebagaimana aku.
“Ehh…laki aku ni tidur mati betul…aku nak jengah dia dalam bilik kejap. Perut aku pun dah lapar ni, nak makan…kau dah masak belum?” soal Emily selamba.
“Dah…pergi check hubby kau tu, sementara tu aku siapkan makanan atas meja…” ujarku pula.

Part 51

Aku dan Najah sama-sama ke dapur. Dia ringan tulang mengatur pinggan, sudu garfu dan napkin di atas meja. Kemudian dia membantu aku mengangkat kaserol yang berisi lauk pauk dan meletakkannya di atas meja.
“Hmm…sedapnya bau ayam masak lemak cili padi ni, kalau mama tengok ni sayang tentu bertambah dua tiga kali…” ucap Najah sambil menghidu aroma yang terbit dari lauk kesukaannya itu.
“Telefonlah mama…”
“Takpelah sayang, kitakan ada tetamu…malam nanti kita ke rumah mama pulak. Ajak Kak Mil dengan Frankie dinner kat sana pulak…” terang Najah.
“Kak Mil? Abang masih panggil Emily tu Kak Mil?” tanyaku pelik.
“Habis tu nak panggil dia apa? Kak Chah? Abang dah biasa panggil dia Kak Mil…diakan senior abang…kakak angkat abang…”

Hampir sahaja terhambur ketawaku. Keakraban aku dan Emily telah membuatkan aku lupa tentang jurang usia kami. Aku lebih senang beraku-engkau dengannya daripada memanggilnya kakak.
“Kak Mil…lunch dah siapppp…” jeritku dari ruang dapur. Najah ketawa.
“Nanti kena marah dengan dia padan muka…”
“Aikss…abang boleh panggil kakak, takkan Tasha tak boleh?” soalku.
“Abang ada imuniti…”balas Najah sambil ketawa.
“Banyaklah abang punya imuniti…”


“Kau ni tak boleh diam sikit ke, kacau aku tidur aje…” bebel Frank yang masih berkumbang kain pelikat. Dia menarik kerusi lalu duduk di sebelah isterinya.
“Brother…mana kau belajar pakai kain pelikat?” tanya Najah
“Kenapa? Tak cantik ke?” soal Frank semula sambil membelek-belek ikatan kainnya.
“Cantik…macam P.Ramlee” usik Najah. Terkekeh-kekeh dia ketawa. Geli sungguh hatinya melihat seorang lelaki Belanda berkumbang kain pelikat, sedangkan dia anak Melayu jarang sekali berkain pelikat di rumah.
“Laki kau ni jahat…” beritahu Frank padaku. Aku tersenyum.
“Jiran aku orang Kelantan…asal balik kampung mesti bawak banyak kain batik dan kain pelikat. Frank ada banyak kain pelikat…siap hantar ke Rotterdam bagi bapak dia…” beritahu Emily.
“Habis orang Rotterdam pun dah pakai kain pelikatlah sekarang?” tanya Najah nakal.
“Itu aku kena tanya bapak aku…hahahaha” balas Frank sambil ketawa besar. Lucu sungguh mereka berdua ini, ada sahaja bahan jenaka apabila sudah berjumpa.
“Kau Melayu murtad…tak pandai pakai kain…”
“Siapa kata aku Melayu? Aku bukan Melayu…aku Arablah…”
“Hahhh…Arab tak boleh harap…” balas Frank pula. Makin besar gelak mereka memenuhi ruang makan yang sederhana ini.

“Sudahlah tu bang…makan dulu, nanti sambung lagi…”
“Ini kalau ada Jim, Fai dengan Man bagus ni…kita buli habis-habis matsaleh sorang ni…” beritahu Najah padaku.
“Wahh…kau panggil backup ya? Aku nak baliklah macam ni…” rajuk Frank lagi. Najah menepuk belakang Frank beberapa kali.
“Kau ni sensitif sangat macam Ah Kua…”
“Apa tu?”
“Jellyfish la…”
“Ohh…lembik ya?”
“Pandai pun…”

Aku dan Emily tidak peduli lagi dengan suami masing-masing. Kami terus melayan perut yang sedang lapar. Najah dan Frank kalau dilayan sampai ke malam pun tak akan berhenti gurauannya. Dua-dua kuat mengusik, aku tak larat nak layan!

Part 52

Petang itu selepas solat Asar, Najah membawa aku dan tetamu kami bersama-sama bayi kecil kami ke banglo keluarganya. Mama menyambut kami dengan begitu gembira. Lebih 100 hari aku berkurung di apartment, mengikut pantang larang yang digariskan ummi dan mama untukku. Petang ini, akhirnya aku dibenarkan keluar dari kepompong itu.
“Alah cucu nenek sayang…” ucap mama sambil mendokong Naufal. Kak Mah mengambil Najwa yang sedang lena lalu di bawa ke bilik.
“Jaga Najwa Mah… kerja kat dapur tu ditinggal dulu, saya nak berbual dengan tetamu sekejap” arah mama dengan lembut. Naufal sudah selesa dalam dakapan neneknya.
“Ma…you still remember Emily Aishah?” tanya Najah kepada mama. Emily bersalaman dengan mama, begitu juga Frank. Sambil beriringan menuju ke taman, kami mula mengimbas kisah silam sewaktu Najah mula berkampung di England beberapa tahun sebelum aku tiba.
Minum petang di taman kecil yang aku dan Najah hadiahkan untuk mama bagai menggembalikan nostalgia silam. Kisah pahit aku sebagai orang terbuang, kisah sedih aku yang diketepikan. Di situ, sejarah lama bagai terungkap semula. Banyak kisah lama yang langsung tidak aku ketahui sebelum ini dan di taman kecil inilah segalanya terbongkar.

Rupanya Emily, atau nama penuhnya Emily Aishah binti Amir Fitzgerald punya cerita menarik yang tidak pernah aku ketahui sebelum ini. Padanlah Najah amat rapat dengannya, Emily merupakan satu-satunya bukan ahli keluarga Hanafi Al-Bakri yang mengetahui tentang penyakit yang dihidapi Najah.
“I have to keep this secret from you Tasha, I made a promise… I am sorry…” ucap Emily di hadapan mama, Frank, Najah dan aku. Emily menggenggam erat jemariku, memohon maaf kerana menyimpan rahsia ini dariku. Rasa terpinggir bagai mula terbit dalam diriku,mengapa semua orang tahu, tetapi aku tidak?
“I don’t know what to say…” ucapku jujur.
“Sayang…abang yang patut mintak maaf pada Tasha, bukan Kak Mil…” celah Najah yang duduk di hadapanku. Matanya merenung tepat ke anak mataku, namun saat ini aku tidak merasakan bahagia dengan renungan sebegitu.
“Semuanya berahsia dengan Tasha…tapi Tuhan maha adil…Tasha tahu jugak sebelum orang lain beritahu Tasha. Betapa berat hati Tasha menanggung kepayahan ini sendirian…tak siapa tahu…” kataku satu persatu. Aku pandang mama dan anakku yang dikendongnya, wajah mama bertukar muram mungkin simpati pada diriku.

