iklan

Friday, May 24, 2013

Izara Aisyah 'Jual Mahal' ?




Pelakon Izara Aishah terkilan apabila dilabel sebagai sombong dan mula ‘jual mahal’ dengan pihak media sehingga hilang semangat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan.
Izara, 21, berkata, dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak dan telah sedaya upaya untuk memberi kerjasama namun jadualnya yang ketat dengan pelbagai penggambaran telah menyebabkan dia terpaksa menolak permintaan daripada pihak media.
“Tidak adil saya dikatakan sombong kerana itu bukan diri saya yang sebenar. Rasa terkilan itu ada tapi sebagai seorang manusia biasa saya tidak boleh memuaskan hati semua pihak,” jelasnya kepada mStar Online.
Izara mengulas dakwaan mengatakan dia dikatakan telah mula menolak permintaan sesi fotografi dan mula ‘demand’ tentang lokasi dan jenama solekan digunakan.
Pelakon program Oh My English! ini turut menjelaskan tidak selesa apabila ada pihak yang suka menilai tanpa mengenalinya terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Izara berkata, minat yang mendalam dalam bidang lakonan telah membuatkannya tabah mengharungi gosip yang melanda kariernya sejak kebelakangan ini.
Jelas Izara, dia tidak mahu melayan cerita-cerita tidak benar tentangnya yang akan memberikan kesan kepada emosinya sebaliknya mahu fokus kepada kerjaya sahaja.
“Sedikit sebanyak saya mula faham tentang indsutri ini tetapi ia tidak melemahkan saya walaupun kadang-kala ia berjaya membuat saya rasa tertekan. Fokus kepada kerjaya adalah yang terbaik buat masa ini,” katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbaharu, Izara berkata, dia bakal muncul dengan lima buah filem pada tahun ini iaitu Showdown The Movie, Sejoli, Pilot Cafe, KL Zombie dan Balun.

LinkWithin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved KorpustanpaSempadan.blogspot.com

Powered By Korpus tanpa Sempadan
.