iklan

Wednesday, May 29, 2013

Pahang vs Johor Darul Takzim Ditunda Ekoran Seekor Kucing..hehehehe~

Pastinya ramai penonton yang kecewa semalam tidak dapat menyaksikan perlawanan bola sepak antara JDT dengan Pahang gara-gara penonton di stadium.  Oleh itu, perlawanan separuh akhir kedua antara Pahang dan Johor Darul Takzim terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab keselamatan.
Dan ini lah Kucing yang telah popular 1 Malaysia semalam..hehehehe...buat apa??huhuhu





penonton_kecewa
Penonton melimpah di atas trek stadium

Kekecohan para penyokong akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) ditangguhkan ke tarikh lain.
Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.
Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT.
 rusuhan_penonton
Kekecohan yang berlaku menyebabkan pertandingan ditunda ke tarikh lain

Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk.  Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen.
Sumber  :  Sinar Harian

LinkWithin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved KorpustanpaSempadan.blogspot.com

Powered By Korpus tanpa Sempadan
.