Part 53

“Assalammualaikum…”
Semua orang berpaling ke arah seorang lelaki yang memberi salam itu. Najah bingkas bangun dan berpelukan dengan lelaki itu. Najah membawa tetamunya itu ke tempat kami sedang berbual.
“Man… bila sampai dari Sydney?” tanya mama pada abang sepupuku, Dr. Harriz Hazman. Abang Harriz bersalaman dan mencium tangan mama.
“Pukul 5 tadi ma…” jawab abang Harriz. Ma? Dia memanggil mertua ku mama?
“Man…this is Frank and Emily…” Najah memperkenalkan abang Harriz kepada sahabat kami.
“Frankie, Kak Mil…I have something to show to you guys…come let’s go inside…Tasha dengan Man tunggu sekejap ya…” kata Najah. Emily kelihatan terpinga-pinga apabila Najah mengajaknya masuk ke dalam rumah dengan tiba-tiba. Begitu juga aku…

“Tasha…sihat?” sapa abang Harriz. Aku menganggukkan kepala. Dia mula menarik kerusi dan duduk berhadapan aku dan mama.
“Tasha tak tahu pun abang ke Sydney…” ucapku. Selama ini pun aku tidak pernah tahu ke mana abang sepupuku ini pergi. Malah Najah lebih tahu dariku kerana Najah lebih memerlukannya dari aku.
“Mama tahu…” celah mama.
“As always Tasha selalu tak tahu apa-apa…” tambahku lagi.
“Janganlah cakap macam tu, hiba mama dengar… Man, mama nak tanya ni…Najah ada cakap apa-apa dengan kamu?” tanya Mama. Abang Harriz menarik nafas panjang sebelum menjawab soalan mama.
“Ada…” jawab Abang Harriz pendek. Dia memandangku, tepat ke anak mataku sehingga memaksa aku mengalihkan pandanganku.
“Another conspiracy ma?” soalku ingin tahu. Mama menggelengkan kepalanya, segera dia menarik tanganku dan mengusapnya perlahan-lahan. Aku bagaikan sudah ada jawapan bagi teka-teki nan satu ini.
“Mama tak tahu nak kata apa Man, Tasha…” beritahu mama terus-terang.
“Man pun pening ma…”

Aku lagi pening dari mama dan abang sepupuku. Sebahagian dari hatiku mengatakan ya tetapi sebahagian lagi bersungguh-sungguh menafikannya. Biarlah aku terus berteka-teki, menurut sahaja kemahuan Najah sehingga aku sendiri dah tak larat. Tiba waktunya nanti, aku lebih berhak ke atas diriku, bukan siapa-siapa. Apapun percaturan yang Najah buat untuk aku dan anak-anak kami, aku tetap lebih berhak untuk menentukan penamatnya.
“Man lama ke kat sini?” Tanya mama pada abang Harriz.
“Lama ma… Man dah transfer ke sini…” kata abang Harriz.
“Alhamdulillah dapat juga kamu pindah ke mari…senanglah tidak berulang alik ke KL tiap minggu…” balas mama.
“Abang datang sini tiap minggu?” tanyaku pada abang Harriz. Doktor muda itu menganggukkan kepalanya. Betullah aku ni sentiasa ketinggalan keretapi.
“Ummi tahu?” tanyaku lagi. Abang Harriz mengangguk lagi. Teka-teki dalam kepalaku semakin panjang.
“Baguslah kalau abang dah transfer ke sini…senang nak jenguk mak long dan pak long, dah dekat…” kataku. Sebenarnya aku tiada ayat yang sesuai untuk menyambung perbualan kami petang itu.

Naufal mula merengek. Mama cuba memujuk si kecil itu namun dia tetap juga merengek. Abang Harriz meminta Naufal dari mama dan dia mula mengagah.
“Nak panggil apa ya ma…” Tanya abang Harriz pada mama.
“Kalau panggil uncle, pakcik…macam jauh sangat…” balas mama.
“Tasha?” Tanya abang Harriz padaku pula.
“Ikut suka abanglah…apa yang abang rasa sesuai. Anak Tasha, anak buah abang jugak…” jawabku.
“Kalau Papa Jim dah ada, Ayah Long pun ada…Abah boleh?” Tanya abang Harriz pada aku dan mama. Hampir tergelak aku dibuatnya. Abang Harriz sama macam Najah, ada sahaja bahan lawaknya.

“Ketawa pulak…orang serius ni…”
“Sounds very orthodox la…” kataku sambil tersengih. Aku bangun dari dudukku lalu mendekati abang Harriz yang sedang mendukung Naufal. Aku mengambil Naufal dari dukungannya.
“My paternal brother…you can’t be his abah but you are always welcome to be his Pak Long…” bisikku perlahan. Aku tidak memandang wajahnya, aku tahu kata-kataku akan melukakan hatinya. Aku meninggalkan abang Harriz dan mama di taman kecil itu, lalu aku masuk ke dalam rumah. Aku lihat Najah sedang berbual dengan Emily di ruang tamu. Frank pula entah kemana bersama Nadine. Aku tidak menyapa mereka berdua, sebaliknya terus mendaki anak-anak tangga menuju ke bilik.

“Abang…why are you let him stay with us?” tanyaku pada Najah ketika dia baru pulang dari pejabat. Belumpun sempat dia melonggarkan tali leher yang dipakainya aku sudah terjah Najah dengan soalan yang aku pendam sejak seminggu lalu.
“Man? Apa salahnya dia bukan orang lain dengan kita…” balas Najah. Bersahaja dia menjawab pertanyaanku. Najah tetap ‘cool’ seperti selalu. Aku tidak faham dengan suamiku ini. Bagaimana dia boleh tinggal serumah dengan lelaki yang ingin dia jodohkan dengan isterinya nanti. Aku yang kepanasan setiap kali bertembung dengan abang Harriz. Bagiku apartment ni kian sempit sejak kehadiran abang Harriz di rumah kami ini. Kenapa dia tidak tinggal sahaja di banglo mama yang banyak bilik dan luas itu. Abang Harriz pun sama gatal, marahku dalam hati.

“Tasha tak bebaslah bang dalam rumah ni kalau ada orang lain…” beritahuku terus terang. Pergerakkanku amat terbatas sejak abang Harriz tinggal bersama kami. Aku jadi benci melihat abang Harriz, tak mahu dia menjadi duri dalam perkahwinanku ini. Walaupun aku tahu bukan abang Harriz yang berkehendakkan semua ini tetapi dia turut sama bersalah apabila bersekongkol dengan Najah dalam perkara ini.

“Abang…please dengar apa Tasha cakap ni bang… We don’t need a doctor in this house. Hospital just three minutes away from here…if there’s anything happen to you I still can drive you there…” tegasku pada Najah. Dia tetap dengan muka selambanya dan membatukan diri.

“Fine…if you need him more than your wife…fine… Tasha pindah rumah mama, atau balik rumah ummi… abang boleh duduk dengan doktor kesayangan abang tu…” aku meluahkan rasa marahku sekali lagi. Sakitnya hati melihat Najah tidak memberi respon padaku.
“Abang dengar tak?” suaraku mula meninggi. Airmuka Najah berubah. Dia memandangku dengan wajah yang serius.

“Tasha tak pernah berubah…” ucap Najah perlahan.
“Tasha tak pernah nak faham apa yang abang buat untuk Tasha…” tambah Najah lagi. Aku terduduk di sofa. Nada Najah kedengaran seperti orang menyesal. Salah akukah kalau aku lari dari rumah lagi? Aku yang pendek akalkah?

“Abang nak Man duduk dengan kita…itu keputusan abang. Man akan jaga Tasha dan anak-anak kita bila abang dah takde nanti… Itu permintaan abang yang perlu Tasha penuhi” kata Najah lagi.
“Abang…ini idea gila… Abang nak jodohkan Tasha dengan abang Harriz? Abang dah hilang akal ke? Kenapa abang tak bunuh aje Tasha ni… kenapa abang ni?” marahku. Aku tidak pernah meninggikan suaraku pada Najah. Entah kenapa marahku bagai tidak terbendung lagi.

“Dengan siapa Tasha nak kahwin itu hak Tasha, Tasha nak kahwin atau tidak itu juga hak Tasha…abang tak boleh atur semuanya untuk Tasha. Tasha tahu abang buat semua ni untuk kebaikan Tasha dan anak-anak…tapi percayalah abang…hati Tasha tak boleh sayang sesiapa lagi selain abang. Untuk apa Tasha kahwin kalau hati Tasha tak bahagia bang… Abang please…hentikanlah semua ni…” luahku satu persatu. Aku memandang Najah, memohon simpati darinya. Aku tak mahu Najah terus-terusan mendera emosiku. Aku terlalu sayangkan Najah.

Part 54 (finale)

Dia membalas pandanganku, lalu menghulurkan kedua tangannya padaku. Najah memelukku yang sedang menangis.
“Hati Tasha tetap dengan abang…” Aku memeluk Najah dengan erat. Airmataku membasahi dadanya. Kemeja biru yang dipakainya kini mula bertukar warna.
“Abang mintak maaf sayang…” balas Najah.
“I don’t need any replacement…cinta dan kasih sayang abang tetap kekal dalam hati Tasha sampai bila-bila…” kataku lagi.
“Abang mintak maaf sayang…” ulang Najah lagi.


Malam itu selepas makan malam, Najah ke bilik untuk menidurkan Naufal dan Najwa. Aku dan abang Harriz tinggal berdua di luar. Aku di dapur, abang Harriz pula di ruang tamu. Siap mengemas di dapur, aku ke bilik menghantar kopi untuk Najah. Kemudian aku keluar semula, kali ini aku ke ruang tamu pula.

Aku letakkan dulang yang berisi teh o untuk abang Harriz di meja kopi. Aku pelawa dia minum.
“I wanna have words with you…” kataku.
“Silakan…” balas abang Harriz dengan tenang. Aku membetulkan dudukku dan menarik nafas sedalamnya supaya aku dapat meluahkan segala isi hatiku ini dengan jelas dan dapat difahami.
“Abang tentu dah boleh agak apa yang Tasha nak cakapkan ni…apapun Tasha mintak maaf kalau terkasar bahasa dengan abang. Terus terang Tasha cakap, Tasha tak boleh terima semua ini…apa yang Najah rancang untuk Tasha, tanpa persetujuaan dari Tasha… Tasha tak boleh terima semua ni bang…”
“Semua orang tahu Tasha sedang melalui saat yang sukar sekarang ni, Tasha perlu sokongan dari orang keliling Tasha… Tasha perlukan sokongan dari ahli keluarga termasuk abang sendiri… tapi tolonglah…Tasha tak perlukan pengganti Najah…” tuturku perlahan.
“Abang baik…abang dulu jaga Tasha, kita sama-sama membesar, sama-sama berkongsi kasih sayang. Family kita kecil…Tasha Cuma ada ummi, mak long, pak long dan abang Harriz. Tasha tak ada orang lain sebelum Najah wujud dalam hidup Tasha. Sejujurnya abang banyak memberi inspirasi ketika Tasha masih bersekolah…tengok abang pandai, Tasha pun nak pandai macam abang…belajar di luar Negara, jadi kebanggaan keluarga…” tambahku lagi.
“Tapi Tasha tak boleh terima abang sebagai pengganti suami Tasha, apatah lagi Najah masih lagi bernafas… Tasha tak boleh terima semua ni bang. Orang mengatur hidup Tasha bagaikan Tasha tak berhak ke atas kebahagiaan Tasha sendiri…”
“Tasha harap abang faham…sebagai doktor peribadi Najah, abang tentu lebih tahu tahap kesihatannya kan… jadi berikanlah kami ruang agar kami dapat bersama dengan kesempatan yang ada ini…”

Abang Harriz memandangku. Dia diam sejak mula aku meluahkan isi hatiku. Aku harap dia mengerti akan perasaanku ketika ini.
“Abang faham…” balasnya.
“Thanks… Tasha masih perlukan abang sebagai abang Tasha. Dan Tasha fikir hubungan kita akan jadi lebih akrab jika kita kekal sebagai adik dan abang…”
“You’re right…”

Dua masalahku selesai malam ini tanpa aku perlu lari dari rumah lagi. Sesungguhnya berbincang dengan baik akan dapat menyelesaikan masalah daripada melarikan diri. Kadang aku juga terlalu selfish tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Aku akui kelemahan ku itu.
Tuhanku, aku amat bersyukur kerana Kau telah memberi aku kekuatan untuk berterus terang dengan suamiku dan abangku ini. Hanya Engkau sahajalah yang maha mengetahui selama mana kami akan bersama. Dan hanya Engkau sahajalah yang maha berkuasa ke atas segalanya. Aku mohon agar Kau tetapkan hatiku…hanya Najah cintaku sampai ke mati…Amin…

Hari Ahad, aku ke rumah ummi sendirian. Najah awal pagi lagi sudah keluar dengan Abang Fai, Jim dan abang Harriz pergi memancing udang. Naufal dan Najwa telah di’tempah’ mama awal-awal lagi. Cucu kembar itu sentiasa menjadi ‘beg tangan’ mama dan papa sejak mereka lahir lagi. Mama dan papa bangga membawa mereka berdua ke taman atau ke pusat membeli belah, sampaikan ada yang ingat Naufal dan Najwa itu anak mereka!

“Tasha rindu ummi…” ucapku ketika memeluk ummi.
“Ummi pun…”
“Ohh…rindu juga ya? Ingat dah ada ramai anak sekarang ni dah tak rindu kat Tasha lagi…”
“Hmm…adik-adik Tasha di Rumah Nur tu semuanya baikkk sangattt macam Tasha…itu yang buat ummi sentiasa ingat puteri ummi yang sorang ni” kata ummi. Rumah Nur, rumah kebajikan yang diuruskan ummi menjadikan dia begitu sibuk sekarang ini. Masanya lebih banyak dihabiskan di situ. Kadang kala mama juga turut sama membantu ummi menguruskan rumah kebajikan itu.

Aku terus baring di atas day bed di anjung rumah. Ruangan itu tetap sejuk dan berangin sama seperti tahun-tahun yang lalu. Ummi keluar dengan membawa segelas jus oren.
“Cucu-cucu ummi mana?”
“Mama bawak ke rumah adik dia, Tunku Maisara…hari ni ada birthday party cucu Ku Sara yang sulung…”
“Kenapa Tasha tak ikut sekali…”
“Malaslah mi, lagipun malam tadi Tasha dah datang kenduri doa selamat dia, petang ni party untuk budak-budak…Najah pun ikut Fai dengan Jim pergi mancing udang…baik Tasha ke mari jenguk ummi…”

“Gaduh lagi ke dengan Najah?” soal ummi tiba-tiba. Lari jauh dari topik perbualan kami tadi.
“Biaslah mi…P.Ramlee pun ada cakap, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri…” ujarku beralas.
“Walaupun awak tak cakap Tasha…ummi tahu…” kata ummi lagi.
“Siapa cakap? Mama ke?” tanyaku pula.
“Siapa yang beritahu ummi tu tak penting…tapi ummi tetap nak dengar dari mulut Tasha sendiri…”
“Dah selesai mi… perkara kecil aje… Lupakan ajelah…” pintaku. Aku bukan lagi anak kecil yang manja, perlu mengadu semua perkara pada ummiku. Biarlah semuanya aku simpan sendiri.

“Kalau macam tu baguslah. Ummi tak mahu dengar awak gaduh lagi dengan Najah. ORang tu dah la tak sihat, awak sesekali mengalahlah Natasha…”
“Baik Puan Yasmin…” jawabku. Entah berapa kali aku dah mengalah. Demi Najah aku sanggup lupakan semuanya, walaupun banyak kali perasaan aku terguris, aku ketepikan semua itu.

“Lupa ummi nak beritahu, minggu lepas Ariff ada datang ke mari dengan mak ayahnya”
“Ariff mana mi?”
“Ariff anak Dr. Ibrahim…” sebut ummi.
“Ohhh Ariff Irfan…cakaplah Irfan, Tasha panggil dia Irfan, bukannya Ariff. Ada apa Irfan datang mi?”
“Saja datang berziarah…” jawab ummi.
“Lama tak jumpa Irfan…tahun lepas Najah ada jumpa dia kat KL…”
“Itulah, dia datang kemari pun nak cari awak sebenarnya…” kata ummi.
“Cari Tasha?”
“Iya…datang nak merisik awak…” tambah ummi lagi. Aku tergelak mendengarnya. Mimpi apa si Irfan tu, tiba-tiba datang merisik?
“Irfan tak tahu ke Tasha dah kahwin?” Tanya ummi.
“Kat London dulu Cuma Emily dengan husband dia aje yang tahu, student lain tak tahu…diorang bergossip aje pasal Tasha dengan Najah. Officially there’s no announcement mi, tapi peliklah kalau Najah tak beritahu Irfan…Najah jumpa Irfan dulu pun tak cakap kat dia ya…hmmm…” ujarku.
“Itulah…ummi tengok kecewa betul Datin Zaleha. Kesian pun ada…”
“Kelakarlah…Tasha yang ada anak dua ni laku lagi ekk…”
“Siapa suruh kahwin senyap-senyap…lain kali gebangkan satu dunia, biar semua orang tahu…” kata ummi.
“Ehh Mi…dulu kita buat kenduri ummi tak jemput ke Dr. Ibrahim dengan family dia tu?” tanyaku.
“Ummi ada call ke pejabatnya, kata staff kat situ Dr. Ibrahim berkursus 6 bulan di Jepun…”
“Ohh…pasal tulah dia tak tahu mi…” balasku dengan gelak yang masih berbaki.
“Tasha…Tasha…”

“Ummi…macamana ummi boleh setia dengan ayah? Biarpun ayah dah lama meninggal sejak Tasha dalam kandungan lagi tapi ummi tetap setia dengan ayah…” soalku sekaligus mematikan topic Ariff Irfan.
“Ummi tak pernah fikirkan soal pengganti…sibuk jaga Tasha, sibuk kerja. Lagipun setiap kali ummi tengok Tasha, ummi terlihat wajah ayah…saling tak tumpah… Macam itulah ummi mengubat rindu… Kenapa sayang?”

“Actually Najah trying to matchmake me with Harriz…” tergerak pula hatiku untuk membuka cerita ini.
“Abang Harriz?”
“Yupp…Harriz Hazman…”
“Astaghfirullahalazimm… Najah, Najah….”
“Najah takut nasib Tasha dan anak-anak tak terbela ummi…dia rancang semua ni untuk kami. Nak jodohkan Tasha dengan abang Harriz…dia kata dia percaya yang abang Harriz sayangkan Tasha dan anak-anak. Abang Harriz dah transfer ke mari…Najah pelawa dia tinggal bersama…” beritahuku pada ummi. Ummi beristighfar panjang.
“Tasha sayang dia mi…tapi dia nak Tasha kahwin dengan kawan dia, abang Tasha sendiri…ummi bayangkanlah hati Tasha macamana…”

“Hmmm… niat dia baik, tapi tak kena dengan caranya. Najah…Najah… pelik betul menantu aku sorang ni… Pasal inilah yang Tasha bertengkar dengan dia?” Tanya ummi. Aku mengangguk.
“Tapi semuanya dah selesai mi…tak payahlah nak dipanjangkan. Jodoh, ajal dan maut tu semua urusan Allah, Tasha redha atas segala ketentuanNya untuk Tasha…” ucapku ikhlas.
“Baguslah… ummi dan mama sentiasa ada di sisi Tasha. Mama pun selalu update ummi pasal Tasha dan Najah…memanglah ummi sibuk selalu, tak sempat nak menjengah Tasha tapi mama selalu call ummi… Jangan risau sayang…” terang ummi. Tersentuh hatiku dengan kata-katanya. Aku peluk ummi dan mencium kedua pipinya. Terima kasih ummi diatas semangat dan perangsang yang diberikan kepadaku…

Part 55 (final)

Pulang dari memancing udang Najah kelihatan sangat letih. Diajak makan, katanya masih kenyang. Lepas mandi dan bersiap, dia mengajak aku ke rumah mama.
“Abang… kita nak ke rumah mama untuk apa? Kan tadi mama dah call kata nak datang sini hantar Najwa dan Naufal…” beritahuku.
“Abang nak jumpa Fai, sayang…”
“Kalau macam tu Tasha call mamalah, beritahu dia kita nak datang sana…”
“Tak apa…abang dah suruh Fai cakap kat mama… Tasha siaplah dulu, lepas ni kita pergi…abang nak rehat sekejap…”

Najah terus ke sofa dan merebahkan badannya di situ. Aku tak jadi ke bilik. Aku duduk dihadapannya dan aku letak tanganku di atas dahinya. Aku pegang kedua belah pipinya.
“Abang…kenapa badan panas semacam ni… abang demam ke?” Tanyaku pada Najah. Seluruh tubuhnya panas macam bara api. Rasa takut datang tiba-tiba.
“Tasha…cepat siap sayang…abang nak jumpa Fai…” bisik Najah di telingaku. Sebelah tangannya memicit-micit kepalanya. Aku masuk ke dalam bilik dan mengambil.
“Abang…jom…” panggilku. Najah tidak juga bangun dari sofa.
“Abang…boleh bangun tak ni? Kenapa abang tiba-tiba aje jadi macam ni…” tanyaku pada Najah. Dia benar-benar menakutkan aku sekarang ini.
“Kepala abang sakit sangat sayang…” beritahu Najah padaku.
“Abang boleh bangun tak ni? Atau nak Tasha call abang Fai suruh dia dating sini aje…”
“Boleh…abang boleh bangun, cuma kepala aje yang berat ni…” kata Najah. Aku Bantu dia untuk bangun dari sofa. Aku pimpin tangannya dan kami keluar dari rumah menuju ke tempat letak kereta.

“Tasha, I am really sorry for what I have done in recent weeks… I don’t mean to hurt your feeling sayang…” kata Najah ketika aku sedang memandu. Dia meletakkan tangannya diatas pehaku, lantas aku sentuh jemarinya. Aku usap perlahan-lahan.
“Tasha faham abang… bukan niat abang nak lukakan hati Tasha kan?”

Hatiku semakin risau. Aku ingin segara sampai ke rumah mama. Kenapa Najah tiba-tiba jadi begini? Pagi tadi sewaktu dia keluar rumah, dia elok sahaja. Sihat dan ceria. Malah sempat bergurau dengan papa yang datang mengambil Naufal dan Najwa.
Tiba di perkarangan rumah mama aku menekan hon kereta berkali-kali. Pintu pagar terbuka perlahan-lahan. Rasanya bagai satu jam lamanya menunggu pintu pagar itu terbuka luas agar aku boleh memandu masuk!
“Tasha…kepala abang sakit sangat ni…” ucap Najah sambil memegang kepalanya. Wajahnya merah, mukanya berkerut dek menahan sakit. Aku bertambah cemas.
“Abang…tahan kejap Tasha masuk panggil abang Fai…” berat hatiku hendak meninggalkan Najah sendirian di dalam kereta. Aku berlarian masuk ke dalam rumah.
“Mama…Mama…” jeritku berulang kali
“Abang Faiii…” jeritku lagi. Aku termengah-mengah berhenti di ruang tamu di mana semua ahli keluargaku sedang berkumpul.
“Tasha…kenapa ni?” Tanya papa yang kehairanan melihat aku tercungap-cungap.
“Najah pa….Najah…”
“Kenapa dengan Najah? Mana dia?” Tanya papa lagi. Airmataku sudah mula bertakung. Ingin aku peluk seseorang saat itu juga.
“Najah dalam kereta…” beritahuku sambil menangis. Semua orang berdiri dengan tiba-tiba pabila aku bersuara bersulam tangis. Mama pantas mendakapku. Abang Fai, Jim dan papa bergegas keluar melihat Najah.
“Kenapa dengan Najah Tasha?”
“Tasha tak tahu mama, dia mengadu sakit kepala sejak balik dari memancing tadi. Dia ajak Tasha ke mari nak jumpa Abang Fai… Sementara tunggu Tasha bersiap, Najah dah makin teruk…” aduku pada mama.
“Ya Allah…” ucap mama sebak. Aku dan mama keluar untuk melihat Najah. Bertembung pula dengan abang Fai yang masuk semula ke dalam rumah.
“Need to call an ambulance ma…” kata abang Fai sambil berlari. Aku pandang mama. Ya Allah, kenapa tiba-tiba aje Najah jadi macam ni? Mama juga sudah mengalirkan airmatanya.

Sampai di anjung rumah, Najah sudah dibawa keluar dari kereta. Di atas sofa rotan yang panjang, papa memangku Najah. Abang Jim pula memegang jari-jemari Najah sambil membisikkan sesuatu ke telinganya. Airmataku makin laju bila melihat Najah begitu. Matanya terpejam namun nafasnya masih turun naik. Aku duduk berteleku di hadapan Najah.
“Abang…jangan tinggalkan Tasha…” kataku sambil menangis. Aku cium pipinya berkali-kali.
“Abang…jangan tinggalkan Tasha…” ulangku lagi.
“Sabar nak…sabar ya… Kita berdoa semoga Najah tak ada apa-apa…” ucap papa untuk menenangkan aku. Aku masih menangis. Mama juga menangis. Abang Fai keluar dengan membawa fail biru yang selalu diusung Najah ke sana ke mari.
"Sekejap lagi ambulans sampai..." beritahu abang Fai. Wajahnya tenang sama seperti papa dan abang Jim.
"Helen...kamu bawak Tasha masuk dulu... nanti kita sama-sama pergi hospital. Biar Faisal aje yang temankan Najah..." kata papa.
"Pa...Tasha nak ikut..."

Papa memandang wajahku. Bagaikan ada sesuatu yang ingin disampaikannya padaku namun tak terluah. Aku menggelengkan kepala sebagai isyarat aku ingin bersama Najah walauapapun jua keadaannya.
"Please papa..."

Kebahagiaan yang aku damba sayangnya tidak berpanjangan. Tumor dikepala Najah semakin membesar dan membengkak sehingga menyekat saluran darah dan oksigen ke otaknya. Sejak Najah pengsan di rumah mama, aku bagaikan sudah berpindah ke bilik 517 ini. Menurut kata abang Fai dan abang Harriz, Najah perlu mendapat rawatan rapi di hospital dan dipantau oleh sekumpulan doktor pakar. Kata abang Fai lagi tisu paru-parunya yang sudah rosak merumitkan lagi keadaan Najah.

Najah berkeras untuk menghabiskan sisa hidupnya di rumah kami namun atas nasihat abang Faisal, Najah terpaksa di tahan di wad rawatan rapi. Najah juga kerap pengsan di wad. Adakalanya dia sedar, aku dan dia berbual-bual menyingkap kisah silam kami. Namun bila dia tidak sedarkan aku, aku sendirian bercerita padanya setiap detik yang kami lalui bersama. Aku tidak lagi menangis, sejak beberapa hari yang lalu airmataku sudah kering dan tidak mampu mengalir lagi. Najah berpesan kepadaku agar tidak meratapi pemergiannya nanti.

Ummi dan mama bergilir-gilir menjaga Naufal dan Najwa, kadang kala anak-anak itu dibawa masuk ke dalam bilik Najah untuk melihat keadaan daddy mereka yang terbaring lemah. Aku senantiasa di samping Najah menghadapi hari-hari terakhirnya. Dalam keadaannya yang separuh sedar aku sentiasa berbual dan bercakap dengannya. Dari hari pertama kami bertemu dan jatuh cinta sehinggalah disaat Najah sedang bertarung dengan maut yang bakal menjemputnya.

“Abang ingat lagi tak dengan kad yang abang beri pada Tasha dulu? Kad yang tertulis puisi cinta dari Emily Matthews…abang berikan pada Tasha seminggu selepas kita berkenalan di Manchester. Kad itu masih lagi Tasha simpan di rumah ummi, surat-surat cinta dan email dari abang semuanya masih Tasha simpan dalam laptop yang abang hadiahkan. Tasha nak simpan sehingga akhir hayat Tasha. Dalam hidup Tasha, abanglah cinta pertama Tasha…Tasha tak pernah jatuh cinta sebelum Tasha jumpa abang”
“Tasha begitu menghargai ketulusan cinta abang. Tasha tak pernah rasa begitu dicintai dan dikasihi. Tasha ingat lagi masa Tasha kena gastrik, abang bersengkang mata jaga Tasha sampai tertinggal kuliah”
“Tasha tak tahu selama ni abang sakit, masa di London dulu Frank kata abang selalu pengsan, tapi abang beritahu Tasha abang Cuma ada migraine aje. Tasha percaya cakap abang sebab Tasha tahu abang tak pernah tipu Tasha. Kalau tidak kerana Tasha terdengar perbualan papa dan Kak Long…Tasha tak tahu yang abang sedang bertarung dengan brain tumor”

“Hati Tasha pilu, sedih…kecewa, kenapa sebagai isteri Tasha tak pernah diberitahu tentang penyakit abang tapi bila Tasha dengar abang cakap dengan Kak Long yang Tasha tempat abang melupakan segala kesakitan, Tasha mula berazam untuk membantu abang mengharungi segala ujian bersama. Tasha kuatkan semangat walaupun sebenarnya Tasha tak mampu untuk menghadapi ujian ini sendirian”

Aku lihat airmata Najah mengalir ke pipinya. Aku menyeka airmata itu dari terus gugur dengan jariku. Aku kucup pipi dan tangan Najah. Dia mendengar setiap perkataaanku. Aku genggam erat jemari Najah yang semakin sejuk.
“Naufal dan Najwa dah mula belajar meniarap bang, mama kata Naufal dah mula tunjuk minat yang sama macam abang. Dia dah pandai mengacau papa guna komputer…dia nak jadi Software Engineer macam daddy dia. Najwa pula sukakan nombor macam Tasha bang…anak-anak kita mewarisi bakat dan minat kita”
“Kalau boleh Tasha nak abang sentiasa bersama Tasha, kita sama-sama besarkan mereka bang…”

Pintu bilik terbuka, Abang Faisal masuk bersama dengan Abang Hariz. Mereka berdua menghampiri aku. Abang Hariz meletakkan tapak tangannya di atas kepalaku dan mengusapnya beberapa kali.
“Macamana Tasha? Ada perubahan?”
“Tadi dia beri respon pada Tasha bang…dia dengar apa yang Tasha cakap, airmatanya mengalir…” tuturku perlahan. Aku usap pipi dan rambut Najah dengan penuh kasih.
“Tasha teruskan bercakap dengan Najah ya, jangan putus asa” pesan Abang Hariz. Dia kemudiannya berbisik sesuatu dengan Abang Faisal. Aku mula rasa tak sedap hati.
“Aku keluar kejap Man…kau monitor Najah”

Dada Najah berombak perlahan. Aku perhatikan turun naik dadanya agak lama, Najah seperti sukar untuk bernafas. Aku panjatkan doa kepada Allah semoga kami diberi sedikit waktu lagi untuk bersama.
“Abang…jangan tinggalkan Tasha…bertahanlah bang. Kan abang kata Tasha tempat abang melupakan segala kesakitan, Tasha ada disini bang…abang janganlah sakit. Jangan tinggalkan Tasha dan anak-anak bang…kami masih perlukan abang…”
“Tasha dah makan?” tanya abang Hariz. Aku menggelengkan kepala. Selera makanku hilang sejak seminggu yang lalu, semenjak Najah mula menginap di wad ini.
“Makan sikit dik, kalau tak makan nanti Tasha sakit perut. Janganlah bersedih macamni sampai abaikan kesihatan sendiri. Tasha ada dua orang anak yang perlukan perhatian Tasha…”
“Tasha ada Uncle Toby’s bang…cukuplah buat alas perut. Ini pun susah Tasha nak telan tapi Tasha paksa jugak. Keadaan Najah macamana bang, bila Najah boleh keluar dari wad?”
“Hmm… Najah masih stabil. Kita sama-sama berdoa semoga Najah kembali sihat dan boleh pulang ke rumah untuk bersama keluarga”
“Abang…terus terang ajelah dengan Tasha bang. Tasha tahu…”
Abang Hariz menepuk perlahan bahuku. Dia tidak berkata apa. Sebagai doktor peribadi Najah dia lebih maklum dengan keadaan sebenar Najah.
“Tasha, kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya. Kita diberi jalan dan pilihan untuk berusaha dan berdoa namun seandainya tidak berhasil kita harus redha dan menerima kenyataan itu”
“Najah berada ditahap kritikal walaupun dia stabil, dia masih bertahan kerana Tasha dan anak-anak…”


Najah membuka matanya, dia tersenyum memandangku. Aku rindukan senyuman itu. Sudah seminggu aku tak dengar suara manja Najah, usikkan nakalnya, ketawanya dan gurau sendanya dengan anak-anak. Aku terlalu rindukan semua itu.
“Tasha sayang…” panggil Najah perlahan-lahan. Matanya dipejamkan semula.
“Ya bang…Tasha ada sini…”
“Abang haus…”

Abang Harriz mengambil botol minuman dan diberikan kepadaku. Dengan menggunakan penyedut minuman, Najah membasahkan tekaknya. Pilu hatiku melihat keadaannya begitu, hanya Allah sahaja yang tahu.
“Sayang…” panggil Najah lagi.
“Ya bang…”
“Naufal dengan Najwa mana…abang nak tengok anak-anak kita…” bisik Najah perlahan.
“Ada kat rumah bang, sekejap lagi mama datang bawak anak-anak ke mari…” beritahuku pada Najah. Aku usap rambutnya dan aku genggam jemarinya. Sesekali aku memandang abang Harriz, inginkan penjelasan darinya.

“Tasha ingat tak masa Tasha mula mengandungkan anak kita tu…You always want me to massage you…remember?” Tanya Najah. Tuturnya perlahan sekali. Aku tekun menunggu sehingga Najah selesai melengkapkan baris-baris katanya. Najah bagai tidak berdaya sekali tapi semangatnya kuat untuk berbual denganku. Aku bimbang jika keadaannya semakin lemah.
“Tasha ingat… bila abang balik dari kerja aje, abang mesti Tanya Tasha nak urut ke tidak. Abang tak pernah lupa untuk picit kaki Tasha… Abang nak Tasha picitkan abang ke?”

Najah menggelengkan kepalanya. Dia kembali memejamkan matanya untuk beberapa ketika sebelum membukanya semula. Aku rindu pada bola mata yang redup itu. Mata yang selalu aku tatap setiap kali aku berbicara dengannya.
“Sayang…abang sejuk sangat…” beritahu Najah padaku.
“Nanti Tasha perlahankan aircond ya bang…”
“It’s okay…abang nak Tasha duduk sebelah abang aje…jangan pergi mana-mana sayang…”

Aku mengangguk kecil. Dadaku sebak bagaikan bukit batu yang menunggu masa untuk diletupkan namun airmataku telah lama kering. Aku sudah puas menangis sebelum ini dan kini aku sudah kehabisan airmata bila melihat Najah terbaring lemah di bilik ini.

Mama masuk sendirian ke dalam bilik. Abang Harriz pula keluar meninggalkan kami bertiga disitu. Tiada Naufal mahupun Najwa dibawa bersama. Mama tersenyum puas melihat Najah yang telah sedar. Dicium dahi anak bongsunya itu lalu dipanjatkan syukur kepada Allah.
“Alhamdulillah… awak dah sedar nak…” ucap mama berkali-kali. Najah tersenyum memandang mama.

“Ma… nanti tolong tengok-tengokkan Tasha ya ma…” ucap Najah perlahan. Wajah mama berubah bila mendengar kata-kata Najah itu. Aku bagaikan mengerti tentang perubahan nan satu ini. Mungkin saatnya semakin hampir, Najah membuka mata untuk melihat kami buat terakhir kali.

Airmata mama pantas mengalir ke pipi. Dadaku semakin sebak. Aku hanya mampu mengetap bibir apabila mama mula memeluk Najah dan menangis. Ya Tuhan, berikanlah aku kekuatan untuk melalui saat yang maha sukar ini…
Abang Faisal kembali semula ke bilik. Kali ini semua ahli keluarga kami turut sama menyertainya. Papa masuk membawa Naufal didukungannya, ummi pula mendukung Najwa, Kak Long, Abang Nazim dan Fifi juga ada. Hati aku semakin tidak karuan, sepertinya saat perpisahan semakin hampir.
“Ta…shaaa…” panggil Najah dengan matanya yang terpejam.
“Abang…Tasha ada di sini bang, anak-anak pun ada…” beritahuku pada Najah. Dia kembali membuka matanya yang semakin mengecil. Papa membawa Naufal ke sisi Najah dan diciumkan anak kecil itu kepada Najah. Dengan daya yang tidak seberapa, Najah cuba untuk mendakap Naufal. Kemudian papa mengambil Najwa dari ummi dan dibawa ke sisi Najah. Dengan airmata yang sudah bertakung dikelopak matanya, papa dengan tenang menciumkan Najwa kepada Najah.

Mama dan ummi telah terlebih dahulu menangis. Kak Safi yang mendakap Fifi, kelihatan tenang sekali. Abang Faisal, abang Jim dan abang Harriz masing-masing memeluk tubuh memerhatikan keadaan di dalam bilik ini.
“Jaga Tasha for me pa…and my kids too…” bisik Najah pada papa. Beberapa kali papa menganggukkan kepalanya. Ku lihat air jernih mula jatuh dari takungannya dan membasahi wajah tua papa.
“Helen…”panggil papa bila melihat mama tidak dapat menahan sedih. Mama datang dekat dan duduk di tepi katil Najah.

“Mama…jangan nangis…I love you…” ucap Najah lemah. Makin lebat airmata mama. Sedihnya tidak dapat dibendung lagi. Aku lihat mama merenung Najah, agak lama renungannya. Hati mereka bagai saling mengucapkan selamat tinggal dan merelakan perpisahan ini dengan ikhlas dan redha. Mama mengetap bibirnya namun airmatanya masih laju.

“Sayang…jaga anak kita baik-baik…” pesan Najah padaku pula. Kemudian dengan perlahan Najah melafazkan kalimah syahadah, aku turut sama membisikkan kalimah itu ke telinga. Papa memegang sebelah tangan Najah dan turut sama mengucapkan syahadah. Hatiku semakin berat, bagai sauh kapal yang terbenam didasar lautan. Ya Allah, jika ini saat perpisahan untuk aku dengan kekasihku, aku redha Ya Allah. Kau permudahkanlah jalan untuknya, doaku dalam hati.
Aku genggam erat tangan Najah. Aku kucup pipinya berkali-kali. Aku bisikkan kalimah cinta ke telinganya. Itulah kali terakhir Najah mendengar aku melafazkan janji setia aku kepadanya.

“Tasha…Najah dah tak ada nak” ucap papa. Aku dengar seluruh keluargaku menangis. Aku memeluk Najah dengan penuh rasa kasih dan aku cium sekali lagi pipi dan dahinya. Aku tidak menangis seperti janjiku padanya dulu yang tidak mahu aku meratapi pemergiannya.
“Sabar Tasha…sabar nak…” pujuk papa. Aku tidak melepaskan pandanganku pada Najah yang telah menutup rapat kedua belah matanya. Dia kelihatan tenang sekali. Hatiku, cuma Allah sahaja yang maha mengetahui. Melihat sekujur tubuh yang dulu sentiasa mendampingiku, kini telah tidak bernyawa. Aku menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan. Aku beralih dari sisi Najah dan memeluk ummi yang sedang menangis.

Sebak sekali dadaku. Aku bagai mahu meraung dan menangis sekaligus melepaskan remuk di hati ini namun demi Najah yang mengajar aku menjadi manusia yang sabar, aku buang jauh-jauh perasaan itu.
“I love him very much mi…very-very much…” bisikku pada ummi.
“Ummi tahu sayang, kita semuakan sayangkan dia…” beritahu ummi padaku. Papa menutup wajah Najah dengan kain selimut. Abang Harriz dan abang Fai berbincang berdua dan kemudian bertemu papa. Kelihatan papa menganggukkan kepala beberapa kali.
“Tasha nak bawak balik arwah ke apartment atau rumah papa?” tanya abang Jim padaku.
“Rumah papa aje bang…” balasku. Aku mengambil Naufal dari dukungan abang Jim dan mencium kedua belah pipinya. Dialah pengganti Najah untukku. Iras wajahnya saling tidak tumpah seperti Najah.

Semuanya berlaku terlalu pantas hari ini. Pagi tadi seawal selepas azan subuh Najah mula membuka matanya dan berbual denganku. Rupa-rupanya hari ini hari terakhir dia memandang kami semua. Dia membuka matanya untuk menatap satu persatu ahli keluarganya. Najah sungguh istimewa, dia meninggalkan kami dalam keadaan yang sungguh kami tak sangka. Dia kelihatan begitu tenang sekali, Najah pergi dalam damai…hilang dalam ramai keluarganya disisi.
Abang Jim, abang Fai dan abang Harriz menguruskan jenazah Najah. Sementara papa pula menguruskan segala keperluan pengkebumian. Aku mengikut ummi, mama dan Kak Safi pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan bibirku tidak putus membaca Alfatihah untukku sedekahkan kepada Najah. Suasana dalam kereta sunyi sekali. Kembarku juga tidak merengek, mungkin mereka mengerti bahawa hari ini daddy mereka telah pergi buat selamanya.

Tiba di banglo mama, kami di sambut dengan ahli keluarga Najah yang ramai. Bacaan Yaasin berkumandang di segenap ruang tamu. Sebuah katil kecil sudah tersedia diletakkan mengadap kiblat di tengah ruang rumah.
“Min bawaklah Tasha ke bilik dulu, buat apa yang patut sementara kita tunggu jenazah sampai…” suruh mama pada ummi.
“Tasha mandi dulu ya nak…solat ke, mengaji ke… mama nak jumpa tetamu sekejap” pesan mama padaku.

Ummi memimpinku menaiki tangga menuju ke bilik Najah. Lemah longlai langkahku mendaki anak-anak tangga menuju ke bilik yang pernah dihuni Najah ketika dia bujang dulu.
“Ummi tengoklah…betapa besarnya poster Tasha kat dinding ni…” tunjukku pada ummi. Poster wajahku yang dijadikan wallpaper dibilik itu kini menggamit rindu, kembali bertandang dalam hatiku.
“He’s the only love of my life…” ucapku lagi. Airmata ummi mengalir lagi. Dia mengambil bingkai gambar yang diletakkan di meja sisi. Ummi duduk di birai katil dan membelek bingkai gambar itu.
“Kalau kita tengok gambar ini…kita tak sangka yang dia dah tak ada…” lafaz ummi bersulam sendu. Najah tersenyum girang di dalam gambar itu, gambar yang dirakamkan di hari graduasi kami.

Aku meninggalkan ummi dikatil lalu ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Kemudian aku menunaikan solat dan memohon kekuatan dari yang Esa. Selesai berdoa aku membaca Surah Yaasin untuk Najah. Sewaktu hayatnya masih ada, Najah tidak pernah lupa membaca Yaasin selepas solat dan hari ini aku membacakan surah suci ini untuknya.
Bila aku turun ke bawah, seluruh ruang tamu telah penuh dengan tetamu yang datang berziarah. Aku lihat Sarah, Puan Khalijah dan juga beberapa pekerja di pejabat datang bertandang ke rumah ini. Sarah datang dekat padaku dan kami berpelukkan.
“Takziah Tasha…” ucap Sarah.
“Tak sangka dia dah tak ada…” sambungnya lagi. Aku mengangguk perlahan. Saat itu juga bunyi kenderaan jenazah di luar rumah mengajak aku keluar untuk menyambut Najah ‘pulang’.

“Abang…” sebutku ketika papa, abang Jim, abang Fai dan abang Harriz membawa jenazah masuk ke dalam rumah. Aku menurut dari belakang sehinggalah Najah dibaringkan di atas katil yang telah disediakan. Aku duduk disisinya sambil membaca surah Yaasin.
Sewaktu Najah dimandikan dan dikafankan aku dan mama tetap disisi memerhatikan Najah diperlakukan seperti anak kecil yang baru lahir. Najah dimandikan oleh papa, bagai kali pertama menyambutnya lahir ke dunia lebih tiga puluh tahun dulu. Kemudian Najah dikafankan dan mama turut membantu ‘memakaikan’ Najah pakaian. Bagai simbolik kehidupan yang berputar. Tiba suatu saat kitaran hidup itu akan bercantum semula sebagaimana yang Najah lalui hari ini.

Selasai dimandikan dan dikafankan, jenazah Najah diletakkan di atas katil yang telah disediakan untuk tatapan saudara-mara dan sahabat handai yang datang berziarah. Setiap kali orang berhenti di sisi katil dan bersedekah AlFatihah, aku menangis dalam hati. Dan setiap kali mereka menegurku dan memberi ucapan takziah, aku hanya mampu mengangguk dengan wajah suram.
Ketika anak-anak dibawa untuk melihat Najah dan menciumnya, mama dan ummi menangis lagi. Kedua nenek itu kasihan melihat anak kecil yang belumpun setahun umurnya telah kehilangan ayah.

Hari yang panjang ini aku lalui dengan perasaan bercampur baur dalam hati. Siap dikafankan dan disembahyangkan, jenazah Najah di bawa ke perkuburan untuk upacara pengkebumian. Luluh hatiku melihat keranda kayu yang diturunkan ke liang lahad.
Abang Jim membuka kain yang menutupi wajah Najah untuk kali terakhir. Dinding-dinding hatiku bagaikan runtuh menatap wajah lelaki yang paling aku cinta dalam hidup ini, matanya tertutup rapat namun wajahnya tetap manis. Aku tenang dan tidak putus berzikir dalam hati.
“Selamat tinggal abang…bersemadilah disini dengan tenang, Tasha dan anak-anak akan datang lagi nanti…” ucapku dalam hati. Aku dan mama berpelukan dikuburan yang baru sahaja kami sirami dengan air mawar dan bunga rampai.

“Tasha, kita balik dulu…esok kita datang lagi…” pujuk papa. Aku mengangguk kecil. Berat hatiku untuk meninggalkan Najah sendirian di sini. Aku masih tercegat dan tidak berganjak.
“Tasha…kita balik dulu nak…” pujuk papa lagi. Mama mula menggenggam jemariku dan mengajak aku pulang. Tentunya mama juga rindukan Najah sepertimana aku. Mama turut sama merasa kehilangan, seorang anak yang baik, periang dan sentiasa mendamaikan hatinya.

“Abang…Tasha balik dulu…” ucapku dengan penuh sebak. Mama memelukku lagi. Tangisan mama meruntuhkan serpihan hatiku yang tinggal. Sendu mama yang berlagu di telingaku menambah kesedihan yang sudah lama bersarang dalam sanubariku.
“Helen…sabar, jangan nangis lagi. Najah dah takde…tapi kita ada Najwa, ada Naufal…ada Tasha… Kita masih ada tanggungjawab pada waris yang Najah amanahkan pada kita” pesan papa sebelum kami melangkah jauh meninggalkan pusara yang masih wangi itu.

Hari ini genap tujuh hari Najah pergi meninggalkan aku dan keluarga. Masih terngiang-ngiang suaranya memanggil aku sayang dan manja. Sesekali aku tersentak apabila terasa seperti kehadirannya di rumah kami.
Petang itu ketika kami sedang sibuk untuk menyiapkan persiapan untuk majlis tahlil, aku didatangi oleh dua orang peguam. Kesemua ahli keluarga Najah berkumpul untuk mendengar amanat terakhir dari Najah.
“Saya, Affandi Annuar dan ini rakan saya Shaffiza Ibrahim. Kami dari Affandi Shaffiza and Associates, peguam yang diamanahkan oleh Allahyarham Syahrun Najah bin Tan Sri Hanafi Al-Bakri”
“Kami diamanahkan oleh Allahyarham untuk menyempurnakan wasiat dan amanat terakhir darinya. Sebelum itu saya ingin memastikan agar kesemua nama yang saya sebutkan berada di sini. Nur Natasha Ameera binti Ariffin, Tan Sri Hanafi bin Sheikh Hassan Al-Bakri, Puan Sri Tunku Helena binti Tunku Ariff Bendahara, Yasmin binti Yusoff, Safiyyah Najlah binti Tan Sri Hanafi Al-Bakri dan Syahrul Nazim bin Tan Sri Hanafi Al-Bakri. Juga kedua anaknya yang belum sempat dia namakan disini. Allahyarham hanya menyatakan dua anak kembar yang bakal lahir.
“Naufal Amer dan Najwa Ameera” sebut papa.
“Boleh kami teruskan Puan Natasha Ameera, Tan Sri?”
“Silakan…” balas papa. Affandi membuka sebuah sampul yang mengandungi surat yang bertaip dan menyerahkannya padaku untuk di baca.
“Arwah pesan pada saya, mintak Natasha yang bacakan…” beritahu Affandi. Aku mengambil surat itu dari tangannya. Dengan lafaz Bismillah, aku membaca surat itu dengan cermat.

“Assalammualaikum…ketika surat ini dibacakan, pastinya Najah tidak lagi bersama dengan keluarga lebih-lebih lagi isteri Najah yang tercinta, Natasha Ameera. Tasha harus berjanji dengan abang untuk terus kuat dan tabah dalam mengharungi hidup tanpa abang di sisi. Abang yakin Tasha mampu mendidik anak kita yang bakal lahir, entah abang sempat atau tidak melihat mereka lahir ke dunia ini. Setiap hari abang bertahan dan berdoa pada Tuhan semoga abang diberi kesempatan untuk menatap wajah comel anak-anak kita”

Aku berhenti membaca dan menarik nafas semula. Airmataku sudah mula bergenang. Dengan dada yang sebak aku kembali membaca.
“Sepanjang kita bersama sejak mula bertemu di Manchester, kita bercinta dan berkahwin Tasha tidak pernah meminta. Jauh sekali menyusahkan hidup abang. Abang jauh lebih mampu namun tidak pernah sekalipun Tasha meminta sesuatu dari abang. Tasha begitu menyenangkan dan mendamaikan hati. Setiap kali memandang wajah Tasha, segala masalah dan rasa sakit bagaikan berterbangan. Tanpa pengetahuan Tasha, abang telahpun membina sebuah rumah untuk Tasha dan anak-anak di Jalan Petri. Kesemua dokumen lengkap dan kunci rumah akan diserahkan oleh peguam yang abang lantik. Rumah ini hadiah dari abang sempena ulang tahun perkahwinan kita yang ke 4. Maafkan abang sayang kerana tidak sempat meraikannya bersama Tasha dan anak-anak. Akaun bank abang dan insurans yang telah ditaksirkan akan diserahkan kepada Tasha, jumlahnya tidak seberapa tetapi cukup untuk menampung keperluan Tasha dan anak-anak kita. Untuk mereka juga abang telah menyediakan saham amanah sebagai bekalan perbelanjaan pengajian mereka nanti”

“Kesemua harta abang yang tidak seberapa abang serahkan pada Tasha sebagai kegunaan dan kemudahan Tasha dan anak-anak kita. Abang telah memberikan senarai lengkap kepada peguam untuk proses pindah milik” bacaku sambil menangis. Aku cuba sembunyikan kepiluan yang menyelebungi hati namun aku tidak mampu bertahan lagi.

“Untuk papa…terima kasih kerana menyayangi dan memenuhi segala kemahuan Najah. Terima kasih kerana merestui pernikahan Najah dan Tasha dahulu, terima kasih kerana memberi kebenaran untuk kami bernikah dan membantu melancarkan proses pernikahan kami. Jasa papa Najah bawa hingga ke mati. Sampaikan salam Najah pada Uncle Aqil juga kerana menjaga Najah di London dulu. Pa, maafkan Najah kerana tidak sempat membalas segala budi dan pengorbanan papa selama ini” Aku pandang papa, dia juga sudah mengalirkan airmatanya. Papa mengangguk beberapa kali dan kemudian meraup mukanya. Aku meneruskan pembacaan dan kali ini aku pandang wajah sugul mama pula.
“Mama, akhirnya Tuhan makbulkan doa Najah. Hati Najah tenang apabila melihat mama mula menyayangi Tasha. Berat hati Najah untuk meninggalkan Tasha selagi mama tidak dapat menerimanya. Mama… terima kasih kerana membesarkan Najah menjadi insan yang berpelajaran, terima kasih di atas kasih sayang mama selama ini. Maafkan Najah kerana mengingkari permintaan dan hajat mama. Bukan Najah tidak suka dengan pilihan mama, tetapi hadiah yang Najah persembahkan untuk mama lebih berharga dari permata pilihan mama. Nur Natasha Ameera, wanita yang melengkapi hidup Najah dan dia juga akan menjadi menantu kesayangan mama, percayalah…”

“Safiyyah Najlah, kakak kesayangan Najah…terima kasih diatas segala sokongan yang diberi. Terima kasih kerana membenarkan Najah dan Tasha tinggal di apartment kakak. Budi kakak dan abang Faisal tak mampu Najah balas”
“Syahrul Nazim, abang…mentor dan teman baik Najah. Jim…tolong jaga anak-anak aku dan Tasha, aku amanahkan kau untuk menjaga mereka. Aku harap permintaan ini tidak terlalu berat untuk kau tunaikan”
“Ummi…terima kasih diatas kasih sayang yang diberikan dan terima kasih yang tak terhingga kerana membenarkan Najah untuk bernikah dengan Tasha. Anak ummi harta yang tak ternilai buat Najah”
“Papa, mama, ummi, Kak Long dan Abang Jim, Najah harap tidak keberatan untuk membantu Tasha membesarkan anak-anak Najah. Jenguk-jenguklah mereka dan berikanlah kasih sayang yang tak dapat Najah berikan kepada mereka. Najah pohon ampun dan maaf dari semua, halalkanlah makan dan minum Najah selama ini. Untuk Nur Natasha Ameera kekasih hati abang, kuatkan semangatmu dan tabahkan hatimu sayang. Cinta dan kasih sayang abang untuk Tasha abang bawa hingga ke akhir waktu. Assalammualaikum. Yang ikhlas, Syahrun Najah Hanafi”

Aku menangis terisak-isak setelah selesai membaca surat terakhir dari Najah itu. Aku dakap surat itu dengan erat. Aku terlalu rindukan Najah. Malam-malam ku dingin tanpa ditemani Najah, siang-siangku sunyi tanpa gurau sendanya. Aku dilanda kerinduan yang tidak mampu aku tanggung.

“Puan Natasha sila turunkan tanda tangan disini…” pinta Shaffiza. Aku melihat senarai harta yang ditinggalkan Najah untukku. Bukan setakat cukup, malah berlebihan untuk aku dan kedua anak kami. Airmataku yang jatuh dikertas putih itu seperti turut sama menandatangani hadiah pemberian dari Najah.
“Puan, ini jurnal peribadi arwah. Dia mahu saya serahkan kepada puan di hari pembacaan wasiat”
Shaffiza menyerahkan sebuah buku yang dijilid cantik. Gambar pertama kami di Old Traffod menghiasi muka hadapan jurnal itu. Beberapa keping gambar lama kami di London termasuk gambar di hari perkahwinan kami menghiasi kulit belakangnya. Aku selak helaian demi helaian jurnal itu. Tiada Dikau, Tiada Makna…tajuk jurnal itu. Aku tidak mampu untuk terus menyelak helaian berikutnya, terlalu sarat dengan kenangan.

“Ummi…Tasha tak mampu nak lalui semua ini tanpa Najah mi…” rintihku dibahu ummi. Ummi memelukku dengan erat, dia turut menangis bersamaku.
“Tasha kena kuat nak…Tasha kena kuat” ulang ummi lagi.

Affandi menyerahkan aku segugus kunci. Dan beberapa sampul dokumen yang telah aku tandatangani tadi. Papa datang dekat padaku lalu berbisik.
“Selamat berjiran anakku…”
Aku pandang wajah papa dan mengangguk. Baru aku teringatkan sebuah rumah banglo warna putih yang baru siap di bina bersebelahan dengan banglo papa. Selalu aku memuji-muji keindahan senibinanya dan Najah juga selalu berkata akan mempersembahkan sebuah istana kecil untuk aku diami bersamanya dan anak-anak. Inilah istana kecil kami…aku melihat gugusan kunci yang aku pegang. Apalah maknanya semua ini, kerna kau telah tiada…

Najah, bawalah daku pergi dari derita ini. Bawalah daku pergi dari sepi hati ini…Aku memeluk dan mencium Naufal dan Najwa permata hati yang Najah tinggalkan untukku.

Najah kekasih hatiku…sungguhpun telah kau ditinggalkan aku disini, hatiku masih lagi bersamamu. Tiap hari aku tercari-cari wajahmu, saban waktu suaramu dan pesan-pesanmu yang bagai berkumandang di setiap ruang lantas mengingatkan aku padamu selalu.

Najah…sesungguhnya cinta ini tidak akan pernah berakhir. Hidup penuh makna yang kita kongsi bersama dulu akan aku jadikan sebagai kekuatan untuk aku jalani hidup di masa mendatang. Kehadiranmu dalam hidupku walaupun Cuma untuk seketika waktu, bagiku sangat bermakna.
Keranamu Najah, aku menjadi seorang wanita yang tabah dan kerana mu Najah, aku menjadi seorang insan yang menilai sesuatu kejadian itu sebagai rahmat. Sungguhpun kejadian itu telah membawa kau pergi jauh dariku…


T.A.M.AT.

LinkWithin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved KorpustanpaSempadan.blogspot.com

Powered By Korpus tanpa Sempadan
.